Apartment Corus Paradise Resort Review - Port Dickson

Hai korang... Ari ini Bella nak kongsikan Penginapan Bella di Apartment yang pada mulanya Bella sangkakan kami bakal tidur di Hotel. Puji s...

Hai korang... Ari ini Bella nak kongsikan Penginapan Bella di Apartment yang pada mulanya Bella sangkakan kami bakal tidur di Hotel. Puji sangat - sangat Marketing dorang yang hebat. Menyamakan nama Hotel dan Apartment menggunakan satu nama. Bella pun teruja sangat bila mahu menginap disini kerana Bella dah fikir dah keseronokkan menginap di Hotel 3star. At least Hotel. Memang puas hati la kan. Sekali hanyalah apartment. Spoil !! musnah !! punah harapan. Jom tengok Apartment Corus Paradise Resort Review - Port Dickson

Apartment Corus Paradise Resort lokasi terbaik sebab terletak ditepi pantai dan juga pasar malam.Kira dekat juga la. Dihadapan hotel dan pintu masuk penuh orang promosi kan apartment ini.Pelik betul. Maknanya kalau korang tidak ada tempat tidur malam tu, korang boleh la cecuba datang apartment ni cari tempat tidur. Korang cuba pastikan blok mana apartment korang tu, lepas tu parking lah depan tu. Parking berlapis - lapis. Sewa apartment kan, bukan hotel. 

Apartment yang Bella sewa bawah sekali dan dia diuruskan oleh budak office Bella. Jadi, Bella tidak berapa pasti disewakan dengan siapa dan berapa bayarannya cuma kalau tidak silap satu rumah ini rm500. Mahal kan?? !! Macam Bella kami berdua je, sebenarnya tidak perlu pun satu rumah. Bilik hotel pun dah cukup. Bilik apartment kami bawah sekali, jadi kami kena turun melalui lift yang buruk dan kotor. Ngeri betul apartment ni. Di kawasan lift tu la. Apartment ini juga sebahagian dihuni oleh penghuni tetap. Lift ni boleh tak tuun sampai kebawah. Setingkat lagi kena turun guna tangga. Jom masuk dalam apartment.
                       Apartment Corus Paradise Resort

Buka pintu ok agak memuaskan. Sebijik design macam dekat rumah. Kebersihan juga dalam keadaan yang memuaskan. Mungkin sebab target rumah ini buat keluarga berkumpul jadi memang banyak la kerusi dan meja disediakan. Ok juga kan? Luar nampak ngeri tapi dalaman agak memuaskan.

                       Apartment Corus Paradise Resort

Dilengkapi dengan TV kecil, jarang nak jumpa saiz TV ini sekarang. Hehehe. Sofa tu korang jangan lah berangan - angan nak hempas kuat - kuat bontot korang tu yer, Sofa nya keras !! Jadi duduk slow - slow yer..

                       

Bahagian dapur juga cukup lengkap dengan peti ais dan pemanas air. Keadaan dapur sebegini sebenarnya bagi memudahkan korang sekiranya mahu mengadakan BBQ bersama keluarga. Bagi kami pula apa yang paling penting adalah pemanas air. Senang nak masak maggi. Soo yummy!!  Jom tengok laut !! Belakang rumah jeww...
     

                      Apartment Corus Paradise Resort

Betul - betul belakang rumah okey... Malam ini kami akan buat BBQ di belakang sini la.Cukup nyaman.

                      Apartment Corus Paradise Resort

Disini juga korang boleh gunakan kemudahan swimming pool hotel. Buka saja pintu pagar ini dan bergerak ke kanan. Ke arah hotel. Tepi tu je ada kolam renang. Punyalah bercita - cita pepagi esok nak jogging tepi pantai. Memang tak la.. membuta saja kerjanya. Hahaaa. 

                      
   
Malam, masa Bella BBQ tu tepi pantai nilah.. Ada kejadiaan mengusik jiwa berlaku. Bella berjalan ketepi pantai untuk menghirup udara yang amat nyaman dan segar. Betul - betul ditepi pokok kelapa tu. Tetiba Bella terdengar bunyi yang sangat klasik dan menenangkan. Seriously bunyi muzik yang amat menenangkan. Korang tau tak, dengan angin lembut menyapa wajah.. halwa telinga dihidangkan dengan muzik yang amat tenang dan mengusik jiwa. Perggghhh rasa macam dunia ini terhenti seketika. Asyik sungguh. 
 
                      
Ini bilik utama. Setiap bilik memang ada air cond. Tapi Aircond bilik ni, tak berfungsi plak. Rosak. Lepas itu panggil technician baiki barulah sejuk. Kalau tak hangin satu badan. Hehhee. Bilik utama ini memang luas. Bolehla sumbat satu kelas dalam ni. Hehhee.

                      Apartment Corus Paradise Resort

Sekarang adalah bahagian yang tak best.Bilik air. Bilik air dia kongsi dengan bilik sebelah. Maknanya ko masuk, ko kena kunci pintu sebelah sana. Kalau ko lupa kunci, nahas. Sia - sia belanja kawan or adik ko yang nak gunakan tandas juga. Lagi satu masalah kalau kawan ko kunci pintu sebelah bilik ko. Perrggghhh ko nak pergi ketuk plak bilik dia suruh buka pintu bilik air. Buatnya tengah berkemban. Aiyooo sangat menyusahkan.

Masa Bella datang tu, keadaan bilik air adalah yang paling teruk. Kotor. Berlumut. Air panas yang tak panas dan pintu bilik air baru dicat. Bau cat tu busuk menusuk kalbu. Satu rumah bau. Paling haru, Bella boleh pula terpegang pintu tu. Melekat cat kat tangan. Hampeh betul. Husih konon nak bagi cantik, tapi menyusahkan orang.

Jadi, terpulang la kat korang nak sewa sini atau tak. Kalau korang hendak sewa sini Bella rasa lebih baik korang tengok dulu baru buat pembayaran. Takut menyesal. Percutiaan sepatutnya indah. Karang sebab toilet rosak mood macam Bella. 

Salam ikhlas bercerita...Bella Idura.

You Might Also Like

6 ulasan

  1. As Salam. RM500 sewa tu sgt2 mahal. MMD ada juga gi survey, 1st floor apartment 1 bilik tak sampai RM100 pun. Siap pergi tengok bilik dulu tapi akhirnya tak jadi bila memikirkan situasi yang sama yang Bella hadapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously?? rm100?? member markup lettew... huhuhu

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.