AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Saturday

Tako Tao Cuba la sekali..

Hi you olllsss....

Pernah dengar tak makanan ni? Mesti pernahkan.. tp bella still nak share gak. Mungkin ada yang tak tau, yg dah tau..duk diam2x jgn kutuk. HAhahaha.. namanya Tako Tao. Pernah cuba tak? Nama macm pelik kan? Mula-mula time bella nak beli kat mid. tgok org beratuq punya la panjang. Bella nak try tp sgt la was2x. Halal ke tak? nama macm takda bunya arab ke.. western ke.. masakan kampung ke... then bella biar dulu la. The next day (time tu mah dekat sgt dgn mid, leh dikatakan tiap-tiap hari pergi) pergi mid lagi. Kali ni org beratur dah kurang. Mungkin sebab bukan time cuti kot. Bella pergi la tgok dekat2. Owh yg buat islam. sebab bertudung.

Bella pun beli la satu. Mula better try benda yg senang kan? Bila bella tgok menu.. owh macam sushi. That means dari korea la ni. Bella beli la chicken and cheese.

chicken

Wow..sedapnya. Jadi korang leh la makan tanpa was2x. Sebab bahan-bahannya sangat special. Semuanya di blend. Tako menggunakan tepung campuran. (campuran apa bella x tau.) pastu campur ngan sotong sikit last sekali sayur.

Tako dimasak pada plat yang panas tu..nanti dia akan jadi ranggup diluar, tapi kat dalamnya still lembut. Pastu dia akan taburkan ngan kicap, mayonnise dan fish flake.Most of the ingredients are imported from the origin country Japan.

Resepi asli dorang dari takoyaki di jepun jadi tak heranlah kenapa namanya Tako Tao kan...Dan Tako Tao adalah resepi pertama dalam dunia yang menggunakan Chuka Idako (walaupun bella tak tau pe bendanya ni) tapi macam sotong la yang saiz kecil2x.. diblend ni semua supaya rakyat Malaysia lebih terima rasanya. Tapi bukan itu saja. Tako Tao jugalah yang pertama perkenalkan perisa unagi dan abalone. Perisa lain macam udang, chicken adalah pilihan chefs yang menyatakan perisa ni semua sesuai sangt ngan lidah org malaysia..

so you all semua check it out... ne yang korang nak try...

Selain dari Chicken And Chess.. ada 4 lagi perisa lain. Bella cadangkan.. u all friend try chicken and chess first. Takut tak sesuai ngan tekak korang plak. Kalau rasa sedap sgt kan.. Cubalah plak

udang, prawn
Prawn flavour. Udangnya rasa tawar je. Macam udang rebus.Kalau sape makan sushi tau la.Leh gak try ni untuk yang love prawn. . Ni bella jarang beli sebab HB alergik udang. Next Tako Tao have

Octopus, Sotong

Ni plak rasa octopus. Anak sotong yang di awet kot. Sebab ada ke sotong original warna merah? Mak bella selalu masak starting sotong tu tak masak putih kan..NI memang sedap. Bila makan rasa sotong dan bijan. Masalahnya cuma satu. Sotong ni liat, susah nak gigit, pastu dah la kecil dia akan meluncur laju ke dalam tekak kalau korang x sempat nak tahan guna gigi atau lidah, boleh tercekik wooo... Ni kesukaan bella gak. Tapi paling selalu beli adalah chicken and chess. Senang, xda la HB merunggut2x. Perisa apa ni.. apa ni.. ee rasa apa ni... and bla.. bla.. bla.. sebb dia tekak melayu tulen. Benda pelik2x ni dia fussy sikit.

Abalone

Ni bella try sekali je...rasa macam tak kena la ngan tekak bella.. Kalau you all suka seafood ok kot..

Unagi

Ni pun bella beli jarang sangat. Pelik sebab kalau kat sushi perisa unagi ni memang sangat favorite la. Tapi kat Tako Tao ni bella tak leh pergi. Rasa hanyir sikit la. Mungkin xda wasabi kot. Time makan terus rasa nyesal beli perisa unagi ni. Tapi sape yang suka rasa ikan yang pure ikan tu. Mesti cuba tau.



Macam nilah bungkusannya..tu dia tick prawn. Means bella order udang. Tapi pernah jadi juga, Bella order lain. Dapat lain. Tapi belasah je r....


Tips sikit...

Friend mesti try chicken and chess dulu tau.. yela ayam.. sape yang tak pernah makan.. rasa tak janggal sgt bila frist time makan.

Kawan semua akan jumpa makanan ni kat kios kecik luar jusco. Warna merah signboard. Dia punya cara masak golek2x je. Ada juga juga kat pasar malam semua. Tapi sebenarnya dorang tiru Tako Tao nilah.

Bella kalau beli Tako ni.. bella akan minta extra fish flake. Tambah rm0.50 macam tula.. tapi rasanya akan lebih yummy tau.

so.. leh try!! bella saja je nak share. Sebb bella rasa sedap makanan baru ni. Kalau tak kenan time korg makn jgn marah bella k...

k.... ikhlas dari kawan korang.. bella...

1 comment:

  1. Takoyaki memang TERBAEKKK!! Tapi kalau susah2 sangat nak cari bahan-bahan kering utk masak Takoyaki,skrg dh ada org jual secara online jenis set macam sushi kit tu.cuba google www.mamyaimi.com.my @ whatsapp je terus no ni 013-6012797

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.