Tempat Makan Halal Di GIMHAE KOREA

Korang.... Salam semua. Bella nak ceritakan pada korang mengenai Korea ini. Sebelum ini. Bella hanya bercerita secara general dan tidak ...

Korang.... Salam semua. Bella nak ceritakan pada korang mengenai Korea ini. Sebelum ini. Bella hanya bercerita secara general dan tidak begitu terperinci mengenai kesemua restoran yang Bella pergi sepanjang berada di Korea. Jadi sekarang, Bella hendak kongsikan Tempat Makan Halal Di Gimhae Korea, yang semestinya sedap, dan korang ,mesti cuba jika kesini.

tempat makanan sedap di korea 

Turun saja dari kapal terbang dan kami terus menaiki bas. Banyak tempat kami tidak pergi dan langkau saja sebab restoran ini dah tunggu dan bersiap sedia dengan makanan untuk dihidangkan kepada kami. Semangatnya Restoran ini mahu kami merasai hidangan enak mereka.  Restaurant ini adalah Ullengdo Haamultang. Berbelit lidah sebut kan?

makanan korea 

Bahagian dalamannya. Terasa macam Malaysia pula. Tidak banyak yang bebeza.Banyak kan kedai dan restoran di Malaysia buat sebegini. Banyak ruang. Bella rasa, ruangan dicipta sebegitu supaya menwujudkan sedikit privacy kepada setiap customer yang datang. 

makanan halal di korea 

Terdapat satu lagi ruangan yang sentiasa bertutup dan ruangan ini pemilik restoran mengizinkan kami untuk solat disini, memandangkan bahagian ini jarang digunakan dan tertutup. Sempatlah Bella solat disini. Masa mahu mengambil air sembahyang tu, perrrrghhh sejuk gegila. Korang pernah tak kuarkan ais dari dalam peti ais yang bahagian beku itu dan tekapkan ke tangan korang. Haaa macam tulah rasanya. Sejuk mengeletar!! Bagi yang mahu meneruskan perjalanan, Boleh solat dulu disini.

bercuti di korea 

Inilah menu yang ada. Bella faham.. Mesti korang kata, nape nak tunjuk menu ni? Bukan faham pun. Kan?? Korang tidak perlu fahamkan, tengok harga saja. Jadi, bolehlah korang buat bajet korang sendiri. Dalam Won. Maknanya mahal ke murah? Haaa senang kan nak bajet?

Gimhae korea 

Bila Bella duduk saja, penuh makanan di atas dihidangkan. Bella macam..apa ni!? Apa ni?? Pelik-pelik rupa dan masakkannya. Pertama kali pulak tu nak makan makanan Korea ni. Sedap ke? Enak ke? Rasa apa? Boleh telan ke? Nasib baik Bella ini pencinta makanan dan memang suka mencuba makanan yang baru.

makanan korea 

keenakkan makanan korea

Nampak pelikkan?? Yang kuning tu, Bella ingatkan labu kisar. Tapi bukan tau. Bella tidak ingat apa yang pasti bukan labu. Kesemuanya adalah daripada sumber sayur - sayuran. Diatas tu, sayur ala-ala salad dan ditaburi cendawan. 

halal korea 

Makanan diatas macam biasa tengok kan? Di Malaysia pun banyak. Makanan pertama Bella ingatkan daging. Bella terus cakap, "Maaf, Saya tidak makan daging". Pekerja situ terus cakap, "No!! Taufu.. Tau..fu.." Owh. Tauhu. Bella pernah makan di Sushi King. Tempat kegemaran makanan Jepun Bella. Kalau tauhu itulah..memang sedaplah!! Jadi, Bella pun makan tanpa ragu - ragu. 

makanan korea  

Ini Kimchi!! Kimchi ini adalah sayur yang dijerukkan. Kimchi ni, Berebut dorang nak. Sebab Kimchi ini sajalah yang rakan - rakan media yang lain mampu makan. Jadi, Bella berkorbanlah makan yang lain. Bella ok je. Suka jer Bella makan makanan Korea atau Jepun ni. Sekali sekala, Bella memang akan pergi Restoran Korea atau Jepun yang memang banyak pun di Malaysia ini. 

makanan halal korea 

Ini set sushi. Sotong yang ala2x masak sikit saja tu, Bella seorang saja yang hadap. Bella ambik gumpalan nasi pulut tu, dan Bella balut dengan sotong tu. Celupkan sedikit wasabi dan sedikit kicap cair.. Sedap!! Nampak tak tengah-tengah tu ada dapur? Rebusan makanan laut bersama cendawan. Itu pun kegemaran Bella. Habis Bella hirup. Sorang -sorang k.

makanan terbaik di korea 

Tisu basah dan kering turut disediakan. Makanan disini dijamin halal kerana mereka langsung tidak menghidangkan daging atau arak. Mereka hanya memasak dan menghidangkan sayuran dan makanan laut sahaja.

 

Bella baru saja terfikir... Waaaahh!! Akhirnya Bella dapat makan makanan berat sikit. Spaghetti!! Yay!! "Girang hatiku badan bertuah".. Rupanya hanyalah impian. Ini adalah sayur yang rasanya seakan - akan taugeh. Diadun dan dicampurkan dengan bahan - bahan yang semuanya berasaskan makanan laut. Nasib baik sedap.

makanan seafood korea 

Nasi pulut yang digaul bersama lebihan taugeh tadi, dan dijadikan nasi goreng yang di penyekkan dan dipanggil Seafood Fried Rice Korang nak cuba makanan ini, Memang lebih kurang sama di Hanbing.  Macammana?? Sedap kan makanan di Ullengdo Haamultang restoran ini? Terletak di Gimhae Korea. Siapa yang melancong atau bercuti ke Korea, mesti singgah sini. Cubalah rasa makanan laut yang segar disini. 


Maklumat lanjut bolehlah ke www.visitkorea.com.my dan jangan lupa terbang bersama - sama www.airasia.com yang menawarkan penerbangan murah. "Everyone Can Fly".

Maklumat Penerbangan :-

KL ke Busan: 4x seminggu

KL ke Seoul: 2x sehari

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi jangan ragu - ragu untuk terbang bersama AirAsia.

#AirAsia #VacayWithAirAsiaX #VacaywithAirAsia #VisitKorea

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Perghhhh bestnya dapat makan makanan korean pure dari sana.. Ena suka korean cuisine ni.. Hope one day dapat ke sini nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.