MENANGI TIKET PERCUTIAN HANYA DENGAN TRAVELOKA CNY CONTEST

Bella baru saja masuk ke Website  Traveloka  sebab Bella nak cari hotel bajet untuk percutiaan Bella tahun ni.Tiket penerbangan Bella dah b...

Bella baru saja masuk ke Website Traveloka sebab Bella nak cari hotel bajet untuk percutiaan Bella tahun ni.Tiket penerbangan Bella dah beli. Jujurlah cakap, Bella selalu buat perancangan percutiaan Bella awal (boleh dikatakan sangat awal juga) dua tahun atau setahun sebelum Bella pergi melancong ke luar negara. Korang sanggup? Hari - hari tanda kalendar. Tapi, amat berbaloi. Bella boleh jimat sehingga 50% untuk tiket penerbangan. Tapi, risikonya takut ada hal masa itu, jadi tiket penerbangan korang hangus. Jadi, Bella tinggal cari penginapan saja untuk setiap percutian Bella. Masa Bella buka website Traveloka, terkejut Bella. Ada permainan mini yang membolehkan kita untuk MENANGI TIKET PERCUTIAN HANYA DENGAN TRAVELOKA CNY CONTEST. Seronok! 



traveloka contest cny


traveloka contest

Terbaiklah!! Tempat pertama dapat memenangi tiket dengan penginapan ke Seoul. 6 hari 5 malam. Hadiah tempat kedua  5 hari 4 malam ke Phuket. Dapat ke phuket pun dan syukur nikmat ni. Tempat ke tiga boleh memenangi tiket ke Langkawi. Seronok! Bolehlah membeli belah banyak coklat!! Pinggan mangkuk pun boleh. Bella mesti nak menang. Haruslah kita baca cara - cara nak menang peraduan ini dulu.


TRAVELOKA PERCUTIAN MURAH

Senangnya! Macam main game. Eh! memang main game pun. Mini game. Tapi seriously la, main game ini boleh dapat tiket percuma ke Seoul? Betul - betul ni? Apa yang perlu kita buat, kita kena pastikan kapal terbang kecil kita tidak jatuh dan terkena benda yang menghalang. Pastikan ia sentiasa terbang ditengah - tengah. Kacang goreng ni! Confident lebey je ko Bella. Hahaha.

MENANGI TIKET PERCUTIAN HANYA DENGAN TRAVELOKA CNY CONTEST

Cakap banyak pun tak guna, baik kita mulakan perjuangan kita untuk mendapatkan tiket percuma ke Seoul. Permainan kacang macam ni, Bella mesti menang. Korang tengok gigit jari jelah ye, sebab Bella nak bolot semua hadiah. Lagi - lagi tempat pertama tu. Kalau game ular lagi feel kan? Let's start!! I'm ready!. #poyo



MENANGI TIKET PERCUTIAN HANYA DENGAN TRAVELOKA CNY CONTEST

Nampak macam kacang putih. 10x main masih dapat kosong markah. Paling tinggi pun 11 markah. Takpelah. Bella nak dapatkan  1000 baru Bella berhenti. Seronok sungguh. Apa yang korang perlu buat, korang kena tap, tap tau. Korang jangan tekan lama. Kapal terbang akan jatuh. Penting untuk korang balance kan kapal terbang ini di tengah - tengah saja. Korang cubalah pula. Korang terus ke TRAVELOKA CNY 2018 CONTEST dan dapatkan markah setinggi yang boleh. Lawan Bella k. Contest ini berlangsung sehingga 28.2.2018 sahaja.



HOTEL MURAH

Sebelum Bella terlajak main sampai tak ingat dulu, baik Bella teruskan tujuan utama Bella untuk cari penginapan sepanjang percutiaan Bella nanti. Jadi, kalau korang perasan bahagian kiri atas sekali tu, tukar saja ke Hotel. Bolehlah terus mencari Hotel idaman kalbu. Harga paling terbaik dijamin. Bella selalu gunakan Traveloka sebab selalu ada harga promo. Memang berbaloi dan banyak sangat kelebihannya. Korang kena percaya dan menempah dengan Traveloka sebab :-
  1. Traveloka menawarkan harga yang terbaik dan paling jujur. Semua harga yang dipaparkan telah termasuk dengan tax, charge tambahan dan semua fee. 
  2. Korang digalak untuk memuat turut applikasi Traveloka untuk mendapat notifikasi mengenai semua tawaran yang amat berbaloi setiap hari. Dijamin harga paling rendah.
  3. Korang boleh baca, ulasan sebenar mereka yang telah menempah dengan Traveloka sehingga 2,000,000 ulasan daripada mereka yang telah menginap untuk menentukan sendiri pilihan hotel korang.
  4. StayGuarantee yang bermaksud, jika korang telah menempah hotel, tetapi hotel tersebut telah penuh atau ada apa - apa masalah dengan tempahan, Traveloka akan mengantikan hotel yang sama ataupun lebih kurang tanpa cas tambahan.
  5. Korang boleh bayar dengan kredit kad, debit card, internet banking ataupun di 7 Eleven tanpa sebarang cas.
  6. Semua ahli member yang telah berdaftar akan diberikan tawaran istimewa. 
PERCUTIAAN MURAH

Bella rasa adalah lebih mudah jika kita semua download Apps Traveloka di Google Play ataupun App Store untuk mengetahui promosi terkini dan mendapat harga yang paling terbaik. Paling penting ia amat menjimatkan masa dan mudah.

Berbaloi - baloi kan? Aapalagi jomlah kita bercuti dengan Traveloka.

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.