Filem Seram DORM MELATI

Bella telah dijemput untuk merungkai dan menilai mengikut pendapat Bella mengenai keseraman Filem Dorm Melati. Filem ini adalah keluaran dan...

Bella telah dijemput untuk merungkai dan menilai mengikut pendapat Bella mengenai keseraman Filem Dorm Melati. Filem ini adalah keluaran dan terbitan Metrowealth. Jadi, Pembukaan bagi tahun 2017 ini. MIG mengeluarkan satu filem seram yang telah difilemkan dan dilakonankan kembali berdasarkan kisah benar. Kisah benar.... Fuhh!! Patutlah seram! Filem Seram Dorm Melati ini adalah terhasil berdasarkan kisah benar yang terjadi di sebuah pusat pengajiaan tinggi di sebuah negeri. 



Filem ini dibintangi oleh bakat baru dan muda iaitu Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Julia Marin, Adam Shahz, Syaa Nasir, Aizat Hassan dan ramai lagi. Pemilihan barisan pelakon ini dilihat dari segi kemampuaan dan bakat yang ada. Bagi Bella pula, Bella benci watak Aedy Ashraf sebagai Adam yang sangat poyo, bongkak dan berani tidak tentu pasal. Poyo sangat-sangat. Kalau Bella jadi kawan dia, Memang Bella terajang celah peha dia tu. Dia punya misi, kawan- kawan pula yang kena tanggung. Watak Carol pula Oleh Syaa Nasir mengundang rasa kasihan yang teramat sangat. Rasa macam nak peluk je dia masa dia menangis ketakutan. Sian betul tengok.



Berbalik kepada kisah pengembaraan 5 sahabat ini yang kononnya pergi ke Summer Camp. Bella rasa Summer Camp paling hampeh dan mengundang bencana. Sepatutnya kalau dah tahu tempat itu ada sesuatu, jangan pergi. Mak Bella kata, benda macam itu jangan dicabar. Adam yang sengal itu, Mencadangkan ke Dorm Melati kerana perasaan dia yang ingin tahu mengenai Melati, bila dia mendengar dan dapat tahu mengenai Melati dari orang yang pernah diganggu bila datang Dorm Melati, dan juga melalui sumber dari internet. 





Pada mulanya dorang menentang. Perempuan semua takutlah nak pergi Summer Camp ke Dorm Melati. Sepatutnya, kawan - kawannya yang lain, menentang abis - abislah atau jangan pergi. Ia tidak, pergi juga. Fikir logik la, aktiviti apa yang boleh dibuat di kawasan atas bukit. Disini Filem ini agak nampak kekurangan. Sepatutnya ubahlah, ada assingment pensyarah bagi ke, Ada kawan kampung yang menetap dekat situ cadangkan ke, ini sebab summer camp? Kelakar. Eh2x pepandai saja ko ini Bella. Mungkin bagi orang lain sangat logik. Bella dulu cuti sekolah duduk kat rumah saja. Tidak pernah pun pergi Summer Camp. Mungkin pendapat Bella salah. Ini hanyalah pandangan. 



Pendekkan cerita dorang pun pergilah menuju ke Dorm Melati. Bermula dari sini, kebenciaan Bella kepada Adam pun timbul. Bila dorang sampai sahaja di Dorm Melati ini, apa lagi kena kacaulah dengan penampakkan Melati. Macammana Melati muncul, elemen seram dan nyeri itu kat mana, Bella tidak mahu cerita. Korang pernahlah tengok. Kalau Bella cerita. Tidak terkejutlah korang nanti. 


Apa yang Bella nak kongsikan disini, perasaan Bella selepas menonton cerita ini adalah sangat tidakpuas  hati. Banyak yang menjadi tanda tanya. Pada pendapat Bella, perlu banyakkan lagi "flashback" mengenai keluarga MELATI. Sekarang ini, cerita ini seperti tergantung. Mungkin ada sambungan kot. Takpelah. Korang pergi tengok cepat - cepat lepas itu, bagaitahu Bella pula apa yang korang rasa. Apapun terbaikkk!!! 

Rating Bella untuk keseraman cerita, 4bintang!! ⭐️⭐️⭐️⭐️


Selamat menonton.

You Might Also Like

1 ulasan

  1. filem seram mcm ni mmg takut nak tgok, klu tgok tutp muka pki jari, intai2 sikit melalui jari, boleh gitu hahah

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.