20 KEBAIKAN JUS ASAM KUNYIT MADU ( JAKM )

Siapa tidak tahu apa itu KUNYIT? Bukan mengunyit yang haram tu yer, itu memang minta penampar, penerajang, penyepak dan semua ya...


jus kunyit terbaik

Siapa tidak tahu apa itu KUNYIT? Bukan mengunyit yang haram tu yer, itu memang minta penampar, penerajang, penyepak dan semua yang boleh membuatkan orang tu sedar dirilah. Ingat ya, Nabi tak mengaku umat! Bila nabi tidak mengaku umat, macammana nak dapatkan syafaat nabi? Nauzubillah. Sama - samalah kita perbaiki diri. Eh! kembali kepada kunyit yang halal dan memberikan kita banyak kebaikan, disini Bella ceritakan, 20 KEBAIKAN JUS ASAM KUNYIT MADU ( JAKM ). Kunyit segera. Tidak memerlukan korang mengorek tanah dan menguningkan tangan.

air kunyit, kebaikan air kunyit

Banyak khasiat Jus Asam Kunyit Madu homemade. Menurut pengasasnya, ia dimasak dari bahan semulajadi dan disediakan secara tradisional untuk kesegaran berterusan. Banyak khasiat kan? Tapi Bella senaraikan dulu 20 KEBAIKAN JUS ASAM KUNYIT MADU ( JAKM ).

  1. Membantu menurunkan berat badan.
  2. Membantu buang angin dalam badan.
  3. Melancarkan sistem pencernaan.
  4. Membantu kurangkan masalah gastrik.
  5. Menurunkan paras kolesterol.
Ini memang Bella perlukan sekarang. Selama ini Bella selalu diet gagal. Patutlah sekarang ini alhamdullillah berjaya mengurangkan makan tanpa sakit perut. Sebab Bella ada gastrik.Bila minum JAKM ini, Bella mampu berdiet tanpa sakit perut. Terbaik! Nasib Bella beli banyak buat stock!.




6. Membantu dan merawat masalah kulit.
7. Membantu proses pencerahan secara alami.
8. Menaikkan Aura Seri Wajah.
9. Melambatkan proses penuaan (awetmuda).

jamu asam kunyit madu


JAKM ni homemade dan tanpa bahan pengawet. mengandungi ibu kunyit, halia, asam jawa , temu kunci, madu, saffron, habbatussauda, gula melaka. Setiap ramuan ni mengandungi manfaat yg tersendiri. Selain daripada itu, bu Kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman, mengempiskan perut, mencantikkan kulit, anti bakteria. 

10. Merawat haid yang tidak teratur dan membuang segala darah-darah yang kotor.
11. Merawat ibu - ibu dalam pantang atau lepas bersalin.
12. Meningkatkan kesuburan suami isteri.
13. Menstabilkan kolesterol dalam darah.
14. Membantu menyembuhkan dan merawat luka jahitan lepas bersalin.
15. Merawat masalah - masalah rahim atau peranakkan. 

cantik dengan jamu kunyit



16. Merawat masalah bau badan.
17. Mengatasi masalah cepat letih.
18. Mengatasi masalah migrain atau masalah kerap sakit kepala.
19. Menstabilkan gula dalam darah.
20. Bertindak sebagai antibiotik untuk mencegah batuk, selesema dan juga asma.

jamu diet

Bella dah senaraikan 20 KEBAIKAN JUS ASAM KUNYIT MADU ( JAKM ). Korang nak tahu, kebaikan yang 20 ini datang dari mana? Dari bahan - bahan semulajadi yang digabungkan didalamnya. Bella tambah lagi. Bahan seperti Halia boleh mengeluarkan angin. Temukunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga,menghilangkan kelesuan dan letih2 badan. Saffron bagus utk penjagaan dan kecantikkn kulit. Habbatussauda mampu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Madu untuk tingkat daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula. Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.

Haaaa!!! Banyak kan, Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) ini khasiat dan kebaikannya. Maknanya, ada lebih daripada 20 tau khasiat dan kebaikannya. Kesegarannya pula akan kekal selama 2-4 minggu. Korang kena simpan dalam peti sejuk. 


SIAPA YANG PERLU AMALKAN?


Wanita
Lelaki
Anak Dara

APA YANG BELLA RASA BILA BELLA SENDIRI AMALKANNYA?

ikhtiar hamil, Jus asam kunyit madu

Ini memang pengalaman Bella sendiri. Sebelum ini Bella memang ada beli jus kunyit jenama lain, tapi kena ambil dalam 2 sudu sahaja. Walaupun dah abis sebotol, tapi Bella tak rasa apa - apa perubahan dan apa yang Bella rasa adalah seperti minum air kunyit yang tidak dicampurkan apa - apa. Terdetik untuk mencuba JAKM, ia amat berbeza. Rasa masam - masam manis, dan kesegarannya bila minum terus dari peti sejuk, memang nikmat dan ketagih. Tapi korang boleh saja minum suam. 
Korang kena minum dalam 1/2 gelas (-/+60ml) pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Perubahan yang Bella rasa. 

💋 Bella kurang letih bila balik dari kerja. Selalunya memang akan terus tidur. Tapi lepas amalkan JAKM, Bella boleh balik basuh baju dan memasak. Happy sangat. Lama tak masak untuk suami. Ahaks.

💋Owner @i.am.anirza (cari dekat Instagram) baik sangat. Hantar dekat Bella, dan layan soalan - soalan Bella. Sebab banyak hal dalaman yang berlaku.

💋Period datang tak menentu. Bella baru cuba satu botol abis, memang bila minum, cepat je period datang. Sampai nak habiskan botol yang kedua pun susah. Digalakkan masa period berhenti minum.

💋 Bella mampu diet. Ini part paling seronok sebab Bella ada gastrik. Selalu diet gagal. Kali ini, boleh tahan. Alhamdullilah. Cuba bila stop, angin masuk. Sakit perut balik. 


Ini adalah ikhlas dari pengalaman Bella sendiri. Doakan mungkin ada yang terbaik dari semua ini. Mungkin JAKM sedang mencuci dalaman Bella. Bella usaha dan tawakal. Tapi korang, yakin semua yang berlaku dengan izinNYA. Janganlah bila tak ada perubahan macam Bella korang cakap Bella menipu. Setiap orang lain kesannya. Siapa nak cuba? Bolehlah ke :-







Selamat mencuba dan berusaha. 

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.