Monday

9 JUADAH RAYA YANG DIJUAL FAMILYMART MALAYSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU

Selamat berpuasa buat semua umat islam di dunia. Alhamdulilah kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dengan limpah dan rahmatnya. Bila kita berpuasa, berbuka adalah salah satu nikmat yang dinantikan oleh setiap orang yang berpuasa. Bukan itu saja, malahan orang berpuasa turut dirayaikan dengan adanya Hari Raya selepas sebulan kita menahan lapar dan dahaga. Paling dinantikan selain daripada Hari Raya itu sendiri, adalah juadah dan hidangan makanan yang dihidangkan untuk menyambut Hari Raya

Fuh!! ketupat, rendang, lemang, lodeh dan berbagai lagi makanan tradisi yang akan dihidangkan sempena Hari Raya. Bagi keluarga Bella, Hari Raya sajalah Bella dapat makan rendang mak sepuas - puasnya. Tapi sekarang, korang boleh cuba juadah Raya yang telah mula dijual sejak Ramadhan lagi. Ya!! Sebelum tibanya raya. Inilah 9 JUADAH RAYA YANG DIJUAL FAMILYMART MALAYSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU!!!

Familymart Malaysia

FamilyMart ini sebenanya berasal dari negara Jepun,Sayama, Saitama bermula sejak tahun 1973 lagi. Sekarang, FamilyMart telah berkembang pesat sehingga mempunyai 25 ribu stores di 8 buah negara iaitu Japan, Taiwan, Thaniland, China, Vietnam, Indonesia, The philippines dan sekarang di Malaysia. Terdapat berbagai makanan dan minuman dijual termasuklah Juadah Raya sempena Hari Raya yang bakal tiba.

rendang ayam terbaik

Memang terlalu banyak makanan dan minuman yang dijual.Kali ini Bella tekankan dulu juadah Hari Raya yang FamilyMart jual, yang masih ramai tidak tahu. Jom kita tengok 9 JUADAH RAYA YANG DIJUAL FAMILYMART MALAYSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU!!!

1. NASI PULUT KUNING - FAMILYMART


pulut kuning segera, familymart malaysia


Nasi pulut kuning adalah beras pulut yang dimasak dengan santan dan kunyit. Ia juga adalah salah satu makanan tradisi yang membawa maksud tuah, kemakmuran, kekayaan dan kehormatan.  Ia turut dijual di FamilyMart. Selalunya kita akan jumpa di kenduri - kenduri saja kan? Sekarang korang boleh beli bila - bila masa di FamilyMart. Harganya RM3.50 satu.

2.NASI IMPIT -FAMILYMART

nasi impit terbaik

Nasi impit adalah salah satu makanan tradisional Melayu. Bagi keluarga Bella, nasi impit adalah wajib sebab kami tidak pakar dalam mengayam ketupat jadi nasi impit dijadikan pengganti. Rasanya juga tidak beza. Cuma ketupat lebih wangi. Nasi impit korang boleh juga dapatkan di kedai yang menjual satay. Tapi, haruslah kena beli satay dulu. Jangan susah hati, korang borong saja di FamilyMart dengan harga RM3.50 sebekas.

3. LEMANG - FAMILYMART




Lemang adalah makanan tradisi raya yang paling dinantikan. Keseronokkan membakar lemang turut dinantikan oleh sanak saudara disamping merapatkan hubungan sirraturahim. Ia diperbuat daripada beras pulut, santan dan garam. Nampak dan dengar memang mudah. Tapi, jika salah cara dan gaya masak, lemang mungkin akan hangus atau lembik tidak menjadi. Bagi sesetangah negeri, lemang adalah makanan tradisi yang wajib ada ketika raya. Bagi yang tidak tahu cara membakar lemang tu, korang beli sajalah di FamilyMart. Harganya hanya RM4.00 setiap satu.
 
4.SAMBAL TUMIS IKAN BILIS - FAMILYMART



Sejujurnya Bella cakap, sambal tumis ikan bilis adalah hidangan paling lazat di FamilyMart. Rugi kalau korang tidak cuba. Harganya hanya Rm4.90. Ia adalah gabungan ringkas sambal dan ikan bilis goreng. Ia seperti masakkan ibu yang memasak dengan penuh kasih dan sayang.Sambalnya tidak terlalu manis atau pedas. Segalanya cukup rasa dan sempurna. Bella mesti akan datang lagi untuk sambal ikan bilis ini.

5.AYAM MASAK MERAH - FAMILYMART


Ayam masak merah masakan kegemaran ramai diantara kita kan? Ayam masak merah amat popular di sekitar Selangor dan KL sebagai masakkan wajib semasa kenduri. Ayam masak merah di FamilyMart adalah ala - ala masakkan dari Kelantan yang pada Bella,Ayam masak merah disini, manis. Harganya RM5.90 sahaja. Bagi yang tidak gemarkan pedas, mesti cuba ayam masak merah ini.
 
6.AYAM KAPITAN - FAMILYMART




Ia sebenarnya masak ala Baba Dan Nyonya. Ia mempunyai rasa yang unik. Bella sukakan rasanya yang penuh berempah dan sedikit pedas. Memang kena dengan tekak Bella.Sedap. Bella yang pertama kali mencuba masakkan Baba dan Nyonya ini amat memuji FamilyMart kerana dapat menghasilkan Ayam Kapitan sesedap ini.Bella sukakan kepedasan pada Ayam Kapitan ini. Korang kena cuba, dan harganya pun amat berpatutan. Hanya RM5.90 sahaja.

7. KARI AYAM - FAMILYMART




Kari Ayam turut dijual di FamilyMart. Kari ayan juga adalah satu lagi kegenaran semua. Paling istimewa, campuran rempahnya dan kentang yang membuat Kari Ayam ini sangat lengkap macam Mak sendiri yang masak. Cuma Bella lebih suka kari ayam yang lebih pekat. Sesiapa yang mahu mencuba kari ayam boleh terus ke FamilyMart dan dapatkan dengan harga RM5.90 sahaja.

8.RENDANG AYAM - FAMILYMART



 
Hanya hari raya sajalah Bella dapat makan Rendang yang mak masak dengan sepuas -puasnya. Bila Bella rasa Rendang dari FamilyMart yang tidak kurang juga sedapnya, lepas ini kalau rindu dengan rendang emak, bolehlah Bella terus kesini. Satu bekas hanya RM5.90.

9.KUAH LODEH - FAMILYMART




Kuah lodeh ini memang kegemaran Bella. Seronoknya Bella bila dapat tahu FamilyMart ada jual lodeh disini. Mesti datang selalu ni. Kuah lodeh Bella rasa, ia akan jadi amat istimewa dan sedap jika sukatan santan, dan kesegaran santan dapat dirasai. Kalau sekadar untuk melepaskan keinginan terhadap Kuah Lodeh bolehlah. Harganya pula hanyalah rm5.50. Bella cadangkan korang beli sekali dengan nasi impit dan ikan bilis. Terus jadi lontong. Mesti terangkat abis!

Terkejut tak? Semua makanan kegemaran rakyat Malaysia ini ada dijual di FamilyMart. Tidak perlu tunggu Raya. Sekarang pun korang boleh makan.Menurut pekerja disini, sebelum dijual di FamilyMart Malaysia, kebanyakkan makanan dan minuman disini dipastikan Halal. Tetapi, jika korang merasa was - was, korang digalakkan membaca bahan - bahan sebelum membeli.

familymart halal

makanan sedap,

familymart, kedai makanan jepun


Sebenarnya, bukan juadah raya sahaja korang boleh dapat disini. Paling menarik, makanan dari jepun pun banyak dijual disini. Aiskrim keju dan green tea pun ada. Bella teruja sangat bila ternampak air susu pisang ini. Tapi dalam kotak. Coklat yang pelik - pelik pun ada. Kalau korang datang untuk mencuba makanan jepun pun boleh. Menarik kan?

Korang  bolehlah terjah cawangan FamilyMart yang terdekat dengan korang. Maklumat lain, koranglah ke FamilyMart.com.my atau FB.com/FamilyMartMY

Cawangan FamilyMart di Malaysia dan waktu beroperasi
  • Wisma Lim Foo Yong (Ground Floor) – 24 jam
  • MidValley Megamall (Unit F027C, Tingkat 1 North Court) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
  • Sungai Buloh-Kajang MRT Line (TTDI Station) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
  • Gateway @ KLIA2 (Unit L3-12 & L3-13, Level 3) – 24 Jam
  • SS15 (No.20 Jalan SS15/8) – 24 Jam
  • MyTown (Lot No. B1-031, Basement 1) – 10.00 pagi hingga 10.00 malam
  • Jalan Sultan (Lot 119, Ground Floor) – 24 Jam
  • Taylor’s Lakeside (Lot G6, Ground Floor) – 24 jam
  • Jalan Sultan Ismail (42 Ground Floor) – 24 Jam
  • Changkat Bukit Bintang (18-1 Ground Floor) – 24 Jam
  • NU Sentral (G/F 40, Ground Floor) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
  • Sunway Velocity (Lot No.1-22) – 8.30pagi hingga 11.00 malam
makanan sedap, lemang sedap

Meh sini ke FamilyMart dan rasa lemang ketupat dan rendang. Harga murah dan rasanya sedap.

12 comments:

  1. hebat.. mmg setiap masa ada ea?

    ReplyDelete
  2. terliur ehh nengok lemang ngn rendang bagai tuuu :p

    ReplyDelete
  3. banyak rupanya menu raya. scroll blog tengahari buta memang menggugat iman

    ReplyDelete
  4. harga pun berbaloi.. baru tau, ada banyak cawangan rupanya family mart ni

    ReplyDelete
  5. Agak2 dah tak gheti nak masak apa.. pegi je kat family mart kan.. senang ringkas dan mudah..

    ReplyDelete
  6. Memang sentiasa ada ye...macam sedap je tu

    ReplyDelete
  7. Senang la mcm ni , ada mart ada makanan sekali wooo

    ReplyDelete
  8. masa g jepun dulu.. family mart ni laaa tempat utama cari makanan. bila dah start bukak kat sini mmg we all p try steamboat tu hahaha.. sbb kat jepun tak halal kan. tp tak sangka utk bukak posa pun ada yer

    ReplyDelete
  9. Fuhh nanti nak beraya di family mart je lah hehe

    ReplyDelete
  10. omg bellaaaaa onigiri maneeeee

    em. onigiri tak raye rupenye. huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari