HALAMAN HAJI SAAD BUFFET MAKANAN MELAYU BUKA PUASA

Juadah Berbuka Puasa Buffet "Halaman Haji Saad" Di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.  Korang pun sedia maklum kan, tidak lama ...

Juadah Berbuka Puasa Buffet "Halaman Haji Saad" Di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. 

Korang pun sedia maklum kan, tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan yang paling mulia dan dinanti - nantikan iaitu Bulan Ramadhan. Apa lagi, seperti tahun - tahun sebelumnya Bella hendak cadangan dekat korang tempat berbuka puasa yang menarik dan pasti korang puas hati. Kali ini, Bella hendak korang cuba HALAMAN HAJI SAAD BUFFET MAKANAN MELAYU BUKA PUASA. Ia sangat lengkap dengan makanan yang semua orang suka. Sehingga cencalok dan sambal tempoyak turut dihidangkan. 

buffet ramadhan murah

Halaman Haji Saad adalah sebahagian daripada Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Berkonsepkan terbuka juga. Korang tahu kan, Hotel Seri Pacific sangat mudah untuk pergi walaupun hanya menggunakan kenderaan awam. Tidak perlu menempuh kesesakkan lalu lintas lagi. Korang boleh naik LRT dan Komuter ke PWTC. Jalan kaki sikit, sampai. Dinamakan sebagai Halaman Haji Saad sempena nama Ketua tukang masak yang akan memastikan makanan sentiasa segar dan bermutu.

makanan sedap


Chef turut mengajak korang untuk merasai semdiri air tangan beliau dalam menghasilkan makanan kegemaran melayu iaitu ulam - ulaman bersama Sambal belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Nenas, Sambal Mangga dan Sambal Gesek. Korang yang diet tu, jangan risau. Chef sarankan korang makan saja ulam yang tersedia seperti Kacang botol,Pegaga, Ulam raja, Daun Kadok dan Paku Rawan.



makanan pembuka selera


Korang rasa macam mahukan yang lebih istimewa di bulan puasa seperti Kambing Golek, Bubur lambuk, Serunding daging ayam, Briyani Gam, Nasi Kandar dan juga Sup Gearbox. Semua menu ini juga ada dan Bella juga memang paksa korang cuba kalau datang ke Halaman Haji Saad ini. Sangat sedap dan lain dari yang lain. Buat pengetahuaan korang, kalau Bella datang lambat sikit, mesti gearbox akan habis dulu. Memang asli dan istimewa. 


Pemanis mulut juga ada.Bukan pemanis mulut biasa tau. Tetapi, ia adalah resepi kampung yang diturunkan turun temurun. Mesti sedap ni. Ia termasuklah Bubur cha cha, Pengat ubi, Bubur Kacang hijau, Pulut hitam, Pengat pisang, Bubur kacang merah dan bubur jagung. Kalau korang sudah kenyang sangat, Chef turut menyediakan buah - buahan.




apa yang paling intimewa, Halaman Haji Saad ini akan menukar menunya setiap minggu selama empat minggu dan menyediakan berbagai juadah berbuka di lebih 24 gerai.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.