Saturday

CABARAN DIET HARI KETIGA

Cabaran dan teruskan cabaran!! Ini cabaran diet Bella. Dulu sebelum kawin, berat badan Bella hanya 45kg sampai doktor nasihatkan tambah berat badan. Pernah kena "sound" masa mula nak bercinta kura - kura dengan ayat " Aku suka dengan ko, tapi ko kurus sangatlah" like Really??? Sekarang gemuk terlebih plak. Adui. Manusia yang tak pernah bersyukur sungguh.



Paling penting dalam gambar nampak kurus. Credit to my HB. Kalau nampak gemuk, boleh bergaduh tu. Hahahaha..Pejam celik, pejam celik. Dah 3 hari Bella diet. Bella takde ikut tips sesiapa. Bella target nak kurus tu dalam 40% tapi lebih kepada nakkan kesihatan yang baik. Sebelum ini Bella memang susah hendak minum air masak. Kali ini Bella minum sekurang - kurangnya 1 liter setiap hari. Rasa nak muntah!! Tapi paling penting tak larat nak pergi ke tandas. Penat. Sebenarnya bila nak diet ni, makanan diet yang sedap adalah amat mahal. Macam coklat tanpa gula, beras perang, biskut tanpa gula, roti organik dan macam - macam lagi. Bella memilih untuk masak. 

🌀 Bangun Pagi2 sepatutnya minum air. Tapi mesti terlajak juga. Panaskan lauk, isi bekal semua, lupa nak minum air πŸ’¦

CABARAN 

- Penatnya masak? πŸ’†πŸΌ
- Ngantuk sangat pergi kerja?
- Tiada idea nak masak.

Ari ni Bella bawa bekal sup bebola ayam. Bebola diperbuat daripada bahagian dada ayam.  Hirup macam tak makan setahun. Lapar wei!

CABARAN 

▫️Kawan - kawan tengok menu dengan muka tak selera. (boleh blah!)
▫️Asyik nak pergi toilet jer.
▫️Perut tak selesa.



Balik rumah cepat - cepat, sebab seeloknya makan sebelum pukul 7malam.Bella ada simpan separuh nasi dan separuh sup bebola untuk makan malam. HB pula ada kerja. Bella paksa dia ambil Bella dulu dan bawa pergi office dia. Bella sanggup dari duduk dan berdiri tepi 7E tunggu dia. Dahlah bekal banyak. Sepanjang perjalanan, Rengsa! sebab perut lapar. Makan kul 11 pagi kot. HB terus pergi belikan ayam goreng rm1. Makan seketul tak cukup!! Arrghhhhhh!! musnah, punah diet. Makan 3 ketul dan sambung makan nasi dekat rumah. Rasanya masih ok, sebab diet atkins pun boleh makan ayam. Hahaha. Sedapkan ati. Tapi, sepanjang Bella diet, memang diet Atkins paling berkesan. Seminggu Bella turun 1kg. Memang laju. Tapi diet tu, korang kena betul - betul kaji dan faham baru jadi. Tapi kali ini, Bella takmahu diet Atkins sebab Bella senang diserang gastrik dan sakit kepala yang teramat sangat. Dah tua, dah x boleh terima diet tak makan langsung tu. 

BONUS!! BONUS!!! 

RESEPI OAT EPAL YANG SEDAP!!

Apa yang korang perlukan hanya Oat, Epal, Chia Seed, Bella beli dengan www.saidila.com  dan Oat. Bella beli instant sebab Bella beli untuk bulan puasa hari tu, memang jarang sangat makan.

resepi oat epal


Macam Bella, Rendam kejap Chia Seed tu dengan air panas, lepastu masukkan oat. Biar sejuk, masukkan Epal. Korang kena potong epal tu kecil - kecil, biar setiap suapan ada epal. Memang sedap. Sesuai juga untuk dijadiakan Overnight Oat. Esok boleh korang makan sejuk - sejuk. Yummy!!




Resepi Oat ni, Bella cipta sendiri sebab ada buah Epal saja dalam peti ais. Korang pun boleh cuba.πŸ˜‰

Selamat menjalani kehidupan yang sihat.

Tuesday

SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR?

Salam semua, Bella baru berkesempatan menceritakan detik - detik dan saat Bella bercuti ke Legoland Malaysia 2 hari 1 malam.  Fuhh! Macam detik cemas pula. Bella sentiasa terfikir, SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR? Nasib baik lah Bella dapat jemputan untuk menyaksikan sendiri keunikkan Legoland ini. Haruslah Bella kongsikan dengan korang semua kan? Bella tak pandai nak sorok - sorok benda yang best ini. Jadi? SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR ni? Korang tentukan lepas baca semua pandangan Bella mengenai Legoland ini ok?

BERTOLAK KE LEGOLAND JOHOR



SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR?

Tudung pun dah tak serupa orang. Perjalanan memang jauh. Jadi Bella kongsi kereta dengan Blogger Yanie Yusof lega. Boleh berborak sambil tukar - tukar pemandu. Perjalanan dimulakan dengan Bismillah. Perjalanan dari Sungai Buloh ke Legoland Medina Nusajaya Johor, mengambil masa lebih kurang 3jam 47min. Korang bolehlah rancang perjalanan. Macam Bella, kami gerak pagi-pagi. Jadi, tidaklah terlalu tergesa - gesa.

LEGOLAND!! KAMI SAMPAI!!

SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR?

SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR?

Alhamdullilah, akhirnya kami tiba ke Legoland! Nampak saja Legoland, dari jauh Bella dah menjerit keriangan. Adus. Kalah budak - budak. Kami terus menuju ke parking bawah tanah. 

TEMPAT MELETAKKAN KERETA DI LEGOLAND JOHOR

SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR?

Tempat parking ada ditanah lapang yang luas. Masa Bella sampai, tempat ini masih banyak yang kosong. Tapi, bila makin lama makin penuh orang parking kereta, sampai ke hujung - hujung jalan sana. Masa Bella sampai, cuaca amat panas dan terik. Jadi, Bella cadangkan bagi yang bawa kanak - kanak atau bayi, eloklah bawa payung atau pakaikan topi. Elak lebih baik dari mengubati. Kan? Bella macam biasa, akan sapukan losyen pelindung cahaya dari Cosmoderm

LEGOⓇ  MERATA - RATA!!

legoland malaysia

Happy me!! Dah sampai. Memang cantik seni lego dekat sini. Hampir setiap benda di buat daripada LEGOⓇ . Cantik. Tersusun dan kemas. Bella yang dah tua ni pun seronok sangat. Apa ntah lagi anak - anak korang kan? Mai la ke Legoland.

tips ke legoland johor


seronok sangat ke legoland johor


seronok sangat ke legoland?


LEGOⓇ ! Main dekat depan penyambut tetamu ini pun boleh lalai berjam - jam. Bella jalan - jalan melawat kawasan dulu. Lukisan pun susunan dari LEGOⓇ  tau. Alangkah indahnya kalau Bella turut diberi peluang tidur didalam hotelnya kan? Tapi, Bella hanya dapat hotel yang jauh sedikit. Nanti Bella cerita.

LEGOLAND BERBAGAI JENIS DAN SIZE


bercuti ke johor

Bila Bella masuk ke ruangan yang dalam sikit, LEGOⓇ  masih juga merata - rata, tapi kali ini pelbagai bentuk dan size. Memang unik. Sebesar meja pun ada. Bella tak berkesempatan ambil gambar LEGOⓇ  dengan lebih dekat sebab disini ramai kanak - kanak bermain. Bila Bella snap gambar, semua ibu bapa pandang tak puas hati dengan Bella. Takut Bella ambil gambar anak dorang agaknya. Faham. Sekarang kan macam - macam. Jadi, cukuplah sekeping ini. 

LENGKAP DENGAN KEDAI CENDERAHATI DAN KEDAI MAKAN

Legoland Malaysia, percutiaan ke Legoland


seronok sangat ke legoland johor

Bila berada Di Legoland ini, korang janganlah risau pasal kemudahan. Bella berani bagi A! Tandas bersih, kedai makan banyak dan comel, penginapan cantik, dan kedai beli barang pun ada. Korang tertinggal baju ke, tuala ke, apa sajalah. Bolehlah beli di kedai cenderahati di Sekitar Legoland

APA ADA DALAM LEGOLAND?

JOM KE LEGOLAND

Jangan terkejut tau, tadi semua baru dekat ruangan penyambut tetamu saja. Cantik ya amat kan? Cakap banyak pun tak guna, jom kita masuk ke alam LEGO!!

WATAK LUCU LEGOLAND

seronok sangat ke legoland

apa ada di legoland

Masuk saja ke dalam Legoland, Bella disambut dengan watak - watak lucu yang di bentuk khas menggunakan LEGO . Depan restoran, dalam air, dekat kerusi rehat dan banyak lagi. Comel - comel belaka. Korang kena mulakan keriangan macam Bella. Baru korang boleh cover semua tempat. InshaAllah. Bila korang melangkah masuk, Legoland ini besar ya. Korang mulakan dengan menikmati ciptaan kecil bandar - bandar yang popular di Asia yang dicipta dari 30 million Lego.

MINILAND ASIA IN LEGOBRICKS

seronok sangat ke legoland

Taman Mini ini, adalah yang terbesar dan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Menara berkembar adalah model mini yang paling tinggi dibina iaitu mencapai ketinggiaan 10 meter dan menggunakan lebih 500,000 LEGOⓇ . Malangnya, gambarnya Bella tak snap sebab Bella mengejar tayangan 3D. Pembinaan taman mini ini, disertai oleh lebih daripada 100 orang yang datang dari seluruh dunia.  

binaan lego. legoland

Bella betul - betul kagum dengan taman kerdil ini. Daripada kanak - kanak, orang dewasa, taman, pasar raya dan semuanya lengkap bagaikan semua bandar yang sebenar. Ia adalah pembinaan yang dibina mengikut 17 bandar diseluruh Asia yang berbeza termasuklah Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Singapura. Korang juga boleh nampak mercu tanda seperti Taj Mahal, Menara Berkembar Petronas dan Angkor Wat. Memang mengagumkan.

MOVIE 4D DI LEGOLAND



Bella tergesa - gesa sebab hendak kejar tayangan 4D inilah. Bella dah cerita dekat Movie 4D Korang boleh klik tengok. Kalau tayangan lambat atau ada masalah, korang bolehlah baw anak - anak bermain di taman permainan yang hanya terletak di hadapan tempat tayangan 4D ini. 

IMAGINATION WHERE LEGOKNOWS NO LIMIT





Keluar saja dari tayangan 4D, Bella terus ke menara untuk melihat Legoland. Keseluruhan Legoland! Ia adalah menara yang dibina setinggi 60m.  Selain dari menara tinjau ini, dikawasan ini turut terdapat :-

  • The Build & Test Center
  • Duplo Express
  • Duplo Playtown Kids Power Tower
  • LEGOStudio

LAND OF ADVENTURE 

percutian ke legoland

LAND OF ADVENTURE ini menyeronokkan dengan adanya Dino Island! Korang mesti masuk dan cuba naik permainan Dino Island ini.  Tidak seram pun. Betul.

jenis - jenis permainan di legoland

Sebelum nak main permainan ini, kenalah beratur dulu. Tengok, siap ada tempat duduk buat korang menunggu. Boleh main Lego lagi sambil tunggu. Masa Bella pergi, takda orang sangat! Jadi memang terus masuk sajalah.

legoland malaysia

tempat permainan di legoland

Korang akan menaiki satu sampan kecil yang akan berjalan dan menuruni curam!! Bella seram sangat!Menjerit sampai keluar anak tekak. Tapi sebenarnya masih ok lagi. Tidaklah terlalu extrem. Tapi abis basah separuh badan.

percutiaan di Legoland Malaysia

Bila main permainan Dino Land memang akan basah. Jadi Legoland menyediakan mesin pengering baju. Korang masukkan duit dan duduk dalam tu. Jangan buka baju buat macam mesin basuh plak ya.

LOST KINGDOM ADVENTURE

legoland ada apa?

Lost Kingdom Adventure ini macam main permainan tembak - tembak. Kita akan diberikan senapang dan peluru untuk menembak hantu. Rasa macam tak cukup jer main sekali. Tapi, banyak lagi permainan Bella nak cuba, jadi kita gerak ke tempat seterusnya.

PERMAINAN KANAK - KANAK 

seronoknya legoland

Terdapat juga BEETLE BOUNCE dan PHARAOH'S REVENGE yang sesuai untuk kanak - kanak. Tapi mana yang muat untuk Bella, belasah je Bella main. Seronok sangat.

LEGO CITY 


Lego City adalah tempat dimana kanak - kanak boleh mencuba pelbagai permainan dewasa. Memang teruja abis. Bella hanya masuk jalan - jalan tengok apa yang dorang main. Kalau beratur sama nak main, kang kena marah pula dengan bebudak bijak sekarang ni. Disini, anak - anak korang boleh cuba :-

  • Driving School (Sekolah Memandu)
  • Junior Driving School (Sekolah Memandu Junior)
  • Boating School
  • LEGO City Airport 
  • LEGOLAND Express
  • The Shipyard

Sekolah memandu ini adalah istimewa daripada kereta mainan yang anak korang main dekat pasarraya tu. Disini, anak korang boleh main dilitar sebenar. Siap ada polis trafik dan lampu isyarat lagi. Kiranya disini anak korang bukan saja boleh main dan cuba membawa kereta sendiri, tapi turut belajar undang - undang jalan raya sekali. Siap dapat lesen lagi kalau berjaya tau. Junior Driving School pun sama juga. Cuma ia lebih kepada kanak - kanak yang kecil lagi. Pedalnya pun satu saja. Tempat ini penuh dengan budak - budak dan mak ayah yang bagi arahan kepada anak mereka. Takut- takut berlanggar dengan kereta lain. Tapi sangat selamat. Bella memerhati dari jauh saja. 

BOATING SCHOOL

tips ke legoland malaysia


seronoknya legoland


legoland malaysia

Boating Boat ini Bella cuba. Dibenarkan mak ayah naik sekali bot ini. Bella bawa pun terpusing - pusing entah ke mana. Tapi tidak akan lari jauh sebab ada laluan tersendiri yang telah disediakan. Kita cuma perlu kawal supaya bot ini tidak terpusing atau melanggar kawan kat sebelah. Bella naik masa petang. Jadi cuaca amat baik dan angin sepoi- sepoi bahasa gitew. Naik pula dengan HB tercinta. Terus rasa macam School Of Love pula. Hahaha. Seronok pula rasa.

bercuti di legoland


Banyak lagi sebenarnya permainan yang Bella tak sempat main dan akan sambung pada keesokkan harinya. Sebab kami dah penat sangat. Sampai - sampai terus main. Sekarang baju pun dah basah. Tenaga pun dah abis. Jadi Bella sambung ke tempat permainan yang lain pula ok? Jadi setakat ini korang rasa, SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR? Mestilah seronok kan? Ini Bella baru cerita separuh. Korang dah teruja kan? Kalau korang nak berseronok juga, Korang boleh dapatkan maklumat lanjut di :-

Website : www.legoland.my
Hotline :- 607 5978888

Thursday

Cabaran Diet Hari Kedua

Chaiyokkk!!! 



🌀 Bangun Pagi2 sepatutnya minum air. Macam semalam juga. πŸ’¦Mamai sangat. Letih gile balik kerja sampai rumah kul 8malam πŸ•– bertungkus lumus plak kat dapur. Sebab selalu tak masak. kih2x. Hari ini bawa bekal banyak sikit. Daging rebus + perasa kicap dengan Oat. 



Bawa Bekal oat + chia seed + apple. Sedap!! Rasa 🍎 apple manis- manis buatkan Oat abis separuh. Semua orang tak tanya pagi ni. Bagus. 🍡. Eh dorang baca blog aku ke apa? hahaha.

CABARAN 

- Penatnya masak? πŸ’†πŸΌ
- Ngantuk sangat pergi kerja?
- Banyak bag nak bawa. πŸ‘œ

Semalam tak mampu nak telan hari ini dah mampu makan sambil tersenyum.  Target hari ini 1 liter air. Satu liter saja. Sebelum ni, secawan pun susah.

CABARAN 

▫️Rasa nak muntah minum air
▫️Asyik nak pergi toilet jer.
▫️Perut tak selesa.

Selalunya secawan air pun susah nak minum. Hari ini cuba habiskan satu tupperware air. Hari pertama memang rasa lain macam. Rasa nak pergi toilet tu tak sampai 30 min rasa nak pergi lagi. Arrghhh!! Rengsa. 


Makan bekal. Semalam tidak makan nasi. Tak tahan!!! Kepala sakit. Selalu dah diet. Tapi terhenti dan terputus cinta ditengah jalan sebab sakit perut ataupun sakit kepala. Demam pun pernah. Kali ini kita gantikan beras putih dengan beras perang. Semua Bella makan sekarang perang - perang saja. Malam tadi makan, punyalah kenyal dan keras beras ni. Bella ada Tip Nak Bagi Beras Perang Sedap!!. Sampai HB pun kata, eh tak perasan plak kita tengah makan Beras perang. HB dah trauma makan beras perang buat pertama kali. Terlalu kenyal dan susah nak kunyah. Sikit saja dia makan. Kali ini banyak sikit. Bertambah lagi. Tapi lepas tu dia tidak mahu dah makan beras perang, Jadi Bella akan masak 2 jenis nasi. Nasi putih dan nasi perang. Makanan sihat, mana pernah sedap. Tengoklah ubat tu. Mana sedap. Kan? 

Cabaran 

πŸ•Έ Masa makan ada penasihat kesihatan.
πŸ•Έ Tiada tempat makan
πŸ•Έ  Ramai tanya resepi


Memang rasa "annoying" sangat bila tengah makan orang duk tanya - tanya apa ni? Masak macam mana? Kenapa tak letak sayur? Kenapa? kenapa? kenapa? Banyak betul soalan. Masa makan sejam je. Adoi. Alhamdullilah kenyang sampai balik walaupun makan kul 11. Bila rasa lemah atau sakit kepala, Bella hisap gula - gula free sugar. (Takut pening sebab takda tenaga). Jom balik.

Cabaran

🌸 HB lapar
🌸 Makan Luar
🌸 Cheat day

Bella rasa hari ini dah jadi cheat day Bella sebab HB paksa Bella makan kat luar. Alaaaa. Suruh kurus. Tapi suruh makan juga. Dia tak abis - abis kata kesiannya. Kesiannya. Gemuk kutuk. Hmmm.  Apa bendalah ko ni Bella, orang suh makan pun marah. Haha. Bella pesan Chicken Grill. Rasanya masih ok, tapi tak sihat. Sepatunya minyak kena pakai olive oil. Singgah Market beli barang - barang sikit sebab penasihat makanan kat office tadi kata makanan Bella penuh kolestrol. Bella masak itu je sebab Bella jarang masak. Jadi, rumah memang ada itu je. Masak jelah apa yang ada. Jadi esok harap penasihat makanan tak dilantik berpuas hati. 

Bonus!! 

Cara Masak Beras Perang Jadi Sedap!!


Bella dah cuba dan memang menjadi!! Rahsianya,  Rendam dulu beras perang ini selama dua jam sebelum masak! Ada juga yang masak sekali banyak, dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, panaskan guna microwave! 


Selamat mencuba.



Wednesday

BEDAK DARI KOREA - PETAL VELVET POWDER


bedak korea

Korang tahu tak? Kat mana hendak beli barang mekap yang "ORIGINAL"dari Korea? Bella harap korang semua sedar dan tahu dengan kewujudan Althea Korea! Website yang mengumpulkan semua barangan dari Korea. Korang tinggal pilih saja. Bella selalu mention pasal website ini. Korang boleh tengok dekat Betul Ke Original Dari Korea?  Sekarang sekali lagi Bella ke website Althea Korea hanya untuk BEDAK DARI KOREA - PETAL VELVET POWDER . Tahniah kepada Althea Korea untuk bedak yang "Awesome" ini.


tip cantik,


Jal jinaess-eoyo?? joh-eun geongang? Wah gitew.. Bahasa Korea Translate.  Inilah bedaknya. Comel lote macam tuannya. Bila Bella tengok pertama kali masa buka kotak tu, terus rasa macam sayang nak guna sebab warna pink. Comel! Paling terbaik sebab ia diperbuat daripada bahan - bahan semulajadi iaitu kelopak bunga velvet dan dijadikan bedak. Ia akan memberikan tenaga pada kulit kita.  


BEDAK DARI KOREA - PETAL VELVET POWDER, korea, mekap korea

Ia amat sesuai untuk semua jenis kulit dan semua jenis mekap. Tak pakai mekap pun boleh sapu. Korang mesti setuju dengan Bella yang bedak ini super best. Paling penting PETAL VELVET POWDER harganya adalah RM16.00 sahaja. Sangat mampu milik.



Korang boleh tengok tutorial mekap simple dari Bella, dan bagaimana PETAL VELVET POWDER berjaya membuatkan wajah Bella lebih berseri. Mekap Bella yang melekit dan nampak berkilat, Bella ditempek dengan petal velvet powder terus minyak dan kilatan mekap hilang. Bagi korang yang nak dapatkan BEDAK DARI KOREA - PETAL VELVET POWDER bolehlah ke link di bawah:-


WEBSITE :- https://my.althea.kr/ 

Korang bolehlah membeli belah dan mencuci mata sama ada di Facebook, Instagram ataupun Website 
Althea Korea. Lets Cantekk!! ahaks. 

Salam sayang.


Tuesday

Cabaran Diet Hari Pertama

Bella dah mulakan eat clean bermula dari hari ini. 12 September 2017. Harap dapat pakai baju cantik untuk Anniversary. Bella nampak saja kurus dekat instagram. Itu semua ilusi cahaya dan gaya badan masa Bella tangkap gambar. Padahal. Penuh lemak! OMG!! Jom sama - sama bagi semangat kat Bella ok. Muah. 


CABARAN DIET HARI PERTAMA 

🌀 Bangun Pagi2 sepatutnya minum air. πŸ’§ Tapi Berjaya minum selepas mandi saja.🍼 Bawa Bekal oat + chia seed. 🍡 Semua orang sibuk tanya2xπŸ€”. Penyibuk betul.  Makan makanan sendiri dah la. 

CABARAN YANG TERPAKSA HADAP 

- Diet ke? 
- Jimat ke?
- Hujung bulan ke?

Tersenyum 😊 sambil masukkan oat kedalam mulut secara paksa. Sarapan dengan Oat, tapi masih tak mampu nak telan.  Bawa oat untuk makan tengah hari pula. Oat abis semangkuk. Masih Lapar!!! Normally makan nasi sebungkus.  Tak tahan! Akhirnya Beli Ayam goreng KFC seketul. πŸ— Lapar lagi. Kunyah cherry tomato. πŸ… 

Balik kerja, jumpa HB. Terus dia cakap, hari ini masak ok. OMG!!

CABARAN YANG TERPAKSA HADAP 

πŸ˜₯Suami lapar. 
πŸ˜₯Masak bau sedap
πŸ˜₯Nak makan juga

Bella masakkan HB Daging Goreng Masak Kicap. Ini bukan yang berkuah tau. Ini goreng kering, jadi daging disaluti kicap. Mudah sangat nak masak. Bau wangi gila. Sampai Bella pun terliur.
Duduk depan HB sambil hisap buah oren. Laparnya perut!! Rasa nak pengsan.


CABARAN YANG TERPAKSA HADAP 

- Perut lapar giler nyanyi lagu keroncong.
- Buka peti ais penuh keropok dan coklat

Terpedaya!! makan dua biji coklat dan kunyah keropok. Masih dikira diet Bella rasa sebab Bella tak makan nasi. kan? kan? Sebab Daging goreng kicap sedap ni sedap sangat, kita lari topik sikitlah. Bonus korang yang baca sampai habis. Resepi Daging Goreng Kicap Sedap. 

BONUS!!!!! 

RESEPI DAGING GORENG KICAP SEDAP


DAGING MASAK KICAP

Bahan - Bahan 

▶️ Daging yang dipotong kecil (Mengikut selera)
▶️1 ketul bawang merah
▶️1 ketul bawang putih
▶️kicap (Sesedap lidah)
▶️1 sudu sos tiram
▶️cili api 
▶️sedikit apple cider vinegar Tengok sini (20 Kebaikan CIDER VINEGAR)

Cara - Cara

masukkan sedikit air kedalam kuali
masukkan potongan daging dan rebus sehingga empuk
masukkan satu sudu sos tiram, sedikit cuka dan kicap mengikut selera
masukkan minyak untuk menggoreng (macam goreng daging tu)
masukkan bawang dan siap!!


Senang kan? kalau nak nampak lagi ummphh taburkan bawang goreng dan daun sup. Tak sempat Bella nak snap tadi. Ambil gambar ni dari IG Story jer. Sebab sedap, Bella kongsikan jugalah. Cuba tau. Jadi, esok Bella ceritakan lagi usaha kurus Bella. Chaiyokk!! πŸ’ͺ🏻

Sunday

KENAPA NUTRIBROWNRICE BAIK UNTUK KESIHATAN?


Saya hendak kurus!! Tiap - tiap tahun, mesti tulis azam macam tu kan? Tapi kurusnya tak juga. Macam Bella, memang Bella tak pernah tulis azam untuk kurus sebab, Bella tak nak tinggalkan coklat, aiskrim, nasi, kek, dan semua - semua makanan sedap tu walaupun tahu ia adalah penyebab Bella gemuk.Teruk sungguh. Hahaha. Niat hendak jadi kurus tu memang dah lama terpendam. Bukan setakat terpendam, terbuku dan kadang - kala hampir terkubur. Ramai yang telah berjaya menguruskan bahan menyatakan campuran senaman dan diet yang sihat merupakan kunci utama untuk kita cepat menjadi KURUS! Tapi bagi Bella, kurus itu adalah BONUS! Apa yang paling penting sekarang, makanan terbaik untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita. Bila dah terkena penyakit, barulah berusaha untuk mengamalkan "EAT CLEAN". Tak nak kurus takpe, tanamkan pada diri untuk kesihatan. Jadi, Bella telah memilih NutriBrownRice. KENAPA NUTRIBROWNRICE BAIK UNTUK KESIHATAN? 


makanan kurus


MINUMAN SEGERA YANG PENUH BERKHASIAT

Betul! Memang Nutribrownrice ini menjadi peneman setia Bella sekarang. Sebab senang sangat nak minum.Ia adalah minuman segera yang penuh berkhasiat dan vitamin. Ia bukan saja puas untuk diminum, tetapi ia juga dilengkapi dengan mineral semulajadi dan paling penting rasanya sedap! bukan rasa ubat kurus. Ia bertestur lembut dan mudah larut didalam air panas. Rasanya seperti menimun air yang diletakkan oat hancur. Tapi yang ini adalah Beras perang. 


kebaikan nutribrownrice


BAHAN UTAMANYA ADALAH BERAS PERANG

Bella memang banyak membaca mengenai artis Malaysia yang kurus dengan mengamalkan beras perang yang digantikan dengan beras wangi. Bella pun turut menukar kepada beras perang. Beras perang ini mempunyai berbagai khasiat termasuklah membuatkan kita merasa cepat kenyang dan memberikan berganda tenaga berbanding dengan nasi putih. Tapi, ia hanya bertahan untuk beberapa hari saja kerana selepas itu, Bella tiada masa untuk masak dan membawa bekal ke tempat kerja, dan kembali kepada nasi putih. Nasi putih sajalah yang banyak dijual dikedai dan gerai. Bella cuma terfikir jika ada sesuatu yang sama khasiat dengan beras perang tetapi lebih mudah untuk dimakan. Akhirnya, Bella berjumpa dengan Nutribrownrice! Terbaik.


BERAS PERANG

DIHASILKAN OLEH ABRAND FOOD MENGGUNAKAN KAEDAH BERTEKNOLOGI TINGGI

Beras perang yang kita masak sebagaimana beras putih ia akan mempunyai tekstur yang lebih kasar dan agak susah untuk dikunyah. Jadi, dengan teknologi dari ABRAND FOOD ia telah menghasilkan beras perang "instant" yang mempunyai khasiat yang sama tetapi rasa dan teksturnya lebih lembut dan rasanya juga enak. 

beras perang

MEMBERIKAN KHASIAT ANTIOXIDANTS SETINGGI BUAH - BUAHAN DAN SAYUR - SAYURAN

Bagi yang tidak boleh makan sayur atau tidak gemar mengunyah sayur, bolehlah gantikan segala kebaikan sayur dengan Nutribrownrice ini. Ia memberikan kebaikan antioksida yang tinggi yang amat membantu dalam mengekalkan ketegangan wajah dan mengurangkan kesan parut. Jika kita meminum satu cawan sehari, ia akan turut membantu mengurangkan dan menormalkan kolestrol. 


makanan kurus, resepi kurus

MEMPUNYAI BERBAGAI PERASA YANG LAZAT SESUAI DENGAN KEPERLUAAN TUBUH BADAN KITA

Nutribrownrice instant ini dicipta untuk kita mendapat kebaikan beras perang dengan lebih mudah dan cepat. Ia terdapat dalam 5 perasa iaitu :-



  • ORIGINAL NO SUGAR 
Tidak dicampurkan dengan apa - apa dan amat ideal untuk yang betul - betul mahu kebaikan beras perang sahaja. Langsung tidak mahu ada sedikit gula pun dalam makanan. Mempunyai diet gula yang rendah. Ia juga mengandungi inulin yang bertindak sebagai serat prebiotik untuk menggalakkan sistem pencernaan yang sihat. Ia bertekstur ringan dan lazat. Sesuai diminum untuk sarapan,minum petang dan makan malam. Diet kan?


rahsia kurus
  • HONEY NO SUGAR
Ia didatangkan dengan sepaket kecil madu yang dipaketkan secara asing untuk kita mendapatkan khasiat madu yang sebenar. Jadi, korang bolehlah tambah mengikut kemanisan yang korang mahukan. Bella dah rasa tanpa letak madu. Memang tawar, tapi teksturnya yang lembut membuatkan ia rasa seperti susu. Sedap. Tapi kalau korang tambah satu paket madu pun, ia akan tetap dikategorikan sebagai makanan rendah gula kerana madu ini daripada kebaikan bunga. Ia akan memjadikan campuran Nutribrwownrice sebagai hidangan yang penuh dengan kebaikan.


  • ORIGINAL LOW SUGAR
"Pure" beras perang yang di kisar dengan American Technology menjadi sehalus tepung dan tidak mengandungi apa - apa bahan tambahan. Segala kebaikan semulajadi beras perang diserap. Baunya juga sangat memikat. Ia ditambahkan dengan sejumlah kecil gula coklat bagi meningkatkan rasa dan menaikkan selera kita untuk terus mengambil Nutribrownrice sebagai diet harian.


resepi kurus

  • OAT WITH SOY LECITHIN LOW SUGAR
Ia adalah gabungan oat instant yang kenyal dan lecithin soya. Mungkin ada yang tidak mengemari oat. Apa kata korang cuba Nutribrownrice dengan oat ini.Mesti korang jatuh cinta. Soya Lecithin ini akan meningkatkan fungsi otak, menurunkan kolestrol, memperbaiki sistem imun dan juga penting untuk kesihatan hati. Bella kena minum versi ini selalulah. Sebab Bella cepat demam.


makanan sedap

  • CHOCOLATE LOW SUGAR
Serbuk koko semulajadi ditambah dan pasti ramai yang menyukainya. Bella pun suka sangat - sangat. Serbuk koko yang ditambah juga mempunyai mengandungi zat besi dan kalsium yang baik untuk pembentukkan darah dan kesihatan tulang. Mesti cuba. 


NUTRIBROWNRICE ini mempunyai sijil HALAL yang diperakui HACCP (Titik kawalan analisis bahaya analisis), GMP (Amalan pembuatan baik). Ia selamat dimakan oleh semua peringkat umur, yang terbukti dengan Piawaian Keselamatan Makanan MESTI oleh KKM (Kementeriaan Kesihatan Malaysia) dengan sijil ISO22000. Pakej nya yang kecil dan memudahkan kita untuk bawa kemana saja, lebih - lebih lagi kepada Bella yang kuat berjalan ini. Rasanya yang sedap membuatkan "eat clean" Bella lebih mudah dan seronok. 


Maklumat lanjut  mengenai NutriBrownRice™ Instant Beverage 




Selamat menjalani kehidupan yang sihat. Muah!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari