MAKANAN YANG SESUAI BILA KENA DIET ON GDM

Bila mengandung memang macam - macam ragam. Ada yang kata, masa mengandung semua penyakit keluar. Bila mengandung ni, haruslah minum air gu...




Bila mengandung memang macam - macam ragam. Ada yang kata, masa mengandung semua penyakit keluar. Bila mengandung ni, haruslah minum air gula. Bella masa mula - mula nak minum air gula, punyalah takut. Baca orang kata rasanya tak sedaplah, rasa teruk sangatlah, macam - macam! Padahal Bella rasa ok je. Korang minum air Coke tanpa gas dipenuhi gula saja. Macam tulah rasanya. Bella, minum air gula muntah. Bukan sebab rasa air gula tu, tapi sebab lepas minum Bella boleh turun naik tangga. Turun tangga muntah sebab pening! Patutlah jururawat suruh duduk rehat. Bella boleh plak pergi pusing - pusing klinik. Adoi. Sepatutnya Bella kena ulang minum air gula sebab muntah, tapi sebab bacaan darah sebelum tu memang dah tinggi, terus Bella disahkan ada GDM.  

Bella sebenarnya takdalah teruk sangat kena GDM tapi disebabkan mak Bella ada kencing manis, terus jururawat letak Bella GDM on Diet. Bella ok je. Demi anak dalam kandungan Bella sanggup tak makan pun takpe. Bella masa tu tercari - cari sangat makanan yang boleh dimakan dan tak boleh. Jadi sebagai panduan untuk korang dan untuk Bella, mungkin lepas ni mengandung lagi ke kan? Mana tahu rezeki. Bolehlah rujuk sini. Orang kata mengandung ni cepat sangat lapar. Jadi sangat mencabar untuk yang kena diet ni kan? Tipsnya korang kena makan selalu tapi kuantiti kena sikit. Bella pelik sikit, sebab masa mengandung Bella tak selera makan. Sampai Jururawat risau takut anak tak membesar. Tapi Bella tetap amalkan diet dibawah. Korang pun boleh cuba. Nak buat menu diet pun boleh walaupun tak mengandung. Insya-ALLAH. Semoga bermanfaat.


12 MENU CADANGAN SARAPAN PAGI (7.30pagi - 8.30pagi)
  • Roti wholemeal 2keping + telur rebus 1biji + kopi tanpa gula 1cawan.
  • Putu mayam 2keping (tanpa gula) + teh susu rendah lemak 1cawan
  • Nasi 1cawan + ayam rebus 1potong + 1cawan teh tanpa gula+setengah biji mangga
  • Mihun goreng 1cawan + ayam bakar 1potong + 1cawan kopi tanpa gula
  • Roti wholemeal 2keping + 1keping keju+Semangkuk kecil salad+sepotong betik+1cawan susu
  • Kuetiaw goreng 1cawan + ayam rebus 1potong + 1cawan teh o tanpa gula
  • Makaroni goreng 1 cawan + ayam bakar 1potong + 1cawan kopi susu tanpa gula
  • 6sudu makan oat + 1cawan susu rendah lemak + 1cawan kopi tanpa gula 
  • 1 keping tosai + 1biji telur rebus + 1cawan kopi o tanpa gula 
  • Roti wholemeal 2keping + telur rebus 1biji +1keping keju+1cawan susu rendah lemak
  • 1keping capati+ 2sudu kuah dal+1cawan susu rendah lemak+setengah biji epal
  • Mee sup + 1cawan minuman bermalt dengan susu tanpa lemak
  • 1 gelas susu rendah lemak + sekeping thosai atau capati
  • 1 cawan susu + 1 cawan oat
  • 2 senduk nasi goreng + 1 cawan kecil Air teh o
  • 2 senduk bihun + 1 cawan kopi O
  • 1 keping capati + 2 sudu makan kuah dhal + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji mangga
  • 1 gelas susu rendah lemak + 1 cawan oat
  • 1 gelas susu rendah lemak + 1 cawan kuew teow sup
  • 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal / mangga
  • 1 gelas susu rendah lemak + 1 keping capati kuah dhal
  • 1 mangkuk mee sup + minuman bermalt (susu tanpa lemak)
  • 2 keping roti bijirin penuh + 1 sudu teh marjerin + 1 gelas susu rendah lemak
 
5 MENU CADANGAN MINUM PAGI  (10.00pagi - 10.30pagi)
  • Biskut krim kraker 3keping + 1cawan susu rendah lemak
  • Roti wholemeal 1keping + 1cawan susu rendah lemak
  • 1 keping roti wholemeal + 1sudu teh mentega + 1kotak mancis daging cincang + 1cawan teh O
  • 1 ketul pau ayam + 1cawan milo tanpa gula
  • 2 biji karipap inti daging +1cawan teh O
  • 1 keping roti mil penuh bakar + 1 sudu teh marjerin + 1 cawan teh O
  • 1 keping roti mil penuh bakar + 1 sudu teh marjerin + 1 potong daging cincang berempah + Teh O
  • 1 ketul pau ayam + 1 cawan milo
  • 2 biji karipap kecil berinti daging + 1 cawan teh o
  • 3 keping biskut krim kraker + teh O + susu rendah lemak
5 MENU CADANGAN MAKAN TENGAHARI  (1.00ptg)
  • Nasi 1 cawan + Ikan bakar 1ekor + Sayur masak air 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ayam masak sup 1ketul + Sayur tumis 1cawan + Betik 1potong + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan masak pindang 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan singang 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Tembikai 1potong + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ayam masak asam pedas 1ketul + Sayur tumis 1cawan + kiwi 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan masak tumis asam 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan bakar 1ekor + Sayur rebus 1cawan + Anggur 8biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + 1 ayam panggang + Sayur bayam masak air 1cawan + 1 mangkuk sup + Air suam
  • Nasi 1 cawan + 1ekor ikan selar masak asam pedas + 1 mangkuk salad + Air suam
  • 1 cawan nasi ayam + 1 peha ayam + 1 mangkuk sup + 3keping tomato + 1 biji oren + air kosong
  • 1/2 cawan spaghetti + 1 senduk sos ayam + 1 mangkuk salad + 1biji buah oren + air suam
  • 1 cawan nasi goreng + 1 ketul peha ayam + 1 senduk kobis goreng + 1 potong tembikai susu
  • 1 mangkuk kuew teow tomyam + 2 ketul daging + 1 potong tembikai susu + air suam
  • 1 cawan nasi putih+ 1/2 cawan sayur hijau+ 1 ketul peha ayam+ 1 potong betik + 1 gelas air kosong


5 MENU CADANGAN MINUM PETANG  (4.00 - 5.00ptg)
  • Biskut krim kraker 3 keping + 1cawan kopi tanpa gula
  • Jagung rebus + Teh susu rendah lemak
  • Ubi keledek rebus + kopi O tanpa gula
  • 3/4 cawan natural yogurt + Air suam
  • 1 gelas susu + 1 keping roti mil penuh 
  • 1 biji karipap + 1 gelas susu rendah lemak + 1/2 biji epal
  • 3 keping biskut kraker + 3/4 cawan yougurt rendah lemak + 1 potong betik 
  • 2 biji popia basah kecil + 1 gelas susu rendah lemak + 1 biji oren
  • 1 bubur kacang merah + teh 0
  • 1 keping karipap + teh O 

5 MENU CADANGAN MAKAN MALAM (8.00mlm)
  • Nasi 1 cawan + Ikan bakar 1ekor + Sayur masak air 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ayam masak sup 1ketul + Sayur tumis 1cawan + Betik 1potong + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan masak pindang 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan singang 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Tembikai 1potong + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ayam masak asam pedas 1ketul + Sayur tumis 1cawan + kiwi 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan masak tumis asam 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan masak tumis asam 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ayam 1ketul, 2 ketul kentang, lobak dan celeri masak sup + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan +Bayam tumis air +1 ekor ikan masak asam pedas + 1/2biji jambu batu + Air suam
  • Nasi 1 cawan + 2ketul daging masak kicap + 1 senduk kangkung tumis air + 1 ptg betik + air suam
  • Nasi cawan nasi goreng + 1 ketul peha ayam + 1 senduk kobis goreng + 1 potong tembikai susu
  • Nasi 1 putih 1 cawan + 1 ekor ikan kukus halia + sup sawi campur + betik + air kosong
  • Nasi 1 cawan nasi + 1 ekor ikan kembung bakar + 1/2 cawan sayur hijau + 1 biji epal + 1 gelas air


5 MENU CADANGAN MINUM MALAM (10.00mlm)
  • Roti wholemeal 2 keping + Milo tanpa gula 1cawan.
  • Biskut krim kraker 3 keping + 1cawan susu rendah lemak
  • Biskut tawar + 1cawan teh tawar
  • 1 keping roti mil penuh  + 1 cawan susu
  • 3 keping biskut marie + 1 gelas susu rendah lemak
  • 1 keping roti + 1 keping keju rendah lemak
  • 1 biji mufffin coklat + 1 gelas susu rendah lemak

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.