Wednesday

Menyelami Kehidupan Orang Asli - Han RainForest Resort

han Rain forest resort, pahang

Bella telah berpeluang dan diberi peluang oleh Kelab Blogger Ben Ashaari dengan kerjasama dengan Han RainForest Resort untuk berkhemah sambil Menyelami Kehidupan Orang Asli yang dijaga oleh Han RainForest Resort. Kehidupan Orang Asli ini adalah bermula dari tengah hutan, dan Han RainForest Resort memujuk orang asli ini untuk membina kehidupan ditepi sungai untuk diberikan lebih banyak perhatiaan dan jagaan dari segi persekolahan anak - anak dan peluang pekerjaan kepada pemuda orang asli disini. Setelah beberapa buah keluarga telah dibentuk, ia menjadi sebuah kampung yang diberi nama Kampun dedari. 

pahang, bercuti di pahang

Pada pandangan kita, kehidupan mereka terlihat sangat daif dan serba kekurangan. Tapi, bagi mereka,   kehidupan mereka sudah cukup sempurna. Ada keluarga yang bahagia yang sentiasa melayani mereka. Ada sungai yang tidak pernah putus bekalan untuk membasuh, memasak dan juga membersihkan diri. Juga ada pondok yang teguh berdiri buat mereka berlindung dari panas dan hujan. 

national park, han travel

Bagi masyarakat orang asli di kampung dedari ini, mereka mempunyai berbagai adat yang dipercayai dan diamalkan turun temurun. Salah satunya, perempuan hanya boleh berkahwin jika sudah mampu menganyam daun ini untuk dijadikan sebuah rumah. Lelaki pula, hanya boleh berkahwin jika sudah jauh masuk kedalam hutan dan membunuh. Baru lelaki orang asli ini boleh berkahwin. Mampu? 



Mereka masih mengamalkan gaya hidup yang serba sederhana. Masak menggunakan dapur kayu, tiada makanan segera. Tiada losyen ataupun haruman Gucci, Prada, Lancome atau apa - apa jenama yang lain. Jimat. Hanya mereka dan alam. Tiada gajet yang moden. Masa, hanya untuk family dan tiada hutang piutang keliling pinggang. Aman kan? Korang mahu kehidupan yang tenang? Bagi yang asyik berhutang tak reti hendak bayar tu, Bella cadangkan lepas korang bayar semua hutang, korang berubahlah jadi orang asli. Sebab poket kosong. Berlagak yang lebih. Baik orang asli. Tiada kemahuan dan kehendak yang menjerut diri sendiri. 

han rainforest resort, bercuti di pahang


Menyelami Kehidupan Orang Asli dengan lebih dekat lagi, kami mendirikan khemah berdekatan dengan kampung orang asli dedali ini. Cuba merasakan kehidupan tanpa kemewahan dan kemudahan yang biasa kami rasa. Tiada internet untuk berkomunikasi dengan dunia luar, tiada tilam empuk untuk merehatkan diri, tiada bantal untuk mengalas kepala, dan tiada selimut untuk menghangatkan badan. Kami tidur di khemah yang serba sempit dan hanya mengalas perut dengan air milo. Lapar! Terasa betapa manjanya kehidupan sehariaan selama ini. 

campign, dalam hutan, taman negara pahang

Bertambah menyukarkan apabila mahu membersihkan diri. Arrghh!! Bella rasa tidak sanggup. Baru satu hari. Rasa hendak nangis teringatkan bantal.Masa inilah mahu bermesra dengan alam. Tapi, tubuh badan dan daya ketahanan Bella yang lemah ini, membuatkan Bella tidak mampu bermesra sebegitu rapat dengan alam. Nak balik!!! Sakit perut, sakit badan, sakit kepala dan bermacam - macam sakit mula muncul. Kenapa kau muncul sekarang sakit?


Setelah mengemaskan khemah dan membersihankan tapak perkhemahan, kami mengumpulkan segala makanan dan minuman yang ditaja oleh YEOS, JUS PRAN dan Kelab Blogger Ben Ashaari Sendiri. Ini bukanlah makanan lebihan dari kami, tapi kesemua ini memang kami bawa dari KL khas untuk diagihkan kepada keluarga orang asli disini. Jangan tidak tahu, sebelum ini mereka tidak mahu dan malu bergambar dengan kami. Setelah dihulurkan makanan, laju kanak-kanak ini datang dan bergambar. Mungkin mereka rasa lebih selamat dan mesra.

hanrain forest resort

Setelah selesai, kami mula bergerak dengan perasan yang bercampur baur. Rasa lebih bersyukur dengan apa yang ada. Rasa seronok bakal tidur atas katil. Rasa kerinduaan pada alam. Rasa rindu bermalam beratapkan langit. Rasa bercampur aduk dengan keletihan badan. Disebabkan datang ke kampung orang asli kami menggunakan pengangkutan air, balik kami melalui laluan darat pula. 4by 4 terpaksa digunakan disebabkan keadaan jalan yang tidak berturap dan terpaksa melalui jalan hutan.



Setelah keluar dari hutan dan jalan berturap, barulah kami melalui jalan bertar dan highway. Masa ini, 4 X 4 ini mula memecut dan mengecutkan isi perut Bella. Rasa hendak tercampak pun ada. Keinginan Bella untuk merasai alam terhalang disebabkan cuaca yang panas dan ketakutan Bella untuk berdiri dibelakang 4x4 ini. Bella duduk saja. Kalau berdiri, auto menggeletar kaki. 


Kami tidak terus pulang ke Resort. Sebaliknya kami dibawa menikmati berkelah ditepi sungai  sambil merehatkan badan. Pihak resort telah menyediakan bekal untuk kami makan ditepi sungai. Seronoknya. Kami dibawa ke Hutan Lipur Ulu Tembeling. Kawasan ini masih terjaga dan jarang dimasuki. Paling penting, jaga adap dan mulut ketika masuk ke kawasan orang ya. 


Wah!! cantiknya! Ada beberapa kawan Bella yang tidak terus melompat kedalam sungai. Bella tidak ketinggalan masuk kedalam sungai yang tentu - tentunya bebas dari pencemaran sungai ini. Jarang didatangi oleh pencemar alam kan? Disini juga ada tapak perkhemahan. Senang dan mudah untuk sesiapa yang mahu berkhemah disini. Tapi sila pandai - pandai bawa diri ya. Jaga adap dan mulut. Jaga kebersihan paling penting.


Tamatlah satu hari berkenalan dengan alam. Jom kita pulang ke Resort dan berkemas. Esok kita akan meninggalkan Resort dan Pahang. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak Han RainForest Resort untuk pengalaman yang tidak ternilai ini. Korang yang hendak pergi dalam group besar, bolehlah menghubungi Pihak Han RainForest Resort untuk mendapatkan itinerary mngikut kesesuaian masa dan bajet korang. Percayalah cakap Bella. Duit korang boleh cari dan bayar. Tapi, pengalaman yang Han RainForest Resort bagi tidak dapat dibeli dan sangat meninggalkan kesan yang amat mendalam. Bella dah rasainya. Lepas ini Bella cerita aktivit yang lain pula. Best! 

Han Rainforest Resort

Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia 27020


3 comments:

  1. seronoknya berpeluang melawat tempat gini.. masih ada lagi ye kelompok yang hidup nya belum terdedah dengan dunia luar

    ReplyDelete
  2. Pernah merasai kehidupan bersama orang asli suatu tika dahulu bersama family, pernah memancing guna tali tangsi dan melihat anak2 orang asli begitu cekap berenang seawal umur muda lagi...mereka lg cepat berdikari

    ReplyDelete
  3. bestnya.. dului mama pernah sekolah dgn org asli tapi tak pernah lagi pergi kampung diorang

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari