Bercuti
cari makan!!
Makanan Sedap
Travel York
Bercuti Di penang
23 FebruaryAssalamualaikum.... hi semua... semoga di rahmati ALLAH hendaknya.....
Alamak.. macam tulis surat la plak. Hari ini Bella hendak bercerita mengenai Penang!! yeah.. Percutian bella ke PENANG yang seronok. HB orang Kedah, jadi memang sangat dekat la dengan Penang. Masa belajar dulu kalau hendak happening sikit haruslah kami akan turun ke Penang. Memang seronok. Ditambah pula menggunkan duit ptptn yang liat dibayar bila dan kerja. Bercuti Di Penang, kami bergerak melalui jambatan pulau pinang.
HB tanya,hendak berhenti kejap ke ambil gambar? Waaahhh macam tahu - tahu saja apa yang bermain di fikiran ini tau. Berhenti kejap tengok keadaan atas jambatan macam mana kan, lepas itu jalan balik. Teruskan perjalanan memcari hotel. Sebenarnya Bella dah tempah Hotel, tapi HB tidak setuju sebab jauh dengan pantai.Hotel yang Bella tempah lebih dekat dengan bandar.
Masa Bella ke penang inipun sebab hendak meraikan Hari Jadi HB. Kalau korang yang ada baca blog Bella dari dulu, memang akan dapat tahu la macam mana Bella penuhi kehendak HB masa besday,bukan memahal pun, tapi hendak sangat tengok dia seronok. Dia kata tidak pernah orang celebrate besday dia selama ini. Tapi bagi Bella perlu untuk menghargai orang yg kita sayang. Setahun sekali je kot. Tapi hotel ni mahal sangat la sayang,tidak berbaloi. Rm1000.00 satu malm yang lain full. Kalau mampu pun membazir. Bella tak mahu. Hotel ini memang best tapi kalau betul-betul hendak rasa duduk hotel ni better beli online. Walk in sangat membazir. Room rate rendah semua dah full. Bella ajak HB gerak ke hotel lain la. Yg penting tepi pantai.
Masuk2x.. waaaaahhh!!! Putihnya. Terasa macam puteri.Cantik sungguh.Sebenarnya, masa ini mood Bella dah tidak ok. HB lah. Semua Hotel dia tidak mahu. Cari sana sini. Seriously, buang masa betul. Dah la memula rancang 3hari 2mlm. Dia tidak mahu. Bella tidak puas la setakat 2 hari satu malam.
Tapi bila masuk saja bilik ini mood Bella terus berubah 90% kepada mood sangat happy. Jadi excited kejap kan. Tempatnya pun boleh dikatakan strategic jugak la. Cuma pemandangan balkoni Bella ialah hutan. Sampai pun dah malam kan. Siap2x turun bawah... ada PASAR!! waaaah.!!
Pasar ini macam uptown sangat besar. Bella tidak pasti pukul berapa pasar ini mula beroperasi dan tutup. Kitaorang jejalan depan sikit saja. Baru jalan berapa langkah HB dah tidak larat. Jadi, HB mengambil keputusan untuk pusing - pusing dengan kereta. Masa memandu itulah Bella tengok punya la besar pasar ini.Bella dah excited sangat hendak pergi cuci mata dalam kebesaran pasar itu. Tapi HB kata nanti la, makan dulu. Alamak!! tiada pula gambar makanan Bella. Masa Bella pergi penang ni pun bella sudah senaraikan semua tempat makan yang sedap, macam2 tapi satu pun tidak jumpa. Sedihh!!!
Pagi!!! jom kita pergi sarapan. Tidak perlu susah - susah cari. Memang dah sekali dalam pakej. Sarapan memang terbaik. Sudahlah diberinya buffet. Pemandanganya pula super!! Tepi pantai. Tapi tidak digalakkan mandi sebab musim obor - obor datang ke pantai. Nak ambil risiko silakan.. yer..
Bermain-main dengan air sebelum check out. Hahaha...datanglah penang.. Orang luar banyak giler. Penuh hotel ini dengan Omputih.Bella lepas makan, terus berlari - lari ke pantai untuk posing. HB kata jangan nanti baju basah. Ala, Bella bawa baju banyak la. Satu almari.
Lepas Check out, terus kita ke tempat wajib pergi iaitu bukit bendera. Baik mengaku ramai orang kedah dan orang penang sendiri pun tak pernah sampai ke sini kan,sebab time balik tu ada sepupu Bella kata? hah?? korang naik kereta api yang tegak mencacak tu? hish tak berani la... Ler... x seram pun. Seriously takda rasa pe2.
Masa Bella sampai...arrrggghhh.. ramainya orang.HB pulak kalau pergi tempat yang ramai orang mesti dia kata.. eh betul ke tempat ni glamour. Hahahaha.. then kita akan naik tangga masuk dalam. Kena beli tiket untuk naik kereta api ni ok. Sampai diatas... waaahhhh..sejuknya...
Keindahan yang luarbiasa.Nampak laut dan rumah yang mengecil. Masa ini sudah panas dengan terikan matahari. Kami panjat sampai atas dan jumpa restaurant. Tidak makan pun. Hanya minum ABC dan air kelapa saja. Tempat ini lebih kepada sightseeing. Di tambah pula dengan pemandangan yang menarik.Sebab HB Ini kecoh sangat pasal panas-panas ini, kami ambik keputusan turun.
Terus kita memecut ke jalan chowrasta yang terkenal dengan jeruknya tu. Kat tepi-tepi ini pun banyak jual barang. Macam pasar macam tu la. Tapi Bella tak beli apa2x pun. Mana murahnya? mahal ok. Lagipun susah nak memilih.Panas. lepas itu dorang semua sembang sesama sendiri saja. Tidak layan Bella pun. Come on peniaga,macam ne nak maju? Pembeli yang hendak membeli pun buat tidak tahu.Lepas memilih jeruk kami terus cari makan. Lapa la..
Nampak jam besar dekat tengah2x bulatan itu? Bella hendak tangkap gambar dekat situ. HB KATA hish nak kena langgar ke?Jadi,Bella ambil gambar dari tepi kereta sajalah.Bella suka suasana kat sini. Macam mana hendak terangkan ya. Suasana dia agak sibuk.Tapi menenangkan. Macam tulah. Masih bersih.Senibina dekat sini pun nampak heritage sangat. Macam mana hendak pergi nasi kandar beratur, roti canai terbang, bihun hangit, char keaw teaw telur dibasuh dll. Kata syurga makanan tapi kenapa Bella tidak jumpa semua tu??? kenapa??? why??? isk..isk...
Kami hanya ke padang kota lama. Apalagi kalau bukan passemboq. Sedap ke? Ntah la. Tapi mahal. Bella rasa la. Mahal.
Pilih sajalah apa yang korang suka. Sebelum pilih tu check duit dalam poket dulu yer.Sebab bella rasa mahal. Ini harga tahun lepas. Tahun ini haaaa..Macamanalah agaknya yer.Makan sehingga kenyang terus bergerak ke padang kota lama.Medan padang kota lama. Tempat ini pula hujung sikit. Ada meriam - meriam lama disini. Masuk ke dalam sikit ke arah kedai dan akan jumpa kedai ni.Kat sini pun ada makanan yang terkenal iaitu MEE SOTONG.
Pertama kali kesini mee ni dah abis. Apa??dah abis??? its ok,tiada rezeki.Ini datang kali ke dua baru merasa. Masuk - masuk saja HB kata, betul ke nak makan kat sini?? Nape? Bila Bella masuk kedai saja, alamak. Heritage nya.. sayangggg... bungkus boleh tak? hehehe. Sedapppp ok. Sila perah limau tu. Serious sedap. Ditambah pula dengan coconut shake dekat kedai sebelah. Yummy!!
Masa datang, kami naik jambatan. Balik jom kita nak feri Pengalaman baru.Syok.Bella naik tangga ke tingkat atas la.. jejalan la. hahahaa.Feri ini berlayar perlahan sangat.Cuma kebanyakkan kenderaan tidak tutup enjin.Busuk la.Lepas itu masa hendak berlabuh tu feri ini buka pintu dia. Fuhh!! bunyi kuat giler. Sampai ketakutan Bella. Apa lagi, terus memecut lagi ke Baling Kedah la.
OKey... sampai disini dulu cerita Bella. Nanti kita cite lagi okey...MUah3x...
P/S: Boleh la check di sini juga Penginapan Terbaik Di Penang
14 ulasan
bella, sy pon rancang nk g penang sempena anniversary ngan bday husband saye. bella dok hotel mane ye? saye tgok sume mahal2 la...dah la nak dok 3D2N..
ReplyDeleteMmg mhal la. Saya dok holiday inn x silap. Cntik sgt bilik tu. Rate standrd rm200++. Kalau nk murah sy x pasti sgt. Try tune hotel. Tp x tau la ada kt penang ke x.
Deletebest penang ni. bilik RM1k tu hotel mana?
ReplyDeleteHardrock cafe first class sebab aritu full book. Alah...janji boleh tido kan...
DeleteBaru plan nak bawak family g penang hujung tahun ni.mmg kena survey betul2.sbb kiteorg dari johor.dari selatan ke utara.bukan senang nak pergi.so bila dpt leluang kena pastikan betul2 berbaloi.
ReplyDeletePergila x rugi langsung... penang syurga makanan..tapi puas bella cari aritu byk yang xda. Bella ada list yang panjang kedai makan terbaik yang bella kumpul dan search kat google tp banyak yang x jumpa. Puan azura nak tengok ke list tu? saya boleh buat.khas untuk cik azura. hahahha... Thanks sudi singgah sini.
Deletehi bella boleh tak emelkan list tu kepada saya...marashikin@gmail.com.
DeleteThanks ye
nak gak list boleh x..ezianna@gmail.com..thnx
Deleteassalam, emailkan pada sy juga bella list kedai tu. tq
Deleteok.. nanti saya cari list tu tapi.. saya x email sorg2x la. Saya buat satu entry ok? thanks semua.
Deletesend nama makanan murah dan tempat jual jeruk yang murah
ReplyDeleteBilik hotel apa yang color white tu? so English theme.....i looikkee!
ReplyDeleteala... xbaca la tu.. untuk penginapan.. check kat link ni http://isabellaidura.blogspot.com/2014/09/penginapan-terbaik-di-penang.htm kat atas tu pun bella dah mention. Check di penginapan terbaik di penang.
DeleteBakal ke penang hujung minggu ni....korek2 pngalaman orang lain dulu....
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.