Sunday

Kejutan Istimewa di Bangi Golf Resort

Hai korang, hari ini berbuka di mana?? Kalau buntu, Korang search saja dalam blog Bella ini, Tempat makanan yang sedap ataupun dalam Tajuk Cari Makan.Korang klik saja, keluarlah semua makanan sedap, lazat dan tempat makan yang best - best. Tapi, sekarang ini. Bella hendak kongsikan mengenai Bangi Golf Resort. Korang pernah sampai tak kat sini? Rugilah kalau tak pernah sampai. Bella tiap - tiap tahun mesti akan kesini. Tapi, Tahun ini masa Bella pergi siap ada kejutan lagi. Kejutan Istimewa di Bangi Golf Resort. Kejutan apa? Denda kena baca sampai habis.. Sebelum itu Jom Bella ZOOM IN Makanan yang Bella rasa Istimewa di Bangi Golf Resort.

buffet ramadhan sedap

Masa Bella datang, dorang sibuk la.. Mengukir buah - buahan ini. Bella fikir dorang ini, buat demo cara mengukir buah ke apa? Takpelah. Bella pergi la makan dulu. Tengok dorang mengukir buat tu, kalau dorang bagi rasa sikit takpelah kan.. ini buat terliur saja.

1. NASI KERABU

bangi golf resort buffet ramadhan 


telur masin sedap 

Disebabkan Bella lapar, Jadi Bella teruslah menuju ke makanan berat yang menarik perhatiaan Bella iaitu Nasi Kerabu. Menarik - menarik perhatiaan Bella untuk merasai apa yang lainnya Nasi Kerabu di Bangi Golf Resort ini? Sedap juga. Hb abiskan semua ades.. Suka tau Hb ini berebut dengan Bella.

2. LEMANG & RENDANG

lemang di Bangi Golf Resort 

Bangi golf resort sedap 

Waaahh... Rendang!! Belum raya pun Bangi Golf Resort dah hidangkan. Bella malas la hendak makan rendang dengan lemang awal-awal. HB kata lenguh nanti.Maknanya badan kita akan terasa penat dan berat.Jadi Bella pun nak cuba makanan lain dulu la. Sekali sampai dekat meja makan, HB pula yang pergi ambil lemang dan rendang sepinggan. Perrgghhh.... Dia nasihatkan orang, dia pula yang makan. Nak ceritakan pada korang punya pasal kan? Bella rasalah sikit. OK.Sangat ok.Rendangnya pun lembut dan cukup rasa.

3. KAMBING BAKAR

BANGI GOLF RESORT, BGR2016 

Bella terus mencari - cari dimanakah Kambing Bakar. Kambing bakar kegemaran HB dan Bella. Baru bakar, Jadi masih elok tergantung. Disebelah kanan, Chef sedang memotong daging kambing kebahagian yang lebih kecil. Chef ini ambil isi yang nampak amat menyelerakan dan meletakkannya didalam bekas.

BUFFET MURAH. BUFFET2016 

Daging kambing yang segar bugar ini, menunggu saja sesiapa yang sudi memakannya. Fuh!! Bella terus ambil dua tiga ketul (takut membazir) dan minta dekat Chef potongkan sedikit tulang untuk Bella. Terkejut Chef tu sebab orang semua hendak makan daging. Tapi, Bella hendak tulang. Sedap k. Gigit2x. Yum2x.

3. SUP KAMBING

buffet 2016, buffet ramadhan,bgr

Menvariasikan masakkan kambing ini, Selain daripada kambing bakar, Bangi Golf Resort turut menyediakan sup kambing. Memang pekat.

 

Korang boleh juga mencicahkannya dengan roti. Mungkin korang tidak mahu makan bersama nasi, Jadi bolehlah makan dengan roti. 

4. SOTO

 

Soto. Soto Bella memang suka. "Personally" memang sedap.Tapi, hari tu Bella pergi sekali lagi tidak ada pula Soto ini yang ada mee kari. Mungkin dia tukar setiap hari menu. 

5. PENCUCI MULUT

 

Berbagai bagai pencuci mulut yang disediakan buat memanis mulut pengunjung yang kesini. Bella memang suka sesangat pemanis mulut di BGR. Kena dengan tekak Bella.

 

Bahagian paling Bella suka. Pencuci mulut. Nampak sedap, comel dan menyelerakan!!! Cuma pencuci mulut ini makan banyak-banyak muak kan?? Jadi Bella ambil setiap satu jenis pencuci mulut satu. Tak sabar rasanya nak masukkan pencuci mulut yang kiut miut ini dalam mulut.

 

Waahhh!!! Sedapnya. Base bawahnya kek span yang lembut dan atasnya oreo yang bertaburan yang memangkitkan selera. 

 

Malaslah nak kotorkan tangan. Pegang kek yang lembut-lembut ni. Ambil saja yang dalam cawan. Lepas itu, gunakan sudu untuk memakannya. Pencuci mulut dalam bekas ini, kebanyakkan terlalu lembut. Jadi, perlu diletakkan dalam bekas dan menggunakan sudi. Cair dimulut gitew.

 

Bagi yang kurang mengemari pencuci mulut yang kelihatan agak moden dan "hipster", mungkin lebih mengemari dan mencari - cari kuih tradisional. Korang boleh dapatkan juga disini. Bella cadangkan, Korang cuba saja semua jenis pencuci mulut dan kuih muih yang ada ok. Kebanyakkannya memang sedap. Tapi, banyak pesakit kencing manis jangan makan ya. Tahan sikit. 

 

Bagi pencinta buah - buahan, ada juga pencuci mulut versi buah - buahan. Korang tinggal pilih sahaja. Macam- macam ada. 

KEJUTAN ISTIMEWA DI BANGI GOLF RESORT?? 

Kejutan apa?? Inilah kejutan yang pertama. Waaah!! Banyak kejutan kali ini.

1. KEJUTAN ISTIMEWA PERTAMA DI BGR

 

Waaahhh!!! Cantik tak?? Ingat tak ukiran pertama yang masa mula-mula Bella masuk nampak ukiran buah - buahan tu? Rupanya ukiran tu untuk gabungkan dan menjadikan buah-buahan itu kelihatan seperti seekor burung merak yang sangat cantik dan megah. Cantik kan?? Pakai buah- buahan saja. Boleh makan plak lepas tu. Bella nak ambil makan pun rasa sayang. Cantik sangat. Terkejut juga la Bella tengok. Terkejut sebab Chef disini betul-betul gigih menyiapkan ukiran seekor merak ini.

2.KEJUTAN ISTIMEWA KEDUA DI BGR

 

Bagi kejutan Kedua, BGR memperkenalkan pencuci mulut baru iaitu Aiskrim Gelato. Aiskrim?? Waaahh!! Bertambahlah menu di sini. Aiskrim Gelato pertama kali diperkenalkan tahun ini. Banyak perasa aiskrim geleto diperkenalkan. Masa Bella datang berbuka, mereka menyediakan Aiskrim Gelato perisa Kantan. Selain daripada chuross yang memang disediakan setiap tahun. Bella tidak berapa mengemari Chorus ini. Rasa macam liat la. Ikut rasa tekak Bella, Cukuplah rasa sekali. 

 

Banyaknya hendak makan.. Memang puas hati dengan segala jenis makanan yang ada. Apa yang tidak ada hanyalah  seperti Pizza, Sup Cendawan, burger ,sushi tapi yang lain semua ada. Banyakkk sangat. 

 

Bella datang sekali lagi.Masa ini Bella buat tempahan buat 4 orang dan dapat meja berdekatan dengan pentas.Dipentas ada persembahan daripada pemuzik. Bella tiada masalah dengan tempat duduk. Bella ok saja. Cuma memang seriously orang ramai sangat. Beratur memang panjang. Korang digalakkan datang awal dan ambil makanan bermula 6.30 ptg. Ambil siap-siap makanan bakar. Bahagian ini paling ramai orang beratur. Bila azan, kambing bakar sudah abis. Korang jangan risau.. Banyak lagi makanan yang ada. Cuma bagi pengemar kambing mesti kecewa kan? Jadi sila tempah awal,sebab tempat duduk selalu penuh. Datang awal bagi korang dapat makan kambing bakar sekurang-kurangnya sekali.Bella hari tu datang pun sempat makan sikit saja. Kenyang!! Cepat kenyang ditambah pula malas beratur. 

 

Apa yang boleh Bella simpulkan, makanan disini memang banyak pilihan.Minuman juga berbagai jenis dan sangat sedap terasa segar dan sejuk. Pencuci mulut Bella paling suka jika kesini. Suasana dikirakan agak selesa dan kedudukan makanan juga dekat diantara satu sama lain. Bella harap korang ambil makanan apa yang korang hendak makan sahaja. Jangan membazir. Maklumlah pilihan makanan terlalu banyak dan nampak semuanya sangat sedap dan lazat. 

Bagi sebarang maklumat yang lebih lanjut atau korang dah teringin berbuka disini, korang bolehlah hubungi melalui maklumat dibawah:- 

BGR Restaurant Bangi Golf Resort   
Alamat : No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E




Salam Ramadhan. Selamat Berbuka.

2 comments:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari