Aktiviti
cadangan makan
cari makan
cari makan!!
Kongsi Sikit
Resepi
Resepi Kerabu Mangga yang Ringkas dan Sedap!!!
08 January
Korang, siapa yang suka makan Kerabu?? Selalunya masyarakat melayu memakan kerabu sebagai penambah perasa. Ada juga yang jadikan kerabu sebagai salah satu makanan hidagan seakan - akan sayur. Macam Bella , Bella lebih suka Kerabu daripada masakkan sayur. Kerabu ini istimewa sebab segala rasa ada dalam satu hidangan. Manis, masam dan pedas. Kadang kadang Bella ratah saja. Mak Bella hebat betul buat kerabu Taugeh bercampur dengan akar pokok Cekur. Bella suka giler sampai tanam pokok cekur itu dalam pasu sebab dekat KL susah nak dapat. Tapi, resepi itu nanti dulu. Hari ini Bella hendak kongsikan Resepi Kerabu Mangga yang Ringkas dan Sedap!!! Jangan tidak tahu, ini adik Bella punya resepi. Hebat dia. Sambal belacan dia bikin pun sedap. Boleh minta hantaran tinggi untuk dia. Jom Bella kongsikan.
BAHAN - BAHAN
- 2 Biji Mangga muda
- 1 Batang Bunga Kantan
- Sedikit Cili Api Mengikut Citarasa
- Segengam Udang Kering.
- Sedikit Garam dan perasa (jika perlu)
- Mangga dihiris secara memanjang dan halus.
- Bunga Kantan diricih halus.
- Cili Api dihiris kecil.
- Udang kering ditumbuk kasar bersama dengan garam.
Siap!!! Adik Bella yang buat semuanya. Bella tengok dan tangkap gambar saja. Gambar selepas digaul tidak ada. Mak marah. Lambat sangat nak makan. Huhuhu. Paling penting, Sedap, cepat, mudah dan terbaikkk!!
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.
5 ulasan
hahahahha siap kena marah ngan mak heheheh
ReplyDeleteMarah, menantunya tunggu lama. Sayang menantu sgt.
DeleteNak amik gambar lambat mana mak tak marah bella...tp gambar cantik...cayalah!
ReplyDeleteAlamak!!! Terima kasih.
DeleteKalau kerabu ada mangga, makan berpinggan2 pun takpe :)
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.