Sunday

Cuti-cuti Semenanjung Malaysia bersama TRAVELOKA

malaysia, travel in malaysia

Korang teringin tak hendak travel backpack? Menjelajah ke tempat baru. Tidak semestinya ke luar negara saja tau, dalam negara kita sendiri pun ada banyak tempat untuk kita jelajah dan lawati. Korang bukan sahaja menjelajah dan berseronok, tetapi dalam masa yang sama, ia dapat menanamkan rasa cintakan negara kita, Malaysia. Apa kata korang rancang untuk berjalan menerokai dan menjelajah ke seluruh negeri dalam Malaysia. Ia mungkin akan mengambil masa dalam 2 hingga 3 minggu sehingga penjelajahan kita selesai atau mungkin sebulan dua.Tapi, percayalah ia amat berbaloi dan tidak seteruk yang korang sangkakan. Bella faham, mesti masalah utama adalah bajet dan masa kan? Soal bajet dan kos pula korang tak perlu risau, kita kan ada Traveloka. Jom kita Cuti-cuti Semenanjung Malaysia bersama Traveloka. Ya, betul.Adanya Traveloka korang boleh menempah penginapan korang daripada hotel bajet sehinggalah kepada hotel mewah secara online. Begitu juga dengan pengangkutan terutama yang memerlukan korang menempah tiket penerbangan. Dari satu tempat ke tempat yang lain korang juga boleh menempah melalui Traveloka. Tidak kiralah sama ada penginapan ke flight ke, dua-dua ni Traveloka selalu tawarkan promo tiket murah. Jadi, Bella amat cadangkan korang selalu-selalu lah melawat website Traveloka.

Jom Ke Utara Semenanjung Malaysia


tempat menarik langkawi

LANGKAWI

Sekarang jom kita bersama - sama merancang perjalanan Jelajah Malaysia. Apa kata Bella cadangkan kita bermula dari Langkawi. Siapa belum pergi ke Langkawi? Ruginya korang. Di Langkawi, ada pelbagai jenis tempat yang menarik untuk dikunjungi, jadi 3 hari 2 malam adalah tempoh masa yang sesuai. Tempoh masa yang membuatkan korang tidak akan tertingal satu pun tempat menarik di Langkawi. Antaranya, Pulau Payar, island hoping ke beberapa pulau, Geo Forest, cable car, telaga tujuh dan banyak lagi. 

resepi laksa enak perlis

PERLIS

Habis je jelajah Langkawi, korang boleh naik feri turun ke Kuala Perlis. korang boleh cuba makanan yang terkenal di Perlis iaitu laksa. Sampai Perlis, tidak akan hendak balik terus kan? Kita tinggallah di Kuala Perlis semalam. Merasai suasana malam di Kuala Perlis. Korang hendak yang bajet ke atau yang mewah? Jangan pening - pening. Kita Search je di laman web rasmi Traveloka. Apa pula tempat menarik di Perlis? Di Perlis ni, kita boleh melawat Gua Kelam


Gua Kelam sangat terkenal kerana, kita bukan sahaja akan  ni sebab ada jalan-jalan ke dalam gua dan ada air terjun untuk bermandi manda. Korang juga boleh berkunjung ke Padang Besar, which is sempadan Thailand kalau nak jamu mata tengok barang-barang rumah atau pakaian yang murah. Memandangkan Perlis ke Kedah ni hanya bersebelahan, korang boleh terus ke Alor Setar, ibu negeri Kedah. 



KEDAH

Sampai di Kedah, Tidakkan nak terus balik kan. Apa kata kita bermalam dulu di Hotel - hotel yang terkenal di Kedah ini. Hotel yang mahal atau murah semuanya ada. Macam biasa kita booking saja melalui online. Jimat masa, penempahan juga terjamin. Bolehlah kita menerokai tempat menarik di Kedah. Antaranya sight viewing menara Alor Setar, hiking Gunung Keriang, cycling dan bermalam di Gunung Jerai



Gunung jerai ini akan memberikan kita pemandangan dari atas yang amat memukau. Suasana malam yang sejuk dan kesegaran udaranya. Dari atas Gunung jerai ini, kita akan dapat melihat suasana sebelum ditutupi kabus, dan juga cahaya neon dari penempatan dibawah. Bagi Bella amat berbaloi.

PULAU PINANG (PENANG)

Turun sahaja dari Gunung Jerai, Jom kita penuhkan perut kita dengan makanan popular yang terdapat di Pulau Pinang. Kita terus menuju ke Pulau Mutiara. Di Penang pula, kita bolehlah menginap di Batu Feringgi yang famous dengan pasar malam dan pantainya. Jadi, korang boleh cari tempat menginap di laman sesawang Traveloka. Keesokan harinya, kita bangun pagi - pagi untuk merasai pengalaman menaiki cable car di Bukit Bendara. Disamping itu, kita juga dapat melawat historical place Fort Cornwallis, menikmati Nasi Kandar Penang di Jalan Masjid Kapitan dan pelbagai lagi.


nasi kandar penang paling sedap

Waaahhh!! kita sudah pun melengkapi pengembaraan kita ke seluruh tempat menarik di utara semenanjung yang terkenal dengan keramahan penduduk tempatan dan tidak dapat disangkal lagi dengan celoteh loghat yg mencuit hati.

Ke Pantai Timur ke kite…

tempat menarik di kelantan

KELANTAN

Penang dan Kelantan terletak hanya bersebelahan. Jadi, Jom kita menaiki bas yang hanya mengambil masa 3 jam perjalanan, kita dah boleh merasai dan memahami loghat orang pantai timur pula. Di Kelantan, antara tempat yang boleh korang kunjungi adalah menjamu mata shopping pakaian murah di Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah, menikmati pantai dan lautan luas seperti Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Irama antara yang popular. Selain itu, mesti korang tidak tahu yang Kelantan mempunyai banyak tarikan air terjun semula jadinya seperti Jeram Linang, Air Terjun Jelawang dan banyak lagi. Kalau bab penginapan di Kelantan, dari resort hingga lah ke hotel bajet semua korang boleh cari sendiri di website Traveloka


TERENGGANU


Negeri yang paling Bella suka! Terengganu. Bella dah pergi kesemua pulau di Terengganu. Terbaik. Jadi, kita mesti ke Terengganu. Sayang sangat kalau korang tidak sampai ke Terenganu. Teruslah kita menaiki bas ke Terengganu. Korang nak makan keropok lekor yang betul-betul kaw? Di Terengganu di tepi-tepi jalan je korang boleh dapat. Bukan sahaja di Kelantan, malahan Terengganu juga famous dengan seni batiknya. Jadi korang boleh plan untuk mengunjungi muzium kraftangan dan batik di negeri-negeri pantai timur ni. Kalau ke Terengganu, tak lengkap kalau tak naik bot ke pulau-pulau yang sungguh cantik dan breathtaking ini seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Pulau yang terkenal macam ni, mestilah tempat penginapannya mahal kan. Tapi kalau korang book dengan Traveloka, korang boleh dapatkan harga promosi. Jadi, dapatlah korang stay di hotel-hotel atau resort di pulau-pulau famous ni. Untung sangat kan??

PAHANG 


ikan patin paling sedap

Bila sudah puas dan penat mandi laut di pantai, eloklah kita bergerak dan mengambil bas ke Pahang. Bella sarankan kita mencuba ikan patin masak lemak tempoyak di Sungai Temerloh. Kenyang perut suka hati, kita cari penginapan sambil lepak dan ambil angin malam di Teluk Cempedak. Jika masih larat dan mampu untuk meneroka, Keesokan harinya bolehlah kita mengembara masuk ke Taman Negara Endau Rompin. Setelah penat berjalan dari hujung utara ke pantai timur, dapatlah korang betul-betul berehat dan bermalam di dalam hutan Taman Negara ni. Banyak aktiviti-aktiviti alam semulajadi yang boleh korang cuba di sini. Jauh dalam hutan sana ada ke tempat penginapan? Mana hendak mandi dan lelapkan mata kan? Jangan risau, Traveloka kan ada. Search dan book je hotel di website ni secara online. Best kan, semua benda jadi mudah. Rugi la kalau korang masih takde idea nak melancong. 

Come on, let’s explore new places. I’m so sure kita akan discover pelbagai benda menarik lepas ni ;)

2 comments:

  1. Percutian bajet memang menarik sebab semua benda kita boleh lakukan dengan bajet minima...traveloka pun nampaknya mmg byk pilihan hotel murah.

    ReplyDelete
  2. Fuhhhh. Best2. Tak Sabar lak gi bercuti

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari