SCRUMMY Restaurant Dan Cafe Yang Sempurna

Pening atau tidak ada idea hendak menyambut atau meraikan hari jadi kawan korang, majlis makan malam pejabat ataupun mahu mengadakan majlis ...

Pening atau tidak ada idea hendak menyambut atau meraikan hari jadi kawan korang, majlis makan malam pejabat ataupun mahu mengadakan majlis yang privacy? Private party all night long?? Tapi tanpa alkohol lah yer. Mahu harga yang boleh tahan? Sedap? Bella ada tempatnya!! Seriuosly Terbaik. SCRUMMY Restaurant & Cafe - Cafe yang Sempurna.

SCRUMMY Restaurant & Cafe - Cafe yang EXCLUSIVE

Kenapa Bella kata Cafe ini Sempurna?? Bila tengok dari luar, terasa macam tidak mampu nak bayar ini. Seram hendak melangkah masuk. Mana tidaknya. Cantik sangat. Kemasan luar bagaikan Cafe House ternama. Comel juga. Exclusive gambaran paling sesuai.

cafe sedap, cafe murah

scrummy restaurant & cafe

restaurant terbaik, scrummy cafe

Cafe ini sangat luas sehingga boleh memuatkan 200 orang dalam sesuatu masa. Korang rasa bahagian luar Cafe dah cantik kan?? Tunggu dulu sehingga korang tengok bahagian dalamnya.

cafe di kuala lumpur

scrummy cafe & restoran

Bahagian luar dan dalam memang sama cantik, kemas dan selesa. Jika korang menjemput kawan - kawan yang kebanyakkannya merokok, bolehlah memilih untuk makan di bahagian luar.Bella tunjukkan kawasan dan suasana didalam Cafe ini kerana bagi Bella, pemilihan cafe amat penting bagi menjamin keselesaan dan privasi majlis kita. Ruang cafe dan restaurant yang luas ini membolehkan korang untuk mengadakan  sebarang majlis seperti :- 

  • Majlis perkahwinan Private
  • Sambutan Hari Jadi 
  • Majlis Makan Malam
  • Majlis Corporate
  • Hi-tea Buffet
  • Sambutan Ulang Tahun Syarikat
  • Cocktail Party
  • Product Launching
Berbagai majlis lagi korang boleh adakan ditempat yang mewah dan exclusive ini mengikut bajet dan tujuan majlis itu diadakan. Majlis pertunangan dan sambutan ulang tahun perkahwinan pun boleh. Boleh dikatakan, berbagai majlis dapat dijalankan disini.

Pencuci Mulut yang Tersedap Di Scrummy Cafe

Korang hendak buat kejutan hari jadi, macam Bella, selalunya mesti bingung hendak beli kek dimana. Lagi - lagi hendak buat kejutan hari jadi untuk suami!. Macam suami Bella. Masa terluang Bella semua dengan Suben. Dia susah sangat - sangat izinkan Bella keluar seorang walaupun sekejap. Mesti dia hendak ikut atau hantar. Bella memang bingung soal kek untuk buat kejutan hari jadi buat suben. Tapi, bila korang menyambut hari jadi atau mahu membuat kejutan, di SCRUMMY Restaurant & Cafe kek bukan masalah lagi. Sebab disini turut menjual berbagai jenis kek yang cantik yang amat dan paling penting. Sedap. Sedap yang betul - betul sedap. 


Red Velvet Cake ini adalah perasa yang menjadi kegemaran suben Bella. Tips bagi yang hendak maintain macam suben Bella, dia memang jauhkan diri dari makan coklat. Dia tidak berapa gemar perisa coklat. Bila ada kek berperisa Red Velvet ini,memang kenalah dengan tekak dia. 


Kek ini pula adalah berperisa orange. Bella hendak bagitahu korang yang kek orange ini ada promosi 50%. Fuhh jimat banyak tu.

pencuci mulut sedap

scrummy cafe


Banyak pencuci mulut yang lazat dan enak turut tersedia. Terpulang pada korang, perut mampu masuk atau tidak. Diantara banyak kek dan pencuci mulut yang sedap ini, Bella amat mengemari Kek  bluberry chesse. Makan tidak boleh hendak berhenti. Sedap dan amat menepati selera Bella. Sedap sampai tidak sempat ambil gambar. Semua dah selamat masuk perut.

Menu Terbaik Di SCRUMMY Restaurant & Cafe




Ini adalah menu pilihan Bella. Selain sedap, menu - menu ini juga adalah menu yang ditawarkan dengan harga yang berbaloi bermula dari January dan Febuari 2017. Selain daripada menu diatas, Scrummy Restaurant dan Cafe turut menawarkan promosi istimewa sempena Hari Tahun Baru. Jadi, boleh menyambut makan malam besar disini juga. Set Tahun Baru ini Bella muatkan dalam video. Korang klik dan tengok ok.

Kemudahan Di SCRUMMY Restaurant & Cafe

Pakej tempahan lokasi bukan saja meliputi makanan/minuman, ia didatangkan bersama pakej seperti berikut:-



  • Pentas 
  • Pencahayaan
  • Muzik
  • Door Gift
  • Susun atur meja
  • Hiasan Buffet
Turut melengkapi Cafe ini dengan adanya Wifi dan Surau. Parking diseberang jalan dan ia hanyalah percuma. Maklumat korang rujuk keterangan yang Bella dan tulis lengkap dibawah. Sebelum itu Bella belanja sikit video Bella semasa melawat Scrummy Restaurant & Cafe ini. :-



Scrummy Restaurant & Cafe
No.2, Jalan Suppiah Pillay
3rd Mile Off Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
Isnin -Sabtu (8.00 am - 10.00 pm)
Ahad *Ditutup untuk function*

Laman Web

Facebook

Instagram

Untuk tempahan, hubungi
03-40505991

Harga Bermula dari Rm5.00 sehingga Rm40.00

Selamat menjamu selera.


You Might Also Like

2 ulasan

  1. Kalau buat event memang best..
    Pilihan makanan nya sangat best..
    Harga pun berpatutan..

    ReplyDelete
  2. ciken cop tu homaiiiii.. suasana nampak tenang dan kemas.. suka makan kat tempat2 macam ni.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.