Monday

SHOPEE MALAYSIA MURAHNYA!!


raya bersama shopee

Bella adalah pengguna tegar website yang menyediakan perkhidmatan Shopping ataupun berbelanja secara dalam talian kepada pengguna. Mudah dan memudahkan Bella untuk membeli belah walaupun tengah lepak ataupun menonton siaran ulangan di Astro. Online shopping yang amat popular dizaman cyber ini tidak kiralah bagi lelaki ataupun wanita. Di zaman Cyber ini, semuanya mahu mengaut keuntungan dan kita sebagai pengguna kita bijak memilih laman Website mana yang menyediakan perkhidmatan yang selamat dan menjual barang yang betul - betul berkualiti dan berbaloi. Bella hendak perkenalkan dengan korang tentang satu laman website ini yang terbaik, mudah dan paling penting Murah tahap gorilla!!SHOPEE MALAYSIA MURAHNYA!! 

APA ITU SHOPEE??

Shopee adalah pasaran sosial mudah alih NO 1 di Asia Tenggara dan Taiwan. Maknanya pasaran yang memang kukuh dan boleh dipercayai. Ia juga direkabentuk dan dicipta untuk memudahkan pembeli dan juga penjual membuat pembelian dengan lancar dan mudah. Dengan Shopee, kita boleh melakukan sebarang transaksi sama ada menjual ataupun membeli kurang daripada 30min bila- bila masa, dan dimana saja. Paling penting, Shopee akan memastikan kita akan menerima barang yang dibeli setelah kita membuat pembayaran,ataupun wang akan dikembalikan. Rasa selamat kan hendak Ber shopping dengan Shopee?

CAHAYA RAYA BERSAMA SHOPEE 15MAY-30JUNE 2017

Cahaya raya, shopee cahaya raya

CAHAYA RAYA BERSAMA SHOPEE Ia adalah kegembiraan membeli belah dengan potongan harga sehingga 90% dan korang juga berpeluang memenangi hadiah sehingga RM50,000.00!! Memudahkan kita membuat persiapan hari raya sambil memenangi hadiah. Seronok betul.Ia akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari kedai rasmi dan 25 ribu jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%! Murah giler! Terdapat 10 kategori produk dan kita semua akan dapat menikmati keseronokkan membeli belah selama 45hari. Bella memang tidak sabar hendak berbelanja sakan sambil berjimat ini.

BERBAGAI KEMPEN DAN HADIAH DITAWARKAN SHOPEE

shopee hari raya, shopee

Berbagai kempen dan juga HADIAH hebat - hebat ditawarkan sempena dengan 45 hari Hadiah kejutan bernilai sehingga Rm25 ribu. Banyak tu. Besar juga peluang kita hendak menang. Korang boleh memenangi hadiah dengan amat mudah. Tapi, korang kenalah baca terma dan syarat. Barulah korang senang hendak menang.

TIP MEMBELI BELAH Di SHOPEE

shopee, shopping raya, pakaian murah

Tip ini adalah untuk korang menjimatkan masa, semasa membeli belah. Banyak giler barang kot. Paling teruja sebab kesemuanya murah sangat! Kalau korang banyak masa, tidak apalah kalau korang nak layan dan cuci mata dalam ini kan? Kalau korang ada masa yang singkat dan amat tergesa - gesa, korang bolehlah gunakan Tip Membeli Belah Di Shopee Bella ni. Korang boleh terus ke Kategori barang yang korang cari. Contoh, Muslim Wear. Keluarlah semua pakaian muslimah. Senang. Tinggal memilih dari ribu atau ratus - ratus pakaian muslimah saja. Tidaklah pening dan rambang mata tertengok barang lain.


shopee, barang deko rumah, langsir murah

Bila korang rasa macam tidak ada yang sama dengan apa yang korang cari, korang boleh gunakan ruangan cari itu. Macam Bella nak cari Home Decor, Bella taip je Home Decor. Keluarlah semua yang berkaitan dengan Home Decor. Dari situ pula, korang boleh pilih hendak tengok yang mana dulu. Barang yang popular? Maknanya ramai yang dah beli dan berpuas hati, ataupun yang terkini ataupun jualan tertinggi, korang tinggal pilih saja.

bag murah, barangan terkenal

Kalau korang tidak ada apa yang hendak dibeli, saja hendak tengok - tengok dulu atau cuci mata dulu apa yang Shopee jual. Bella cadangkan korang ke bahagian Produk Popular. Ruangan ini menyenaraikan kesemua barangan yang banyak dibeli oleh pengguna dan ramai yang memberikan penilaian keatas produk dengan rating yang tinggi dan berpuas hati.

shopee murah

Bila korang dan pilih barang yang korang hendak tu, jangan lupa baca penilaian produk. Tengok kenapa meraka tidak berpuas hati. Korang janganlah tidak baca. Bella tengok, ramai yang tidak baca. Walaupun sudah ada pembeli yang komen kata nipis. Tidak seperti dalam gambar, tapi ada juga yang beli. Lepas itu dia pun komen benda yang sama. Lepas itu tuduh penjual penipu. Awaklah malas baca. Dah pisang berbuah 4 6 kali.

barang murah online

Korang kena bijak berbelanja. Jangan indah khabar dari rupa. Bella dah bagitahu ini. Kalau korang kena, korang yang salah. Nape malas sangat nak baca. Tapi ada juga yang mahukan kualiti LV harga pasar malam. Mana boleh. Harap korang fahamlah apa yang Bella bebelkan ini. Semuanya sebab tidak mahu korang kecewa. Hendak dapatkan harga murah tapi tidak puas hati. Kalau boleh mestilah hendak Happy Ending kan? Murah dan amat puas hati.


Bila korang dah berpuas hati dan bersungguh hendak beli, bolehlah terus membuat pembayaran. Kalau hendak shopping lagi, letak dulu dalam list. Nanti Boleh Bayar sekali semua.



Korang boleh membuat pembayaran melalui semua medium yang ada, seperti kredit kad, pindahan bank, dan juga online banking. Mudah sungguh. Korang hendak lagi mudah, boleh download terus Shopee di apps store.

Maklumat lanjut mengenai Shopee MY :


Facebook Page Shopee MY : https://www.facebook.com/ShopeeMY/
Instagram Shopee My : https://www.instagram.com/Shopee_MY/
Email : support@shopee.com.my

Hotline : 03 - 2298 9222






10 comments:

  1. yup, mudah sangat shopping kat shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Seronok shopping sini.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Best kan promo raya tu, diskaun sampai 90% tu. Tak sabar nak shopping raya ni.

    ReplyDelete
  3. Wah, banyak syok ni dapat shopping kat sini.

    ReplyDelete
  4. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

    ReplyDelete
  5. best la bella mendeco rumah baru ye brg murah2 ni hehehhe

    ReplyDelete
  6. lepas ni boleh browse shopee pulak ..hihihi

    ReplyDelete
  7. Rambang mata tengok barang2 kat shopee...semua best2

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari