Aktiviti
Bercuti
Selangor
Travel York
Pengalaman Berkhemah Di Sungai Berkelah
12 April
Hasrat untuk berkhemah di Sungai Berkelah memang telah lama Bella simpan. Korang hendak tahu bagaimana Bella dan HB sangat terigin atau beria - ia untuk Berkhemah di Sungai Berkelah? Bila tertengok YouTube pengembara yang berkongsi pengalaman mereka dalam bentuk video. Menarik sungguh. Bella seronok melakukan aktiviti sebegini. Sesekali keluar dari zon selesa melepak di Coffee House atau ber window shopping, marilah kita berkotor - kotoran dan memasamkan badan dengan berkhemah. Jom Bella kongsikan Pengalaman Berkhemah Di Sungai Berkelah.
SUBUH DIDALAM HUTAN
Balik sahaja dari kerja, seawal 3pagi kami telah bertolak dari KL ke Pahang. Kami menyasarkan selepas cahaya matahari kelihatan saja, kami akan bertolak naik keatas. Kami semua sampai di tapak parking masih terlalu awal. Dikesempatan itu, kami membahagikan barang - barang yang perlu dibawa sama rata memandangkan kami akan berkhemah di atas bukit sungai berkelah. Setelah barang - barang selesai dibahagikan, kami menunggu sehingga azan subuh untuk solat sebelum meneruskan perjalanan mendaki ke atas. Kami duduk di parking dan ada diantara kami yang tidur sementara menunggu matahari naik. Bella pergi dengan penunjuk arah yang memang biasa memanjat bukit sana - sini. Jangan korang baru pertama kali hendak mendaki pepandai pergi bersendirian ya.
MULAKAN PERJALANAN!!
Bila jalan semakin jelas kelihatan, perjalanan pun diteruskan. Bagi Bella yang pertama kali hiking yang mencabar ini, memang memenatkan dan mencabar. Last Bella pergi buat aktiviti macam ini adalah pada tahun 2015. Agak lama. Itupun ikut persatuan tempat belajar. Kalau tidak, memang tidak akan pergilah jawabnya. Bella ni seorang yang lembik, jatuh sikit jerit, makan lambat sikit sakit, buka penutup botol pun tidak mampu. Jadi, bila ada HB inilah baru boleh cuba hiking balik. Ada orang jagalah katakan.
Masa baru mulakan perjalanan Bella excited!! Perggh on Go Pro. Pegang Hp. Selfie sana sini. Baru 5 min dah pancit. Tangan berpeluh2x. Beg yang tiada bawa apa sangat itu pun terasa berat. Tidak kanlah hendak berhenti? Teruskan lagi. Tetiba terdengar bunyi air terjun. Wah!!! Jumpa air terjun yang pertama!! Bella dah excited hendak terjun. HB kata, tidak payahlah!! kita kejar masa mendaki ini. Dalam hati Bella, sini pun Bella ok saja.
MASALAH MUNCUL
Masalah pertama mula timbul bila beg salah seorang pendaki perempuan PUTUS!! Sebab itu Bella kata kelengkapan berkhemah itu sangat penting. Bella dah pening dah. Barang dalam bag banyak tu. Kalau hendak keluarkan dan bahagi seorang sedikit memang tidak muat. Masing - masing bantu dan ikhthiar supaya bag masih boleh digalas. Nasib tali putus. Bukan bag bocor. Kalau bocor, mana ada bawa benang dan jarum nak jahit sementara. Hmmm... boleh masukkan dalam senarai penting untuk dibawa sebelum Hiking dan berkhemah kan. Budak - budak lelaki yang excited mula menunjukkan muka boring. Baru nak panas badan dah kena berhenti.
PENDAKIAN DITERUSKAN
Alhamdullilah, bag berjaya diikat. Katanya memang sudah kuat. Pendakian kami diteruskan. Bella pakai kasut sukan yang memang sesuai untuk berjalan diatas batu. HB Bella pakai kasut sukan juga. Tapi, kasut sukan yang lebih sesuai untuk digunakan di atas tanah, jadi asyik tergelincir saja. Agak kesian sebab dia hendak jaga Bella, tapi dia pula yang asyik tergelincir. Bella separuh jalan dah tidak larat sebab perjalanan Bella dihalang oleh beg. Bila HB bawakan bag Bella, terus Bella boleh berjalan laju. Hari panas, tapi batu yang berlumut memang licin abis. Silap langkah, tergelincir terus ke gaung dan cerunan tajam. Bagi Bella, biar lambat janji semuanya selamat.
AIR TERJUN CANTIK
Semakin jauh kami kedalam, semakin cantik kolam dan air terjun yang kami temui. Member yang tidak tahan tengok kecantikkan air terjun waktu itu, terus terjun masuk.Bella tidak bagi HB terjun. Nampak rendah dalam gambar. Tengok yang nyata, dalam dan kena menuruni cerun yang tinggi. Bella gerun sangat. Kami berehat dan melepaskan lelah masing2x waktu ini. Air masak atau mineral paling berharga waktu ini.
PENDAKIAN SEMAKIN SUKAR
Selepas melepaskan penat lelah kami bergerak mendaki kembali. Jalan makin sukar dan licin. Bella hampir hendak tergolek sebab bag Bella tersangkut dekat kayu. Nasib HB pegang Bella. HB terus takut dan bawa bag Bella. Terus laju Bella mendaki. Kesian HB pula. Bag dia besar. Bawa bag Bella pula. HB cakap, nasib baik dia selalu main gym. Mampulah dia angkat segala yang berat itu. masa mendaki ni, semua bag berat bawa air, makanan, beras, dan semua2la.
PERASAAN MAKIN TIDAK SABAR
Walaupun terasa teruk dan "struggle" sangat, tapi perasaan tidak sabar hendak sampai lagi tinggi. Bella tidak sabar hendak rasmi kan khemah baru. Hahaha. Sebenarnya tidak sabar hendak terjun dalam air sungai yang teramatlah jernih dan sejuk. Abang otai yang jadi petunjuk arah bagitahu, kami akan mendirikan khemah di tapak air terjun yang ke tujuh. Arggghhh dalam hati jauh lagi ke? Nasib dan alhamdulilah kesihatan amat mengizinkan. Kaki tiada rasa sakit ke, lenguh ke, sakit perut ke. Segala - galanya dipermudahkan.
Alhamdullilah, akhirnya Bella dan team sampai ke tapak perkhemahan. Bella hendak cerita mengenai rintangan semasa mendaki sampai esok pun tidak abis. Jadi Bella pendekkan sahajalah. Sebenarnya, Sungai Berkelah ini sangat popular dikalangan pendaki. Jadi memang kami sengaja datang awal untuk menempah tapak perkhemahan yang landai dan rata. Kami semua meletakkan bag dan melawat kawasan sekeliling dahulu. Rupanya ada yang sampai lagi awal dan telah mendirikan khemah. Selesa. Betul - betul tepi sungai. Macam tapak kami, sungai agak jauh dan kena mendaki dan menuruni bukit setiap kali mahu ke sungai.
Tapak perkhemahan kami, berada dilaluan untuk ke air terjun yang lebih tinggi. Jadi, sebelum mendirikan khemah, kami berjalan- jalan dan menghilangkan lelah dahulu. Selepas kami rasa tenaga sudah kembali, kami terus kembali ke tapak perkhemahan untuk memasak dan mengeringkan badan. Masing- masing ambil kesempatan menjemurkan kasut dan stokin. Sewaktu berpatah balik, tetiba kawan Bella menjerit. Aduhhhhhhh!!! rupanya kami telah melalui jalan yang mempunyai tebuan tanah! Ada yang telah terusik sarangnya.Alhamdullilah Tebuan itu hanya seekor dan menyengat seorang kawan Bella sahaja. Kawan Bella pula agak kuat kerana selepas itu dia macam tidak sakit apa pun. Kalau Bella, mungkin dah pengsan dan menangis. Takut sangat masa itu.
Bella sangat takut, tapi masing - masing menberi jaminan yang selamat. Kawan - kawan lelaki mula memotong kayu - kayu untuk dibuat tiang khemah. Kaum perempuan pula, menyapu dan membuang batu - batu kecil bagi menjadikan tapak perkhemahan kami rata dan selesa.
Semasa mendaki, kaum wanita banyak menyusahkan kaum lelaki kan? Tapi, saat inilah kaum wanita amat diperlukan. Semasa kaum lelaki sibuk mandi di sungai, kami mulakan dengan memasak air dan memasak nasi. Kawan - kawan Bella yang dah selalu berkhemah, memang sudah membawa dapur masak yang jenis gas punya. Dapatlah kami memasak sama macam dirumah. Awal - awal kami telah membuat kutipan untuk makanan mewah kami didalam hutan ini.
Semakin petang, semakin ramai pendaki yang sampai. Tabik spring Bella. Semasa kami mendaki, tidak nampak pula kumpulan lain yang mendaki. Bila kami siap mendirikan khemah, ramai pula yang sampai. Tempat kami terkena sengatan tebuan tanah tadi, kami telah tanda. Tapi masih ramai yang lalu menyebakan semua pendaki baru yang lalu. semua terkena sengatan. Ramai yang patah balik dengan menangis dan bengkak - bengkak dimuka. Ada yang sampai kaki tidak boleh hendak jalan. Bella tidak dapat bayangkan macam mana dorang hendak menuruni bukit. Perjalanan pun masih jauh.
Dalam ramai - rami pendaki, adalah kumpulan pendaki awek ataupun perempuan. Memang cun la. Muda lagi. Bella agak dalam 20an umur masing - masing. Disebabkan khemah kami berada di pertemgahan jalan, jadi dorang kenalah melalui kawasan khemah kami. Apa lagi, masing - masing duduk mengorat dan mengayat. Kumpulan perempuan tadi tersenyum - senyum sambil berlalu pergi.
Masa kawan - kawan Bella mengorat ini, lupa hendak bagitahu yang laluan keatas dipenuhi tebuan tanah. Tambahan pula, kami telah menghalan laluan tersebut dengan tali dan ranting pokok. Tidak pasti pula siapa yang mengalihkannya. Tetiba kumpulan perempuan tadi menjerit turun dan masing dikerumumi oleh tebuan tanah. Perempuan tersebut lari ke khemah kami. Jelas. Bella nampak jelas beberapa ekor tebuan melekat pada badan masing - masing dan kepala masing - masing. Kawan - kawan Bella yang ala2x macho masa mengorat tadi, semuanya terpaku keras. Beberapa ekor tebuan tanah menyengat kembali kawan Bella yang telah terkena sengat sebelum ini. Dorang kata, tebuan tanah itu menghidu asid yang telah ditinggalkan dibadan kawan Bella itu. Selagi dia tidak mandi, tebuan tanah itu akan terus menghidu dia dan menyengat. Seram!! Bella menjerit. Sebab memang banyak tebuan berterbangan masa itu. Salah seorang dari kawan Bella marah sebab dorang lari kearah kami dan menyuruh dorang terjun kedalam sungai. Bella dah mula mengalirkan air mata. Dorang suruh Bella jadi kaku dan jangan bergerak. Bella is mengelabah. Nasib alhamdullilah. Keadaan kembali tenang. Kumpulan tadi, balik macam tu saja. Kesian. Tapi, kami tidak mampu hendak bantu walaupun dorang meminta tolong.
Sepatutnya aktiviti malam kami, melepak diatas bukit sambil menikmati sinaran bulan. Tapi, Bella tidak mampu hendak pergi sebab kena melalui sarang tebuan itu. Dorang kata ada jalan lain. Tapi Bella tetap takut. Waktu ini, cuaca amat panas. Masing - masing tidur diluar khemah sahaja. Ada juga yang tidur didalam hammock.
Keesokkan harinya kami meneruskan perjalanan menuju ke air terjun yang paling tinggi. Paling mampu didaki. Kami sampai ke air terjun yang ke 15. Paling Bella tidak boleh lupa, kawan Bella izzat molak, bawa air teh dan letak didalam botol. Botol itu dibenamkan dalam sungai. Semasa kitaorang hendak balik, dia keluarkan air tersebut. MasshaALLAH, nikamtnya. Sejuk. Manis. Baru terasa betapa bersyukurnya dapat minum air sejuk dan manis.
Sampailah masa untuk kami pulang. Masa ini, beg agak ringan. Perjalanan pulang lebih laju dan lancar. Paling tabik dekat kawan Bella seorang ini.(namanya dirahsiakan) Seluar dia jenis lembut tau. Dia tidak bawa seluar sukan. Kasut dah hancur, dia turun guna selipar saja. Dia mampu turun dengan selipar dan seluar yang koyak sana sini. Lebih laju dari kami. Masa turun amat mencabar sebab air hendak minum habis! Masing - masing minum air sungai.
Bella rasa, ia adalah kenangan paling bermakna bila mengenali rakan - rakan baru yang sebelum ini tidak pernah tegur pun. Saling bantu menbantu untuk sampai ke puncak. Mengenali alam. Bersyukur. Masa korang dalam hutan ini, korang akan sedar. Duit segunung pun tidak berharga. Apa yang paling penting, sahabat yang saling bantu membantu. Seseorang yang menyokong dan menjaga kita walau apa pun keadaan kita. Kesihatan yang baik adalah hikmat dan nikmat yang terbesar.
TERIMA KASIH KORANG... berani bawa Bella yang gemuk dan melambatkan perjalanan korang. Terima kasih shafiq yang bagi minum air yang dibawa dan ambilkan periuk Bella yang jatuh kedalam dasar sungai. Nanti kita berkhemah lagi ok. Terima kasih TIQA, kenalkan dengan kumpulan yang awesome ini. Terima kasih semua. Bella hendak sebut seorang - seorang pun macam korang baca kan. Bye2x.
2 ulasan
hi, saya datang singgah sini, done follow awak :)
ReplyDeletesalam kenal :)
lama xbuat aktiviti mcm ni
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.