Thursday

MAKANAN SEDAP DI THE LEGEND RESORT CHERATING

Sepanjang Bella Bercuti di Cherating Pahang, Bella menginap di THE LEGEND RESORT CHERATING. Bella dan Kelab Blogger Ben Ashaari menggunakan sepenuhnya kemudahan disini termasuklah merasai semua makanan disini. Sama ada untuk bersarapan, makan tengahhari, minum petang, makan malam dan juga supper. Kesemuanya sedap - sedap dan enak - enak belaka sampaikan buncit perut Bella memaksa makanan sedap ini masuk walaupun perut dan penuh. Jom Bella tunjukkan sebahagian MAKANAN SEDAP DI THE LEGEND RESORT CHERATING. Mana tahu ada yang masih berkira bila mahu kesini. Banyak sangat kelebihannya.

SARAPAN SECARA BUFFET


bercuti di cherating pahang


the legend resort cherating pahang

cherating




Nama pun makanan secara Buffet. Memang banyaklah makanan. Bella kalau pergi mana - mana buffet hotel Bella paling suka ada set bubur. Kalau dapat makan sekali dengan ikan masin, perrghh!! rasa terbang dia punya "feel" tu. Biasalah, masa kecil inilah makanan rutin Bella bila mak ayah nak berjimat. Tidak kurang hebatnya dengan nasi lemak dan mee gorengnya. Roti pun ada. Tapi Bella tunjuk yang Bella sempat dan mampu makan jelah yer. Korang jangan lupa untuk ke bahagian luar dan rasa omelet yang dibuat hanya bila korang order saja. Memang terangkat. Bihun sup juga dibahagian luar.Tapi hati - hati masa mahu mengambil sup nya, kerana penutupnya panas. 

MAKAN TENGAHHARI SECARA BUFFET

makanan sedap di cherating





Bella menginap disini 3 hari dan 2 malam. Makanan disini berubah - ubah dan tidak sama setiap hari. Memang terbaik. Barulah dapat rasa semua masakkan dan rasa setiap keunikkan makanan disini kan? Kebanyakkan makanan susah nak tangkap comel dan molek sebab bukan Bella seorang yang menginap disini kan? Jadi diatas adalah MAKANAN SEDAP DI THE LEGEND RESORT CHERATING yang Bella sempat ambil. Masak lemak cili api ikan tenggiri, rendang ayam, sayur campur, sayur kailan masak dan sup ayam herba membuatkan Bella tidak mahu berhenti dari mengunyah. Tekak Bella amat sukakannya.

MAKAN MALAM ROMANTIK BERTEMAKAN PIRATE DAN BBQ

tempat makan romatik pahang

tempat makan malam cherating


Balik dari buat aktiviti laut, Bella terpandang meja yang telah diset cantik dan menarik. Dalam hati bertuah dan beruntungnya, dapat makan ditepi laut sambil mendengar deruaan bunyi ombak. Ini kalau buat candle light dinner "Hanya kau dan aku" ni, memang terus jatuh cinta ini, kalau dah kawin memang akan mengeratkan hubungan suami isteri la. Kalau ramai - ramai macam kami ni, merapatkan persahabatan. Malam terakhir, rupanya THE LEGEND RESORT CHERATING membuat kejutan dengan menyediakan makan malam secara Exclusive di tepi pantai khas buat kami! Fuhh!! rupanya yang cantik dan boombastik ini set untuk kami. Memang teruja! Tersangat cantik. Cuba buat majlis kawin macam ni. Memang meletup lah!










Keadaan yang gelap menyebabkan gambar yang Bella ambil semua blur. Ini adalah nasi dan udang dan ayam yang telah dibakar. Terbaik. Terima kasih THE LEGEND RESORT CHERATING untuk makan malam yang indah ini.

PENCUCI MULUT DI THE LEGEND RESORT CHERATING










Pencuci mulut dihidangkan setiap kali makan. Sarapan ada, makan tengah hari pun ada, Makan malam pun ada. Tidak perlu berebut sebab bila habis atau berkurang saja, pekerja hotel akan tambah, Bella paling suka Pie kat sini. Sedap betul. Setiap kali makan, Bella mesti akan ambil pie. Jadi, korang tidak perlu susah - susah fikir hendak makan mana. Makan dalam hotel saja. Pilihlah The Legend. Jimat masa dan pasti semuanya akan puas hati.


Maklumat lengkap mengenai hotel :-

THE LEGEND CHERATING
Lot 1290 Mukim Sungai Karang,
Cherating 26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel :- 09 - 5819818
Toll Free :-1 800 88 8866
Email :- reservation@legendresort.com.my


Korang yang ingin baca aktiviti penuh Bella bersama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah baca di :- Bercuti di Cherating Pahang


Selamat Bercuti

Tuesday

PENGALAMAN MELIHAT KELIP - KELIP DI CHERATING

Salam, Bella ada ceritakan sebelum ini mengenai percutiaan Bella dan Kelab Blogger Ben Ashaari ke The Legend Resort Cherating. Bella dah rancang untuk kesini bersama - sama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dua bulan sebelum. Bella rasa InshaALLAH segala-galanya akan dipermudahkan dan berjalan lancar. Mana hendak tahu, Bella dipanggil kerja saat akhir! Tuhan saja yang tahu perasaan Bella masa tu, nasib baik. Kalau dah dikatakan rezeki, sampai juga Bella kesini. Tapi, hari Jumaat tu, Bella tidak dapat cuti. Terpaksalah Bella bergerak selepas balik kerja sahaja. HB bawa pecut habis sebab Bella kata, kalau boleh Bella nak join aktiviti Hafiz Cherating untuk melihat sendiri kelip - kelip yang banyak. Ia akan menjadi PENGALAMAN MELIHAT KELIP - KELIP DI CHERATING yang pertama bagi Bella.

kelab blogger ben ashaari

Sepanjang perjalanan Bella memang tidur saja. Penat beb, balik kerja. Kena kemas store lagi. Denda sebab tidak dapat kerja hari sabtu. Bella set waze untuk HB dan terus membuta. Bangun - bangun HB kata, "Ok syg, dah nak sampai. Terengganu kan?" Bella terperanjat beruk, sebab Bella dengar - dengar perbincangan dorang selama ini kata dekat Pahang. Alamak!! Sesat ke? HB teruskan juga perjalanan dan bila sampai saja kat hotel ini, nampak welcoming note ini. Fuh!! lega. Alhamdullilah! Maknanya tempat ini memang sangat berdekatan dengan Terengganu. Patutlah lautnya cantik.

kbba9, bercuti ke cherating

Bila sampai, ambil kunci bilik dan terus pecut tukar baju, HB cuci muka sebab dia drive tadi dah penat sangat. Kami tidak makan apa lagi, jadi singgah cafe dan alas perut sikit. Terus join group KBBA untuk menaiki bas yang disediakan ke Hafiz Cherating Activities. Bella sempatlah rasa sup tomyam di cafe Cherating ini, perggh!! sedap. Tapi kena cepat kan. Sampai hari ini teringat sup tu. huhu.

river safari, cherating, kelip-kelip, sungai cherating

Memang terbaik kemudahan yang disediakan oleh The Legend Resort Cherating ini. Siap ada bas lagi. Tidaklah kumpulan blogger terpecah dan sesat barat. Bas pun amat selesa. Paling penting bersih.

kelip-kelip, HAFIZ'S CHERATING ACTIVTIES, Cherating

Sampai saja di Hafiz's Cherating Activities ini, kami terus diberi jaket keselamatan dan diminta untuk mendengar sedikit penerangan mengenai kehidupan  kelip - kelip disepanjang sungai cherating ini. 

kelip-kelip, cherting, bercuti di cherating

Bella suka tengok semangat En Hafiz menerangkan serba sedikit mengenai kehidupan kelip - kelip dan cara untuk membezakan ia adalah jenis betina atau jenis jantan. Jika betina, cahaya yang dikeluarkan hanya sedikit dan laju. Tapi jika ia adalah jenis jantan, cahaya yang dikeluarkan adalah lebih terang dan perlahan. Selalunya cahaya yang dikeluarkan adalah untuk mengawan.

kelip -kelip, cherating pahang

Bagi Bella, aspek keselamatan amat penting dalam aktiviti ini. Jangan lompat dalam bot yang kecil ini. Keadaan gelap dan kita tak akan tahu bahaya yang menanti. Bella menaiki bot yang boleh memuatkan 15 orang sekali. Perasaan Bella masa ini, kecut perut. Keadaan gelap gelita dan penggunaan telefon bimbit amat dilarang. Nanti kelip - kelip tak datang dekat korang.

bercuti di cherating

Bella hendak duduk bahagian tepi bot. Jadi, awal - awal Bella dah turun. Pelantarnya diperbuat daripada tong Bella rasa. Kukuh betul. Tidak terasa terumbang ambing pun. Bella berkira - kira juga hendak pakai kasut. Tapi sebenarnya pakai selipar biasa pun ok. Bella rasa apa yang penting korang pakai lengan panjang dan sebelum itu korang sapukanlah losyen Cosmoderm. Nyamuk tidak gigit tu. Selesa lagi.

kelip -kelip cherating, cherating pahang

Kami menaiki bot, dan bot hanya bergerak perlahan. Masing - masing membatukan diri. Mesti semua pun takut jatuh. Bella tengok dah macam pendatang haram dekat dalam berita tu. Naik bot kecil -kecil macam ini hendak masuk malaysia. huhu.Kami memulakan perjalanan ketepi - tepi sungai yang ditumbuhi pepohon bakau. Menyusuri secara perlahan dan tanpa bantuan cahaya. Nasib baik kepakaran pengemudi bot terserlah. Walaupun bot diletakkan berdekatan, sedikit pergelesaran pun tidak berlaku. Terbaik. Bella takut nak amat. Cuma korang kalau boleh, jangan letak jari - jari korang di kiri kanan bot la. Langkat keselamatan. Takut bot berselisih, bot elok. Jari korang pula yang luka.


Kami menyusuri lebih kurang sejam. Seronok. Ada Angin yang sesekali menerpa muka. Air sungai yang sejuk sesekali terpercik dimuka yang dah mengantuk. Paling menarik kelip - kelip yang terbang ke arah en Hafiz bila sedikit cahaya dipancarkan. Bella cuma membayangkan kelip - kelip akan banyak seperti pokok krismas. Tapi mereka hanyalah sekelompok kelip - kelip yang kian pupus. Baik korang pergi tengok sebelum pupus. Macam Bella dulu dekat kampung masa kecil kecil selalu juga nampak kelip - kelip. Tapi sekarang memang susah hendak jumpa.

kelip - kelip, sungai cherating,

Bella memang puas hati dan disini Bella senaraikan kenapa korang kena cuba aktiviti melihat kelip - kelip ini.

  • Orang luar pun ramai datang Malaysia untuk buat aktiviti ini. Dekat Australia tidak ada kelip - kelip tau.
  • Pengalaman naik bot kecil diwaktu malam. INSAF. 
  • Suasana malam di sungai Cherating.
  • Melihat keajaiban kelip - kelip yang keluar dan terbang ke atas tangan kita.
  • Melihat sendiri cahaya yang dikeluarkan oleh kelip - kelip.
Penting!! Jangan ditangkap dan dipicit kelip - kelip itu ok? atau tampar macam nyamuk. Binatang ini tidak mengigit. Maklumat lanjut.


CHERATIG NET ENTERPRISE
Hafiz's Cherating Activities
7/1156, KG, Budaya Cherating
26080 Kuantan Pahang


Email :- kohafiz@gmail.com

Kelip - Kelip @ Fireflies Watch 1st TRIP 7.30pm & 2nd TRIP 8.30pm one hour trip.  Hanya RM35 seorang dewasa dan RM25 seorang kanak - kanak bawah 11 tahun. 

Koang juga boleh memcuba aktiviti paling "touching" iaitu Melepaskan Anak Penyu. atau mahu mengetahui aktiviti penuh Bella bersama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah baca di :- Bercuti di Cherating Pahang

Selamat Bercuti.

Monday

RESTORAN DENGAN RESEPI KEPAK AYAM TERBAIK WINGSTOP



wingstop, wing stop, wing, kepak ayam

Mengiurkan!! Terliur!! Menjejes air liur bila pertama kali Bella tengok iklan yang lalu di Instagram Bella. Sangat tertanya - tanya, kedai makan apa ni?Member Bella cakap, ini restaurant baru. Dia kata haritu masa dia lalu kedai ini tengah renovate. Bella yang kaki makan ni,terus cakap dekat HB "jom kita cuba nak?" HB kata sedap ke? Bella kata, sebab tu lah kita kena cuba. Tidak kenal maka tak cintalah kan? Apa yang Bella tahu, ia didatangkan dari Amerika dan ia adalah RESTORAN DENGAN RESEPI KEPAK AYAM TERBAIK WINGSTOP Jom kita cuba!

RESTORAN DENGAN RESEPI KEPAK AYAM TERBAIK WINGSTOP DI THE CURVE MUTIARA DAMANSARA

kedai makan sedap di damansara

Bila Bella cari alamatnya, Owh. Kebetulan dekat dengan tempat kerja Bella. Jadi balik je kerja, Bella terus singgah untuk makan malam disini. Ia dibuka di THE CURVE, MUTIARA DAMANSARA!LOT G51 THE STREET. Cantik! Restoran ini memang cantik dan nampak sangat selesa. Bila pertama kali datang, teragak - agak jugalah kan, tertanya - tanya cara hendak pesan makanan dekat sini. Meh bila bagi tunjuk ajar yer. Heheh. Sini bila korang datang, benda korang kena buat adalah pilih tempat duduk. Takut penuh. Dah order susah plak kan? 

kedai makan sedap, curve, tempat makan sedap the curve

Korang boleh pilih untuk makan dibahagian luar atau bahagian dalam restaurant WINGSTOP. Kalau korang perokok tegar, (merokok merbahayakan kesihatan) eloklah duduk luar. Paling best! siap ada live band. Walaupun kedai lain, tapi masih boleh dengar. Kadang - kadang boleh tengok dan enjoy kedai sebelah buat tarian lagi. Seronok kan? 

resepi kepak ayam

Korang juga boleh memilih untuk makan didalam kedai. Lebih privacy. Cantik. Setiap sudut korang boleh ambil gambar "OOTD". Betul. Bella memilih untuk makan dibahagian dalam kedai. Memandangkan kami perlukan sedikit privacy dan kami tidak merokok. Tapi apa yang paling penting bagi Bella, ada tempat charge HP. Gajet canggih macam mana pun kalau tidak ada bateri tiada gunanya juga kan? 

WING STOP MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BARU UNTUK MEMBUAT PESANAN


Bila korang dah pilih tempat, korang terus pergi ke kaunter untuk memesan makanan. Macam Bella, pertama kali makan sini, Bella tick saja dekat borang pesanan dan bagi pada pekerja Wing Stop dan dorang akan masukkan pesanan kita. Korang juga boleh masukkan order sendiri melalui Tab yang disediakan. Senang sangat. 

  1. Pilih menu.
  2. Tambah dekat list order.
  3. Semak.
  4. Scan Nombor korang.
Korang boleh tengok dekat Instagram @bella_idura . Bella ada buat video pendek cara nak pesan makanan menggunakan Tab. 


makanan sedap di petaling jaya, kepak ayam, wing stop

Lepas korang dah order tu, tidak perlu bayar dulu. Korang duduk tunggu makanan sampai, siap dan makan dengan puas hati dan senang hati, barulah bayar. 

WING STOP MEMPERKENALKAN AIR YANG LAIN DARI LAIN DENGAN MENYEDIAKAN AIR YANG DICAMPUR DENGAN RASA PEDAS.

restaurant sedap, restoran sedap

Pergi mana - mana restoran, kedai makan atau cafe, biasanya air lah sampai dulu kan? Kalau makanan sampai dulu, mesti pelik kan? Hari ini Bella dengan HB order Milkshake. Milkshake dekat sini ada 8 perasa. 
  • Vanilla 
  • Chocolate
  • Strawberry
  • Durian Oreo
  • Oreo Cookie
  • Peanut Butter Banana
  • Lemon Pepper
  • Mango Habanero

Bella order Milkshake coklat yang dan HB order Mango Habanero. Mango ini rasa pedas tau. WINGSTOP MILKSHAKE ini diadun dengan menggunakan aiskrim import. Resepi istimewa.

MENU KEPAK AYAM NO 1 DI AMERIKA WING STOP


wing stop the curve

Akhirnya makanan Bella sampai! Tidak sabar sungguh hendak rasa kepak ayam No 1 di Amerika ini. Disini, korang boleh pilih kepak ayam yang dimasak secara :-
  • Klasik (classic)
  • Goreng Tepung (Hans-Breaded Wings)
  • Kepak ayam tanpa tulang (Boneless Wings)
  • Drumsticks
  • Chicken Burger
  • Tenders
  • Ricebox
Bella pilih Goreng Tepung (Hans-Breaded Wings) sebab katanya lebih puas makan dan lebih besar. 


wing stop,

Yummy!! Closed up sikit. Ini yang Bella pesan adalah jenis Hand-Breaded Wings dan flavour Balinese Spice. Sedap sangat!Sila jangan jilat screen ya. Daripada 7 jenis cara ayam ini dimasak, korang kena pilih pula, perasa apa yang korang nak makan. Sama je macam restoran makanan segera yang lain. Tapi Wing Stop paling seronok nak memilih sebab ada 10 perasa yang korang kena pilih. Iaitu :

  • LOUISIANA RUB - Kering dan berempah
  • GARLIC PARMESAN -Ditaburi keju
  • MANGO HABANERO - Masam - masam pedas
  • CLASSIC BUFFALO - Goreng biasa
  • SAMBAL PEDAS - Sambal tumis
  • LEMON PEPPER - Belum rasa hehehe
  • HICKORY SMOKED BBQ -Rasa BBQ 
  • ORIENTAL SWEET SOY - Kering dan manis
  • BALINESE SPICE - Manis dan pedas
  • ATOMIC -Pedas sangat - sangat

kepak ayam cheese, wing stop

Inilah Garlic Parmesan. Manis dan penuh berkeju. Sesuai untuk korang yang menyukai rasa manis dan tidak tahan pedas. Setakat ini Bella belum pernah cuba yang classic iaitu tanpa tepung.


Bila korang order, Bella cadangkan korang order secara combo. Bila korang order combo, Korang boleh pilih berapa ketul korang nak, dan korang boleh memilih 2 perasa ayam yang berbeza. Macam set combo ini, Bella memilih HICKORY SMOKED BBQ dan SAMBAL PEDAS dalam satu set. Korang juga boleh memilih 1 dip, 1 Side dan 1 air. Harganya pula, bermula dari rm18.50 sahaja. Berbaloi - baloi.


Kalau korang tidak makan kepak ayam, korang boleh cuba TENDERS. Ia 100% daging ayam yang diambil dari bahagian dada. Ia tanpa tulang. Bella cuba tender sebagai tambahan. Ini Bella pilih Tender berperisa ATOMIC. Ia punya pedas, berasap telinga. Lepas ini kena cuba perasa lain pula.




Ini pula kalau korang pesan kepak ayam tanpa tulang. Walaupun kelihatan kecil, tapi bagi Bella tetap puas makan dan kenyang. Bila Bella cuba yang tanpa tulang ni, rasa macam lagi sedap pula dari yang bertepung. Set ayam yang ini kegemaran HB Bella. Jenis yang kering dan bukan bersalut. Lepas ini  bolehlah kita cuba yang ini sahaja. 


Kalau korang order set combo, korang boleh pilih 1 side kan? Side tu, terdiri daripada :-

  • REGULAR SIGNATURE FRIES (Kentang goreng)
  • ONION RINGS
  • COLESLOW
  • FRAGRANT COCONUT RICE (Nasi lemak)
Setakat ini Bella selalu ambil kentang goreng, HB Nasi lemak. Sedap bila dip kan kedalam sos RANCH.



Bila dah siap makan, bawa table locator korang ini ke kaunter. Cashier akan tahu apa yang korang order. Senang kan?



Korang hendak maklumat lebih mengenai RESTAURANT WINGSTOP ini? Korang boleh terus ke :-


Selamat mencuba.




Thursday

Bercuti ke Cherating Pahang - ITINERARY

Salam semua, kali Bella hendak berkongsi mengenai percutian Bella Bercuti Ke Cherating Pahang. Dekat saja kan? Dalam Malaysia sahaja je pun. Cherating. Siapa tak tahu Cherating dekat mana? Cherating dekat Pahang. Dekat sangat.  Sempadan dengan Terengganu. Bella kongsikan dulu, Apa aktiviti Bella bersama Kelab Blogger Ben Ashaari semasa Bercuti ke Cherating Pahang - Itinerary



Bella akan ceritakan satu persatu InshaAllah jika berkesempatan. Korang yang bolehlah ikut itinerary ini jika berkesesuaian dengan masa dan bajet korang. Kami mengambil pakej penuh yang disediakan oleh Legend Resort Hotel. Memang terbaik dan penuh dengan aktiviti yang mengeratkan siraturrahim. Alhamdullilah. Bella puas hati dengan jadual yang disediakan. Kalau korang datang dalam keluarga yang kecil, boleh saja tukarkan Team Building dengan mandi laut ataupun mengelilingi Resort dengan basikal. 

Maklumat lengkap mengenai hotel :-

THE LEGEND CHERATING
Lot 1290 Mukim Sungai Karang,
Cherating 26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel :- 09 - 5819818
Toll Free :-1 800 88 8866
Email :- reservation@legendresort.com.my


Korang yang ingin baca aktiviti penuh Bella bersama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah baca di :- Bercuti di Cherating Pahang

Selamat Bercuti

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari