Apa Ada DI Universal Studio Singapore (USS)

holaaa.... Sape yang tak pernah tau, tak pernah dengar atau tak pernah teringin pun nak g USS ? Tak jauh pun. Sebelah johor je. Haaah???...

holaaa....

Sape yang tak pernah tau, tak pernah dengar atau tak pernah teringin pun nak g USS? Tak jauh pun. Sebelah johor je. Haaah???? x tau? sini bella cubit sikit. Hehehehe saja je.. time bella kecik pun bella tak tau. Tapi serious best. Bersih. Penuh keriangan dan kegerunan. Bella banyak tak naik kot. Jom Bella ceritakan sikit Apa Ada Di Universal Studio Singapore (USS).
singapore
Betapa gumbiranya bella bila sampai USS... hahahaha..
Bella duduk kat Johor, Tak tidur Singapore. Bella book Tune hotel dan book sekali basnya. Boleh check kat link ni Penginapan Bajet Ke Singapore klik je. Bella beli tiket USS dengan harga yang murah ok. Tak dapat dimana2x punya. Bella dah survey abis dah. Ni paling murah. Kalau ada sesiapa dapat harga yang lagi murah dari ni bolehla inform bella. Nak gak bella pergi lagi sekali. Kat matta fair pun tak dapat dik.... hehehe.

Sila la beli pada (hanya rm155 seorang untuk peak season. Low lagi murah la kan..)

Rosmanizah Abdul Rahman
ARISSA TRADING(001958108-K)
HP No : 6 012-394 9154 
Tel No :6 03-8925 9852 
Facebook - Rosmanizah Binti Abdul Rahman

Memang murah dah sangat berbaloi2x. Tapi ni base on trust yer.. All true email sahaja. Tapi bella dah beli dan berjaya.Walaupun bila bella email dia then tanya.. "akak.. ada jual lagi tak tiket USS?" bila tarikh?dia tanya,Then Bella kata "just nakkan confirmation je, Sebb saya nak tolong promote ni." Yela.. Bella beli tahun lepas kot. Tidak mahulah la Bella bagi wrong information.  Dia balas "ADA" amboi.. takda ucapan terima kasih pun an... Takpelah.. blog Bella bukan terkenal sangat macam Hanis Zalikha, Mat Gebu ke.. tak pe.. Untuk pembaca blog Bella ni Bella share jugak la.

Lepas itu korang terus print keatas A4 size. Jangan x percaya.. Even just print out to A4 saiz nanti sampai kat USS dorang just scan A4 size tu still boleh baca tau. Bunyi Teeeettt.. maknanya dah boleh masuk.

uss singapore
Pemandangan mula2x masuk.
Mula2x jejak kaki that feel really wow!! Segala-galanya baru bagi kami yang pertama kali jejakkan kaki ke sini. Wonderful.. wonderland suma ada la.. Cantekk sangat. Tapi mahal sikit la yer. Singapore dorang menggunakan Dollar. Korang semua jangan tak tau. Bella bawak makanan lagi. Maggi cup. Keropok. Semua.. hahaha bajet sangat dan orang tersangat la ramaiiiii.....

uss best, uss, singapore
Tgok la tuu memacam gaya gedik bella wat. Hahaha..
USS ni terbahagi kepada beberapa bahagian, Bella siap buat list sebab kebanyakkan yang dah pergi kata memg x cukup 1 hari tau. Memang betoiii sgt.Time bella pergi tu hujan plak. Adoii... lebat. Acara perarakan pun dibatalkan. Sedih!!... Bella rasa macam lantak la hujan pun, janji semua tempat pergi kan.. tapi suben Bella tak mau. Hishh.. leceh tau. hujan x leh. Panas x leh. Jalan jauh sikit x leh. Lelaki semua memang macam tu ke? Haruslah tunggu jap la hujan stop atau menjadi renyai..

Tempat pertama dan terdekat adalah Hollywood. Jadi alang2x dah dekat pergi jelah usha2x.Ia lebih kepada cenderamata dan karakter hollywood.Kiranya susunan tempat dalam uss ni macam bulatan tau. Jadi bella start dari sebelah kiri dulu. Then jumpalah Hollywood ni. Dia punya attraction adalah monster rock. Bella tak sempat pergi. Dia ada show time.Kalau tunggu waktu show abis la tak sempat ke tempat lain.

uss, Monster rock uss
Nilah tempatnya dan isi dalamnya.
Sekitarnya pun ada orang yang berpakaian ala2x Hollywood la.Kalau datang berdua jangan risau. Ada orang tolong tangkapkan pic. Nak ambik pic pun beratoq punya la panjang.Tapi sape nak lepaskan peluang kan?Banyak lagi character lain. Tapi you all think dorg tu x menarik sgt tok sah la nak beratoq buang masa. Kalau duk dalam uss takpela, yang duduk JB dont waste your time. move on. Banyak lagi tempat kita hendak nak terokai.
uss
Baju purple tu sgt sweet, Baju merah tu sangt gedik. Bella nak duk tgah tak bagi!! hissh!!
Seterusnya kita ke Madagascar!! korang ada tak tengok cite cartoon madagascar? samalah kebanyakkan watak-watak kat sini menggunakan kartun Madagascar la. Tempat menarik kat sini adalah Madagascar: A Crate Adventure.Kita first time pergi kan tak tau dalamnya ada apa. Tapi bella cadangkan sape yang takda masa jadikan tempat ni yang terakhir la. Budak2 happy la. Kat sini kita akan naik satu sampan yang akan masuk kedalam gua yang ada watak2x Madagascar, dan dorang akan bercakap dan bergerak2x Jangan tak tau k.. dorang speaking. Hahaha. Watak kuda belang tu paling kelaka dan nakal. My dear bella macam x puas ati la. Dia kata tu je? hahaha ikut persepsi memasing la yer.. dan satu lagi tempat di highlight kan  King Julien's Beach Party-Go-Round.Nama macam gempak kan.. Tapi dia adalah benda yang berpusing tu je. Tgok pic kat bawah.
king juliens beach party-go-round
Kat sini biasa je.Cuma comel la. Tu je..
Seterusnya kita ke Far Far Away.. Tempat menarik kat sini Sherk 4-D Adventure wajib pergi. Sangat syiokkk...!! Kat sini beratur punya lah ramai. Pastu tempat menuggu banyak step plak tu. Beratur dari luar, masuk dalam beratur lagi. ingat dah lepas dah. Kena beratur lagi. fuhhh!! tula banyak abis masa. Sape yang pernah tgok wayang 3D macam tu la wayang dan gambarnya. Tapi ni ada pertambahan.. kerusi kita akan bergerak2x dan akan rasa air dah panas.Macam biasa keldai tu memang nakal. Terbersin abis semua orang kena.EEEEyuewww!!. Kita akan bersama dengan Princess Fiona & Sherk dalam pengembaraan dorang. Memang layan.
uss singapore
Bella jumpa sherk dan Fiona..ada dia punya kereta kat sebelah lupa nak snap.
Kat sini juga ada Donkey Live. Ikut show time juga. Biasa je. Nak g tgok pun boleh. Tak g pun boleh. Tgok keldai tu bercakap dengan kita la.Biasa je. Enchanted Airways ni bella ternaik. Aduii... Bella dah la takut naik roller coaster. Ni di panggil roller coaster junior. Time tu hujan, jadi orang ramai la cari tempat berteduh kan.. Bella ckp ngan My Dear jom kita cepat2 kat sana. Orang beratur pendek je. Dah tu jap je la dapat masuk. Sampai kat pintu masuk naik tangga tgok mak aii!! roller coaster.

Bella pun nak patah balik. Jem jadi tempat tu sebab bella tahan badan kat situ. Sampai My Dear marah baru bella gerak. Apa lagi. Merajuk la bella kena marah. Bella pulak time majuk, jadi kuat. Time naik tu sikit pun bella tak jerit. Walaupun bontot tak cecah tempat duduk tau. HAhahahaaa... sangat lawak bila ingat. Pastu dia tak bagi letak beg semua tau. Air abis tumpah. Membazir je. Rasa nak complain je.
Naik terus zupppp!!! naik laju. Serius laju dan cepat. dahla hujan. Pastu safety kat perut je. Huii seram.
magic potion spin, enchanted airways
Pic suma sumbangan google. Bella x ambik pic pun.
Nampak tak pic kat atas tu? Tu pun salah satu tarikan kat Far Far Away ni. Namanya Magic Potion Spin. Ala takda apa pun.. pusing2x je.. Bella tak naik pun. Kat Far Far Away ni semua tempat menarik utama Bella cover dah. Cuma yang spin tu je la. Waste my time ahaks.
uss, The lost world
Nampak tak bella pose kat kaki dinosour tu? hahaaha..
Bergerak ke tempat seterusnya The Lost World. Tarikan utama kat sini Jurassic Park Rapids Adventure. Kita akan dibawa naik sampan moden yang berbentuk bulat. Melawat tempat hidupan dinasour ni la. Takda la seram sangat.Suben kata tu je? maknanya biasa je la. hahaha.. Tapi kategori wajib cuba jugalah. Sebab ada kejutan juga kat situ. Then kat sini juga ada Canopy Flyer ni bella tak naik. Tatut la.. macam roller coaster juga. Bella kata ngan Suben kalau nak naik naik sorg. Bella tak nak. Roller coaster ni jenis yang duduk kaki kat bawah tu. Tak nakkkkkkk...
Pastu ada Dino-Soarin yang bentuk burung terbang tu. Macam biasa2x je.. kat fun fair pun ada. cuma bentuk je tak sama. Kat sini bentuk burung zaman dinasour. Ada juga Amber Rock Climb. Ni panjat dinding tu. Tak yah la g tempat yang boleh kita rasa kat malaysia ni. Sebab semua tempat ni bukan senang2x nak main. Kena beratur punyala panjang. Then the result cant make we happy better don't. 
Best siap dapat snap pic dengan semua pelakon..
The last attraction here have Water World wajib pergi. Sangat best!! serius. Ia adalah lakonan secara live dengan aksi-aksi menarik bertemakan air. Time mula2x tu pun pelakon2x ni dah curahkan air kat penonton. Jadi dorang dah bahagikan tempat duduk basah dan x basah.Sape nak basah leh la duduk depan. Digalakkan korang datang awal. Lakonan di kolam besar ini seolah-olah mereka berada di lautan dangan penggunaan bot dan jet ski. Hebat persembahan mereka dengan aksi-aksi stunt ditambah dengan letupan-letupan besar yang awesome!!! gempak sangat. Siap jatuh2x lagi.Kena tgok showtime tau. Bukan setiap masa ada.
Sedey.. tak sempat g....
Seterusnya kita ke bahagian Ancient Egypt. Tempat ni ada dua tarikan seperti gambar di atas.. iaitu Revenge Of The Mummy dan Treasure Hunters. Time sampai kat tempat ni hujan lebat. Banyak tempat tutup sementara..Jadi bella pun ke tempat seterusnyala..Tapi setahu bellalah kan.. Revenge Of Mummy tu Roller Coaster yang berjalan dalam keadaan gelap.Tak nak la naik. Seramm!! Treasure Hunters tu bella dah beratur dah. Sikit lagi nak sampai. Tapi My Dear kata dah la..biasa je tu. Yela.. dia happy sgt la naik semua roller coaster tu. huh!! then bella kuar jela baris.. Sedey..

Tempat wajib pergi seterunya Sci-Fi City. Tempat yang menarik kat sini adalah Battlestar Galactica: Cylon (track biru). Battlestar Galactica: Human (track merah.) Perbezaannya adalah tempat duduknya dan tracknya. Tapi kedua2xnya adalah Roller coaster. Jadi biar suben sorang je la naik. Happy bebenor dia. Sape yang takut tak perlu la naik. Bella takut walaupun sebenarnya kejap je benda tu. Tapi dah cuba gagahkan hati. Bella tetap rasa cuak sgt.
Best! mesti g tau..
Kat sini juga  ada stesen Transformers, Ride the Movies. Kat stesen Transformers ni, kita boleh menonton wayang 4D di mana kita berada dalam satu kereta dan kita akan diselamatkan oleh Transformers!! (Optimus Prime & Bumble Bee) daripada Megatron macam real and hidup k.. Takda satu blog pun kata benda ni macam roller coaster!! arggghhhh seram. 4D yang menyeramkan. Bella excited giler nak masuk benda ni. Semua riview kata best sgt. Rupanya seram. Pas naik benda ni bella seram nak naik semua yang berbentuk roller coaster. Tapi memang x nyesal la naik. hihihihi..

comelnya yang sedang baca peta tu.. hahaha..
Kita di pengakhiran rancangan.. hahahaha. dah nak sampai pintu keluar. Kita wajib g New York. Di New York ada Lights, Camera, Action Hosted by Steven Spielberg. Memang best. Mula2x dia cakap2x pastu dia buat filem yang memang sgt real depan mata kita. Bella sampai rasa takut pulak.

OKey... Selesai.. dah cover habis tempat2x wajib pergi tu. Hahahaa.. okey sedikit tip yang sangat berguna dari bella yang comel ni. Tip ni dapat buatkan korang jimat masa dan wang. Hahahaha.. Rasanya la.Tipnya..
  • Takyah la pakai heel.. better use your sport shoes. Tempatnya luas. Kalau nak cepat kena lari2x anak ke tempat seterusnya untuk beratur. Bella rasa ni yang terpenting. Kalau kaki sakit cane nak enjoy???
  • Kalau pergi waktu peek season better beli je superstar punya tiket tu. Tak yah beratur. Jimat masa. Tapi mahal sgt bagi bella.
  • Masuk je wajibla ambik map dan show time untuk setiap tempat. Terlepas kang sayang je.
  • Beli je satu botol air kat uss tu.. pastu leh la isi dengan air cooling water yang banyak kat Uss tu, Jimat.
  • Tak yah la nak naik setiap tempat tu bersama sama sangat. Kalau kita sanggup pergi ke barisan single rider.. memang jimat masa banyak sgt!! My Dear bella senang je naik roller coaster merah dan biru tu. Jangan membazir.. masuk bayar memahal tapi banyak tempat x pergi. Jangan jadi macam membe bella, sempat pergi 3 tempat je sebab beratur kat transformer tu lama sangat. Jangan tau. Sian. Padahal balik should be excited nak cite kan.. ni dia diam je. Rare tol dia macm tu. Sampai kitaorang kata entah2x dia x masuk. Snap picture kat globe tu je. Hahahaa..
  • Kat Water World tu kalau nak feel duduk kerusi tengah sekali. Best. Kena air.
  • Bawa la baju spare. Takut basah. (haritu bella bawa tapi x guna pun)hahaha.
  • Walaupun kita dah bayar full tiket ada juga permainan yang di charge asing. So sebelum beratur bacala papan tanda tu dulu.

Rasanya tu je dulu. Kalau ada lagi yang bella ingat bella tambah k?? muah.. harap dapat manfaat. ikhlas dari isabella idura.

You Might Also Like

23 ulasan

  1. hi isabella thanks for the tips,, takut gak boleh bkk mkanan,, nak beli kat mmg mahal lah kan, dah la budget2 je,, just fun gitu,, sabtu ni nak g dah,, uhuhuh macam tak sabo ajer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bawa.. tapi dalam beg sandang la. kalau dia check letak la bawah baju ke.. heheehe... tapi air panas takda tau.Nak makan maggi cup susah. Bella dengan muka x malu minta je kat cafe kat sana. hahahaha... malu gak la. hahaaha..

      Delete
  2. hi isabella, thanks for sharing. nak tanya 1) mcm mane bella jumpa akak yang jual tiket tu. murah jugak tiket die. tp tulah, xberani. hehe. 2) pasal makanan tu, die check ke dalam beg kite. sy bawak anak 2years, kene la bawak susu+roti+biskut die. 3) water world+shrek tu budak 2years boleh naik x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.Jumpa thru internet juga la Nurul Afni. Ramai yang review sal tiket dari kakak ni. Beli kita tanya macam ne leh dapat murah, dia kata sebab dia ada kawan travel agent kat singapore. Jadi travel agent sana dapat special price. Setakat ni ok dan sangat membantu la. Sebab time bella nak pergi tu, attachment ticket tu x boleh buka. Punyala mengelabah bella. Bella bagi sms dan dia email kan lagi sampai berjaya. kira ok la.
      2. Rasanya boleh la. Cuma air panas memg bella buat muka tak malu g kat cafe mewah tu minta air panas. Bella makn meggi selamba je. Hhahaha.
      3. Boleh.. tapi transformer pun wajib try tau. Budak2x dia akan ukur ketinggian.

      Delete
  3. Hi Isabella, nak tanya permainan apa yang tak sesuai untuk wanita mengandung 2 bulan?
    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kot... ala sayang.. g lain kali la.. Lagipun.. bella takut nak advise la. Bella bukan doktor.. Hohoho.Takut salah.

      Delete
  4. Tenkiuuu Bella utk cerita & tips berguna ni..hehe. Sy pergi minggu dpn, dan beli kat akak Rosmanizah tu jgk.. xsbr nak try sume bnda yg menarik kt sne..hehuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait... happy holiday tau.... dont worry kat sana happy sgt... happy awak baca tulisan saya.

      Delete
  5. akum bella nak tya ujung thn ni nak g uss tp dgn anak2 yg berumur 8,4 dan 2 thn,betul ke terhad je permainan utk bdk kecil ni yala kta da byar mahal ka
    n so tak berbaloi la klu mcm tu????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sayang emelda... memang betul terhad..tapi bukan sebab umur. Terhad sebab ketinggian. Kalau umur 20 tahun pun tapi tinggi x mengikut ketetapan keselamatan.. tak lepas jugak la..kalau nak untung tunggu tinggi lagi la.. kalau x.. tgok husband je la main, awak jaga anak2. heheehe.. tp semua roller coaster nya menyeramkan la.. saya cukup tinggi pun tak naik. heheheehe..

      Delete
  6. akum bella ujung thn ni kmi skuarga nak g uss dgn anak yg berumur 8,4 dan 2 thn,btl ke permainan utk bdk kecil ni terhad yala kta da bayar mahal kan

    ReplyDelete
  7. wahh seronok baca blog ni sebab bulan 5 ni akan berkunjung ke sana..nak tanya rm155 tu just tiket ke USS saja kan..so bas asing??betul x??

    ReplyDelete
  8. seronok baca entry ni sebab bulan 5 ni akan ke sana..nak tanya tiket rm155 ni just masuk ke uss kan??ke termasuk sekali dgn pengangkutan dan voucher..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. masuk je. Macam bella tiket bas tu bella deal dengan Tune hotel. Tgok Kat sini

      http://isabellaidura.blogspot.com/2013/02/penginapan-bajet-ke-singapore_2355.html

      Delete
  9. Salam.. tiket yg rm155 ni boleh pergi bila2 or tarikh dah tetap?

    ReplyDelete
  10. salam bella..nasib jumpa blog bella..nk tye ..setiap permainan dalm uss tu free ke ade yang charge lain harga ye..coz saya n husband nk pg bulan 10 nh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xda charge ape2x dah aniz. Masuk pun dah bayar mahal. Takkan nak bayar lagi. Cuma macam tempat keringkan badan tu kena bayar, rock climbing tu ada charge asing. Rasanya tu je kot. Have fun.

      Delete
  11. Klu sehari dlm uss nk solat ada tempat solat tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya xda. tapi uss kan dia bersih. Awak kena bawa telekung travel dan petunjuk arah. Jadikan je tempat tersorok untuk bersolat.Solat je dikawasan rehat.

      Delete
    2. Di USS ada di sedia surau kecil untu bersolat. Terletak di kawasan Egipyt berdekatan tempat menyimpan beg.

      Delete
  12. Kalau sehari dlm uss,ada tempat nak solat tak

    ReplyDelete
  13. Salam bella kalau kita bawak anak yg bumur 1tahun 3 bulan dgn 7 tahun ke USS banyak benda tak diorang boleh masuk dgn parents skali.. Saya plk nak pergi minggu nie insyAllah

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.