BERGAYA HANYA DENGAN T-SHIRT HANATAJUDDIN

06 March

Bila tengok orang bergaya, kita pun teringin nak bergaya. Tapi kadang - kala susah nak cari baju yang labuh dengan material yang tidak melakap. Sebab itu, Bella nak korang tahu korang boleh terus BERGAYA HANYA DENGAN T-SHIRT HANATAJUDDIN. Betul!! dengan gaya muslimah lagi. Paling penting labuh menutupi segala apa yang korang nak tutup. Ia dinamakan Teelicious. Basic Tee 2.0 dengan material eksklusif dari HanaTajuddin.

SESUAIKAN DENGAN GAYA DAN PENAMPILAN 

hana tajuddin

Cantik sangat kan? Basic Tee saja. Cuma material Basic T-shirt ini korang takkan jumpa dimana - mana. Korang tengoklah gambar Bella dekat atas. Betul tak Bella cakap? Korang akan terus BERGAYA HANYA DENGAN T-SHIRT HANATAJUDDIN. Ia adalah T-shirt muslimah sebab ia labuh dan apa yang korang perlukan, korang hanya perlu sesuaikan dengan penampilan korang. Macam Bella yang suka gaya yang ringkas dan aktif. Padankan saja dengan seluar jogger pants dan kasut macam Bella ni. Terus nampak muda macam budak sekolah. Sweet SeventeenAhaks

SESUAI DIGAYAKAN UNTUK AKTIVITI SUKAN DAN LASAK

tshirt cantik



Basic Tee HanaTajuddin labuh dan tidak melakap pada badan. Jadi, ia amat sesuai sangat untuk dipakai semasa bersukan atau apa jua aktiviti riadah korang. Bagi korang yang aktif bersukan, korang tidak perlu risau lagi bila berlari baju terangkat ke, nampak goyangan badan ke, baju Teelicious ini longgar dan tak nipis. Takkan nampak bayang badan punya.Dijamin. Sedap dipakai dan bukan dari kain yang jenis panas. Bella selesa sungguh bila megenakan baju ini untuk aktiviti harian Bella. Pergi naik turun bas di tengah panas pun masih ok. Sebab baju ini juga menyerap peluh. 

BASIC TEE HANATAJUDDIN PENYELAMAT GAYA

TSHIRT MUSLIMAH

Bila Bella ada baju Basic Tee HanaTajuddin dalam koleksi Bella, ia menjadi penyelamat gaya bila Bella dalam kesuntukkan masa sebab Basic Tee ini tidak perlu digosok. Materialnya tidak mudah berkedut dan boleh meregang. Bila orang tertarik ke, baju kita tetap maintain gitew.  Jadi Basic Tee 2.0 ini amat sesuai dibawa "Travel" dan perjalanan jauh. Kita tidak perlu risau gaya kita akan nampak comot sebab baju dah kroyok atau nak bawa iron ke hulu hilir. Jimat banyak masa kita untuk mengiron. Kena beli banyak warna lain ni sebab Bella memang selalu Travel.

TEELICIOUS SESUAI DIGAYAKAN OLEH SETIAP PERINGKAT UMUR

basic tee hana tajuddin

Teelicious Basic Tee 2.0 dari HanaTajuddin ini, memang cantik walau sesiapa pun yang pakai. Budak sekolah pakai nampak sopan dan comel. Kakak - kakak pergi kerja nampak labuh dan manis. Wanita berkerja pakai sarungkan dengan palazzo terus nampak formal. Gadis yang lincah dan aktif masih boleh pakai ia tidak akan menyekat pergerakkan kita. Semua wanita boleh pakailah kiranya.  Amat sesuai digayakan oleh sesiapa saja dan setiap peringkat umur. Abang sajat kalau nak pakai pun boleh sebab dia kata dia perempuan kan? Kah2x.

TEELICIOUS BASIC TEE HANATAJUDDIN BELI ONLINE JERR


Bella pun jujur, beli baju sebulan sekali pun susah. Sebab sangatlah takda masa. Nak keluar pergi shopping pun banyak benda nak kena fikir. Fikir masa nak parking susah, duit minyak tol. Habis masa nak bersiap lagi. Sampai dekat Mall jalan jauh pula cari baju. Bila dah penat pilih, saiz plak abis. Bila ada saiz, duit plak takda. Bila ada duit, baju pula takda. Memang susah nak membeli belah sekarang ini. Jadi, sebab itulah Bella cadangkan korang Shopping di www.hanatajuddin.com sahaja. Korang tak perlu kuar rumah, tak payah pening - pening belajar toturial lilt tudung dengan mekap hanya untuk membeli sehelai baju baru. Duduk depan TV, tengok drama. Bila iklan scroll baju yang cantik - cantik di HanaTajuddin. Senang. Selesa.Mudah sangat kan. 

JOM DAPATKAN TEELICIOUS BASIC TEE 2.0 DARI HANATAJUDDIN

BELLA IDURA

BELLA IDURA

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan baju Teelicious ini. Jom Dapatkan Teelicious Basic Tee 2.0 Dari Hanatajuddin. Mesti rasa tak cukup beli sehelai. Warna yang terang pun cantik tau. Korang boleh tengok dekat instagram. Ramai kawan - kawan Bella dah pakai untuk ootd. Cantik - cantik belaka. Maklumat lanjut :-

Website : HanaTajuddin.com
Instagram : HanaTajuddinht
Facebook : HanaTajuddin
Alamat : HANATAJUDDIN, C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L, Sek 16, Alam Avenue 2, 40200 Shah Alam, Selangor.
Telefon : +603-55240841
Open : Setiap hari | 9:00 pagi hingga 6:00 petang


You Might Also Like

2 ulasan

  1. tshirt nih nampak kemas dan selesa
    sesuai untuk Muslimah lakukan pelbagai aktiviti

    ReplyDelete
  2. cantik juga warna ni, nampak lagi santai. best!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY