MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Aktiviti hari ini adalah mengenai kecantikan wajah. Teruja sangat sebab Bella pun nak tahu kenapa wajah orang Korea lelaki dan perempuan sa...

Aktiviti hari ini adalah mengenai kecantikan wajah. Teruja sangat sebab Bella pun nak tahu kenapa wajah orang Korea lelaki dan perempuan sangatlah licin tanpa sebarang cela. Bella pernah tanya dekat orang Korea, dia kata pemakanan dorang yang kebanyakannya adalah berasaskan sayur dan cuaca dekat Korea juga memainkan peranan penting. Tapi kalau dibiarkan saja tanpa apa - apa penjagaan, mesti tak jadi jugakan? Jadi bila KTO nak bawa kami MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI terujalah Bella. Barulah yakin yang produk Korean memang berkualiti. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Kami dibawa ke bandar Daegu untuk menuju kedai dan pusat pembuatan penjagaan wajah Skylake. Bas memberhentikan kami di bahagian hadapan dan Skylake dibahagian belakang. Perjalanan menuju ke kedai Skylake melalui deretan kedai yang menjual berbagai jenis baju yang sangat cantik dan comel - comel belaka. Murah juga harganya. Sempat juga kami pegang - pegang. Masa kami pergi ni musim sejuk. Jadi kebanyakan baju yang dijual adalah tebal - tebal belaka. Bila Bella fikir - fikir balik tak jadilah Bella nak beli. Takut tak terpakai pula. Kebanyakan kedai dan pusat jualan disini memang bersih dan kelihatan comel - comel belaka. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Skylake ini berada didalam bangunan dan ditingkat atas. Lokasi tepatnya adalah di Down Town Daegu. Boleh juga cari lokasi atas nama Dong - Seong - Ro. Paling teruja, Bella bukan saja akan mengenali bahan - bahan asas yang digunakan didalam penjagaan wajah Skylake ini, tapi Bella juga akan diajar cara - cara untuk buat topeng muka menggunakan bahan semulajadi dari Skylake. Sebelum memulakan pembelajaran, kami diminta untuk memakai pakaian yang sesuai untuk menjaga kebersihan. Comel je. Warna oren. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Banyak sungguh bahan - bahan yang disediakan. Setiap bahan - bahan ini tak bolehlah main campur saja. Setiap bahan ada fungsi tersendiri. Macam untuk lembabkan wajah ke, wajah kering ke, hilangkan jerawat ke, dan lain - lain mengikut keperluaan wajah kita. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Ini adalah bahan utama dalam kesemua produk penjagaan wajah disini. Menurut pekerja dekat sini, bahan ini telah dicipta berkurun bermula dari nenek moyang mereka dalam mengekalkan kelembapan wajah. Air herbal oriental ini dari ramuan yang diperam bertahun- tahun. Bukan saja diperam, ia juga diekstrak dan disuling daripada ubat herbal oriental yang matang dalam balang oriental Korea. Air herba ini mempunyai komponen ramuan semulajadi tanpa apa - apa tambahan bahan - bahan kimia. Ia macam air yang ditapis banyak kali sehingga tinggal air herbal yang paling semulajadi, bersih dan paling diperlukan dalam penghasilan bahan - bahan penjagaan wajah Skylake.

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Ini adalah bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat topeng muka (face mask) yang kami belajar hari ini. Kalau korang boleh jumpa kesemua bahan - bahan ini, bolehlah korang buat topeng muka ala - ala Korea sendiri. Kami membuat topeng muka yang akan membuatkan wajah menjadi putih dan cerah. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Bahan - bahan dekat atas itu adalah bahan - bahan asas. Tapi yang akan membezakan topeng muka korang berkesan untuk apa, adalah bahan terakhir yang dimasukkan. Macam topeng muka kami, Aloe Vera gel dimasukkan untuk memberi kesan memutihkan muka. Kalau sekadar hendak melembabkan muka, bolehlah masukkan madu. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Siap!!! jangan tak tahu, topeng muka yang kita buat tadi kita boleh bawa balik dan guna. Bancuhan tadi, boleh dapat 2 keping topeng muka dan sebotol kecil semburan kesegaran wajah. Siap tulis expired date lagi.

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Apa yang korang kena tahu pasal kelas ni, ianya tertutup. Korang boleh juga masuk kelas ini Tapi untuk sertai kelas ni, korang perlu buat temujanji terlebih dahulu dengan minimum 4 orang untuk 1 kelas.

Maklumat Lanjut :- 

Telefon No : 053-857-2380 (reservation)

Harga seperti di bawah :

Course 1 : Soup (80g) + Shampoo (100g) = 15 000 won
Course 2 : Soup (80g) + Essence Skin (40g) = 15 000 won
Course 3 : Shampoo (100g) + Essence Skin (40g) = 19 000 won
Course 4 : Hanbang Mask = 10 000 won

Additional Fee will be 9000 won per one product.

Lokasi & Waktu Operasi :

Headquarter (10:00 ~ 18:00)  
(145 Daehan-ri, Wachon-myeon, Gyeongsan-si, Gyeongbuk, Korea 

* Novotel Branch (11:00 ~ 20:30)
(B1, Novotel, Jungangro, Daegu)

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Wah camtu rupanya keunikan air herba oriental tu, sangat unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. betul. Kalau reti suling air bolehlah buat produk sendiri.

      Delete
  2. Wah baru tahu. Menarik yer kalau dpt join sekali

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.