AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Wednesday

Menariknya Myanmar (Yangon) or (Ranggon)

Hello selamat berkunjung ke blog Dura. Dura akan menceritakan dan berkongsi cerita mengenai bandar asing iaitu Yangon di Myanmar. Pencarian bersungguh- sungguh Dura ini kerana Dura akan melawat Myanmar untuk meluaskan pandangan.Saja. Semua tanya kenapa Myanmar? Beraninya ke Myanmar? Ada apa kat sana? serius ke nak ke Myanmar? hahaha saja.tulah jawapan Dura.Okey kita check it out dulu tempat menarik di Myanmar ataupun skop kecil sikit Yangon. 

bercuti ke Myanmar
Tumpuan dunia cewah...
Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km di kelilingi oleh pesisiran pantai.Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke-12. Tetapi asal-usulnya tidak begitu jelas.Pada 1989 kerajaan junta tentera mengubah nama bahasa Inggeris dari Burma kepada Myanmar. Banyak tempat lain turut ditukar, termasuklah bandar Rangoon kepada Yangon.(sumber ms.wikipedia.org/wiki/Myanmar). Kebanyakan Warga Yangon Memakai Pakaian Kain Sarong yang merupakan Pakaian Rasmi Kebangsaan Negara Myanmar.Jadi macam jejalan dalam kampung je la.Haha.eh silap lak.

Pengalaman Bercuti Ke Myanmar
Nampak tak semua pakai kain. Cuba cari Dura.ahaks.
Tidak kiralah apa pun dorang buat. Kain tidak akan dilucutkan.huhuhu. Ayat..Memacam la gelagat orang pakai kain ni kan.Pekerja kontrak pun berkain!! adui.Tapi yang peliknya kain dorg tetap utuh.huhu.. Pengangkutan awam disana sangat2x la... mudah untuk di dapati.Angkat tangan nak garu kepala pun.. bersusun teksi ataupun kereta prebet sapu berhenti.Ada jugak sejenis kenderaan tak tahu Dura apa namanya seakan2x van kecil yang telah dikopak pintunya. Van ni boleh memuatkan ramai penumpang sehingga ke akhirnya. Maksudnya sehingga.... rujuk gambar sajalah.. susah nak di ungkapkan.

best tak myanmar
Sanggup tak korang? bahaya taw..

Di bandar yangon penggunaan motosikal adalah diharamkan dan percaya atau tidak, pengharaman ini telah mengurangkan ataupun menurunkan statik kemalangan jalan raya di yangon secara mendadak!!!. Mane taknya.. time Dura dalam van on theway ke hotel masya ALLAH teruk nya jalan atau bahayanya cara dia drive.Jalan Kurang sistematik. Dura menjerit2x di dalam hati. Takut GileWww.. menunjukkan betapa takutnya saya. Macam ne nak cerita keadaan jalannya kat korang pun susah la. Nak kata sebab tak de lampu merah hijau kuning ada. Tapi seriusly memang agak mencabar kot nak drive kat sana. Mau gigil kaki kot.Kalau Dura la.Mencelah kiri kanan selamba ayam je.fuyoo...

Yangon
Pejalan-jalan kaki di sana memang kamikaze
Pejalan kaki pun selamba kura2x melintas tengah highway dijalan yang dipenuhi kereta laju tak kenal break. Fuhhhh!! Dalam van yang Dura naiki juga ada beberapa orang pelancong asing (omputih) yang mengelengkan kepala dan bertepuk tangan sambil kata very good!! kepada pejalan kaki yang berjaya melintasi jalanraya 4line tu.kamikaze giler kot. Tak tau la kalau Dura yang rasa benda tu asing sgt.

Cuaca di sana time Dura pergi aritu ok.. macam cuaca di Malaysia jugak la. Dura pergi bulan 3. Di sana bulan paling sesuai untuk melawat adalah antara bulan 12 hingga bulan 3 kerana penghujung bulan sejuk. Kalau tak, cuaca akan sangat panas di siang hari dan sangat sejuk di malam hari. Ataupun hujan.kejap2x hujan. Lebat plak tu.Cane nak jejalan?nak shopping. susahla...an??

Itulah serba sedikit mengenai Myanmar. Kita kenalah tahu negara tu serba sedikit sebelum pergi kan? Kena ambik tahu semua tu takut kena tipu ataupun sesat tanpa hala tuju. Dura kat saya hanya berani berjalan sekitar yangon sahaja. Itupun tak habis nak pergi semua tempat menarik di yangon tu.

Sedihnya dengan gambar dapat menceritakan segalanya.
Negara myanmar time Dura pergi ni tengah kecoh pasal pergaduhan puak rohingya (sumber gambar dari www.utusan.com.) thanks i ambik pic u. Nanti Dura sharekan pasal pergaduhan ni pulak ok? Tiap2x hari Dura baca paper myanmar. Download application kat tab Dura. Baca magazine nya jugak. Semua Dura baca untuk keselamatan. Jadi,Dura memang tak keluar dari bandar Yangon cuak gak. Tanya orang yang dah pergi. Masuk forum2x yang membincangkan pasal Myanmar. Jadi Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang menbantu.

Ok..setakat ini dulu.Pasal negara Myanmar ni.Nanti saya sambung balik pasal negara Myanmar ni jugak.huhuhu.Banyak lagi tau. Harap mendapat manfaat dari tulisan saya ni.

ikhlas...@Bella_Idura

5 comments:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.