Makanan Yang Sedap Di Tree Steak House

Hi.. hari ni Bella nak KONGSIKAN mengenai makanan!!!! sebab sedap okewwwww... memang rasa nak repeat kalau dah rasa. Sape yang tak perna...

Hi.. hari ni Bella nak KONGSIKAN mengenai makanan!!!! sebab sedap okewwwww... memang rasa nak repeat kalau dah rasa. Sape yang tak pernah dengar sal kedai ni? Betul2x tepi jalan raya. Fuhhh!!! kalau parking sebelah sana.. nak melintas masak la nak tunggu kete berhenti. Jadi haruslah parking di tempat yang betul. Free je. Ok? langkah keselamatan.

Boleh di katakan semua menu kat sini Bella dah rasa ok. Sebab itulah Bella berani recommen tu... hahahaa.. Dulu masa kedai Ini tidak glamor lagi kedai ni kecik saja. Pastu takda keusi hendak duduk makan. Nampaklah satu tempat duduk kosong dekat dengan dapur. Duduklah. Patutlah tiada orang duduk!!! makanan terbang2x atas kepala. Kalaulah tumpah tu.Semua makanan lalu tepi meja kami dan atas kepala kami. Jomlah Bella kongsikan Makanan Yang Sedap Di Tree Steak House.


Sekarang, Bella jarang sikit datang kedai ini. Lepas kahwin ini, memang tidak pergi langsung dah. Sebab HB tidak suka makanan barat sangat. Dia selalu kata.. mahal pastu kenyang sekejap saja.  Tiba - tiba kedai ni jadi tumpuan balik sebab JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3 sampai kat sini.  Bila Bella datang kali ni.. fuhhh!!! dah besar kedai ni.


Inilah menu disini. Simple. Sekeping jer. Belakang air dan makanan ringan sikit. Pilihlah apa yang berkenan di hati. Tapi jujur bella cakap. Ada yang berbaloi dan ada yang tak berbaloi untuk dibeli. Kekadang dapat portion kecil saja ayamnya. Yela... bhg peha. Banyak isi ke? Harga meletup. Paling penting bella tidak makan ayam bahagian peha. Paling tidak suka kalau kalau ayam bahagian peha saja yang tinggal. Hmmm tidak puas hati betul kalau kejadian macam ni berlaku.


Ini adalah menu palingggggggg Bella suka sangat. Yummy. Puas ati. Sedap dan kenyang. setiap kali datang sini ini benda wajib Bella akan order. Chicken Cordon Blue.rm15.90. Setiap kali Bella makan mesti tinggal sikit, tidak lepas hendak habiskan. Chicken ni adalah ayam goreng yang dalamnya sarat dengan isi seperti chess, kepingan cendawan dan kepingan ayam.


Tarraaaaaa!!! This Spaghetti really yummy! seriously. Bella tidak makan daging. Tapi bila cuba saja, je spaghetti ni.. terus rasa..Ya Allah terima kasih atas rahmatMU. Sebab sedap. Yummy.


Bella tak makan daging kan, jadi rasa sikit je la. lepas itu hendak rasa lagi dah licin. Ini pun sedaaaappppp!! betul. Tak rasa daging pun.. Apa yang unik pasal Lamb ni.. Kuahnya akan dituang asing. Memercik-mercik dan berbunyi macam air dituang keatas kuali panas.Masa itu semua akan menoleh tengok.Apa benda itu.. hahahaha... dramatik sangat.. kan? Ni namanya pine sizzling lamb. Rm17.90. Kalau hendak cuba steak, Cubalah la Nyatoh Sizzling steak. Macam itu juga la bentuknya. Sama macam gambar diatas. Lain2x bella rasa biasa je. Macam Piazola chicken chop. Penuh bawang,cili, senang kata sayuran la.Tak pedas:(  Ayamnya secoet sahaja. Tak puas.


Kesimpulan dari bella, makanan sedap, bersih. Cuma selalu penuh dan tempat hendak makan kena berebut. Sepatutnya boleh juga diakan sistem no. Siapa sampai dulu dapat ini. Bukan kena berebut. Kena makin maju. Servis makin kelaut. Sepatutnya kekalkan servis terbaik itu. kan? Bye2x.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.