CABARAN DIET HARI KETIGA

Cabaran dan teruskan cabaran!! Ini cabaran diet Bella. Dulu sebelum kawin, berat badan Bella hanya 45kg sampai doktor nasihatkan tambah ber...

Cabaran dan teruskan cabaran!! Ini cabaran diet Bella. Dulu sebelum kawin, berat badan Bella hanya 45kg sampai doktor nasihatkan tambah berat badan. Pernah kena "sound" masa mula nak bercinta kura - kura dengan ayat " Aku suka dengan ko, tapi ko kurus sangatlah" like Really??? Sekarang gemuk terlebih plak. Adui. Manusia yang tak pernah bersyukur sungguh.

tips kurus


Paling penting dalam gambar nampak kurus. Credit to my HB. Kalau nampak gemuk, boleh bergaduh tu. Hahahaha..Pejam celik, pejam celik. Dah 3 hari Bella diet. Bella takde ikut tips sesiapa. Bella target nak kurus tu dalam 40% tapi lebih kepada nakkan kesihatan yang baik. Sebelum ini Bella memang susah hendak minum air masak. Kali ini Bella minum sekurang - kurangnya 1 liter setiap hari. Rasa nak muntah!! paling penting sampai tak larat nak pergi ke tandas. Penat. Sebenarnya bila nak diet ni, makanan diet yang sedap adalah amat mahal. Macam coklat tanpa gula, beras perang, biskut tanpa gula, roti organik dan macam - macam lagi. Bella memilih untuk masak. 

🌤 Bangun Pagi2 sepatutnya minum air. Tapi mesti terlajak juga. Panaskan lauk, isi bekal semua, lupa nak minum air 💦

CABARAN!!!

- Penatnya masak? 💆🏼
- Ngantuk sangat pergi kerja?
- Tiada idea nak masak.

Hari ni Bella bawa bekal sup bebola ayam. Bebola diperbuat daripada bahagian dada ayam.  Hirup macam tak makan setahun. Lapar wei!

CABARAN !!

▫️Kawan - kawan tengok menu dengan muka tak selera. (boleh blah!)
▫️Asyik nak pergi toilet jer.
▫️Perut tak selesa.

cabaran diet


Balik rumah cepat - cepat, sebab seeloknya makan sebelum pukul 7malam.Bella ada simpan separuh nasi dan separuh sup bebola untuk makan malam. HB pula ada kerja. Bella paksa dia ambil Bella dulu dan bawa pergi office dia. Bella sanggup dari duduk dan berdiri tepi 7E tunggu dia. Dahlah bekal banyak. Sepanjang perjalanan, Rengsa! sebab perut lapar. Makan kul 11 pagi kot. HB terus pergi belikan ayam goreng rm1. Makan seketul tak cukup!! Arrghhhhhh!! musnah, punah diet. Makan 3 ketul dan sambung makan nasi dekat rumah. Rasanya masih ok, sebab diet atkins pun boleh makan ayam. Sedapkan ati. Tapi, sepanjang Bella diet, memang diet Atkins paling berkesan. Seminggu Bella turun 1kg. Memang laju. Tapi diet tu, korang kena betul - betul kaji dan faham baru jadi. Tapi kali ini, Bella tak mahu diet Atkins sebab Bella senang diserang gastrik dan sakit kepala yang teramat sangat. Dah tua, dah tak boleh terima diet tak makan langsung tu. 

BONUS!! BONUS!!! 

RESEPI OAT EPAL YANG SEDAP!!

Apa yang korang perlukan hanya Oat, Epal, Chia Seed (Bella beli dengan www.saidila.com ) dan Oat. Bella beli instant sebab Bella beli untuk bulan puasa hari tu, memang jarang sangat makan.

resepi oat epal


Macam Bella, Rendam kejap Chia Seed tu dengan air panas, lepastu masukkan oat. Biar sejuk, masukkan Epal. Korang kena potong epal tu kecil - kecil, biar setiap suapan ada epal. Memang sedap. Sesuai juga untuk dijadiakan Overnight Oat. Esok boleh korang makan sejuk - sejuk. Yummy!!


resepi oat epal


Resepi Oat ni, Bella cipta sendiri sebab ada buah Epal saja dalam peti ais. Korang pun boleh cuba.😉

Selamat menjalani kehidupan yang sihat.

You Might Also Like

1 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.