AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Saturday

MINI THAILAND DI MALAYSIA

Thailand,negara jiran yang penuh dengan adat dan budaya. Bila sebut pasal Thailand, kita terus terfikir pasal Tomyam kong nya yang pedas menyengat. Tetapi sebenarnya, negara Thailand bukan hanya sekadar ada Tomyam, ia penuh dengan adat dan budaya. Bagi yang sudah pergi melawat Thailand mesti tahu dan setuju yang Thailand penuh dengan adat dan budaya yang memukau. Setiap negara mesti ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri kan? Bagi yang tidak berpeluang melawat Thailand, korang bolehlah ke MINI THAILAND DI MALAYSIA yang sedang berlangsung di ONE UTAMA.

thailand, barang thailand

Mini Thailand Week 2017 sebenarnya aktiviti yang berlangsung tiap - tiap tahun dan ia kembali lagi pada tahun ini. Ini adalah Mini Thailand yang ke 9 bertepatan dengan 60tahun diplomatik antara negara Thailand dan Malaysia. Sementara One Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya ini memang dekat dengan tempat kerja Bella, balik kerja Bella terus singgah. Apa yang menarik pasal Thailand bagi Bella selain tomyam, adalah Teh Ais nya!! Waduh... sedap betul. Bella pasti mesti ada jual disini. 

mencari barang di thailand

Sesampai saja Bella di One Utama, Bella terus menuju ke New Wing dan karnival ini berlangsung di ruangan paling bawah sekali. Bella selalu berbelanja di Padini. Jadi, hendak cari lokasi karnival ini memang sangat mudah. Kalau korang tidak pasti, korang tengok saja kebawah. Memang dari atas pun sudah nampak. Memang meriah.

mini thailand di one utama

Bella datang sekali dengan majlis pembukaan Mini Thailand Week 2017 ini. Dapatlah Bella dengar ucapan dari Patcha Wutipan, Minister Councellor (Commercial) Royal Thai Embassy. Dia kata, tahun ini, Mini Thailand ini bertemakan "Urban Lifestyle". Ada 28 buah syarikat yang berkerjasama dalam karnival ini. Bermakna ada bermacam - macam jenis barangan yang kita boleh jumpa seperti barang untuk men"deco" rumah, makanan dan minuman, barangan kecantikan dan juga barangan kesihatan.  Paling penting, makanan dan minuman telah diluluskan dan memenuhi piawaian HALAL Malaysia. Maknanya tanpa ragu - ragu Bella boleh rasa semua tester makanan dan minuman. Boleh kenyang ni.

karnival thailand di malaysia

H.E. Damrong Kraikruan, Ambassador of Thailand to Malaysia turut menyampaikan ucapan. Antara yang menarik, beliau berkata. Thailand adalah sebuah negara yang terdapat pelbagai barangan, fesyen, barang kemas, barangan kecantikan, makanan, kraftangan dan bermacam -macam lagi. Jadi, adalah mustahil untuk membawa kesemuanya datang ke Malaysia untuk kita tengok dengan mata kita sendiri. Jadi, beliau mengalu - alukan kedatangan kita ke Thailand dan membawa 28 produk ini sebagai pengenalan. Terbaik. 28 ini pun tidak tahu hendak pilih mana satu.

barang thailand

Persembahan tarian kebudayaan pun ada. Kalau korang bernasib baik, dapatlah tengok. Menarik juga. Tariannya bila Bella amati penceritaan penari dalam tariaannya seakan - akan sepasang petani menabur baja dan bercucuk tanam. Kalau tidak salah.

karnival thailand

Bella tertarik melihat lukisan kayu yang dipamerkan. Ia adalah lukisan daripada artis Thai iaitu Tanupon En-On. Dengan hanya rm20 kita akan diberi kayu kosong dan akan diajar teknik E-Sarn mural. Ia adalah teknik akrilik dengan warna yang terang pada lukisan. Kalau korang beli dan belajar cara melukis mural ini, lepas itu korang post saja ke Facebook Mini Thailand Week, letak pula #minithailandweek2017 korang akan menerima hadiah istimewa daripada penganjur. Menarik kan?

barang thailand di malaysia

Tak abis sampai situ saja, ada barangan dan produk khas untuk kecantikkan juga! Diperbuat daripada barangan asli dan buatan tangan. Homemade. Waduh2x. Mengugat iman betullah. Terasa hendak beli semua. Jujur Bella cakap. Kalau korang pergi Thailand sendiri, korang pun tidak akan dapat harga semurah ini. Ada bedak yang dijual dengan harga Rm10 saja. Lipstik pun ada dan murah. Rugi sangat kalau korang tidak singgah. Bella haruslah beli. Rm10 je. Brand terbaik dari Thailand pula tu. 

cantik, produk thailand, cantik dengan produk thailand



Barang - barang perhiasan rumah pun ada. Tengoklah kotak simpanan yang comel tu. Mangkuk tingkat berwarna warni pun ada. Bella sangat tertarik dengan kotak simpanan yang di warnakan seakan - akan kereta mainan kan? Kotak comel macam ini letak bersepah - sepah pun tetatp nampak comel. Sesuai letak baju anak - anak. Tak yah beria lipat. Budak- budak kan suka buat sepah. Bella tengok adik Bella macam tu. 

barang perhiasan thailand

Rumah dan cantik, tidak guna juga kalau berbau hapak kan? HaaH! Bella ada penyelesaiaan untuk korang. Pewangi khas untuk rumah ada dijual disini. Masa buat rumah terbuka atau keduri bolehlah pasang. Bagi semua orang hidu bau wangi yang lain dari yang lain ini. Import brand kan?


Tak kan rumah saja hendak cantik kan? Perhiasan diri pun ada. Berkilau - kilau dan memukau. Bella ini tidak minat sangat hendak pakai barang perhiasan ini. Bella selalu hilangkan. Rimas. Tapi kalau sekali kala pakai pergi ke majlis mesti korang akan kelihatan anggun dan gempak. Sebab semuanya cantik - cantik dan lain dari yang lain.

barangan perhiasan thailand

Bella harap, kita semua datang ke Mini Thailand Week 2017 ini dan mengambil kesempatan untuk belajar dan mengenai Thailand dengan lebih dekat lagi. Jika program ini berjaya, tahun depan bolehlah kita berjumpa dengan karnival ini lagi.

THAILAND MINI KARNIVAL

Bella ingatkan sekali lagi, hari ini adalah hari terakhir. Ia hanya berlangsung dari 6-9 July 2017 sahaja. Korang kena pergi hari ini juga. Bertempat di One Utama shopping center, Petaling Jaya. Dalam Mall.Bermula jam 10am to 10pm. Masuk adalah PERCUMA!!

24 comments:

  1. Replies
    1. Haah. Datang cepat tau. Ada masa lagi ni.

      Delete
  2. Wahh!! Bestnya.. macam macam ada. Selain dari cuci cuci mata, boleh jugak belajar tentang kebudayaan thai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang banyak yang boleh kita belajar.

      Delete
  3. Cam bes je.. banyak jgk ye tarikan..

    ReplyDelete
  4. La...serius tak tahu pun ada mini Thailand nie

    ReplyDelete
  5. Baru tau teh ais terbaik dr Thailand...cam nak terjah gak ke sana..part produk kecantikan yg buat k.sal geram gak ni..

    ReplyDelete
  6. memang menarik ...dah lama tak gi festival macam ni yg memperkenalkan barang dan kebudayaan negara2 asean

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala... dah abis dah. 4 hari saja. Kena tengok tahun depan. Kalau ada lagi.

      Delete
  7. Laaaa.. Habis dah...harap nanti ada lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya tiap - tiap tahun ada.. ☺️

      Delete
  8. Bestnye... tapi sayang jauh nak pegi...

    ReplyDelete
  9. Menarik ni, memang kena pergi tengok

    ReplyDelete
  10. Wahhhh... Cantik2 brg yg ada disitu.. Huhuhu

    ReplyDelete
  11. meriahnya... siap bergambar dgn dancer lg bella... hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.