AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Sunday

Cara Buat Sendiri Bantal Tanpa GST

GST?? tau kan GST tu apa? Good Service Tax bukan Government Service Tax ya. hheeehe.. ramai yang salah jawab tu bila ditanya. Sedikit tip hari ini. Cara nak jimatkan duit dengan buat kemasan bantal perhiasan sendiri.Murah. Mudah. Comel. Paling penting tanpa GST. Weyuuu sape nak belajar? Mesti pak-pak menteri kita seronok sebab bella bagi tip yang membolehkan korang jimat selain daripada jangan balik kampung untuk beraya kan..hmmm macam2x.


Apa yang diperlukan, hanyalah :
  1. Benang
  2. Jarum
  3. Kain bercorak yang tidak pakai.
  4. Bantal lama atau Kekabu

Bella barang semua ini memang dah ada kat rumah. Memang dah sedia ada. Bagi yang xda lagi, kena pergi beli barang-barang semua ini baru. Jadi tak boleh la bagi nama kat bantal comel korang tu nanti bantal tanpa GST. Haaaaa... Bella alhamdullilah. Semua barang NO GST. Mula-mula korang potong la bantal korang tu kepada size yang korang inginkan. Kecil ke, besar ke, sederhana ke, Terpulang ya.


Lepaskan.. korang terbalik kan kain tu macam gambar bella tu. Jahit di bahagian kanan dan kiri.Cara nak jahit?? hentam je.Hhahaaa.. Applikasikanlah pembelajaran kemahiran hidup sains rumahtangga yang korang belajar dulu. Time PMR dulu tu. Ingat tak?? Janji kain tu bercamtum dengan baik. Sape ada mesin jahit lagi bagus. Zassss jer.


Siap je jahit kiri dan kanan. Korang tinggalkanlah satu ruangan yang masih terbuka. Jangan jahit semua bahagian tau. Jadi apa lagi. Pastikan jahitan korang tu xda lobang-lobang tau. Masukkan kekabu tadi kedalam bantal baru. Macam bella ambik je dari bantal lama. Masukkan bagi kembung dan montel tau. Jangan la leper. Nanti jadi macam lapik meja plak.


Bila dah isi sampai montel bolehla buat jahitan tutup. Tengok Bella buat. Hhaaha. Kantoi. Jelujur kasar je. Bella xda seni sangat menjahit ni.Memang carca marba la. NO Button, NO Zip and must important NO GST!! hahahaa. Alamak adik bella tu dah garu kepala apa Bella merepek ni. Hhaaaa.. Bella kata, bantal comel Bella senang sangat nak buat. Tanpa butang, Tanpa zip dan paling penting Tanpa GST. Haaaa.. suka kan?

Taraaa... ni lah hasilnya. letak kat sofa jadi acane.. Comel kan?


Lagi.. Bella buat 3 sekali bantal comel ni. Haaa.. terus berseri nampak rumah. Mesti lepas ni orang datang rumah belek bantal yang bella jahit ni. Auwww jangan tau. Kita segan. hahaha. Bella tak beli baru pun. Kebanyakkan barang selagi boleh guna bella guna. Alhamdullilah sekurang-kurangnya masih ada. Tidak perlu kot nak bermewah sangat. Harta dunia saja. Bagi yang mampu.. terpulang la ya.

Frame tu pun Bella buat sendiri tau. Bagi matching. Menggunakan kain yang sama. Ada yang nak belajar buat frame NO GST pulak ke? Ada yang sudi? Kalau nak belajar tinggalkan kat comment tau. Ok. Ini dulu perkongsiaan dari Bella. Moga-moga bermanfaat untuk yang nak berjimat. Jelujur kasar je. Jadi bantal juga. Jangan risau.Janji ada seri rumah tu. 

Salam...

9 comments:

  1. rajinnya bella. Cantik. Kalau beli mahal sgt elok buat sendiri. Bila siap ada kepuasan kat situ dgn hasil tangan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib puji cantik. Hahaha... Betul, mana ada barang murah sekarang.

      Delete
  2. selamat petang..kalau nak shopping raya jangan lupa singgah blog syira lokman..banyak promosi tauuu ! :D

    ReplyDelete
  3. comeynya >_< nak satu, kak bella buatkan =D hehe

    ReplyDelete
  4. cantik sbb corak & warna tu cantik...

    ReplyDelete
  5. kretip.. pandai jahit tu memang berseni laa bella..

    ReplyDelete
  6. Rajinnya..nk tempah!! ;)

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.