Lebih Gembira Beraya Dengan Pelbagai Ganjaran Dari WeChat Pay

Sekejap sangat rasanya Ramadhan kali ini. Rasanya baru semalam Bella pergi Solat Sunat Terawikh dengan Mak dan adik beradik. Tup..tup tingg...

Sekejap sangat rasanya Ramadhan kali ini. Rasanya baru semalam Bella pergi Solat Sunat Terawikh dengan Mak dan adik beradik. Tup..tup tinggal lagi beberapa hari saja lagi dah nak Raya. Sedih juga sebab Bulan Ramadhan yang mulia ini dah nak pergi meninggalkan kita. Tapi, Hari Raya juga perlu disambut gembira dan dengan rasa penuh kesyukuran. Ini tanda kemenangan kita berjaya puasa sebulan. Sebab itulah budak - budak yang puasa penuh seronok sangat pergi beraya. Kita yang dah tua ni, seronok nak melantak banyak - banyak jelah kan? Betul tak? Takkan itu aja. Bella nak buatkan korang LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY. Dengar pun macam dah terlebih seronok ni.

LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY

Kenapa Bella kata terlebih seronok? Sebab, WeChat Pay MY, akan memberikan lebih kegembiraan untuk sambutan Hari Raya kali ini dengan pelbagai ganjaran untuk penggunanya. Tawaran hebat daripada Starbucks dan Hari-Hari!! Wah!. Kalau korang nak tahu, ada yang lebih menarik. Bagi pengguna WeChat Pay MY yang bernasib baik, korang akan menikmati kupon serta paket wang melalui 'Shake Bonus'. Macam mana nak terima ganjaran dari WeChat Pay MY ini? Siapa tak nak voucher Starbucks dan hari - hari kan? Kalau dapat lagi murah dari biasa kan lebih seronok tu. Baju Raya kalau tak beli lagi bolehlah dapat lebih diskaun bila beli di Hari - Hari.

LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY

Nikmati secawan kopi panas di Starbucks selepas Buka Puasa juga lebih diskaun dengan WeChat Pay MY. Caranya senang sangat dan korang akan menerima ganjaran sebaik sahaja mendaftar di www.facebook.com/WeChatPayMY.official/. Caranya :-
  • log masuk ke laman FB rasmi MY WeChat Pay. Terus scroll ke bawah di mana anda akan menemui kod bar Hari-Hari.
  • Imbas kod QR untuk menerima kupon tunai RM5 yang anda boleh gunakan dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM10.
  • Cara menebusnya pula :-
LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY
  • Sama juga macam Starbucks, korang akan dapat potongan sebanyak RM5 daripada harga minuman pada bila-bila masa sehingga JUN ini dengan hanya membelanjakan RM8. 
  • Cuma kunjungi Starbucks terdekat dan tebus hadiah anda. Cara menebus ganjaranya :- 
LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY

Bella bagi dalam bentuk bergambar. Senang korang nak fahamkan dan gunakan. Memang sangat mudah. Bukan setakat itu sahaja, korang boleh dapatkan lebih banyak nilai setiap kali berbelanja di kedua-dua cawangan ini dan berpeluang mendapatkan kupon tambahan bernilai sehingga RM9.90. Korang hanya perlu membelanja minimum RM8 di Starbucks atau RM10 di Hari-Hari dan pengguna boleh menantikan Shake Bonus daripada WeChat Pay. Coupon Starbucks ini valid sehingga Jun ini sahaja tau jadi kena cepat - cepat download WeChat Pay.

LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY

Tapi kena ingat, setiap kupon hanya sah selama 14 hari dari hari ia diterima dan hanya satu kupon boleh digunakan untuk satu transaksi. Kalau korang kumpul lebih daripada satu kupon dalam dompet WeChat Pay MY, kupon yang mempunyai nilai tertinggi akan digunakan terlebih dahulu secara automatik. Macam itu juga untuk kupon yang akan tamat tempoh, akan digunakan terlebih dahulu jika pengguna mempunyai lebih daripada satu kupon dengan nilai yang sama.

LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY

Kalau korang menang kupon ni, nilai kupon akan ditambah kepada kredit sedia ada dalam dompet WeChat Pay MY. Penting untuk korang diperhatikan tamat tempoh kupon. Kupon mesti dibuka untuk melihat tamat tempohnya. Kalau tak, rugilah korang. Lebih tambah meriah kalau kredit kita semakin bertambah di hari raya ni kan? Ala, nak minta duit raya segan kan? Korang minta la belanja Starbucks. Kalau alasan dorang jauh. Jangan risau!! Kini ada jalan penyelesaiannya. Lepas ni, pakcik makcik atau sesiapa sahaja yang berada diperantauan, yang tak dapat pulang ke desa berhari raya, takda alasan lagi tak nak bagi duit raya atau tak nak belanja kita lagi. Aplikasi WeChat Pay MY memudahkan kita menerima duit raya ataupun duit belanja dari yang jauh di negara orang. Caranya:

LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY

  1. Pilih siapa yang akan menerima Duit Raya daripada anda dan pilih ciri Paket Wang pada aplikasi WeChat anda 
  2. Masukkan jumlah yang ingin anda hantar dan sertakan mesej khas buat insan tersayang.
  3. Pilih sampul Paket Wang. 
  4. Hantarkan Duit Raya.
  5. Penerima kini boleh membuka paket wang mereka dan amaun itu akan ditambah kepada kredit sedia ada mereka.
LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY

Duit dah ada dalam akaun. Bolehlah lepak Starbucks selalu. Senang sangat kan? Owh, lupa plak Bella nak cite. Kalau korang nak keluarkan duit raya ini secara tunai, korang hanya perlu tunggu 3 hari bekerja untuk pindahan ke akaun korang. Lepas 3 hari terus boleh kuarkan dekat mesin ATM. Senang sangat kan? Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti Akaun Rasmi WeChat (WeChat Pay MY) atau laman Facebook Rasmi WeChat Pay MY https://www.facebook.com/WeChatPayMY.official.

You Might Also Like

3 ulasan

  1. nak kena install balik wechat la gini

    ReplyDelete
  2. wahhh advance betul wechat sekarang nii. jangan main mainn hehe.

    jemput join segmen blog saya http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html :D

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.