Tuesday

Cabaran Diet Hari Pertama

Bella dah mulakan eat clean bermula dari hari ini. 12 September 2017. Harap dapat pakai baju cantik untuk Anniversary. Bella nampak saja kurus dekat instagram. Itu semua ilusi cahaya dan gaya badan masa Bella tangkap gambar. Padahal. Penuh lemak! OMG!! Jom sama - sama bagi semangat kat Bella ok. Muah. 


CABARAN DIET HARI PERTAMA 

🌀 Bangun Pagi2 sepatutnya minum air. πŸ’§ Tapi Berjaya minum selepas mandi saja.🍼 Bawa Bekal oat + chia seed. 🍡 Semua orang sibuk tanya2xπŸ€”. Penyibuk betul.  Makan makanan sendiri dah la. 

CABARAN YANG TERPAKSA HADAP 

- Diet ke? 
- Jimat ke?
- Hujung bulan ke?

Tersenyum 😊 sambil masukkan oat kedalam mulut secara paksa. Sarapan dengan Oat, tapi masih tak mampu nak telan.  Bawa oat untuk makan tengah hari pula. Oat abis semangkuk. Masih Lapar!!! Normally makan nasi sebungkus.  Tak tahan! Akhirnya Beli Ayam goreng KFC seketul. πŸ— Lapar lagi. Kunyah cherry tomato. πŸ… 

Balik kerja, jumpa HB. Terus dia cakap, hari ini masak ok. OMG!!

CABARAN YANG TERPAKSA HADAP 

πŸ˜₯Suami lapar. 
πŸ˜₯Masak bau sedap
πŸ˜₯Nak makan juga

Bella masakkan HB Daging Goreng Masak Kicap. Ini bukan yang berkuah tau. Ini goreng kering, jadi daging disaluti kicap. Mudah sangat nak masak. Bau wangi gila. Sampai Bella pun terliur.
Duduk depan HB sambil hisap buah oren. Laparnya perut!! Rasa nak pengsan.


CABARAN YANG TERPAKSA HADAP 

- Perut lapar giler nyanyi lagu keroncong.
- Buka peti ais penuh keropok dan coklat

Terpedaya!! makan dua biji coklat dan kunyah keropok. Masih dikira diet Bella rasa sebab Bella tak makan nasi. kan? kan? Sebab Daging goreng kicap sedap ni sedap sangat, kita lari topik sikitlah. Bonus korang yang baca sampai habis. Resepi Daging Goreng Kicap Sedap. 

BONUS!!!!! 

RESEPI DAGING GORENG KICAP SEDAP


DAGING MASAK KICAP

Bahan - Bahan 

▶️ Daging yang dipotong kecil (Mengikut selera)
▶️1 ketul bawang merah
▶️1 ketul bawang putih
▶️kicap (Sesedap lidah)
▶️1 sudu sos tiram
▶️cili api 
▶️sedikit apple cider vinegar Tengok sini (20 Kebaikan CIDER VINEGAR)

Cara - Cara

masukkan sedikit air kedalam kuali
masukkan potongan daging dan rebus sehingga empuk
masukkan satu sudu sos tiram, sedikit cuka dan kicap mengikut selera
masukkan minyak untuk menggoreng (macam goreng daging tu)
masukkan bawang dan siap!!


Senang kan? kalau nak nampak lagi ummphh taburkan bawang goreng dan daun sup. Tak sempat Bella nak snap tadi. Ambil gambar ni dari IG Story jer. Sebab sedap, Bella kongsikan jugalah. Cuba tau. Jadi, esok Bella ceritakan lagi usaha kurus Bella. Chaiyokk!! πŸ’ͺ🏻

9 comments:

  1. susahnyer nak diet...

    time berazam nak diet tu laa incek hubby offer Hokkaido Cheese la..ajak makan kat luar la...beli eskrem la...aduyaiii.... lambat lg nak turun kg..huhu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduii.... makanan favourite pula. Memang tak boleh tolak lah tu. 🀀

      Delete
  2. resepi ayam goreng kicap tapi napa daging huhuuu,eh tu bukan diet tu tahan tak mo makan nasi,diet tu makan seimbang dan terkawal bukan tahan lapar hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Entry kul 2 pagi. Tertukar-tukar ayam dengan daging. 🀣🀣🀣.

      Delete
  3. bella, makan coklat tu gula. kalau nak diet, kena kurangkan pengambilan gula. try makan nasi tapi kuantiti sikit. xpun makan lauk sahaja. its better dari xmakan makanan wajib langsung.

    pendapat IQ sahaja, sebab IQ makan coklat, badan IQ naik balik. nombor angka xbertambah. tapi rasa badan membesaaarrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah. Saja je nk abiskan stok coklat.

      Delete
  4. Kena makan banyak makanan yang ada serat macam sayur dan buah²an. Nasi kena makan tapi kuantitinya segenggam jer, lebihkan sayur! Air kosong pun kena minum banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik idola!! 😘😘. Ngah cuba ni.

      Delete
  5. Bella, kena makan juga. Eat clean. Yang penting jangan skip bfast. Bfast like a king..Sebab nanti badan tak cukup tenaga. Kevin kata, bukan salah nasi. Awak cantik comel je tgk depan-depan..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari