Wednesday

VIP HOTEL - Penginapan Terbaik Di SEGAMAT JOHOR

Percutian kali ini, Bella memilih untuk menginap di VIP HOTEL - Penginapan Terbaik Di SEGAMAT JOHOR. Lokasinya juga amat strategik dan mudah dijumpai. Sebelah Hotel ini ada petronas. Depan Hotel ada banyak kedai runcit termasuk 7 - eleven. Senang sangat korang nak nampak. Tepi jalan, dan ia adalah bangunan yang paling tinggi disini. Bella rasa Hotel yang tercantik juga, sebab Bella tidak nampak mana - mana hotel berdekatan yang lain.

bercuti ke segamat johor

VIP HOTEL SEGAMAT PILIHAN TERBAIK

Selain daipada itu juga, Bella memilih VIP HOTEL ini sebab ramai yang bagi feedback terbaik semasa menginap disini. Macam Bella yang selalu Travel sendiri ini, memang akan ambil berat pasal kesemua review pengunjung yang pernah menginap termasuklah di Blog (paling bagus sebab sangat terperinci) Facebook, Tripadvisor, Agoda.com dan juga Booking.com sebab tidak mahu ditipu dengan gambar yang cantik tetapi hakikatnya hampeh. Tips Bella untuk korang yang hendak mencari Hotel ditempat yang pertama kali korang pergi, baca review dekat website. Korang jangan tengok rate yang disusun oleh website itu tau, sebab kadang - kadang agak tidak adil. 

"Sarapan sedap.Kakitangan baik. Semuanya ok bagi saya." Azmi, Malaysia, 1bulan lalu.
"Para petugas sangat peramah, makanan sedap dan bilik selesa dan katil empuk."Saleha, Malaysia
"Sarapan yang sedap..Katil yang selesa..Perkhidmatan kolam renang yang bebas tanpa perlu peraturan dalam pemakaian.. kakitangan yang ceria." Shaheera Malaysia.

Contoh, Orang yang review seorang. Hotel baru. Mestilah dia bagi 5star kan? Jadi dia akan disusun diatas sekali sebagai hotel yang mendapat review terbaik. Korang kena baca, kenapa pengunjung itu bagi rate paling buruk. Kalau sebab kotor. Sila jangan tempah @ booking Hotel itu.Kalau dia bagi rate rendah sebab dia marah dengan staff, tidak senyum, tidak dapat check out lewat, tidak dapat tukar bilik, itu korang jangan baca. Itu lebih kepada masalah jiwa tu. Bila Bella dah baca dan apa yang Bella hendak ada pada VIP Hotel Segamat ini, Barulah Bella tempah. Ia adalah Hotel 3star yang menawarkan berbagai jenis bilik mengikut kemampuaan dan keinginan korang. Kemudahan yang disediakan juga banyak. 

SARAPAN DI VIP HOTEL SEGAMAT 

bercuti di johor

Bella tidak pasti bagaimana pemilihan hotel korang, Tapi kalau Bella, paling terbaik dan best of the best lah kalau dapat hotel yang complimentary sekali dengan sarapan. Jimat banyak beb. Lagi satu jimat masa. Korang boleh bermalas - malasan dulu dalam bilik dan turun saja makanan sudah sedia. VIP Hotel Segamat, sediakan buffet lagi tau. Makanlah sampai kenyang. Jangan membazir sudah.

bercuti di johor, segamat

Bella tinggal disini untuk dua malam. Jadi, Bella boleh menikmati sarapan disini sebanyak dua kali. Hari yang pertama, VIP Hotel menyediakan nasi lemak dan rendang ayam. Seriously, Rendang Ayam VIP Hotel memang sedap. Bella dengan HB memang memuji - muji nasi lemak disini.Sambal nasi lemak ini pun sedap. Tapi Bella makan sepinggan sahajalah. Bella hendak cuba yang lain pula.

makanan terbaik di johor

Lepas kenyang makan nasi lemak, lepak dan rehat kejap sambil memandang dan menyejukkan mata melihat kebiruaan kolam renang, sambil mulut menerima suapan yogurt ini. Yogurt ini disusun cantik dan terdapat dalam pelbagai perisa. Paling hot. Cepat licin. Budak - budak mesti ambil ini dulu kan. 

hotel terbaik di johor

Bubur ini kesukaan Bella. Masa kecil - kecil mak selalu masak sebab susah masa itu. Apa yang mampu bubur nasi dan ikan masin saja. Tapi, dekat VIP Hotel ini segala macam bahan ada. Korang boleh pilih dan masukkan sendiri. Bella makan sekali dengan omelette lagi. Kita order baru akan chef sini akan buat. Jangan risau cepat jer dia buat.

Bercuti ke Segamat Johor


KOLAM RENANG DI VIP HOTEL SEGAMAT 


bercuti ke johor, segamat johor,

Bella yang menginginkan percutiaan kali ini adalah secara relax, chill, santai, banyakkan rehat dan tidur, haruslah memilih VIP Hotel yang mempunyai kolam renang. Penting sangat bagi kami yang hendak merehatkan diri mempunyai kolam renang. HB memang akan tanya setiap kali bercuti.Hotel tu ada kolam renang tak? Sebab dia suka melompat dan terkinja - kinja di kolam renang. Bella yang tidak tahu berenang ini pun tumpang gembira bila tengok HB gembira. Paling penting, korang hendak mandi pakai apa pun tiada masalah. Malam pun boleh. Warga segamat, korang tahu atau tidak yang VIP Hotel memberi peluang juga buat warga segamat untuk dapat mandi dengan bayaran paling min rm20 mandi sampai lebam.

KEBERSIHAN DAN KESELESAAN BILIK DI VIP HOTEL

Penginapan terbaik di segamat

Paling penting mestilah keselesaan dan kebersihan biliknya. Hendak tidur lama kan. Relaks dan lepak paling lama mestilah didalam bilik. Bagi Bella, bilik yang dipilih mestilah :-
  • Satu katil besar.
  • Bilik mestilah ada bilik air.
  • Aircond.
  • Bersih dan tidak berbau.
  • WIFI laju.
Semuanya ada di bilik VIP Hotel Segamat. Selasa sangat. Rasa tidak mahu keluar bilik taw.

hotel di segamat, percutiaan ke segamat

Paling seronok tilamnya lembut tau. Bella dapat anak patung comel, buah dan surat cinta welcome lagi. Terima kasih VIP Hotel Segamat Johor dengan layanan first class yang diberi.

GYMNASIUM DI VIP HOTEL SEGAMAT

hotel terbaik di Segamat Johor

Bonus!! VIP Hotel ini ada pusat Gym. Terbaik. Korang bolehlah bersenam lepas makan banyak masa sarapan. Gym nya kecil saja. Tapi cukuplah buat Bella berpeluh. Seronok sangat sebab treadmill ini boleh dipasang muzik. Jadi bersemangat Bella. Siapa hendak masuk dan hendak bersukan disini kena minta bantuan staff hotel. Semua kelengkapan disini selamat dan perfect untuk digunakan.

MAKAN MALAM DI VIP HOTEL SEGAMAT 

makanan sedap di segamat, tempat makan sedap di segamat

Korang yang hendak buat apa - apa majlis seperti :-

  • Renioun
  • Candle Light Dinner
  • Birthday Surprise party
  • Perkahwinan.
Apa - apa saja majlis. Korang boleh langsungkan dan adakan juga di Hotel ini.  Bella makan secara ala carte. Tapi, makanan banyak dan semua - semua sedap - sedap belaka.

makan malam sedap di segamat

Sedap sangat - sangat sedap. Segalanya ada di VIP HOTEL SEGAMAT. Bella akan tunjukkan apa yang korang boleh order untuk buat majlis disini. Bella hantu ketam, jadi Bella tunjuklah gambar ketam yang lazat ini dulu.

PROMOSI DI VIP HOTEL SEGAMAT

Berikut dengan Bulan Ramadhan bulan yang suci bakal menjelma, VIP Hotel Segamat membuat berbagai promosi!!!
  1. Bermula 29 MEI sehingga 23 JUN 2017 dengan hanya rm55.00 nett untuk dewasa dan rm35.00 nett bagi kanak - kanak. Bukan itu saja, bagi setiap pembeliaan 9pax bagi dewasa, dapat 1pax PERCUMA! Bagi Bella harganya amat berbaloi.
  2. Penginapan 2hari 1malam bagi bilik biasa berkembar, HANYA Rm138.00 per room per night, termasuk dengan buffet sahur untuk 2 orang. Dapat juga 10% diskaun untuk Ramadhan Buffet. Untungnya!! Kena Booking dari 11May - 11June 2017.
HUBUNGI VIP HOTEL SEGAMAT SEKARANG!!


VIP HOTEL SEGAMAT, Batu 1, Jalan Buloh Kasap, 85000 Segamat, Johor Malaysia. 
Tel :- 07 931 2101 (Hotline) H/P :- 019 7774906 / 019 7773991 
Email :- Sales@viphotel.com.my
FaceBook :- VIP Hotel Segamat
 

3 comments:

  1. Wahhh, saya sendiri orang Segamat.

    ReplyDelete
  2. Hotel ni dekat dengan rumah dan tempat kerja Cik Mimie :)

    ReplyDelete
  3. Nanti saya singgah sini.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari