MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Pagi - pagi Bella dah bergerak dari Rawang menuju ke UPM Serdang. Jauh. Memang jauh. Sebenarnya Bella banyak sangat kerja sebab nak tolong H...

Pagi - pagi Bella dah bergerak dari Rawang menuju ke UPM Serdang. Jauh. Memang jauh. Sebenarnya Bella banyak sangat kerja sebab nak tolong HB pindah rumah. Tapi Bella seolah - olah sangat terpanggil untuk ke majlis ilmu ini. Mudahnya Menjemput Rezeki. Masa abg Ben Ashaari offer, dia minta seorang saja untuk cover majlis ini, tapi Bella minta abg Ben tambah nama Bella. Alhamdullilah, rezeki Bella dapat pergi malahan dibenarkan untuk bawa HB bersama sebab banyak yang tidak dapat pergi di saat akhir.  Banyak tempat kosong. Terima kasih Ya Allah. Dipermudahkan. Kalau Bella memandu sendiri, belum tentu kul 8.00 pagi Bella sampai. 


VIP GUEST - MMR2018


program motivasi terbaik


Bella yang merasakan diri sudah tidak bermotivasi tertanya - tanya, siapakah gerangan speaker hari ini. Kedatangan Bella disambut mesra oleh Fareez. Nasib baik ko hemsem dik. Bagi Bella lokasi sesat barat. Berkali - kali dia minta maaf, tapi Bella gurau je. Saja sakat dia. Budak lagi. Sangat mesra dan tidak kekok untuk mengendalikan majlis yang pada Bella agak besar. Fareez yang nampaknya banyak membantu untuk memastikan majlis berjalan seperti yang dirancang. 

PAKAR MOTIVASI - MMR2018

motivasi, pakar motivsi

Perkenalkan Areena A. Rahman seorang pakar motivasi yang lantang berbicara mengenai formula kejayaannya. Pn. Areena adalah penulis buku Seni Menjadi Kaya dan jurulatih bagi buku Mudahnya Menjemput Rezeki dimana penulisnya adalah Fathuri Salehudin. Pengalaman dalam dunia motivasi selama 15 tahun, terutama kekuatan dalam menyentuh jiwa, menjadi tungak utama kenapa ia menjadi penasihat kepada jutawan - jutawan yang telah berjaya sehingga ke Indonesia. Bella mencari maklumat serba sedikit mengenai beliau sebelum mengikuti Program Mudahnya Menjemput Rezeki ini. 

MLM KE? - MMR2018?

mudahnya menjemput rezeki

Masa mula - mula Bella sampai dan lihat banner ini, ternampak perkataan Seni Menjadi Kaya. Terus terfikir, MLM ke ni? Abislah!! Bella pernah kena cover event MLM. Jangan tidak tahu. MC dia Dato Ac Mizal lagi. Gempak habis. Bella pun hampir nak join. Hahaha. Bila fikirkan tanggung jawab yang Bella galas masa ke sini, Bella terpaksa juga melangkah masuk. Lagipun mana boleh main serkap jarang je kan? Bella pun pertama kali mengikuti Mudahnya Menjemput Rezeki ini. Mana tahu seronok. Bella berdoa dalam hati, janganlah MLM. Habislah kena marah dengan HB balik ini. 

motivasi diri, cara mudah mencari rezeki

Mengantuk! kena duduk depan sekali pula tu. Acane ni? Bella dah siap - siap bawa sekotak coklat takut - takut bosan. faham - faham je la. Pergi dengar ceramah ni, mesti mengantuk punya. Majlis ilmu. Setan bergayut dekat kelopak mata. 

MAJLIS ILMU YANG SANGAT MENYERONOKKAN - MMR2018

jom jadi kaya, cara jadi kaya

Program dimulakan dengan senaman ringkas dari anak Pn. Areena adik kepada Fareez. Nama senaman tu, Brain Gym. Senaman yang amat ringkas, hanya dengan menggerakkan jari sahaja. Tapi tetap menghiburkan. Terus menbangkitkan kehangatan majlis yang tadinya mula suram. Maklumlah, dah tunggu lama. Kelaparan lagi. Bella pasti, mesti ramai yang tidak sempat bersarapan macam Bella.

TAHUN 2018 ADALAH TAHUN BERSYUKUR - MMR2018

jom jadi kaya, cara jadi kaya, motivasi diri

Kehangatan majlis makin memuncak bila Pn. Areena muncul. Lembut kata - katanya. Sesuai dengan #tenangtenangaje Bella terpana bila Pn. Areena kata, semua yang hadir adalah yang dipilih Allah s.wt sebab itu yang kita doakan dan itulah yang kita perlukan sekarang. Memang betul!! Bella perlukan sesuatu panduan untuk memulakan perjalanan baru. InshaALLAh. Permulaannya Pn. Areena mengajak kita semua bersyukur. Erti nikmat bersyukur . Bagaimana? 

  • Bersyukur dengan hati dengan segala nikmat dan hikmah didunia ini. Bukan sekadar cakap alhamdullilah dibibir. Ia kena dirasai didalam hati juga.
  • Ramai yang tidak bersyukur. Kaya tapi rasa tak cukup. 
Percaya atau tidak? Antara lain yang menarik minat Bella, penyakit pada badan kita ini ada kaitan dengan jiwa kita yang tidak tenang. Betul ke?? Bila difikir - fikir kan balik, macam logik.

  • Sakit bahu - Berkaitan dengan diri kita yang banyak memikul beban.
  • Sakit belakang - Berkaitan dengan masalah kewangan
  • Sakit lutut - Berkaitan dengan masalah keegoaan yang melampau. Semua nak cepat.
Bella terasa sebijik sebijik kena batang hidung. Baru permulaan, tapi Bella dah mula rasa sangat seronok dan perasaan mengantuk tadi terbang hilang. Bella ini 50% fokus dan cuba buat apa yang diarahkan. 50% lagi fokus dengan apa yang Bella akan tulis nanti. Jadi, nak sampai ke hati Bella tu memang separuh sajalah. Kalau korang pergi silalah manfaatkan 100%.

PENGOSONGAN HATI DENGAN MENYERAHKAN KEPADA ALLAH - MMR2018


mudahnya menjadi kaya

Sebelum Pn. Areena mengajak semua pergi jauh lagi, kami semua diminta untuk meredhakan apa yang telah berlaku, dan memaafkan semua orang yang terdekat dan rapat dengan kami. Masa ini Bella dah terdengar esak tangis yang mulai menghayati dan mula memahami erti kedamaiaan hati yang sebenar. Memaafkan orang yang dibenci. Bagi Bella ia amat Susah. Memang susah. Tapi, tolonglah hati kita untuk menjadi tenang. Rasakanlah denyutan hati kita yang selama ini kita tak pernah hiraukan. 

Pengosongan hati ini amat penting untuk menerima ilmu yang bakal Pn. Areena kongsikan selepas ini. Formula untuk Menjemput Rezeki. Pn. Areena kata, carilah apa - apa formula lain dimana - mana seminar yang lain, formula inilah yang paling berjaya. Kejayaan yang telah dibuktikan oleh anak - anak muridnya sebelum ini ditambah dengan pengalaman hidup beliau sendiri.

FORMULA MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI - MMR2018

bela idura review

Penting!! paling penting ialah korang amalkan apa yang Bella kongsikan ini, untuk menambah dan menjemput rezeki datang kepada korang. Mungkin tanpa korang sedar, ataupun korang amat merasai dan menyedarinya. Rezeki sebenarnya bukan hanya wang ringgit. Mesti semua orang fikir, rezeki mestilah duit. Mata duitan sungguh. Tapi betullah tak payah berlapik - lapik. Zaman sekarang semua perlukan duit. Masuk tandas pun kena duit kan? Tapi makna rezeki sebenar adalah :-
  1. Kewangan yang mencukupi 
  2. Ibadah yang terjaga
  3. Kesihatan yang baik
  4. Kasih sayang yang dapat kita rasai
Terima kasih ya Allah, Terima kasih Ya Allah. Bella merasai banyak dari rezekimu Ya ALLAH.  Terima kasih Ya Allah. Boleh tambah lagi tak? Merayu dan terus merayu untuk Allah menambah rezeki kita. Jangan terus berdoa dan merayu tanpa usaha. Jadi, usaha yang harus korang lakukan tak banyak. Mudah sangat sekiranya sudah selalu buat dan amalkan.

  1. Solat di awal waktu dengan sepenuh penghayatan dan bukan tergesa - gesa. Bukan juga sekadar melunaskan tanggungjawab dan terpaksa.
  2. Solat Dhuha.
  3. Tahajjud sepertiga malam.
  4. Sedekah.
  5. Bangun pagi, jangan terus tengok HP sebaliknya bacalah ayat Al-Quran berserta penjermahan walaupun sebaris.
  6. Istisfar setiap hari 100 - 1000 kali sehari. 
  7. Wudhuk sentiasa di badan.
Amalkan dan ia amat - amat terbukti telah menjemput rezeki dari pelbagai sudut. Meletakkan Allah s.w.t dihati, dan dunia ditangan. Bukan sebaliknya.

HANYA DENGAN BERSEDEKAH, PENDAPATAN MENCECAH 1JUTA SEBULAN -MMR2018

TUHAN YANG MAHA PEMURAH


Bila hati kita dah kosong, dan penuh dengan formula Mudahnya Menjemput Rezeki ini, sampailah kepada perkongsiaan daripada anak - anak didik Pn. Areena pula. Perkongsiaan yang amat menarik untuk menyakinkan kita yang kesemua formula diatas amat berjaya. Apa yang amat menarik perhatiaan Bella adalah perkongsiaan daripada pasangan suami isteri ini, yang dimana si isteri sentiasa berdoa dan memohon supaya dibukakan pintu hati suaminya untuk bersama - sama berusaha didalam perniagaan tupperware nya. Bilamana akhirnya perniagaan ini menjadi lebih utuh dan kuat dengan sokongan suaminya.


Apa yang menarik, mereka berjaya memperluaskan perniagaan mereka dengan keberkatan bersedekah yang mereka sentiasa amalkan. Bersedekah sehingga tangan kiri pun tidak mengetahui nilai sedekah itu. Bersedekah walaupun hanya tinggal rm1 untuk kegunaan kita diwaktu itu, kita sedekah Rm1 itu. Hikmah bersedekah itu, kita akan dapat rasakan apabila kita redha dengan apa yang kita sedekahkan.

DOA INSAN TERPILIH - MMR2018

SENI MENJADI KAYA

SENI MENJADI KAYA

Pn. Areena juga membuat kotak doa, dan doa - doa insan terpilih ini dibacakan dan kami amin kan. Mereka semua yang naik ke atas ini adalah insan - insan yang benar - benar memerlukan dan amat berharap doanya dibaca dan di aminkan. Semua yang naik tidak kira laki ataupun wanita mesti mengalirkan air mata tidak berhenti - henti. Mereka bagaikan tidak menyangka doa mereka akan dibacakan. Seorang peserta yang dibacakan doanya, berkongsi yang beliau mengamalkan apa yang Pn. Areena ajar, (beliau adalah bekas anak didik Pn. Areena) tapi beliau menambah dengan mengamalkan solat taubat sebelum tidur. Hebat kesannya pada perniagaan beliau. Kita pun harus amalkan ya.

Banyak lagi feeling yang korang akan rasa dan dapat kalau mengikuti program ini. Bella boleh ceritakan isi penting saja dengan penghayatan yang berbeza. Kalau korang ikuti program ini, mesti hati dan jiwa korang akan tersentuh.  Bella diberitahu kelas seterusnya akan diadakan pada bulan Mei dengan bayaran RM100.00 sahaja. Jadi Bella seru semua untuk ambil peluang ini menambahkan pengisiaan jiwa dan ilmu didalam.  Maklumat lanjut :-

FACEBOOK :- SENI MENJADI KAYA
INSTAGRAM :- REENRICH SDN BHD

Semoga dengan perkongsiaan Bella ini, kehidupan kita lebih diberkati. Semoga kita menjadi salah seorang daripada jutawan. Jutawan yang kaya dan mewah didunia dan terpelihara di akhiat daripada api neraka. Nauzubillah. Aaminn.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. seronok je tengok ceramah ni.. tak mengantuk.topik pon best.. ina rasa... elok semua org mengamalkn. bkn semata mengejar keduniaan sebaliknya akhirat.. rasai dan hayati

    ReplyDelete
  2. kadang kita tak tahu macam mana rezeki sebenar datang, dah hakikatnya datang keredhaan kita dalam kehidupan kita sendiri kan bella?

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing bella. Sangat terkesan di hati. InshaAllah usaha amalkan dengan istiqamah

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat hadir seminar camni, banyak ilmu dapat.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.