Pencukur Khas Wanita - VEET Sensitive Touch

Pernah dengar dan tengok kan, pencukur buat lelaki. Berbagai saiz, bentuk, warna, jenis, fashion dan corak. Tapi, pencukur wanita adalah ...

Pernah dengar dan tengok kan, pencukur buat lelaki. Berbagai saiz, bentuk, warna, jenis, fashion dan corak. Tapi, pencukur wanita adalah sangat terhad. Tengok sahaja lah di pasar raya, barisan pencukur lelaki berbaris - baris tetapi pencukur wanita hanyalah satu baris sahaja. Ini mungkin disebabkan lelaki banyak menggunakan pencukur yang sama untuk mencukur semua bahagian. Tiada pencukur khas tertentu. Bella cuma tengok HB sahajalah Bella boleh jadikan sebagai contoh. Beli sebungkus pencukur dan menggunakan terus 3 daripadanya. Satu untuk muka dan dua lagi untuk bahagian tidak dapat dinyatakan. Bagi wanita. Satu sahaja diperlukan untuk bahagian tersorok yang berbulu. Sebab itu pasaran pencukur tidak menfokuskan kepada wanita. Tapi korang jangan bimbang, VEET telah mencipta Pencukur Khas Wanita - VEET Sensitive Touch yang sangat canggih dan moden. 

kecantikkan bahagian sulit wanita

KEISTIMEWAAN  PENCUKUR KHAS WANITA  VEET SENSITIVE TOUCH

Mencantikkan diri memang kadang kala melecehkan terutama menjaga bahagian yang tersorok dan sensitif. Memahami keperluaan wanita inilah jenama depilatori NO.1 dunia, VEET melancarkan alat elektronik baru ini. Apa yang paling penting dan sangat Istimewa, Pencukur Khas Wanita - VEET Sensitive Touch ini sangat lengkap dalam satu bekas kecil. Ia bukan sahaja sesuai digunakan untuk mencukur bulu dibahagian yang tersorok, tetapi sangat sesuai untuk mencukur dan juga membentuk kening. Selamat juga untuk mencukur bulu halus yang terdapat diatas bibir.

mencukur bahagian intim

KECANGGIHAN PENCUKUR KHAS WANITA  VEET SENSITIVE TOUCH

Pencukur Khas Wanita  VEET SENSITIVE TOUCH ini bagi Bella memang dalam kategori yang canggih dan moden. Satu alat atau mesin yang mampu memikul tanggungjawab dalam membuang bulu di beberapa bahagian tubuh. Apa yang canggih lagi, hanya dengan satu pulasan mesin ini akan berfungsi  dengan memotong dan membuang bulu dibahagian yang kita kehendaki. Ia adalah alat elektronik yang mudah, cermat dan lembut pada kulit.Tiada lagi kulit berdarah selepas mencukur akibat pisau terlalu tajam, dan kerumitan dan menahan kesakitan akibat mencabut.

buang bulu tanpa sakit


KELEBIHAN  PENCUKUR KHAS WANITA  VEET SENSITIVE TOUCH

Selain daripada kecanggihannya dalam memudahkan kita menjaga kebersihan ditempat yang tersorok, banyak lagi kelebihan lain yang Bella hendak tekankan. Antaranya :-

  • Rekabentuk yang menarik
Bentuknya seakan - akan pen dan jika dilihat secara kasar. Bagi Bella amat moden dan berstail.

  • Warna yang menarik 
Menarik minat wanita macam Bella iaitu warna PINK. Merah Jambu. Menarik minat "adik-adik" juga.

  • Mudah dipegang
Material yang digunakan, membuatkan ia mudah dipegang dan tidak tergelincir walaupun ia bergetar.

  • Mudah digunakan
Hanya menggunakan suis ON dan OFF sahaja menggunakan pulasan.

  • Menggunakan kuasa bateri 
Tidak akan takut jika berlaku kebocoran elektrik didalam bilik air. Amat selamat.

  • Menggunakan bahan yang tidak berkarat
Tidak perlu penjagaan rapi atau penggunaan hanya ditempat yang kering. Tidak perlu risau kerana ia menggunakan bahan yang tahan karat dan boleh dibersihkan menggunakan air.

penjagaan diri

CARA MENGGUNAKAN PENCUKUR KHAS WANITA  VEET SENSITIVE TOUCH

Masa mula - mula hendak guna Bella takut sangat pencukur ini makan kulit Bella. Mesin. Seramlah. Cara hendak guna untuk mencukur bahagian tersorok iaitu bahagian bawah lengan. 

1.Korang masukkan bateri.
2.Kunci bahagian bateri.
3.Sambungkan pencukur yang panjang.
4.Pulaskan untuk ON 
5.Letakkan sahaja VEET Sensitive Touch 
6.Gerakkan VEET Sensitive Touch keatas dan kebawah 
7.VEET Sensitive Touch akan mula memotong bulu - bulu dengan bijak tanpa mengakitkan kulit. 

Mudah. Cepat. Selamat.




You Might Also Like

1 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.