Promosi Hebat Ke LANGKAWI dengan TRAVELOKA

Korang!! Ada Promosi Hebat Ke LANGKAWI dengan TRAVELOKA!! Apa lagi, jomlah kita ke Langkawi. Promosi yang ditawarkan oleh Traveloka meman...

Korang!! Ada Promosi Hebat Ke LANGKAWI dengan TRAVELOKA!! Apa lagi, jomlah kita ke Langkawi. Promosi yang ditawarkan oleh Traveloka memang terbaik. Tiket penerbangan dan Hotel dengan potongan harga sebanyak RM188! Korang pernah dengar kan? Traveloka? Traveloka ni pakar pelancongan di Asia dan harga yang ditawarkan lebih hebat dari Matta Fair. Menarik kan?

pengalaman bercuti di langkawi

Seronok sangat ke Langkawi? Asyik-asyik Langkawi. Rasanya rata-rata rakyat Malaysia ni mesti dah ke Langkawi sekurang-kurangnya sekali. Tak jemu nak ke sana lagi-lagi yang suka shopping. Pulau bebas cukai ini tak pernah lekang dari kunjungan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai aktiviti dan tempat-tempat menarik yang korang boleh lawat dan buat di Langkawi ni. Ini kerana Langkawi mempunyai  99 buah pulau dan warisan pelbagai misteri lagenda. Pantai-pantai di Langkawi juga cantik dan memang best untuk bersantai dengan keluarga. Antara tempat-tempat yang Bella teringin untuk lawat lepas ni seperti Tasik Dayang Bunting dan snorkeling di Pulau Payar.
 
bercuti ke langkawi

Tasik Dayang Bunting terletak di belah selatan Langkawi. Pulau ini jika dilihat seakan-akan wanita hamil yang sedang berbaring. Banyak mitos yang Bella dengar tentang Pulau Dayang Bunting ni. Antaranya kisah seorang puteri kayangan yang bercinta dengan seorang jejaka dan mereka dikurniakan anak. Tetapi anak mereka mati dan dikebumikan di dalam tasik. Kononnya, minum air tasik atau mandi manda di tasik ini mampu membantu mendapatkan zuriat. Tak kurang juga yang seramnya, kononnya ada buaya putih di dalam tasik. Apapun yang menariknya, tasik ni sangat cantik!

langkawi, langkawi barang murah

Kawan Bella cerita, pulau payar ini ada baby shark yang boleh korang tengok di tepian pantai. Antara tempat yang menarik untuk yang suka snorkeling dan tengok hidupan laut. Memang rugi kalau ke Langkawi tak snorkeling di sini. Kebanyakkan pakej ke Pulau Payar, ada 2 pakej yang boleh dipilih. Pantai atau platform. Platform lebih mahal dari pantai. Korang boleh la pilih ikut budget yang bersesuaian.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk diskaun menarik hanya 3 hari, promosi potongan harga sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan hanya melalui Traveloka APP (Googgle Store @ APP Store).Apa yang korang perlu buat, Download aplikasi kerana promosi ini hanya untuk tempahan ke Langkawi menggunakan Traveloka App sahaja, kemudian :- 
  1. Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (Guna Kupon: SEAFLYLGK ).  
  2. Selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Minimum spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam
  3. Booking period (flight):  21 Julai (Jumaat) - 23 Julai (Ahad)
  4.  Booking period (hotel): Selepas terima email, selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
  5. Travel period: Anytime
Beli sekarang dan travel kemudian. Perancangan percutian yang bijak bila kita dapat berjimat! Buat pengetahuan korang, harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi. Muat turun aplikasi Traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini. Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun. Jangan Ragu- ragu.
Jom ke Langkawi. Taknak ke Langkawi? Cuba check destinasi lain di Traveloka .

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.