Sunday

Perkara Penting Sebelum Ke Bandung

Hollaaaa..... salam hari minggu

Hari ini Bella hendak kongsikan mengenai percutiaan Bella Ke Bandung Indonesia.Siapa tidak pernah pergi mesti tahu pasal Bandung ini. Bella tiap2 bulan berimpi - impi hendak ke Bandung Indonesia.Mungkin dah namanya rezeki Bella ternampak promosi ke Bandung. Tentunya dengan Air Asia.Apa lagi sambar lah untuk 2 orang. Paling terkejut, tidak sampai pun 5ratus sekali luggage yer.. Bella pun apa lagi, Book la terus. 3 bulan sebelum Bella ke Bandung, tiap-tiap hari Bella buat research pasal Bandung.

airport bandung
Alhamdullilah.sampai juga akhirnya...
Sepanjang Bella research tips-tips yang dorang bagi kebanyakkan blog sama. Macam copy n paste saja. Travel plug tidak payah kot sebab Bella bawak plug yang 2 pin tu boleh je guna, yang mata plug nya bulat, kalau yang petak memang tidak boleh.Jadi tidak payah susah - sudah beli. Supir memang paling penting. Bella ambil satu hari saja sebab hendak bajet dan pergi ke Tangkubahan  Perahu. Jangan salah pilih supir takut kena tipu. Ramai yang recommend HayukaBandoeng (cuba click tgok). Memang murah. Tapi Bella tidak ambil sebab mula - mula hendak ambil setengah hari saja tapi Hayuka Bandoeng ini tidak bagi diskaun. Bella cancel la. Ambik dengan Pak Cakur. Lagi satu banyak sangat complain pasal supir dari Hayuka Bandoeng ini. Paling tragis tertinggal flight sebab supir ini lambat sampai. Jadi pilih la betul - betul.

supir terbaik
Baik sangat Pak Dasuki ni..
Kalau korang lah kan, hendak tak ambil dekat orang Malaysia yang recommend kan supir di Indonesia. Rasa was-was sangat kan? Bella macam tu la. Mula - mula hendak ambil dari kakak ni., dia kata sehari 400rp. Bila Bella dah confirm saja naik 450rp. Kalau 450 cakap sajalah terus 450rp tidak payah la hendak pusing -pusing  buat kita jadi tidak yakin dan fikir yang bukan - bukan.Terus Bella cancel. Sorry i must be careful because that my money.

Pak Dasuki ini agak berumur. Bagi layan dekat kitaorang memang first class. Dengan segala respect Bella cakap dekat HB mana yang boleh kita bawa, sendiri bawa saja.Tidak perlu suruh dia. Bawa kereta pun penuh hati - hati. Makan satu meja pun malu dan duduk jejauh. Sedikit pendiam. but its ok. Puas hati. 

bluebird di bandung
Teksi dan Angkutan
Banyak tip kata mestilah cari teksi BlueBird dan Gemah Nipah (seperti Gambar) tetapi tiada satu blog pun yang bagitahu betapa susahnya  hendak cari teksi - teksi ini..!! Sangat susah ok. Turun dari flight keluar airport ini pertama kali Bella tidak request for airport transfer sebab Bella hendak terus shoot ke Jakarta.Cari bluebird.Tiada!Teksi dekat luar airport semua bukan Bluebird. Hendak cari Teksi Bluebird kena jalan kaki menuju ke jalan besar yang boleh tahan jauhnya dan dijalan yang sangat sibuk itu, kami menunggu di tepinya. Nampak saja orang yang asing terus ada orang tanya.."mau teksinya pak?saya ada bluebird punya" antara hendak dan tak nak kami pergilah ke teksi itu.Nasib Bluebird.Selepas memberi tip kepada orang yang bertanya tadi kami terus gerak ke Aria Jeans.

Tempah seluar di bandung
Disinilah Aria Jeans.
Naik - naik saja meter teksi itu terus ke 5000rp hait? mungkin sebab teksi tadi bagi tip kat orang yanag carikan teksi ini, jadi dia charge dekat kami balik.Ok je la. Hendak cakap apa lagikan. Semasa dalam perjalanan Bella bagitahulah hendak  ke kedai makan lepas ke Aria Jeans. Dia ingat bella hendak  booking dia untuk ke tempat - tempat itu. Sampai di Aria Jeans di park cantik jer dan tunggu kami. Meter berjalan.Adus sudah!! sampai ke last destination dia charge kami 50,000.00Rp saja je taip 0000 tu.. hehehe Bella agak tidak berpuas hati disitu.Walaupun meter tunjuk 43rp.Siapa kata BlueBird tidak menipu walaupun bermeter yer..ikut nasib la.

Angkutan lagi teruk.Tanya tempat semua tahu. Nampak kitaorang pegang nota. Charge mahal - mahal sampai penumpang lain tengok simpati je dekat kitaorang.Yela kena tipu. Wajib tahu angkutan itu lalu jalan mana hingga jalan mana. Sebelum naik tanya berapa dan berapa untuk ke tempat kita berhenti. Bella naik, 2x kena tipu. Kata tahu tapi berhenti ntah dekat mana-mana ntah. Sangat takut. Kali kedua berhentikan jauh dari tempat yang kitaorang nak pergi. Kena jalan bapak punya jauh. Hampeh. Tapi tidak semua, yang lain2x ok.Alhamdullilah..

Contoh hasil kerja Aria..(seluar)
Kenapa Aria Jeans? Bella nak review sikit pasal Aria Jeans ini. Okey, ramai sangat yang kata patut cuba tempah seluar di Aria Jeans. Okey,ko baru first time hendak pergi,kalau bukan dekat Google ko cari pengetahuan, Dekat mana lagi kan? Dah cari mestilah percaya. Tapi, masalahnya tiada seorang pun yang tunjukkan hasil yang dorang tempah itu. Ok ke tidak ok. Yela kalau murah giler khinzir pun,kalau tak okey buat apa.Jadi di sini Bella tunjukkan la contoh seluar yang di tempah di Aria Jeans.Kami pergi ke Aria Jeans dan layanannya out giler. Layan macam nak tak nak. Mungkin gaya kami macam budak2 yang tak berduit kot.

Stail seluar macam stail dorang lah ya, walaupun ukur kaki kita.Design nya besar dan longgar di bahagian atas mungkin bahagian atas dorang selalunya besar di bahagian bawah agak kecik. Bella rasalah kan.Sebab masa naik train perasan yang seluar uniform dorang stail macam tu. Time ukur laju -laju dan HB kata setiap ukuran dorang akan lebihkan 2inci cth pingang HB 30inci dorang kata 32inci.HB tegur dorang kata memang macam ni la.Hait takkan kita tak tau ukuran kita sendirikan?

Contoh seluar yang ditempah di Aria Jeans.

Lepas ukur - ukur Bella buat bayaran penuh kemudian kitaorang gerak. Dia tanya bila balik..tapi Bella bagi tarikh bila kami nak. Dia terus hantar ke hotel. Bila sampai Bella tanya ngan HB "syg.. warna ni ke syg tempah? warna hijau? mcam seluar budak sekolah? biar betul?" HB kata betul ke? Dia betul-betul kecewa sebab dia tidak pilih warna itu.Dia pilih warna kelabu.Mungkin tersalah sebab masa ukur itu dorang tidak tanya pun dekat HB kain yang mana satu. Sebab HB letak 2 warna atas meja tu. Sian HB.Lagi satu, Bella baru pakai sekali, bahagia bontot tu  dah berbulu.Salah pilih kain kot. Tak basuh lagi tu. Tidak mengapalah,sedapkan ati. Puaskan hati. Sekurang-kurangnya kenalah beli satu. 

kain di bandung
Bersama staff di Suci Jaya
Jadual untuk aktiviti harian disana amatlah penting kalau berjalan tanpa supir..Sangat penting bagi dapat melawat semua tempat. Kadang-kadang supir malas.Dia bawa tempat yang senang dan dia tidak payah fikir banyak.Serius. Buat jadual pastu tanya supir ok atau tidak, kemudian supir akan susunkan bagi jimat masa.

Kebanyakkan yer, bukan semua tapi kebanyakkan, akan cerita benda yang sama. Factory outlet apa yang ada di Jalan Dago, Jalan Riau dan jalan - jalan lain. Tapi dorang tiada pula cerita kedai mana yang patut masuk dan tidak patut masuk. Betul kan? Bella agak kecewa sebab banyak abiskan masa berjalan dari satu FO  ke satu FO tanpa beli apa2x pun, dan dah hendak tutup baru jumpa FO yang bella suka. Jadi kat sini Bella kongsikan kepada badan yang size macam Bella dan bertudung memang susah cari baju. Sangat susah. Sedey...

factory aoulet bandung
Rumah Mode
Rumah Mode paling tepat untuk size S. Bella pergi petang.HB dapat 2helai baju Armani. Bella kata beli lah lagi dia kata tak berkenan. Adalah baju yang Bella suka tapi tidak muat.Sedey sangat. Rumah ini ok lah dari FO yang lain. FO yang lagi satu Bella suka adalah Heritage. Terbaik! banyak yang Bella beli disini. Jadi Bella amat suggest kan dua FO ini untuk orang yang bertudung. Banyak pilihan. Cubalah. FO yang lain tidak payah kot.Semua yang cantik kecik dan sikit seksi. Kalau pergi Bandung lagi,Bella akan ke dua ini saja. Kalau pergi lagilah. Kalau.

sour sally
Sour Sally di Paris Van Java
Seriously tidak faham, kenapa semua sebut - sebut pasal Paris Van Java ni? Sepatutnya tidak payah. Sebijik macam pasar raya dekat Malaysia. Bella menyesal pergi sini. Tidak pun yang berkongsi cerita kata tempat ini adalah shopping complex yang mahal? Ingat macam shopping mall tapi harga murah. Buang masa. Kecuali la ada keperluan. Kalau kata hendak yang murah pergi saja Pasar Baru semua ada.

Collector Perfume
Collector Perfume yang sangat di recommend kan. Bella bajet sehingga 700rp.Bella boleh terpengaruh sebab HB ada beli perfume botol ni di Uptown dan baunya sangat wangi dan tahan lama.Bella pun fikir quality nya akan sama dengan Perfume yang HB beli. Malangnya tidak sama. Sesetengah minyak wangi baunya sangat memeningkan dan hanya tahan setengah hari je. Nasib Bella beli 300rp saja. Bella buat kesimpulan orang kita terlalu mengagungkan barangan luar. Padahal dalam negara sendiri lagi ok.

Sebahagian Hasil Menabur
Kesimpulan Bella, Tidak payah cerita lebih - lebih sebab boleh dikatakan cerita pasal Bandung semua Blog review...
  • Paling senang dan tepat untuk mendapatkan maklumat tepat lebih baik daftar di Forum.com. ada threat pasal Bandung. Everything ada. Bella dapat banyak kawan yang bebaik di sana, yang sudi tolong Bella.
  • Sesetengah Blog bukan semua,sape makan cili dia rasa pedas k..cite sal Bandung tempat yang dorang shopping dan tunjuk berapa banyak dorang shopping.Kita jangan mengharapkan yang  kita akan dapat harga yang sama untuk barang yang sama sebab harga dan currency berubah - ubah.
  • Dorang turut akan cerita betapa bestnya shopping disana.Murah sangat mungkin Bella tidak pandai hendak tawar - menawar,Bella rasa harga sama saja macam disini. Cuma dengan harga yang sama kita akan dapat barang yang lebih berkualiti dari Malaysia. Macam RM30 kain dekat Bandung kita dapat kualiti kain RM60 kat Malaysia. Itu terbaik.
  • Hati2x walau dimana-mana kalau boleh, dress up la ala kadar saja. Bella alhamdullilah tiada pengemis ikut. Dorang tidak boleh hendak target kitaorang ini orang Malaysia. Sebab kitaorang naik angkutan dan jalan kaki saja.
  • Tangkubahan Perahu memang ramai penjual yang mengikut saja kita kemana2x. Paling penting beli dikedai. Jangan..jangan beli kat dorang. Jangan sentuh barang dorang,jangan tegur dan jangan pandang dorang pun. Buat tidak tahu saja ok? Bella siap bawa Yassin bagai dalam beg. Takut.
Setakat ni dulu, nanti Bella sambung. Comment saja apa2x In Sha Allah ada masa Bella mesti balas. Harap manfaat. Yang baik tu datangnya dari Allah, dan yang kurang baik datangnya dari diri saya sendiri.. korang boleh juga check di sini..

Salam...

One day at Colmar Tropicale - Berjaya Hills

Betul. Satu hari pun cukup untuk kita menjelajah, apa yang seronoknya di Colmar Tropicale - Berjaya Hills.

Bukit Tinggi
Muka drive yang tabah..kami dah sampai!!
Bella seronok hendak cerita dengan korang, pengalaman sehari Bella di Colmar Tropicale Bukit Tinggi yang diusahakan oleh Berjaya Hills. Bella buat permintaan pada suami tercinta hendak hadiah hari jadi ke Bukit Tinggi dan bawa adik - adik Bella sekali. HB pun dengan gigih ambik adik-adik di kampung lepas balik kerja dan terus pergi ke Colmar. Tidak tahulah apa yang berlaku hari itu sebab hendak masuk Colmar tu sangat sesak. Penuh sangat - sangat dengan orang yang hendak masuk. Pelik juga. Seronok sangat ke tempat ni?

Inilah adik2 Bella yang bertuah TU...
Masuk kena bayar tau. Harga tiket masuk adalah RM12 untuk dewasa dan RM8 bagi kanak2, meliputi bayaran masuk ke Colmar Tropicale itu sendiri, Japanese Garden dan juga Botanical Garden. Manakala untuk ke Animal Park kena bayar lain. Bayaran RM3 tidak kira usia.Kalu korangmmenginap di Colmar Tropicale, bayaran masuk boleh dituntut semula sewaktu daftar keluar. Mahal lah bagi Bella hendak tidur disini dengan adik - adik. Jadi, kami hanya berjalan tengok senibina sajalah.

Masa di Colmar Tropicale ini, kami kena letakkan kenderaan di La Chevalier iaitu bangunan berbentuk kota lama benua Eropah, letaknya bertentangan dengan Colmar Tropicale. Kecuali korang menginap di Colmar Tropicale, barulah korang boleh teruskan pemanduan ke Colmar Tropicale dan parkir kenderaan anda di aras bawah Colmar Tropicale. (Kata pengunjung yang pernah kesini)
Ye ke?? Kenapa Bella kena parking kereta dekat tempat yang berbatu.Baru hendak buat kot. lepas itu kena turun tangga plak,jauh weh, tension jer dah la bayar masuk mahal.

bukit tinggi
Macam rindu pula bila tengok pic happy ni..
Jauh juga la berjalan. Nasib ramai - ramai. Lepas tu damai saja suasana. Sebab baru lepas hujan. Sekitar kawasan pun cantik dan bersih. Sampai saja kita akan jumpa air pancut. Hendak tangkap gambar tanpa ada orang lalu lalang agak mencabar. Selalu orang lalu saja. Kita kena cepat posing dan jurukamera pun kena pantas snap.
bercuti di colmar bukit tinggi
Sekitar colmar tropicale
Bila kita disini, kita akan dapat melihat dan mengakumi senibine dan rekabentuk hotel yang dibina mengikut seni bina perancis.
"Relish in century old Alsace charm at this French- themed resort settled at 2,700 feet above sea level amidst 80 acres of rainforest.Let the medieval french village and picturesque surroundings bring you back to an era steeped in culture and romance"
Menurut pengusaha hotel disini. Tapi Bella rasa macam sama saja duduk dekat hotel lain. Sini mahal sebab menggunakan senibina Perancis. Tapi, itu bahahgian luar. Bahagian dalam sama saja. Ada katil semua. Makan pun mahal. Sudah lah Bella bawa adik - adik yang tidak pernah kenal erti kenyang. Belanja dekat atas ini mahu hujung2 bulan makan maggi. Memang Bella bajet habis dan tidak makan dekat sini pun. Traveler Budget lah katakan. Bersabarlah adik-adik ku.
pengalaman ke bukit tinggi

Kami berjalan dengan tenang sambil melihat keindahan senibina yang asing ini.Tiba - tiba hujan rahmat turun. Kami jalan laju - laju ke penghujung. Rupanya jalan mati saja.Tiada apa - apa pun. Kami naik lift untuk melihat keindahan dari atas.nasib tidak ramai orang. Semua orang duduk di kiri kanan tangga saja.Rehat sebentar bag hujan yang selebat - lebatnya turun dulu. Barulah kami boleh terus meneroka Colmar Tropicale - Berjaya Hills semula.

seronok ke colmar tropicale berjaya hills

Walaupun hujan tetap turun renyai - renyai gitew, Bella bagi signal dekat HB untuk meneruskan perjalanan kami. Sebabnya masa amat mencemburi kami, dan Bella Takut tidak sempat hendak menjelajah lain - lain tempat. Kami menuju ke satu kawasan yang ada kolam dan ada 2 ekor angsa yang amat jinak. Semua orang berebut - rebut hendak  bagi makan.HB jeling - jeling dekat Bella. Dia memang suka benda - benda macam ini. Hendak tunjukkan keberanian dia jugak la suapkan angsa itu makan.

Bella kata tidak payah membazir. Bagi angsa makan.Kita pun tidak makan lagi.Kejam kan? Biar! apa yang HB dan adik - adik Bella buat, dorang kutip keropok yang budak2x baling jatuh dekat batu. Lepas itu bagi angsa tu makan. Kira lepas la juga hajat dorang hendak bagi angsa tu makan. Lepas puas dorang bagi angsa makan, kami naik macam van yang tiada pintu itu untuk naik keatas bukit. Tinggi betul hendak panjat bukit itu. Macam masuk dalam awan. Tapi bila sampai saja mendekati awan,tiba - tiba awan itu hilang!! sedey je. Baru nak pegang awan.

bukit tinggi

Panjat sampai habis jumpalah Botanical Garden ini.Garden  la.. garden... not really interesting. Cuma Bella ternampak lipan yang besar punya tengah merayap. Takutnya!! turun bawah ada cafe dan bunga2x yang sangat segar dan cantik.



Sebenarnya di garden tu juga ada tempat untuk mencuba pakaian jepun.Lepas tu, boleh la korang mengambil gambar disekitar kawasan yang cantik itu dengan berpakaian Jepun.Tapi adik - adik Bella semua tak nak. Sudah lah pekerja yang bagi sewa tu masam saja.Ramai sangat orang kot. Jawapannya memang tidak laa. Dekat sini paling mencabar masa hendak balik naik van yang kita naik untuk datang tadi. Berebut - rebut! seksa giler!! fuhhh !! memang kali terakhirlah datang sini. Kami patah balik ke ruangan utama Colmar untuk membeli cenderahati.Ada pertunjukkan tarian pula. Bella terus tarik tangan HB sebab penari itu hanya berspender.. huh!! geli jerk!!


Masa hendak balik kami ternampak dengan tempat naik kuda ini. Tempat ini pun penuh. Kami terus turun dan singgah di sungai untuk berkelah. Rasanya lebih seronok dari masuk Colmar. Kesimpulannya...dan tips penting dari bella kalau malas nak baca full story dari bella ni kan...

  • Langsung tidak memberi makna bawa budak -budak yang tidak faham erti senibina. Ada la sikit mainan tapi semua kena bayar asing.Sampai adik Bella kata.. "kak long.. kenapa kita datang sini? " tidak abis setakat itu, masuk saja sekolah whats app pulak kata... "eee kak long.. semua kawan kita kata tidak best la pergi Bukit tinggi itu" sedih!! untung aku nak bawak tahu.
  • Paling sesuai untuk berbulan madu dan hendakkan suasana damai.
  • Bawa saja makanan untuk yang bajet. 
  • Ada penginapan murah yang diluar Hotel Berjaya Hill ini. Tapi Bella tengok macam seram.
  • Bawa payung tetiba hujan.. cerah.. hujan balik.
Lain2x tempat di pahang yang mungkin korang nak pergi. Semoga bermanfaat.

Monday

Sedapnya Johnny's Restaurant

Hi kengkawan.. Apa khabar??? harap semuanya sihat sentiasa..hendaknya... Bella di sini selalu sakit perut la. Hari je kurang sikit. Hahhaa... poyo..

Hari ni bella nak share pasal satu tempat makanan kegemaran bella.. iaitu Johnny's Steamboat!! haaaarggghhh sedapnya.. serius!! bella memang hantu sup, tp bukan sup yang sarat tau. Lebih prefer sup yang kosong dan sikit je bahan2xnya. Kalau bella order bihun sup, bella suka kuah,ayam sikit dan bihun je. Bella dah rasa yummy sangat. Macam tu jugaklah johnny's. Memula bella tak tau ni kedai apa.. tp bila lalu.. wanginya!!!!...

Serious!! sangat Yummy!!
Hmm macam nak try sesangt2x tapi halal ke tak? last time tak halal tau.. sekarang baru je ada tanda halal, tp tak semua orang suka. My dear bella tak suka tau. Tapi bella suka gegila la.. Boleh duk sini dari pg sampai ke petang hirup kuahnya. Ramai yang kata tomyamnya sedap. Tp bella kata Supnya terpaling sedap.
Pemecah selera tau sosnya tu
Ditambah plak dengan sosnya yang merah dicampur sedikit bijan tu.. sedapnya.. Selalunya orang makan dengan berbagai cara. Bagi bella plak, sangat yummy bila masukkan bahan tu satu per satu. Bukan masuk semua. Bella tak suka nanti nampak kotor. hahahaha.. tu kalau bella makan kat sini bella suka makan berdua je. Tak suka makan dengan kawan2x.. hahahaha... gedik je.
Sedapnya...
Nampak je simple.. tapi sangat marvelous you alllss... sampai tertaip ayat gedik plak..  sedap.. taruh kuah sikit, ambik bahannya sikit then campurkan sos kat sup tu. Then yummy. Ada yang suka masak ayam tu, pastu cicah ke dalam sos tu. Tapi bella suka hirup kuahnya. Terpulang la.

Cubala... tak rugi pun..
Bagi yang baru hendak mencuba, tidak rugi pun cuba set B ini untuk percubaan. Kalau tidak suka tak payah datang lagi ok? Korang boleh saja pesan set ini, kemudian rasa tidak cukup. Boleh saja tambah Macam Bella selalu tambah nasi. Sebab nanti ada orang merunggut kata hisshhh mahal je, tapi tidak kenyang.


Malangnya.. sayang seribu kali sayang, HB tidak berapa hendak suka.HB kata membazir sebab tidak kenyang.Sekarang, sebab dah tiap - tiap bulan mesti pergi sekurang - kurangnya sekali. Suka dah. Cuma HB cepat saja berjenti. Bella jer yang menghirup sehingga kering. Gelojoh.


Dulu sebulan sekali mesti makan kat sini la.. masa memula ketagih dulu sanggup balik hujung minggu dari kedah sebab hendak makan dekat sini. Rasa heaven sangat - sangat. Supnya ada 2 perisa tau. Tomyam dan sup. Tomyam ada charge rm10. Bella tidak suka beli tomyam bukan sebab ada charge, Tapi tekak Bella memang super duper suka sup dekat sini.

ok.. tu saja pengkongsian dari bella. Selamat menjamu selera....

Saturday

Apa Yang Sedap Di Restaurant Adam Lai

Holaaaaa....

Kengkawan semua sudah makan ke belum? Haaa???? belum? samalah.Bella hendak kongsikan dengan  korang satu tempat menarik yang Bella dah makan. Yummy??? Kena cuba dulu baru korang tahu. Bella seronok hendak cerita dengan korang satu hari ini Bella makan apa. Sebab manalah tahu korang pun hendak cuba. Sebab makanan ini semuanya sedap - sedap belaka. Tapi mengikut tekak Bella la.

makanan sedap di starbuck
Mushroom & Cheese Danish
Sebelum Bella kongsikan makan malam Bella, hendak bagitahu korang yang dekat Starbucks Bella tercuba makan roti mushroom yang diberi nama Mushroom & Cheese Danish Serius sedap. Bella teringat2x tau. Minta staff kat situ tolong panaskan jap.fuh. Sedap.Kejunya rasa sungguh keju dan rasa ]cendawan segarnya.. Serius sedap!! nak lagi...Bella lepak sini nak tunggu dinner.

HB ni memang ada satu perangai yang Bella rasa macam pelik.Dia tidak suka nak makan ikan bakar ke, stim ke atau makanan berat-berat ini waktu tengah hari. Salah ke? Bella ajak pergi Restaurant Adam Lai ini masa makan tengah hari saja, dia tak mahu. Dia kata ada ke orang makan lunch? eh.. salah ke? Sebab dia beria-ria tidak mahu. Lepak la sini dulu. Kalau makan berat sangat nanti tidak lalu nak makan malam. Sebab itulah Bella makan dekat Starbucks saja.

Makanan sedap
Kedalam juga la kedainya
Bila dah malam kami pun geraklah ke kedai ni. Rupanya kedai ini ada 3 outlet, yg kami pergi ini adalah di Batu Caves. Kawan yang cadangkan cakap makanan semua kat sini sedap. Ok la..dan paling menarik salah seorang pengasasnya adalah Abby Yus.


Pertama kali datang mesti tidak tahu hendak pesan apa kan? Disini korang pesan je la pe2 pun sebab semuanya sedap. Betul.

Adam Lai
Siakap Goreng Tiga Rasa

Sedapppp ok.Rasa yang lain sangat dengan kedai tomyam atau kedai melayu. Sedap dengan kata lain cara Chinese food dimasak la.

Shark fin Soup
Korang kan sudah selalu makan tomyam. Apa kata korang cuba sup baru. Shark fin soup. Kalau dekat Restoran Seri Melaka (siapa pernah pergi makan?)  sikit je dapat. Mahal plak tu. Dekat sini puas. Air kat sini pun sedap. Ada beberapa lagi makanan yang Bella order. Selalunya Bella akan order ikan siakap la. Kat menu ada fish slice kalau macam tak abis kan.. boleh order fish slice,tapi rasanya tak se ummpppp macam ikan seekor.Picture lain tak sempat nak snap. Sebelah table kitaorang tu tengok semacam je.. ingat tangkap pic dia ke hape..Apa? Ingat lu Artis?

Ok.. setakat ni dulu.. nanti Bella cerita lagi apa yang sedap. Percaya la pada lidah Bella... mmng sedap. Harga? terpulang pada menu. Kalau dah ambik ikan seekor sediakan la seratus. Barang baik, mestilah mahal kan?

Salam jumpa lagi. 

Mendapatkan Kerja

Bella hendak kongsikan mengenai pekerjaan di dunia yang mencabar ini.Macam mana Bella boleh dapat kerja bank dan soalan yang dorang tanya masa temuduga. interview. Post ni khas untuk


Walaupun dia hanya Anonymous dan tentulah bukan follower Bella. Sebab bella hargai sangat awak baca tulisan Bella yang tidak seberapa ini.. OK. Bermula dengan macam mana Bella boleh terjebak dalam banking ini? Haa jangan salah faham, Bella tak pakai orang dalam tau. Bella pergi roadshow macam karnival kerjaya tu, lepas itu, drop resume dekat situ. Penting!! Gambar kenalah tampal dan selitlah sijil - sijil yang penting.Cuba nasib. Drop je dekat semua kiosk.

kerja kosong

Memang lama Bella tunggu untuk di panggil temuduga. Masa bella tengah main dengan adik-adik ada orang telefon tanya bila Bella boleh datang temuduga.Macam tidak percaya. Bella kata betul ke dari Bank? dia kata betul. Dia terus bagi mada dan tarikh untuk Bella datang temuduga.Bella terus bagitahu dekat Mak. Masih macam tidak percaya.Betul ke ni mak? Mak kata pergilah.Lama sangat dah duduk rumah ini abis beras.Jadi, berbekalakan sebuah bag bergerak la Bella ke Kuala Lumpur. Ingat, kalau korang dapat temuduga di Kuala Lumpur, korang datang dari jauh, memang kena menginap semalam di Kuala Lumpur.  Benda ini takkan selesai dalam masa 1 hari.

Sekadar Gambar Hiasan..hahaha
Bella pergilah ke HQ Bank  dengan berpakaian Formal. Nampak benda ini macam kecil kan?tapi impact nya besar ok. Auto confident level kita tinggi sikit. Bella cakap  ini jangan kecik hati pula,semua yang diluar sana, kalau English kita tidak bagus, jangan pakai baju kurung. Konon nak nampak ayu. Jangan bagi first impression yang kita ni melayu kampung. Sebab yang akan temuduga kita selalunya bukan orang melayu. Pakai ala kadar sahaja. Kalau pakai baju kurung sekali pun, boleh pakai dengan jaket. Sehari saja hendak over pun.

Interview
Disamping bos2x yang sangat baik hati
Time interview cakap je dengan rendah diri tapi yakin. Bella kongsikan dengan korang  soalan yang biasa interviewer akan tanya. Mula - mula.Masuk ketuk pintu. Walaupun pintu terbuka. Ketuk juga. Tanda hormat. Tanya boleh saya masuk? Atau may i come in?. Jujur Bella bagitahu ini. English Bella pun bukan cair sangat pun. Mula - mula kerja pun English teruk. Paling penting faham apa yang dorang tanya. Jangan macam ayam dan itik. Kalau tidak boleh langsung atau tak faham langsung English maaf Bella cakap, mesti tidak dapat. Paling senang hafal je jawapan dari rumah. Di bawah adalah contoh soalan yang Bella selalu kena.

Introduce yourself. @ perkenalkan diri awak. (ini paling penting. Confident kena tinggi)

Your answer @ jawabnya...

My name is........ I'm from ........ I'm .... years old. Cerita mengenai diri sendiri dulu. Lepas itu mengenai pengalaman kerja. Lepas itu mengenai pelajaran dan mengenai keluarga. Kalau dorang buat tidak tahu je,menulis ke, berhenti kejap. Bila dorang pandang say finish? korang buat-buatlah hendak sambung balik. Mesti lepas itu dia akan terus bagi soalan.

Second question. What position you apply? Do yo know what job its? lebih kurang la yer..

Maknanya korang kena ambil tahu jawatan apa yang ko tengah datang temuduga ini. Jangan sengih saja. Korang fahamkan job description saja pun dan cantik.

Soalan lain, Previously your work at MCD right? Why not you just work there until you become manager?

Kalau korang ada masa terluang yang banyak. Korang pergilah kerja part time.Kerja jela apa - apa pun. Janji pernah kerja.Hanya disebabkan bella ada pengalaman kerja di MCD, Bella dapat kerja. Plus confident yang tinggi.Banyak ayat Bella Interviewer tu betulkan.Tapi cakap saja. Jangan takut-takut. Serius. Kalau tidak tahu sangat hafal saja. Janji dapat. Ramai saja kerja dekat bank tidak tahu cakap English fluent. Janji Faham bila customer tanya. Cukup la.. ok?

OK... see you... harap memberi maanfaat kepada yang memerlukan.. hanya yang bertanya puas hati.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari