Penginapan Di Taman Negara - Han Rainforest Resort

Korang, Assalamualaikum semua.. hari tu Bella dah cerita pasal  Han Rainforest Resort Bilik Tidur - Review kan.. Korang boleh klik saja l...

Korang, Assalamualaikum semua.. hari tu Bella dah cerita pasal Han Rainforest Resort Bilik Tidur - Review kan.. Korang boleh klik saja link untuk melihat sendiri kekemasan dan kebersihan di bilik tidur yang terdapat di Han Rainforest Resort.Bilik tidur yang selesa memang menjadi pilihan utama, tapi Bella hendak bagitahu korang lagi, kenapa sini menjadi pilihan penginapan bila Bercuti Ke Taman Negara Pahang ini.

Taman Negara, Han Rainforest Resort

Han Rainforest Resort menyediakan berbagai kemudahan untuk penyewa yang menginapdisini. Han Rainforest Resort turut menyediakan pengangkutan percuma dari Resort ke Jeti (Mawar Floating Restaurant). Korang boleh tengok jadual pengangkutan yang diberi percuma kepada semua yang menginap disini. Pengangkutan untuk melakukan aktiviti hutan juga, ada disediakan secara percuma!!! Seronok nya !! Mana hendak dapat kan?? Korang dah Jimat dah bab tu.

Han RainForest Resort

Korang masuk - masuk akan jumpa Sri Kencana Cafe dulu. Cafe yang kemas dan bersih. Disinilah makanan kita disediakan secara buffet kalau korang ambil pakej sekali dengan makan.Han RainForest Rsort akan sediakan. Buffet tau. Sedap lagi. Harga bermula dari rm20 sehingga rm35 seorang. Bella rasa berbaloi sebab buffet korang boleh tambah berapa kali yang korang suka. Air pun sama. Itu yang penting. Boleh tambah - tambah memang terbaik la tu.

Bercuti di Taman Negara

Sebelum pergi tu, Bella risaulah sebab sabun tertinggal. Rupanya ada mini market dalam Han Rainforest Resort ini. Terbaik. Maknanya keperluaan asas yang korang perlukan ada dijual disini. Masa panas, kami semua berebut - rebut membeli aiskrim di mini market ini. Malam pula  berebut - rebut beli maggi buat peneman malam.Maggi kot. "Senang dimasak sedap dimakan" Jadi korang tidak perlu risaulah jika ada barang - barang penting yang korang terlupa bawa. 


Bersebelahan dengan mini market ni pula, ada ruangan rehat. Di ruangan ini, korang boleh la lepak dan masak maggi sebab disini ada disediakan air panas. Kalau tak, dari bilik Bella hendak ke Cafe minta air panas, memang agak jauh dan kena mendaki sedikit. Ruangan rehat ini memang banyak memudahkan dan paling penting diruangan ini juga ada WIFI !! waaaa... abis tidur kat sini jela semua orang. Hahaha. Tapi kalau ramai sangat yang online, line akan jadi limited dan hanya phone tertentu saja yang akan dapat menarik line. Macam cabutan bertuah giteww.. Bila dapat je wifi, macam dapat derma 2.6m tau. 


Sebelahnya pula terdapat bilik mandi dan bilik air untuk semua. Maknanya tidak semestinya korang kena menginap disini untuk menggunakan bilik air ini, ataupun korang balik basah - basah dari buat aktiviti air di sungai seperti water rafting, kalau masuk bilik kotor la bilik kan? Korang bolehlah bersihkan diri dan menukar baju disini. Ok kan?? Tidaklah kita mengotorkan bilik kita. Kebersihan terjaga. 


Ini adalah restaurant utama didalam Han Rainforest Resort. Bistro Lounge. Cantik kan?? Sini adalah makan yang lebih besar dan ramai. Banyak acara utama dijalankan disini. Disini juga, boleh dijadikan tempat karaoke.Seronok sangat.


bercuti ke taman negara, penginapan di taman negara

Sekitar kawasan Han RainForest Resort ini, di hiasi dengan hiasan alam semulajadi yang sangat indah. Tenang sangat rasa kat sini. Ini adalah jambatan untuk ke Bistro Lounge. Cantik kan? 


Disini juga, Han Rainforest Resort ada menyediakan mini jambatan gantung. Boleh la korang cuba naik diatas ni dulu sebelum mencuba jambatan gantung yang sebenar. Jambatan yang sebenar tinggi sangat. Nanti Bella cerita. Sebenarnya jambatan gantung ini juga, boleh digunakan untuk ke Bistro Louge. Comel kan? Masa nak ke Bistro Louge tu, bila ramai berkeriut keriut bunyi papan tu. Tapi, tetap kuat dan utuh. Jangan risau.


Ini adalah salah satu ruang yang boleh korang lepak - lepak secara santai disini. Kadang kala, Wifi sampai kesini. Memang untung. Tempat santai ini hanya diperbuat daripada kayu dan 100% dibina oleh orang asli. Menurut pekerja disini, orang asli datang dan buat tempat lepak ini hanya beberapa jam sahaja dan siap. Terbaik!! Bella tengok pun terpegun. Rasa nak suruh orang asli bina satu dirumah Bella.

spa terbaik

Ini apa yang paling penting dan Bella sendiri pun terkejut. Dalam Han Rainforest Resort ni, ada Spa. Perrggh terbaik la. Bella nyaris dah nak berurut dekat sini sebab sakit kaki. Tapi jadual penuh sangat. Kalau pergi spa ni, mahu tertidur plak. Jadi takpelah. Korang cubalah. 

Han RainForest Resort, bercuti

Kemudahn yang disediakan oleh Han RainForest Resort? Bella rasa dah cukup terbaik dah tu. Selain dari kemudahan yang Bella senaraikan diatas ini, ada lagi ok. Han Rainforest Resort juga menyediakan Safe Deposit Box, Bilik simpanan beg, tempat meeting, Satelite TV dan macam macam lain semua diatas permintaan.

Han Rainforest Resort
Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia 27020

You Might Also Like

3 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.