Sunday

Perasaan Yang tersangatlah sedih merundum

Assalammualaikum....



HI....saja nak share nak luahkan sesuatu. Pernah tak korang rasa macam terlalu down. Sedih sangat. Tak tau nak buat apa. Nak balas apa. Nak cakap apa. Nak fikir apa. Semua benda tak kena. Semua benda buat rasa tak betul. Buat apa pun perasaan down tu tak hilang. Still rasa sangat sedih dan takda semangat. Sape putus cinta sure rasa macam ni. Rasa nak bunuh diri pun ada kan..?

perasaan sedih, baby sad, feel really sad
Muka sedih bella lagi teruk

Time kejadian ni berlaku bella ikut suami balik kampung. Sebelum balik tu bella memang dah tak sedap ati sebab ada terdengar yang sepupu dia dah pregnant. Kitaorang kawin semua tarikh dekat2x.Kiranya semua dalam tahun yang sama. Bulan je lain2x. Tapi My Dear bella kata takda la. Dorang tak pregnant lagi la. Takut la bella tak mau ikut balik kampung. Bella pun setuju je la. 

Hari pertama kat mah mak ok je. Kebetulan memang besday My dear jadi bella wat surprise party dia kat penang. Sebelum bertolak tu Makcik dia datang. Pastu salam ngan mak and makcik. Pastu makcik dia kata bila nak ada baby ni? Sambil senyum bella kata nanti adalah tu. Seriously macam  ada satu batu hempap kepala!!!! Bayangkan depan mak, adik ipar, suami bella. Adus.. Ingat tu semua adalah ketentuan dariNYA.Ingat bella tak usaha ke?

Bella naik kete terus termenung. My dear faham. Tiap2x bulan pun bella akan nangis sebab PERIOD! Tak boleh blah giler perasaan ni. My dear kata, sabar la. Dear kan ada,walauapapun dear ada satu isteri je. Dear takkan berpaling. Korang faham tak perasaan bella time tu. Bella rasa bella perempuan yang menghampakan suami. Bella tak sempurna. Bella terus letakkan kepala kat bahu suami sambil air mata menitis-nitis. Kenapa ada soalan macam ni time bella nak g bercuti. Hilang mood serious!

Soalan dari Makcik dia tu datang sebab around semua dah pregnant. Adik bella dah bersalin. Ya ALLAH tabahkanlah hatiku. Hanya kau sahaja faham hati dan perasaanku. Bella dah berurut. Minta tolong kawan doakan kat mekah. Makan hati unta. Sekarang bella ngah amalkan minum air buah zuriat. Bella tau, pasangan lain lagi teruk usaha dorang. Tapi bella baru usaha sikit dah nak mengeluh. Bella bukan mengeluh. Bella nak orang faham je yang sememangnya bella ada usaha.

Sepupu kata, asyik bercuti je.Hasil Tarakkkk!! Tengok la nanti ko kawin, cepat ke lambat. Tengok senang sangat ke ko dapat anak. My boss kata, You try la buat macam-macam gaya. Jadi punya. Dah try. Minum kopi sebelum bersama. Dah minum. Faham la. Ni ketentuan tuhan. Sape bella nak meminta atau menidakkan ketentuan dariNYA. Sape yang kat tempat bella mesti sangat faham.

Bella memang hobi round the world. Kalau boleh semua tempat bella nak jejak. Jadi bella nak jejakkan kaki kat semua Negara asia. Impian la tu kononnya.Jadi semua family think yang bella tak mau anak sebab nak enjoy. Kalau jumpa bella Tanya sal anak pastu mesti kata, takpela.. enjoy dulu.muda lagi. Come on la... takkanlah nak mengurungkan diri je sebab nak tunjukkan yang bella tengah berusaha dapatkan anak. Macam tu ke? Hmmmm tak faham la.

Apa je cara nak happykan ati sendiri?Makan bebanyak? Dah la makin gemuk. Tak makan pun. Diet. Makan sikit2x je. Tapi still gemuk. Kalau gemuk berisi takpe. Ni kosong. Benda ni pun dah menjadi beban. Kalau bella mengurungkan diri tak buat apa.. Apa lagi yang perlu bella buat?

Takpelah...Doa mak bella, suami yang berada disisi, tuhan yang sentiasa mendengar menguatkan bella. Kadang2x rasa give up sangat. Rasa nak izinkan je suami buat cara lain. Benda yang perempuan takkan sanggup buat. Tapi hati bella ni plak tak dapat nak menipu. Betapa bella tak boleh nak terima My dear bella dalam dakapan orang lain. Bella tak tau, sampai bila suami bella sanggup tunggu. Bella tau,dia nak sangat anak. Benda ni boleh buat otak jadi mereng la. Serabut.kusut.

Tu belum lagi kalau terdengar sedara mara mengumpat. Adus.”dengar cite, sipolan tu dah kawen lain.” “kenapa” “yela.. berapa tahun kawen. Takda nak.kawen baru ni terus dapat anak” “iye? Lelaki mestilah nak anak. Barulah dia boleh dipanggil lelaki”. Kalau korang ada kat tempat bella.. Apa korang buat? Dugaan.
Sekarang bella Cuma harapkan semua doakan bella cepat dapat anak. Kenapa ye kena ada soalan.. Bila lagi ni? Anak dah berapa? Eh korang dah lama kawen kan? Ko tau tak si bedah dah ada 2orang.ko bila lagi? Dah berisi ke?  Wei..kusut kot. Ni berita happy. Kalau aku pregnant for sure bella akan hebahkan. Kenapa perlu Tanya? Tau lah bella bgtau. Geramnya!!!!arrgghhhh!!!! nak tunjuk baik? Bagus? Ataupun prihatin? Ambik berat kot? Atau perli saja nak sakitkan hati? 

Sekarang prinsip bella, walau badan bella sakit, pedih, menderita. Bella akan cuba dapatkan anak untuk my dear bella. Sebab dia adalah nyawa bella. Suami bella adalah segalanya. Kegembiraan dia,2x kegembiraan bella. Sedih dia, hampa dia,10x terasa kat bella. Cinta bella kat dia tuhan saja yang tau.isk..isk... Ya Allah..kurniakanlah kepadaku dari sisiMU, Keturunan zuriat yang baik, sesungguhnya kaulah mendengar dan menerima doa.Amin.... 

Kla..... bella lap airmata dulu.. bye3x.. bella ok...

6 comments:

  1. salam kenal.. akak singgah&follow sini, #130..
    sabar ya bella.. insya-Allah ada rezekinya, cepat atau lambat je.. jangan putus asa terus berusaha&berdoa.. macam kawan akak baru bersalin anak pertama dia bulan lepas.. dia kawin dah 4 tahun (since 2008), baru pregnant tahun 2012.. last sekali dia bagi tahu dia buat umrah dan berdoa di depan kaabah agar dikurniakan zuriat..

    ReplyDelete
  2. salam kenal mizz aiza.. thank you untuk kata2x semangat tu. saya dah follow akak tau. yang ke 481. thanks again.

    ReplyDelete
  3. salam.....bella.....saya ogy....saya sangt faham perasaan awak sbb sy pn dh kawin 4thun msih belum ada zuriat....sehingga kini masih lg menanti dngan penuh sabar....alhamdulillah setakat ni suami sayapn masih sabar menanti....dan setiap kali orang akan tnyer soalan yg sm....sy akan jawab jg jwpan yg sm kdng2 sy bleh gelak lg sbb kdng2 sy rs mls nk fkir lg...tp tu la aper yg kt rs dlm hati ni, menangis ker meraung tuhan jer yg tau...hanya mereka yg d duga mcm kita saja tau mcm mn perasaan tu....
    untuk bella sy doakn awak cepat dpt baby begitu jg sy.....amin....

    ReplyDelete
  4. Salam kenal bella. Sedih.kita phm perasaan bella.kta dh setahun stgh kawen.now dah lali bla org tanya.sbr n teruskan usaha. Tuhan je tahu waktu yg tbaik untuk kita kan.

    ReplyDelete
  5. Bila baca Sis BeLLa punye story mgalir gak air mate.. same lah kite.. setiap kaLi blik kmpung hubby.. biRas2 sepupu..ade he yg mengusung perot... tungu hri nak beranak.. cemburu sgt.. kite yg kawin lame..yg bru kawen dah lekat.. nak menangis depan org rAmai ke... sedih sgt hnya ALLAH je yg tahu prasaan ni.. mula lah nnt smua memerhati mcm kite ni tak bOleh bagi zuriat pd suami kita..

    ReplyDelete
  6. Rezeki semua dari Nya...it takes two to make baby..masaalah bukan pada wanita sahaja...mungkin Dia sedang menduga kita. Semoga mendapat yang terbaik..insya Allah..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari