WESTSIDE BISTRO DENGAN STIK DAN GRILL YANG LAZAT

Hari ni Bella dah semangat sangat hendak pergi Makan Malam Romantis dengan HB Bella. Lama dah rasanya Bella tak makan malam berdua. Paling ...

Hari ni Bella dah semangat sangat hendak pergi Makan Malam Romantis dengan HB Bella. Lama dah rasanya Bella tak makan malam berdua. Paling seronok, makan malam kali ini, Bella akan makan Stik dan Gril DAGING PANGGANG SKEWER, KAMBING PANGGANG SKEWER DAN AYAM PANGGANG SKEWER.  Bella tak pernah cuba lagi, jadi Bella memang teruja. Walaupun terpaksa rosakkan diet yang sedang berlangsung ni. Bella akan makan di Westside Bistro yang berada di Shah Alam Convention Centre (SACC). Stik dan Grill ini pula adalah menu baru yang diperkenalkan oleh Westside Bistro untuk memberikan pengunjung lebih banyak pilihan menu. Jom ikut Bella ke Shah Alam dan kita tengok WESTSIDE BISTRO DENGAN STIK DAN GRILL YANG LAZAT.


makanan sedap di Shah Alam

Westside Bistro ini adalah sebuah restoran yang berkonsepkan santai dan menampilkan kombinasi selera barat dan timur. Banyak sangat menu yang Bella sendiri tidak boleh pilih! semua sedap - sedap. Boleh jadi murung sebab tak tahu mana satu nak dicuba dulu.  Restoran yang agak berpengalaman dalam menyediakan menu yang sedap - sedap dan lazat - lazat kerana ia telah beroperasi dari tahun 2010 lagi. 

makanan sedap di Shah Alam

Westside Bistro ini terletak dalam Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Bella punyalah teruja nak makan sini, sampai sesat pergi SACC MALL. Adeh. Basah ketiak menapak dengan kasut tumit. Masa sampai saja Westside Bistro ini, WAH! ringkas dengan gaya dekorasi yang sederhana tapi selesa dan kemas. Bella datang untuk makan malam, jadi tempat makan Bella dilimpahi dengan cahaya dan membuatkan suasana jadi hangat. Gitewww!

restoran makanan sedap di shah alam

Apa yang membuatkan Bella datang ke sini adalah disebabkan Westside Bistro akan memperkenalkan dan mempromosikan hidangan Stik dan Grill! Ia adalah menu terbaru dan promosi terkini bermula dari 4 October 2017 dan boleh dinikmati dari jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam. Korang kena datang pada hari Rabu hingga Ahad kalau hendak cuba, sebab hari lain hidangan ini tidak disediakan. Maknanya kalau korang nak cuba hidangan Grill ini, kena cuba masa makan malam. 

makanan barat sedap di selangor, makanan sedap

Malam ini Bella cuba Stik Daging dengan Sotong yang dimasak secara sizzling skewer dan Daging Grill yang di masak secara sizzling skewer.Bella cadangkan, untuk yang mahu menikmati Stik Daging ini, korang cuba rasa yang dimasak secara "medium" untuk merasai kelembutan daging. Daging Panggang Skewer yang Bella rasa ini, memang lain dari yang lain dan mempunyai keunikkan rasa yang tersendiri.Sempena pengenalan menu ini, Westside Bistro memberikan potongan harga rm10 daripada harga asal Rm48.00 sahaja. Potongan harga ini, korang boleh dapatkan di link yang Bella akan berikan dibawah. Korang datang sini, korang order baru diorang akan buat khas buat korang. Disediakan secara ala minute.

makanan mesti cuba di selangor

Menu ini adalah ciptaan istimewa dari Chef Jamili Napiah. Ia adalah gabungan daging yang telah diperap bersama dengan sos barbeque, bawang putih dan juga lemon. Korang boleh pilih sama ada mahu dihidangkan bersama dengan jagung bakar, ataupun kentang putar. Ayam pun macam itu juga.

resepi sedap


Apa yang menarik lagi, Westside Bistro menyediakan ruangan salad yang korang boleh ambil sesuka hati khas untuk dinikmati bersama dengan hidangan Sizzling Skewer. Seronok kan? Banyak benda korang boleh makan. Buat korang yang tengah diet tu, mesti seronok tengok ruangan ini. 


Bukan itu saja, Bella turut menambah hidangan krim cendawan yang amat membangkitkan selera.  Sedap betul krim sup ini. Lemak dan berkrim. Memang sedap. Bella suka sangat - sangat jenis mushroom cream yang   jenis macam ini. 


Penutup selera dan pelengkap set hidangan ini, korang silalah tambah Coklat lava kek dengan aiskrim. Ini memang sedap ya amat! Bella memang rasa hendak pergi, order kek coklat ini saja. Sakan Bella upload dekat IG Story bila Bella potong kek yang comel ini, keluar coklat cecair yang mengiurkan. Adui!!! Sedap sungguh! 


Sangat sempurna kejadiannya! Sedap! Lazat! dan Enak. Kek ini juga salah satu sebab kenapa Bella cadangkan korang mesti dan mesti kesini. Selain daripada menu baru dan kesedapan kek ini, Bella bagi korang lagi seronok dengan potongan harga sempena dengan promosi Sizzling Skewer yang bermula dari hari ini, sehingga 31 Oktober 2017.  Kalau korang pergi tanpa promosi dan selepas 31 Oktober. Korang jangan lepaskan peluang untuk berjimat ini. Korang boleh dapatkan dengan melayari laman :-





Bertambah - tambah lagi berbaloi bila korang tempah pada hari rabu dan khamis, kanak - kanak yang berumur 7tahun hingga 10tahun akan diberikan buffet kanak - kanak percuma sepanjang waktu korang, ibu dan ayah menikmati hidangan stik dan grill di Westside Bistro.


Inilah tempatnya. Parking pun mudah dan disediakan. Parking saja di tepi jalan dihapan Westside Bistro ini. Sesiapa yang hendak membuat apa - apa majlis juga akan disediakan ruangan yang luas untuk menempatkan sekurang - kurangnya 100orang dalam sesuatu masa.

Maklumat lanjut di 

FACEBOOK :- WESTSIDE BISTRO
INSTAGRAM :- WESTSIDE BISTRO
TELEFON :- 03 55118858
ALAMAT :- NO.4, JALAN PERBADANAN 14/9, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR


Selamat menjamu selera dan berjimat.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Ai duduk shah alam pun tak tau tempat ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. I like your photograpghs. The food is looking yummy in pics.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.