Aktiviti
cadangan makan
cari makan
cari makan!!
Kongsi Sikit
Makanan Sedap
Review By Saya Isabella Idura
Raja Durian Di Durian King TTDI
07 August
iDurian. Siapa yang tidak suka durian?? Rugi!! Bella rasa, Ramai yang tidak suka sebab baunya kan? Memanglah busuk, tapi rasanya tidak akan ada yang boleh tandingi dan lawan. Raja buah! Bella hendak kongsikan dengan korang nie. Port atau Tempat Terbaik korang hendak makan durian kaw - kaw. Disinilah korang boleh rasa RAJA DURIAN Di DURIAN KING TTDI.
DURIAN KING @ TTDI
Disinilah Bella join Kak Neen makan durian. Kak Neen punya programlah ini. Program lepak dan makan durian. Bella pun apa lagi. Haruslah terjah kan? Belakang office je pun. Bella memang suka makan durian, Tapi tidaklah sampai terlalu suka dan akan ada masa teringin sangat hendak makan durian. Memang tidak ada rasa macam tu. HB ya. Asyik teringin durian je. Bulan puasa pun sibuk cari durian. Tidak musim pun cari durian. Jawapannya kena TIPU lah. Banyak kali. Masa tidak musim mahal. Sangat mahal. Dah beli mahal. Buruk pula. Adeh!
Malam itu juga baru Bella tahu yang durian ini ada banyak jenis. Tengok warna durian Bella, macam warna cerah sikitkan? Kak Neen punya orange sangat. Haaa itu berlainan jenis tu. Durian
King @ TTDI ini terletak di kawasan yang selamat di tempat letak kereta
terbuka di Pasar Besar Tmn Tun Dr Ismail , Kuala Lumpur. Ia mempunyai
ruang letak kereta yang mencukupi dan banyak tempat duduk disediakan. Bukan itu
sahaja , perkhidmatan dorang pun cekap dan terbaik. Korang kalau terpilih durian yang keras atau busuk, Korang tidak perlu marah - marah. Angkat tangan minta tukar saja. Pastikan harga samalah ya.
Bila Bella sampai di Durian King @ TTDI ni, Baru Bella tahu.Durian ada banyak jenis!! Dalam gambar ni hanyalah sebahagiannya sahaja. Harganya ikut gram. Tapi Gambar yang Bella tangkap ini harga per gram tidak jelas kan? Tidak mengapa, jangan kecewa. Bella sanggup taip untuk korang dan tunjukkan pada korang ok?
- DURIAN BLACK THORN RM60/KG
Ini Rupanya Durian Black Thorn. Bella pun tidak pasti, Selama Bella hidup ni. Bella pernah Ngapp!! ke tidak durian ini. Durian ini mempunyai isi yang tebal dan kemanisan yang berbeza. Inilah Raja durian katanya. Dalam satu pangsa ada beberapa ulas sahaja.
DURIAN MUSANG KING RM40/KG
Semua orang kata Durian Black Thorn adalah yang paling sedap dan Raja Durian? Bagi tekak Bella pula, Musang King adalah yang paling terbaik dan sedap. OMG!! sedap sesangat sedap. Bella makan perlahan - lahan untuk menghayati raya lemak berkrimnya. Amat - amat menyelerakan.FUH!!! Bella makan Musang King ini berulas - ulas. Sedap. Lembut, isi tebal, rasa manis. Owh Bella seperti jatuh cinta dengan keenakkan Durian ini.
DURIAN XO RM25 / KG
Ada rupanya nama Durian XO. Memula Bella panggil durian XOXO. Lagi comel kan? Apa yang penting, Bila korang dan makan Durian Black Thorn atau macam Bella, Durian Musang King, Korang susah hendak mengalihkan pandangan korang ke Durian XO ini. Walaupun rasanya sedap, tetapi tidak selemak berkrim Musang King. Durian XO ini mempunyai berulas - ulas durian dalam satu pangsa. Kira untung sebab isinya banyak.
Selain daripada Durian diatas, Ada juga jenis duian yang lain. Maklumlah Bella tidak mampu rasa semuanya. Muntah kang. Antaranya :-
- GREEN BAMBOO - Rm32/kg
- PAHANG EMAS - RM30/kg
- UDANG MERAH - Rm28/kg
- JANTUNG - Rm28/kg
- XO - Rm25/kg
- HOR - LOR - Rm25/kg
- D-101 - Rm25/kg
- D-24 - Rm20/kg
Jadi, korang bolehlah pilih mengikut selera dan juga ketebalan poket korang ya. Apa yang menarik, pada 14 august 2016, Korang boleh makan kesemua durian ini dengan hanya RM50 sahaja.
Disamping korang boleh makan durian, Korang juga boleh menderma. Setiap Bertemakan "Durian For A Cause" korang boleh makan buffet durian di Durian king TTDI. Apa yang korang perlukan, pergi ke www.vip.my dan beli tiket rm50 untuk menyertai kempen menderma ini. Tiket rm50 ini melayakkan korang untuk makan seberapa banyak durian yang korang mampu dalam masa satu jam. Korang juga boleh memilih waktu yang korang mahukan.
Semua sumbangan akan diberikan kepada Pusat Jagaaan Kanak - kanak Down Syndrome dan Hyper Active Bandar Bukit Tinggi 2 Klang, Spepherd's Centre Foundation in Semenyih dan The Shepherd in Kg Orang Asli Ulu Kuang, Rawang.
Jom kita bersama - sama menyokong Durian For A Cause di Durian King TTDI. Senang saja, Hanya dengan makan durian!!. Jangan lupa layari www.vip.my untuk menempah penyertaan korang,
8 ulasan
sedap nye bella.. syok pulak jumpa tempat mcm nih..
ReplyDeleteMemang sedap. Tiap tahun ada. Datang2x serbu.
Deleteglurpp.. meleleh... teringinnyaaa...
ReplyDeletePergi saja. Boleh pilih durian mengikut bajet.
Deleteteringin sungguh nak ke sana!
ReplyDeleteDekat je kak. TTDI KL jer.
Deletetak makan durian :(
ReplyDeleteAlaaa ruginya!! Hilang satu nikmat dunia.
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.