BAS yang Dalamannya Amat Mengejutkan!!

Korang, Bella saja hendak bagitahu dengan korang semua yang merancang untuk Ke Korea. Bella nak kongsikan  Pengangkutan yang Bella gunakan...

Korang, Bella saja hendak bagitahu dengan korang semua yang merancang untuk Ke Korea. Bella nak kongsikan Pengangkutan yang Bella gunakan sepanjang bercuti di Korea. Pengangkutan Bella diuruskan oleh AirAsia dan Korea Tourism Organization (KTO). Alhamdullilah. Jadi, Bella tak dapat hendak bagitahu korang Tips pengangkutan di Korea. Sebab kami ini Bella pakai Pakej.Semua sekali telah diuruskan. Bella naik apa?? Inilah dia BAS YANG DALAMANNYA AMAT MENGEJUTKAN!!

pengangkutan ke korea

Bella naik Bas!! Tapi, Bas bukan sebarangan bas tau. Bas ini adalah Bas VVIP yang telah di ubah suai !! Terima kasih buat AirAsia Dan KTO. Merasa Bella naik bas yang Super Cool ini. 

sakura, korea, airasia-x


Jemput- jemput masuk dalam bas tengok. Bayangkanlah, Bas yang sebesar ini dinaiki oleh 10 orang jelitawan sahaja. Aceh.. Jelitawan lah sangat kan... Masa Bella tahu kena naik bas, Bella terus rasa macam alamak!! Takkan naik bas kot. Mesti pening. Poyo sangat kan. Sekali masuk, Fuhh!! Cantiknya bas ini. Boleh tidur dan macam - macam lagi. Ini bahagian belakang. Bahagian hadapan sama saja macam bas biasa. 

pengangkutan ke korea

Sepanjang 6 hari disana, Bas inilah yang Bella gunakan bersama wakil Media dari Malaysia untuk berpusing - pusing dari Yeongbuk ke Busan. Langsung tidak pening. Bila panas, Bus ini akan ada penyejuk dan bila sejuk pula bas ini akan ada pemanas. Memang seronok dan Bella amat teruja. Bella pun tak pasti kaal Bella berdengkur sepanjang perjalanan kerana terlalu selesa.Walaupun kita Bella boleh memilih untuk baring ataupun meniarap dibahagian belakang ini, tapi Bella memilih untuk duduk di kerusi biasa saja. Senang. 

akrasia, bercuti ke korea

Luas memang luas. Ada set karaoke juga. Ruangan belakang ini juga kami jadikan tempat berkumpul dan berbincang. pengalaman yang menarik dan amat bermakna. 


Mesti korang rasa macam, "alamak! Bas jer pun. Nape nak cerita sangat?" Bella terdetik untuk bercerita dan menulis tentang BAS yang Dalamannya Amat Mengejutkan!! sebab ia adalah kenangan manis Bella. Bukan bersama dengan bas, tetapi berama dengan penghuni didalamnya. Media yang turut serta bersama - sama dengan Bella untuk memperkenalkan bumi sakura ini kepada Malaysia. Ini tentunya kenangan terakhir Bella bersama She. #alfatihah semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..

Terima kasih www.airasia.com dan Korea Tourism untuk kenangan yang amat bermakna ini. Mungkin ini adalah kenangan terakhir Bella melancong dan bercuti sebagai Media ke luar negara, mungkin juga ia detik permulaan Bella sebagai media ke luar negara. Aaaminn.. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati.

Korang boleh juga baca artikel yang berkaitan dengan percutian Bella ke Korea bersama dengan AIRASIA - X di KOREA (klik saja link ini). Semoga bermanfaat.



Maklumat Penerbangan :-


KL ke Busan: 4x seminggu
KL ke Seoul: 2x sehari


AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.


AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi, jangan ragu - ragu untuk terbang bersama - sama dengan AirAsia X.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. fuhhh, memang cantik dalam bas tu, teringat zaman belajar, naik bas universiti nak pergi program, mesti main game UNO. kalau ada bas macam dekat Korea ni, mesti lagi riuh dibuatnya. heeeee

    ReplyDelete
  2. Seriusly cantik la bas dia =)

    ReplyDelete
  3. Wow!! memang 5 stars la bas ni.

    Blogwalking here =)
    Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.