Penginapan Bajet dan Murah Di Yangon Myanmar

Hello.. mushi2x.. Assalamualaikum..... Kesinambungan kisah cinta bella dengan keunikkan negara myanmar Ataupun yangon bersambung kembal...

Hello.. mushi2x.. Assalamualaikum.....

Kesinambungan kisah cinta bella dengan keunikkan negara myanmar Ataupun yangon bersambung kembali. Bella nak share pulak Penginapan Bajet Dan Murah Di Yangon Myanmar bella sepanjang disana.


myanmar, yangon, ranggon, burma, murah, bajet
Intro Pic pintu dulu.. macam mahal.hehee..
Kat sana seriusly hotel mahal. Kira macam mengambil kesempatan didalam kesempitan pelancong la.

Myanmar yang dulunya terlindung daripada pandangan dunia ketika pemerintahan tentera junta dan ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi, jadi tidak banyaklah hotel yang dibina.Sekarang hotel-hotel disana tidak dapat menampung jumlah pelancong yang semakin lama, semakin ramai. Hotel yang sedia ada pun menaikkan harga.
Petikan dari myMetro.com artikel 25/6/12 (just klik untuk artikel penuh)

"HOTEL kebanyakannya penuh atau jika ada bilik kosong, harganya mencekik darah. Duit renyuk atau berlipat-lipat tidak bernilai manakala kad kredit pula tidak diterima. Jika sanggup berhadapan dengan semua ini, bolehlah mengunjungi Myanmar yang bakal menjadi destinasi pelancongan terkemuka di Asia."

Seram plak rasanya nak pergi Myanmar kan? Jangan risau dengan adanya bantuan dari bella semuanya akan lancar. Hehehe. Tapi apa yang ditulis oleh artikel diatas adalah benar. Setakat Mac 2013 ni lah. Hotel yang menerima kad kredit pun hanyalah 5star hotel. Itupun bukan semua.

Last time Bella book 2minggu sebelum pergi. Seriously banyak yang fully book. Kat agoda.com pun tinggal bilik yang berharga 2Rat keatas. Bagi yang mahukan penginapan murah dah jadi lari bajet lah kan? Adalah orang yang dah pergi tapi bila Bella call that hotel for booking diorang tak faham English.Time ni pun Bella dah risau giler kot. Cane nak pergi kalau macam ni? isk.isk..

Then bella pergi cafe yang ada orang Myanmar faham melayu, Bella call that hotel dan suruh dia cakapkan. Rupanya bilik yang murah tu dah full. Tinggal bilik 2rat lebih untuk satu malam. Kalau 2malam dah dekat 5rat. Adui.. reject la.

Cari punya cari jumpalah en zainal blog ni (klik je) rasanya macam dah seluruh negara asia dia pergi. Macam-macam cerita. Bella panggil dia guru. hehehe. Kawan dalam alam cyber je la. Kalau nak join takut tak kesempatan cuti. Cuti bella bukan banyak pun nak mengembara macam guru ni. Jealous tgok dia.

Ok sebelum melalut jauh Bella sambung sal penginapan Bella disana. Selepas guru dan beberapa orang lagi yang dah pergi suggestkan hotel ni, jadi Bella pun akur dan book hotel bajet ni iaitu OCEAN PEARL INN.http://www.myanmarhotel-budget.com/  AGODA.COM  klik pastu pergi kat contact us untuk booking secara online. Call pun ok. Tapi bella suggestkan online je la. Ada hitam putih yang kita dah booking kan.

Time booking tu tak perlu buat pembayaran lagi. Just confirmation bila kita nak pergi. Ocean pearl inn juga menyediakan sarapan pagi,walaupun hanya telur dan roti serta teh. OKlah dari takda. Ocean juga menyediakan perkhidmatan mengambil pengunjung hotelnya dari airport ke hotel memang sangat berbaloi.

Hotel ni ada dua cawangan iaitu, Yangon Myanmar Hotel Budget ( Ocean Pearl Inn ) Dan Ocean Pearl Inn II (Aung Si Guest House) Time bella nak book tu lagi 2minggu nak fly tau. Ocean Pearl Inn dah full. Hotel yang murah semua dah full. Jadi Ocean ni suggestkan Ocean Pearl Inn II. Bella time tu redha je la. Bella inquiry juga macam ne keadaan bilik sebb takda provide pic. Takut kotor. Takut. Bg bella biarlah mahal sikit janji bersih. Kalau ada orang kata biarlah kita nak tido je. Tp itu bukan bella. Bella nak janji bersih.

Dibawah ni ada alamat penuh, rate per nite dan everything la.

YANGON MYANMAR HOTEL BUDGET ONLINE BOOKING (or)Just call 00951 - 297007, 297329, 296637, 297292 for free airport pick up from International flight. Every Air Asia flight from Bangkok and Malaysia free airport pick up on arrival with our Ocean Pearl Inn Signboard.
24 hours : Service

Ocean Pearl InnHotel FacilitiesTourist Friendly, Homely ServicesAung Si Guest House
Single room - 25 usd,
Double room - 30 usd,
Triple room - 38 usd / night
Included breakfast, tax and one time free international airport pick up on arrival.Clean, Safe, Friendly
helpful staff and meet other
traveller.
Single room - 20 usd,
Double room - 25 usd
 

Jadi selepas tanya macam2x Bella pun bersetuju untuk menyewa ocean pearl inn II. Sebab dia kata hotel tu barui je buka. Jadi comfirm bersih. Sebb Ocean Pearl Inn dah tak dapat menampung jumlah pelancong yang ramai. Ok la. Bella pun setuju book. Harganya murah sikit la dari Ocean Pearl Inn.

Jadi Bella pun dibawa ke Ocean Pearl Inn II setelah melalui jalan yang sukar. Bella diturunkan di satu kawasan yang penuh sesak dan bangunan yang bertingkat. HB Bella kata tempat apa ni? sambil mengerutkan dahi. Bella pun cuak gak. Serius serabut.

Bila van tu nak bergerak semula tetiba orang dari atas tu kata sesuatu dan dia suruh bawa kitaorang ke Ocean Pearl Inn. Alhamdullilah syukur rahmatmu Ya ALLAH. Kitaorang pun naik semula van dan pergi ke Ocean Pearl Inn. Barulah ok cikit. Semua pelancong semua ke sini. Hmm tenang.

Depan Ocean Pearl Inn
Sampai sini My Dear kata haa sini baru ok sikit. Pintu depan tu sentiasa ditutup sebab diluar bising. Betul2x depan Pearl Inn ni ada jalan raya. Sebelahnya ada kedai runcit kecil. depannya ada dobi. Malamnya ada kedai makan kecil yang tak halal.. Jangan cuba k..

yangon, penginapan bajrt, penginapan murah, myanmar
Bahgian utama hotel
Bahagian dalam hotel ni serius bersih. Bilik Bella lupa nak snap. Tapi dekat dalam website dia ada. Bersih. Toilet ada towel, sabun semua tapi bella bawak sendiri sabun. Air panas semua kat bawah. Hotel ni ada byk tingkat. Tapi Bella dapat tingkat2 je. Ok. Daripada mat saleh bawak beg bapak besar termegah2x naik tangga.hihihi. Aircond pun sejuk. Depan hotel senang dapat transport. Jalan sikit ada pasar raya semua. Kiranya ni tengah bandar juga la. Senang nak kemana-mana. Cuma bella tak sempat nak ke spa. Sebb ramai yang kata spa kat sini bersih,nice dan sangat murah. Sedih.
myanmar, burma, bajet, penginapan murah, penginapan bersih
Boss dia kot. Muka garang tapi baik

Kitaorang bawak bekal memacam, Jadi kitaorg punya flight pagi. Sesampai lapar. Bella pun masak la meggi. Air panas semua ada kat bawah. Megi, biskut, keropok, jajan, dan gegula semuanya abis. Hihihi. lapa.. cuma HB ni mesti nak makan nasi walaumacam mana pun. kalau tak dia tak kenyang. Jadi kena gak la cari kedai halal. Pepagi dorang akan sediakan sarapan dorang sagtlah baik. Polite giler. murah senyuman. Bebudak lagi semuanya. Jadi memang five star terus jadi hotel ni. Semua soalan Bella dorang cuba jawab. Kalau dorang tak faham dorang akan panggil yang faham. Jadi memang sgatlah ok. 
YANGON MYANMAR
Salam jumpa lagi..
Jadi lepas ni kalau korang nak datang dengan bajet yang hendak dikurangkan bagi penginapan boleh la pilih hotel bajet ni. Bella pergi kejap je. Banyak sangat tempat bella tak sempat gi. Bella cover tempat yang penting2x je. Hehehe.Korang nak banyak pilihan lagi, sila cari di AGODA.COM ok.. salam ikhlas.. boleh la digunakan kalau nak kesini nanti. Boleh check juga post bella kat sini mengenai myanmar..

bubbye2x....follow bella k..


You Might Also Like

9 ulasan

  1. bestnya..;-)

    akak sponsor gtau dah post, tapi pakai post biasa, mungkin lambat sikit...maaf yer..huhuhu

    ReplyDelete
  2. OWH... ok dah sampai pun ezyra lupa nak bgtau. THANKS EZYRA.

    ReplyDelete
  3. Be sure to wash your homemade skin lightening cream hands every 5 minutes to avoid orange
    palms! We still don't think it's a near-term homemade skin lightening cream
    opportunity. But how about pausing for a moment, but cumulative.


    Here is my weblog :: how to lighten skin naturally

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Saya ada cuba booking dan dah confirm akan stay kat ocean pearl inn ni. Mase confirmation, hotel ni mmg tak bagi ape2 bukti yang menunjukkan booking dah dibuat ke? Risau gak takut2 dah sampai sana tapi tak dapat bilik. Mohon nasihat sikit. TQ

    ReplyDelete
  5. Betul hafiz.. dorg memang tak bag pe2 bukti. Even payment pun kita x buat lagi kan? tp serius dorg pegg janji. Inshaallah ada. Tapi make sure you print out that email yang dia kata comfirm ada bilik kosong. Macam bella snap everything in tablet. Keep address, phone number. That really important. Ambik service pick up from airport. lagi senang. sampai airport xda org pgg kadboard nama kita call terus.

    ReplyDelete
  6. Macam bella aritu dorg just pegg kadboard ocean pearl inn. Then sebb beratur pjg sgt bella terlewat. Van tu dah blah. Nasib ada pakcik teksi kat situ duk follow bella tanya nak teksi tak bella kata dah booking ngan ocean pearl inn. Tapi dia x dtg. Then dia minta no phone, dia tolong call kan.Subbahanallah.. pertolongan dari ALLAH. Kalau tak kena call sendiri. Cari phone sendiri.

    ReplyDelete
  7. lg satu phone kat sina sgt limited. Kena berdaftar. Jadi kena simpan semua document. Tp sana selamat.InshaAllah.

    ReplyDelete
  8. TQ for the info..
    1 lg nak tanye..makanan halal kat sana senang cari tak? Any suggestion?

    ReplyDelete
  9. Makanan halal dan sedap. Tengok link dibawah

    http://www.bellaidura.com/2013/10/tempat-makan-sedap-di-yangonmyanmar.html

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.