Permainan Online Mesti Cuba -JIGSAW PUZZLES!

Korang, Hari ini Bella boring gegiler . Tidak tahu hendak buat apa. Selalunya ada HB temankan Bella berbual. Hari ini dia kerja separuh...

kek susun, jigsaw puzzles

Korang, Hari ini Bella boring gegiler. Tidak tahu hendak buat apa. Selalunya ada HB temankan Bella berbual. Hari ini dia kerja separuh hari pula. Jadi Bella pun apa lagi, Mencari En Google minta teman. Buka Facebook niat hati hendak cari makanan apa yang sedap untuk minum petang. Sekali nampak kawan kongsikan gambar kek cawan yang menyelerakan ini. Sedapnya. Comel pula itu. Resepi kek cawan ke? Bella pun hendak buat la. Jika kedai yang jual Bella hendak pergi beli. Rupanya ia adalah hasil dari susunan Puzzles. Permainan Online Mesti Cuba JIGSAW PUZZLES.

permainan online percuma

JIGSAW PUZZLE ataupun JS PUZZLE adalah permainan online yang ditawarkan untuk korang bermain sesuka hati dan paling penting ia adalah percuma! PERCUMA! Bella pun cubalah. Tengah bosan lah katakan.Bella daripada duduk termenung, Seronok juga lain Puzzle sambil menguji ketajaman mata dan daya ingatan ini.


CARA BERMAIN JIGSAW PUZZLE SECARA PERCUMA
  
Haruslah korang ada internet dan layari laman web www.jspuzzles.com dan pilih saja gambar yang korang nak tenung dan susun untuk satu hari itu.



Bella pilih bas ini.Teringat zaman sekolah. Lepas itu, Korang pilih berapa keping korang nak gambar itu terpecah. Paling banyak keping 225 keping dan paling sikit 9 keping sahaja. Korang juga boleh pilih bentuk pecahan kepingan gambar itu. Senang, susah ataupun paling mencabar. Akhir sekali, pilih pula korang hendak pecahan itu dibahagi kepada pecahan kecil, ataupun besar. Siap!! Jom bermain susun gambar dengan klik pada PLAY THIS PUZZLE.

permainan game percuma, game online

Bila korang tekan untuk bermain sahaja, Teruslah keluar puzzle seperti mana yang korang pilih. Macam Bella, sebab nak tunjuk contoh Teka teki yang Bella main, Jadi Bella pilih yang pecahan paling senang iaitu 9 dan bentuk pecahan yang senang sahaja. Lurus saja.

permainan game yang menyeronokkan

Apa lagi yang ditunggu? Susun cepat - cepat susun sebab masa akan diambil kira. Bila korang hendak nama korang pun tercatat sebagai penyusun gambar terpantas. Apa lagi. Sign Up.Lepas itu dapatlah korang pecahkan rekod yang sedia ada.


Bella dah nak siap dah susun ini. Baru pertama kali main kan. Jadi masa memang teruklah. Bella tidak screenshot pula yang Bella susun 1saat sahaja. Rekod terburuk plak ada. Siapa rasa dia hebat dan dapat kalahkan rekod Bella ini? Apa lagi cepat cuba. Korang kena letak gambar itu betul betul rapat dan tercantum tau. Jika tidak, Ia tidak akan dikira sebagai gambar yang lengkap.

game terbaik, game mesti cuba
SIAP!!! Lamanya. Ok lah tu. Contoh. Main sambil cerita dekat korang. Mencabar tau. Bagi Bella, Memang menyeronokkan. Rasa macam senang sangat ini. Bila dah main, Rupanya tidaklah terlalu senang dan mudah seperti yang disangkakan. Jangan tidak tahu, Bila gambar dah pecah, Pandangan kita kena selari dengan minda. Baru nampak kepingan yang betul untuk dicantumkan.



Berani tidak hendak cuba yang ini. Gambar yang telah tercantum, Boleh sahaja korang rujuk disebelah kanan itu. Ini Bella pilih gambar yang pemandangan yang bila pecahkan, semua nampak sama saja kan? Biru! Bentuk kepingan yang lebih berlekuk, kepingan pecahan paling banyak dan kecil. Tengok pun macam dah pening, Bagi yang baru hendak mula bermain itu, Cubalah yang mudah dulu. Lama-lama up la lagi satu level tu. Bella kongsikan Maklumat JIGSAW PUZZLES ini ok. Senanglah korang hendak cuba main kan? clik sahaja :-


Selamat Mencuba..

You Might Also Like

3 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.