BOLEH KE BALIK KAMPUNG MASA MENGANDUNG?

Bella teringat masa mengandung hari tu. Lama Bella tak balik kampung mak mentua sebab mengandung. Kena jaga betul - betul sebab ini kandung...

Bella teringat masa mengandung hari tu. Lama Bella tak balik kampung mak mentua sebab mengandung. Kena jaga betul - betul sebab ini kandungan yang amat ditunggu - tunggu selepas 8 tahun. Jadi, nak jalan jauh dari Selangor ke Kedah berkira - kira juga. Takut sangat apa - apa jadi masa dalam perjalanan yang sangat jauh ni. BOLEH KE BALIK KAMPUNG MASA MENGANDUNG? Bella pun baca - baca juga waktu yang paling sesuai untuk memulakan perjalanan jauh. 1st Trimester memang tak digalakkannya. Masa ni buat apa pun tak boleh. Bayi dalam kandungan sangat  - sangat lah kecil dan tak kuat lagi. Paling sesuai untuk berjalan adalah 2nd Trimester. 

Tips balik ke kampung semasa mengandung, tips bercuti semasa mengandung

Banyak kenyataan dari doktor yang membenarkan ibu mengandung memulakan perjalanan jauh semasa kandungan 15minggu dan keatas, semasa 2nd trimester. Katanya waktu yang paling sesuai melancong dan bercuti, sebab masih kuat, masih boleh ber OOTD dan tak perlu bawa bag bayi lagi. Ada yang berani bercuti ke luar negara, mandi laut lagi. Bila Bella ajak HB pergi bercuti HB kata "Dorang anak dah berapa, berapa tahun dorang tunggu. Tak puas lagi ke berjalan?" Okla. Balik Kedah pun jadilah. Sepatutnya 16minggu atau 17minggu la, tengah - tengah. Tapi Bella dah tak sabar. Sakit otak terperap je dekat rumah. Tambahan pula mak mentua dengan ayah mentua asyik tanya - tanya je bila nak balik. Lama sungguh - sungguh tau Bella tak balik. Keluar rumah pun tak. Jadi selepas baca berbagai tips yang diletakkan di internet jadi Bella dengan HB aplikasikanlah Tips untuk BOLEH KE BALIK KAMPUNG MASA MENGANDUNG? Antaranya :-
  • Alas tempat duduk dengan kain tebal untuk kurangkan hentakkan.
  • Pakai pakaian yang selesa.
  • Bawa makanan yang mengurangkan loya.
  • Berhenti seberapa kerap yang boleh.
Tips balik ke kampung semasa mengandung, tips bercuti semasa mengandung

Masa mengandung Bella memang tak teringin langsung jeruk. Memang tak makan. Alhamdullilah juga sebab ramai yang kongsikan pengalaman bila makan jeruk banyak sangat effect kepada anak dalam kandungan. Jadi Bella makan buah Cranberry kering. Rasanya pun masam - masam juga, tapi tak sesedap jeruk la. Kismis pun elok juga. Tapi masa mengandung Bella kena GDM. Jadi banyak sangat Bella tak boleh makan. Sebelum bersalin pun Bella dah mula makan makanan berpantang. Bella memang jaga betul - betul supaya anak dalam kandungan Bella sihat dan dipermudahkan segalanya. Yela, kita usaha lepas tu tawakal.

Tips balik ke kampung semasa mengandung, tips bercuti semasa mengandung

Minyak angin semua ini memang amat membantu. Masa mengandung, stok minyak angin Bella licin. Minyak angin satu botol kadang - kadang guna berbulan kan, ada yang bertahun. Masa mengandung ni, ada yang Bella guna sebulan je. Urut kaki, kepada dan letak dekat hidung. Hidung Bella selalu tersumbat masa mengandung ni. Hargailah ibu. Bawa perut, susah nak bernafas, susah nak tidur, muntah - muntah, hidung sumbat plak. Memang lakulah minyak angin masa Bella mengandung. Adik Bella tak pula. Mungkin sebab dia muda lagi. Mengandung pun relax je. 

Tips balik ke kampung semasa mengandung, tips bercuti semasa mengandung

Air masak benda yang wajib dibawa kesana - kesini walaupun Bella tak lalu nak minum. Kalau korang kurang minum air masak, amat memberi kesan kepada korang tau. Air ketuban kurang atau kena kencing kotor. Jadi Bella memang akan pastikan Bella minum air masak sekurang - kurangnya 1liter setiap hari. Jururawat kata kena 3liter. Memang tak mampu. Banyak sangat nak minum. 1liter satu hari saja Bella mampu minum. Alhamdullilah semuanya ok. 

Tips balik ke kampung semasa mengandung, tips bercuti semasa mengandung

HB terus lapikkan toto je dekat seat Bella. Nak letak tebal lagi tak boleh. Nanti kalau langgar bonggol, terantuk dekat bumbung kereta. Ini pun dah cukup. Patung pink tu sebenarnya bantal. Banyak sangat jasa dia. Pergi oversea pun Bella bawa. Dia 2 in 1. Jadi selimut pun sedap sangat kain dia. HB lipatkan toto tu tebal sikit dekat belakang Bella, jadi dia macam sedap la Bella nak duduk lama - lama dan jalan jauh - jauh sebab pinggang Bella diampu dan rasa selesa. 

Tips balik ke kampung semasa mengandung, tips bercuti semasa mengandung

Kedudukan seat Bella pun macam baring sikit. Memang dah selesa. Diharapkan kurang hentakkan jela sebab HB bawa laju. Doakan juga tak stuck dalam jammed. Tapi masa ni, Bella balik raya haji. Mana nak tahu jammed sungguh-sungguh. 7jam baru sampai. HB terpaksa berhenti rehat banyak kali supaya Bella boleh regangkan kaki dan badan. Mana boleh ibu mengandung duduk dalam aircond lama - lama dan takda buat regangan badan. Buatnya stress abis. Ibu mengandung kena rasa relax. Kalau tak, kepala makin sakit, paling penting kaki tu tak nak bagi makin kebas. Tak berjalan jauh pun kebas sangat - sangat. Lagilah kalau jalan jauh kan. Pentinglah HB berhenti untuk Bella berjalan regangkan badan bagi darah mengalir sekata.

Tips balik ke kampung semasa mengandung, tips bercuti semasa mengandung

Makanan tambahan. Ibu mengandung memang selalu kelaparan ye. Kalau tak lapar pun kena makan sikit sebab anak dalam tu perlukan nutrisi. Bella memang bawa susu, segala jenis oat dan kurma. Masa mengandung makanan ringan memang tak digalakkan. Bella kalau teringin sangat barulah Bella makan. Makanan ringan yang digalakkan adalah makanan sunnah macam kurma, kekacang, oat, jus delima, dan susu kambing. Bella memang bawa merata makanan ni. Lagi satu sebab Bella GDM on diet Bella wajib bawa susu HL tu. Susah nak dapat susu tu dekat kampung - kampung. Bella jaga makan betul sampai semua kesian tengok Bella. Nasi lemak pun Bella tak makan. Bayangkan lah.

Syukur perjalanan haritu selamat pergi dan balik Alhamdullilah. Walaupun jammed tapi badan takdalah sakit sangat. Berhenti rehat pun makan buah je. Masa mengandung ni, jalan jauh paling tak tahan masa nak buang air kecil. Adus ingat senang nak tahan? Zaman Covid - 19 ni korang kenalah extra berjaga - jaga. Kami masa perjalanan jauh kali ni memang tak pergi toilet. Sanggup tahan sampai rumah. Paranoid sangat - sangat sebab dah ada baby. Mengandung lagilah kena berjaga - jaga. Bella doakan korang dipermudahkan untuk bermusafir jumpa keluarga. Kalau rasa badan tak kuat, lebih baik tangguh dulu demi si kecil dalam perut tu. Bella masa mengandung pertama kali sepanjang perjalanan keluar darah. Sikit tapi memang kandungan tu tak berjaya. Jadi korang kenalah sangat berjaga - jaga. Penting sebab tu Bella kongsikan dengan korang. Semoga bermanfaat. 

You Might Also Like

2 ulasan

  1. harus prepare yang sangat-sangat ya, stay healthy bella and baby :)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan..Singgah petang ...blogwalking disini..semoga bermanfaat

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.