AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Monday

CABARAN DIET HARI KELIMA

Hari ini Bella dah diet untuk hari yang kelima. Pelik. Berat badan turun. Tapi, tak nampak kurus pun. Bella seorang yang tak bersabar. Bella ada terbaca yang minum air dengan banyak akan meningkatkan dan mempercepatkan proses pengurusan badan. Dia kata kalau tak percaya, mulakan dari sekarang!! Pada mulanya kita akan selalu ke tandas dan lama - lama, kita akan biasa. mulakan eat clean bermula dari hari ini. 12 September 2017. Harap dapat pakai baju cantik untuk Anniversary. Bella nampak saja kurus dekat instagram. Itu semua ilusi cahaya dan gaya badan masa Bella tangkap gambar. Padahal. Penuh lemak! OMG!! Jom sama - sama bagi semangat kat Bella ok. Muah. 


CABARAN DIET HARI KELIMA

🌤 Bangun Pagi2 sepatutnya minum air. 💧 Tapi tak minum pun.🍼 Bergegas - gegas ke tempat kerja. Tak bawa bekal sebab tak sempat masak. Beli sandwich saja. 

CABARAN YANG TERPAKSA HADAP 

- Masih tak kurus.
- Lapar 24jam.

cara diet

Makan tengah hari, terus makan buah. Sebenarnya bukan sebab diet. Tapi, nak abiskan stok buah jambu ini dekat rumah. Sayang sungguh biarkan ia membusuk. Kawan - kawan semua tanya. Wahh!! Diet betul. Sedapnya. Memang tak ajak dorang makan pun. Buah ini pun kakak ipar kita yang bagi. Jadi memang hargai sangat - sangat dengan makan sorang2x. Kah2x. Plus payah kot. Bella bawa banyak bekal tau. 


Makan buah je? Mestilah tak kenyang. Bella makan pula OAT yang telah divirasi supaya sedap. Ternyata!! Memang sedap yang amat!!! Puas hati. Bella makan OAT ini, makan tengah hari dan makan petang tau. Baru tahan sikit perut. Bahagia Bonus Bella kongsikan resepi ok? Tambahan Bella minum juga minuman kesihatan dari NUTRIBROWNRICE. Korang boleh baca link dibawah ⤵


CABARAN YANG TERPAKSA HADAP 

- Perut lapar giler nyanyi lagu keroncong.
- HB ajak makan WingStop

Bila masa makan malam, perut tak bagi peluang!! Berkeroncong balik. Kalau korang ada mengikuti cara diet atkins, Ayam memang dibenarkan tau. Jadi, Bila HB ajak "repeat" makan di WingStop, Bella setuju sajalah. Sedap kot. Korang boleh baca link dibawah ⤵






Memang sedap lah. Jawapannya Bella terlajak juga makan hari ini. Harapanlah Bella ko nak kurus. Menangislah ko dekat tepi bucu sana. Sepatutnya Bella biarkan saja HB Makan sorg. Tapi, dia asyik suruh makan saja. Terpengaruh juga akhirnya. Esok sajalah Diet balik. HUrmmmmmmm 😓


BONUS!!!!! 

RESEPI OAT COKLAT PISANG YANG LAZAT


DIET, NUTRIBROWNRICE, BERAS HITAM, BERAS PERANG


Resepi ini, Bella dapat dekat FB. Kawan Bella yang Tag sebab dia kesian tengok Bella makan hari - hari Oat kosong. Gambar paket kecil - kecil tu, Brown Rice segera. Macam air 3 in 1 la. Tiada kaitan dengan resepi ini ok.


Bahan - Bahan 

▶️OAT  Segera
▶️Syrup Maple
▶️Coklat tabur
▶️Pisang
▶️Perasa vanila
▶️Greek Yogurt
▶️Chia Seed
▶️Susu (unsweetened)

Cara - Cara

⇨ Macam Bella, Bella akan rendam sekejap chia seed dan oat dengan air panas.
⇨ Bila dan lembut, campurkan semua bahan sekali.
⇨ Susu dan pisang masukkan yang terakhir.
⇨ Gaul dan sejukkan dalam peti sejuk.
⇨ Esok baru sedap makan.

Siap!! Lazat. Bila Bella cakap sedap, semua orang tak percaya. Korang cuba buat. Mesti puas hati.


Nanti Bella cerita lagi. Mana tahu ada yang nak cuba kurus macam Bella. Huhuhu. Sekarang belum lagi la. Jadi, esok Bella ceritakan lagi usaha kurus Bella. Chaiyokk!! 💪🏻

1 comment:

  1. wow! good.good. satu usaha murni... semoga belaa terus istiqomah

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.