Monday

MENU BERBUKA SEDAP DI COFFEE SOCIETE- SOLARIS DUTAMAS

"Dear, berbuka mana yerk hari ini?
"Apa kata kita pergi bazar Ramdhan?
"Alaaa letih la hari ini, kita pergi tempat yang tidak payah berhimpit nak tak? Tempat yang cantik, cozy, tenang. Jommm.."
Alamaak, mengadanya bini aku ni, makan penampar baru tahu. Manalah ada tempat macam tu tapi murah.  (Dalam hati, berani nak luahkan?)

Hari - hari drama macam ini. Betul tak? Puasa setahun sekali. Dalam sehari boleh makan sekali saja. Sebab itulah kita jadi teringin hendak makan macam - macam dan agak memilih. Bila bini merenggek hendak macam- macam. Tempat yang ala - ala exclusive, apa yang suami akan fikirkan, alamak!! banyaklah duit aku terbang. Bayar mahal - mahal sedap ke? Sebab itulah Bella hendak bagitahu ada MENU BERBUKA SEDAP DI COFFEE SOCIETE- SOLARIS DUTAMAS. Paling penting MURAH! Betul.


TEMPAT MAKAN YANG SELESA, TENANG DAN EXCLUSIVE 


MENU BERBUKA SEDAP DI COFFEE SOCIETE- SOLARIS DUTAMAS

Bila nampak tempat yang berhias cantik dan ala-ala hipster ini, selalunya ramai yang rasa seram hendak masuk kan? Dalam fikiran mesti mahal nih! Tidak adalah korang. Memang mampu milik. Sekali - sekali lari dari keributan orang ramai. Apa salahnya duduk lepak dengan tenang menunggu waktu azan Maghrib kan? Surau pun ada ditingkat bawah saja. Dekat. Terletak di Publika Dutamas, dan Bella memang selalu datang lepak minum set high tea disini. Tapi, di bulan Ramadhan ini, tidak akanlah hendak ber high tea. Kita serbu set Ramadhanlah pula. Ada MENU BERBUKA SEDAP DI COFFEE SOCIETE- SOLARIS DUTAMAS.

SET MENU BERBUKA YANG LENGKAP HANYA RM25.00!!


Tempat berbuka puasa sedap di kuala lumpur

Betul, Set yang lengkap dengan AYAM KAPITAN bersama dengan FISH KERABU dan NASI ORANGE. Lebih sempurna bila diminum dengan TEH TARIK MILK TEA. Paling terbaik, dihidangkan bersama kuih lagi. Harganya pula, hanya RM25.00. Bella rasa berbaloi sangat. Ayam Kapitan tu, rasanya lebih seperti rasa rendang yang penuh dengan rempah. Cukup rasa manis, masin dan pedasnya. 

berbuka di kuala lumpur

RENDANG AYAM SEDAP DI KUALA LUMPUR

Bagi Bella, memang menepati citarasa dan tekak orang kita. Fish kerabu pula melengkapkan rasa. Bila digabungkan, memang rasa hendak menambah nasi lagi. Nasi pun istimewa. Bila kita lihat pada warnanya ingatkan nasi minyak atau nasi planta. Bila rasa, baru sedar ia adalah nasi Orange. Wah. Kelainan pada nasi. Memang kedengaran pelik ditelinga. Tapi bila ngap masuk mulut, memang terasa cukup sempurna.


TEMPAT BERBUKA DAN BERKUMPUL TERBAIK DI KUALA LUMPUR


Set Rm25.00 Ramadhan ini, bolehlah dinikmati dan dihayati berseorangan ditempat yang amat selesa ini. Jangan rasa janggal sebab tempat ini ramai juga orang yang lepak berseorangan sambil melayari internet. Jadi, tiada peliknya kalau korang layan berbuka sorang - sorang disini. 


Paling happening kalau dapat kumpulkan kawan - kawan untuk berbuka bersama - sama. Tiada siapa yang akan merungut sebab berbaloi dan ada kemudahan WIFI lagi. Mesti semuanya akan bersetuju.

MENU AYAM DI COFFEE SOCIETE - GRILLED BONELESS CHICKEN WITH WEDGES

ayam grilled sedap di kuala lumpur

ayam bakar tersedap

Korang rasa macam set ayam kapitan tu berat atau ayam yang dihidangkan tidak mencukupi? maklumlah, puasa satu hari. Ayam seketul tidak cukup. Tiada masalah. Korang boleh tambah dengan Grilled Boneless Chicken w Wedges. Bagi pengemar ayam, memang tidak salah mencuba. Tambahan lagi, ayam ini di bakar. Jadi, memang sihat.

MENU KAMBING DI COFFEE SOCIETE - QUICK SEARED LAMB SHOULDER w WIDGES, ROASTED, GREEN PEAS



Masa hendak berbuka teringin hendak makan kambing bakar? Coffee Societe turut menghidangkan kambing yang enak.Daging kambing bahagian shoulder dibakar kering dan dicurahkan dengan sos black paper untuk menaikkan rasanya.

MENU SALMON DI COFFEE SOCIETE - SMOKED SALMON ON 3 EGGS SCRAMBLE & SOURDOUGH



Peminat ikan Salmon yang berkait rapat dengan makanan jepun ini pun korang boleh order di Coffee Societe walaupun nama kedainya kopi. Ikan Salmon ini memang sudah terkenal dengan keenakkannya yang tersendiri dan rasanya yang mewah dan unik. Bella sendiri amat mengemari Salmon. Bila Bella mencuba hidangan ini, memang Bella tidak kongsi sudah dengan orang lain. Hidangan yang ringkas tapi penuh rasa. Yummy sangat. Rasa daging ikan salmon yang segar. Sedap sungguh.

MENU SPAGHETTI DI COFFEE SOCIETE - CARBONARA SPAGHETTI 




Spaghetti yang dihidangkan juga tidak mengecewakan. Tapi korang kena makan segera selepas dihidangkan. Kalau spaghetti nya kering, rasa creamy sos carbonaranya akan hilang. Jadi korang kena makan masa panas - panas. Pasti terangkat.


MENU ROTI DI COFFEE SOCIETE - POACHED EGG ON SOURDOUGH w SMASHED AVOCADO



Bila menu ini sampai, Bella terus, alamak.. tolong ketepikan. Bella tidak makan sayur dan tidak makan telur rebus separuh masak macam ini. Tapi, HB  paksa rasa yang bahagian hijau tu. Dia kata sedap sungguh. Bella pun cubalah separuh tanpa makan bahagian telur. Wallah!! Memang sedap. Rupanya ia adalah gabungan Avocada segar. Rasa lemak manis Avocado tu, memang terbaik.Bella makan sampai abis plak. Sedap.

MINUMAN  DI COFFEE SOCIETE


MOCHATELLA !! air kegemaran Bella bila lepak dimana - mana outlet Coffee Societe ini. Keunikkan ia dari segi hidangan air dan rasanya amat memukau. Ia adalah gabungan Nutella, susu dan kopi. Bahagian bawah cawan,telah diletakkan sejumlah Nutella dan beberapa ketul ais kopi yang menunggu untuk cair dan bergabung dengan susu. Bila korang tuang susu, air akan mencair dan menghasilkan minuman yang lazat. Yummy!!


Air panas turut tersedia. Mocha latte, Cappuccino, Kopi latte atau apa saja air panas yang korang inginkan juga terdapat disini.  Bella amat berpuas hati dengan rasa dan dengan apa yang kita bayar.
Korang kena cuba lepak sini sekali, dan mesti jatuh hati macam Bella. Maklumat lanjut :-


Address: Solaris Dutamas, 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Instagram : +CoffeeSociété  

 
Boleh juga tengok menu lain yang terdapat di Coffee Societe :- 
 

12 comments:

  1. Best juga kan sesekali layan berbuka dengan makanan hipster

    ReplyDelete
  2. Coffee di Kafe ni memang terbaik. Kena Cuba sekali dengan set Ramadan.

    ReplyDelete
  3. wahhh nampakk menarikk dan sedappp tuuu.. terliur dah niii :p

    ReplyDelete
  4. meleleh tengok makanan, sedapnya!

    ReplyDelete
  5. huwaa silap baca entry waktu ni.. terliur dbuatnya tau... sedap gler..

    ReplyDelete
  6. Aishhhhh.. jht sungguh gmbr2 ni.. hahahaha.. lapo

    ReplyDelete
  7. poached and avocado tu mmg sedap ya amat

    ReplyDelete
  8. Bestnya Bella.. Jadi teruja pulak nak try makan kat sini.. Location dekat sgt ngan opis akak.. Kambing sopooo tempting..

    ReplyDelete
  9. Kambing tu mmg favorite eyda...

    ReplyDelete
  10. Sedapnya semua makanana ni kak.......!!!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari