Sunday

Resepi Lemang Turun Temurun Dari Baling,KEDAH

Bella tiap - tiap tahun akan Beraya di Kedah dan tiap - tiap tahun juga Bella akan dapat merasai keenakkan Lemang yang memang dibakar sendiri oleh keluarga mentua. Owh lupa nak habaq, Suami Bella orang Baling Kedah. Siapa orang Baling Kedah?? Angkat tangan. Haaa kena periksa asal usul tu. Takut sedara mara. Bella bukan main-main tau. Blogger Mommy Irra, Bella baru kenal. Ajak datang rumah. Sembang - sembang dengan mak, Sekali betul sedara jauh. Gembira mak jumpa sedara tanpa dirancang. Sebelum Bella membebel banyak, Bella sebenarnya hendak kongsikan RESEPI LEMANG TURUN TEMURUN DARI BALING KEDAH. Pasti puas hati.

lemang terbaik

Mula - mula sekali kena cari Buluh Lemang yg biasanya akan tumbuh dikawasan yang berdekatannya ada sumber air seperti sungai ataupun parit. Tidak semestinya Buluh Lemang hanya terdapat di tengah hutan belantara ya. Macam HB Bella, Ambil depan rumah saja. HB kata, Kena ambil awal-awal sebelum ada orang kampung yang lain datang ambil. Buluh Lemang akan dipotong mengikut Paksi yang memang sedia ada secara semulajadi di batang buluh itu sendiri. Tiada ukuran tepat yang diperlukan. Itulah keistimewaan Buluh Lemang. Abah mencuci kotoran dan membuang miang buluh terlebih dahulu. Nantikan pulut akan dimasukkan dalam Buluh Lemang, Jadi kebersihan buluh harus diutamakan.

resepi lemang

Keduanya! korang mestilah sediakan Daun pisang yang muda. Paling penting, cantik elok dan tidak terkoyak. Kelapa yang tua dan bersantan adalah ramuan paling utama selain pulut. Daun pisang, diambil seberapa banyak mengikut berapa batang Buluh Lemang yang akan dibakar. Selalunya bahagian tengah daun pisang akan diambil. 

lemang terbaik

Hanya kelapa yang telah tua sahaja diambil dan dikumpul untuk diambil santannya. Kelapa tua yang banyak diperlukan dalam proses membuat Lemang ini. Selalunya, Bahan utama, Seperti Buluh Lemang, Kelapa tua, Kayu api, Sabut kelapa, Daun pisang dan Beras pulut akan disediakan sehari sebelum proses pembakaran Lemang dibuat. Jadi, Proses pembakaran Lemang pada keesokkan harinya akan lebih mudah dan tidak terlalu penat.

resepi lemang

Daun pisang yang telah dipotong dan diambil bahagian yang cantik (terutamanya dibahagian tengah) akan dimasukkan kedalam Buluh Lemang yang telah siap dibasuh dan dibersihkan. Tok kami yang buat. Penuh berpengalaman. Bella tolong tengok saja. Semua proses dalam pembuatan Lemang ini, Bella tidak tolong pun. Bella tolong ambil gambar saja. Kuang2x. Takut tidak jadi.

resepi lemang

Cara mengukur untuk mendapatkan saiz daun pisang yang sesuai untuk dimasukkan kedalam Buluh
lemang, Dari apa yang Bella tengoklah kan. Pada mulanya, Buluh akan digolekkan dan daun pisang akan membaluti Buluh dan Tok akan potong dibahagian tengah. Tok akan memasukkan daun pisang yang telah siap dipotong menggunakan batang pisang yang telah dibelah. Caranya gulungkan daun pisang itu rapat-rapat dan masukkan kedalam buluh lemang. Itu skill dan cara Tok. Korang kena cuba sampai berjayalah ok. Rasanya budak muda sekarang ramai tidak tahu ni.


Dimasa yang sama, Santan harus disediakan. HB membersihkan kelapa dan membelah dua untuk diparut. Kadang - kala akan jumpa isi kelapa (Tambun) didalam kelapa. Waaahh!!! Bella teringat zaman kanak - kanak. Bila mak belah saja kelapa ini mesti kami adik - beradik berebut. Tapi, Zaman sekarang ini kebanyakkannya beli santan dalam kotak saja. 


Kelapa yang telah disiap perlulah dibasuh sebelum diparut. Santan memang diperlukan dengan banyak. Maknanya, Bahan utama Lemang hanyalah Beras Pulut dan Santan sahaja. Mudah saja kan bila dengar? Tapi masa hendak bakar, Memang satu kelurga berganding bahu.


Sementara menunggu santan diparut dan disediakan, Mak memasukkan beras pulut kedalam Buluh. Masa ini Bella pun tolong dan cuba. Apa yang penting untuk beras pulut ini, Perlulah dibasuh terlebih dahulu dan toskan sehingga kering. Mak kata, Jika Beras pulut terlalu basah, Pulut akan melekat ditangan. Bella sempatlah mencuba memasukkan beras pulut kedalam Buluh. Sakit plak hati mak menantu asyik main handphone saja. Eh.. Takdalah Mak Bella baik hati sangat. Dia akan tanya sama ada Bella hendak cuba atau tidak. Senang saja rupanya. Masukkan Beras pulut sehingga penuh. Betul - betul penuh.
resepi lemang

Setelah santan disiapkan, Proses memasukkan santan kedalam Buluh pun dimulakan. Hurmm... Cara dapatkan santan tidak perlu Bella ceritakanlah yer. Rasanya semua orang tahu. Masa ini pun Bella tolong. Auww... Bangga jap rasa.
cara memasak lemang

Apa lagi, Semua sudah siap sedia untuk dibakar. Pada peringkat ini, penjagaan dan kawalan api amat penting. Api yang kuat akan membuatkan Lemang hanya masak disesetengah bahagian sahaja. Mak memang pakar memusingkan Buluh Lemang supaya lemang masak serata. Kadang kala, jika anak - anak tidak balik beraya, mak dengan tok buat berdua saja. Jadi tau. Cepat dan pantas saja dorang bakar.


Bila Lemang dah bertukar warna, Tidak semestinya Lemang sudah masak. Kena tengok dalam Buluh sama ada santan sudah kering atau belum. Sekurang - kurangnya 4 hingga 5 jam diperlukan untuk memastikan Lemang betul - betul masak. Paling sedap bila dimakan panas. Ngam - ngam lepas siap dibakar memang sangat sedap dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.



Selamat membakar!!

4 comments:

  1. mkn dgn rendang..sdapnya bella..:)

    ReplyDelete
  2. lame tak makan tombol kelapa tuuu

    ReplyDelete
  3. Lemang nie, makan dia aje pun dah sedap.. Kalau takde lemang masa raya macam tak berape best je.. hehehe

    ReplyDelete
  4. fuhhh, memang best tengok cara buat lemang tradisi ni..menarik!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari