Makan Malam Di Atas Pemandangan Terbuka - DARINA SKYVIEW

Terujanya Bella, Bila dapat makan malam bersama - sama suami tercinta di Restoran D'Arina Skyview yang menyediakan tempat makan yang t...

Terujanya Bella, Bila dapat makan malam bersama - sama suami tercinta di Restoran D'Arina Skyview yang menyediakan tempat makan yang terbuka. Bella dapat rasakan Restoran akan memberikan kenangan yang indah dan tempat makan malam yang romantis.Jadi Bella kongsikan tempat MAKAN MALAM DI PEMANDANGAN YANG TERBUKA D'ARINA SKYVIEW.

RESTORAN TINGGI 

Bella macam terfikir - fikir dekat mana tempat ini? Mula - mula Bella ingatkan berdekatan dengan KLCC, Atau dalam KLCC. Rupanya tak. Cuma terletak didalam bangunan tinggi.Nampak jugalah KLCC dari restaurant ini. Dari jauh dah nampak bangunannya. Dari jauh juga nampak bukaan tingkap kaca yang menempatkan restaurant ini. Bagi Bella bukanlah tinggi sangat, sedang - sedang saja.



makan malam romantis 

Sinilah tempatnya. Buffet nya pun Bella dah rasa. Korang terus ke bawah untuk parking. Sebab itulah nama Restoran ini adalah D'Ariana Skyview sebab terletak didalam Menara Ariana Uniti. Dari atas korang boleh tengok pemandangan langit. Sangat menarik.

 

Tengoklah panel butang lift ini. Tidak seperti biasa diatur secara menegak. Tapi, disini. Lift ini disusun secara mendatar. Comel juga bagi pandangan Bella.Apa yang sebenarnya fungsinya adalah untuk memudahkan juga untuk OKU dan orang yang kurang upaya untuk menggunakan Lift ini. Bella harap, banyak lagi banggunan yang akan ada panel macam ini. Sememangnya penggunaan lift didahulukan buat golongan yang macam ini. Kurang upaya.

suasana romantik 

Cantik kan pemandangannya? Ditambahkan lagi dengan keserian yang terpancar dari wajah Bella.. Cewaahh.. Hahahha. Bagi Bella ketinggian bangunan ini seindah mata memandang. Korang boleh nampak kecantikkan Kuala Lumpur dari berbagai sudut. Bella ambil sudut yang bahagian Bella makan jelah yer. Apa yang paling sekali, restoran ini dibuka tingkap kacanya untuk memudahkan angin luar masuk! Betul-betul seronok. Nyaman sangat rasanya.Korang jangan risau. Keselamatan tetap diutamakan.

keenakkan buah - buahan 

Apa yang Bella makan dulu? Yaa.. Bella makan buah dulu.Gugusan buah - buahan disini amat menarik perhatian Bella. Segar, masak dan ranum!! Berbagai jenis dan sengaja dilonggokkan ditengah - tengah dewan. Bella perasan, semua orang asyik menjeling kearah gugusan buah - buahan itu. Bella pun sama! Bella pun tidak sabar hendak berebut gugusan anggur segar itu. Bila mula saja majlis, Buah - buahlah paling laris dan laju habis. Tapi tetap mencukupi buat semua tetamu. Buffet. Jadi memang tidak perlu risau.

ayam masak merah sedap 

Ayam masak merah laku keras. Warna merah ayam ini buat semua orang terpikat hendak mencubanya.Makan pula dengan nasi panas. Memang puas hati. Lagi terbaik sebab makanan disini sentiasa panas. Masa Bella datang, Kebetulan ramai budak - budak jadi memang ayam masak merah ini jadi rebutan mungkin sebab rasanya yang kurang pedas dan sedikit manis.

 

Lontong ini kegemaran Bella. Jadi Bella makan memang banyaklah. Letak pula lah dengan nasi impit. Memang terangkat!! Silapnya tidak ada sambal. Nasib tetap sedap dan memecah selera.

 

Jangan tidak tahu, kuih tradisional pun ada. Pilih saja apa yang korang inginkan. Persembahan yang menarik. Cantik kuih ini disusun begini. Selain daripada kuih tradisional ini, Ada berbagai jenis makanan lagi. Cuma Bella tidak sempat hendak ambil gambar nya. Semua kelaparan menyerbu. Tapi, Bella sempat rakamkan nya. Korang klik sahaja YouTube dibawah ok.
Maklumat Tambahan :-

D’ Arina Skyview terletak di Tingkat 20 Menara Arina Uniti , Jalan Raja Muda Abdul Aziz , Kuala Lumpur.
Telefon No :- 03-2202 7353 atau whatsapp 017-229 4669.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.