BUSANA PILIHAN PHOTOSHOOT RAYA KBBA9

BUSANA PILIHAN PHOTOSHOT RAYA KBBA   Bella kali ini adalah dari HANA TAJUDDIN. Kelab Blogger Ben Ashaari telah berkerjasama untuk menga...

BUSANA PILIHAN PHOTOSHOT RAYA KBBA  Bella kali ini adalah dari HANA TAJUDDIN. Kelab Blogger Ben Ashaari telah berkerjasama untuk mengadakan Photoshot Raya untuk Kelab kami. Kalau korang mengikuti perkembangan Bella dan Keluarga #KBBA9, mesti korang perasan yang kami kecoh - kecoh dalam mencari MUA untuk win - win situation dan juga busana untuk digayakan. Ada yang bagi tanggapan negatif yang kononnya kami mahu ambil kesempatan. Sebenarnya bukan begitu. Kami mahu promosikan dan perkenalkan jenama pakaian korang secara percuma. Jika busana itu korang sponsor, korang ada pilihan. Sama ada, korang hendak ambil kembali ataupun korang mahu bagi terus pada blogger yang pakai.

Padahal ini bukannya win- win situation. Sponsor lagi untung sebab baju korang boleh ambil balik. Tapi promosi kami di Blog, Instagram dan juga Facebook tidak akan dipadam. Tambahan lagi mungkin busana korang berharga kurang dari rm300 tapi ada blogger yang satu penulisanya dibayar lebih daripada rm300. Jadi, sebenarnya pihak sponsor lebih untung. Jangan salah faham, Bella hendak korang semua jelas disini.

bella idura, kbba9

Bella memang amat berpuas hati dengan material yang digunakan. Bella shoot dalam keadaan yang masih selesa walaupun dalam panas terik. Tidak nampak kesan peluh di bawah lengan ataupun dibelakang badan. Paling penting tidak jarang dan amat selesa dalam apa juga keadaan. Lompat ke, duduk ke, berlari. Memang selesa. Korang boleh baca mengenai Busana Bella yang cantik ini di

Korang boleh cari di :-

Instagram :- @Hanatajuddin dan @HanarTW
Facebook  :- Hanatajuddin
Website    :- www.hanatajuddin.com.my
Telefon    :- 019 2451446

 JURU SOLEK PHOTOSHOOT RAYA KBBA9  


Baju sudah cantik. Muka haruslah disiapkan. Jadi Bella memilih untuk disolek oleh Suraya Sufian. Suraya lebih senang di panggil OYA, bersetuju untuk berkerjasama dengan Bella. Mudah sangat bekerjasama dengan Oya. Bella hanya ber Wassap beberapa kali untuk pastikan tarikh dan kedatangan dia. Oya pula yang sampai awal daripada Bella. Oya mula menyolek dan menconteng muka Bella selama lebih kurang 2jam. Tapi tidak terasa lama pun, rasa hendak tertidur adalah.


Bella mengenali OYA masa dia berkerja dengan bank tidak sangka dia ada bakat menyolek. Bella menghubungi Oya untuk bekerjasama dan Oya bersetuju untuk membuat magik ke atas muka Bella. Korang boleh mengenali Oya dengan lebih lanjut di Korang boleh menghubungi Oya di :- 

FaceBook :- Suraya Sufian
InsTagram :- @Surayasufian
Whatsapp :- Oya 011- 11884244
PHOTOG PROFESIONAL PHOTOSHOOT RAYA KBBA9  

Membanggakan!! Photog profesional yang akan melengkapkan Photoshoot KBBA9 kali ini. Apakah makna Photoshoot tanpa jurugambar yang hebat dan meletup kan? Kali ini Kelab Blogger Ben Ashaari sangat bertuah kerana photographer profesional Wan Izhar Abu Bakar yang memiliki pengalaman 20 tahun dalam seni photographer dan juga mempunyai studio sendiri iaitu ODS STUDIO. Kiranya otai abislah ini.



Bella juga berpeluang menjadi model syok sendiri. Credit photo to mama kembar tiga. Sekarang ini, hasil tembakkan Wan Izhar Bella tidak dapat tengok lagi. Masa photoshoot ini dijalankan, memang sangat kekok. Alamak. Bella susah hendak senyum. Keyakinan diri hendak senyum itu tiada sebab gigi Bella tidak cantik. Wan Izhar ini masih tersenyum dan lembut dalam memberi arahan.

"Awak jangan macam tu, awak bagi senyuman yang palsu tu," 
"Saya rasa baik awak ubah gaya awak tu, dalam gambar nampak gemuk"

Alamak!!! Bella sudah buat latihan tubi dah dalam bergaya. Sekali dia suruh Bella naik atas rumah pula. Terus apa yang Bella berlatih bergaya hilang bersama angin. Apa yang pasti, Bella suka sangat tengok gaya dia yang masih boleh buat lawak dan tersenyum. Seorang - seorang tangkap gaya. 40 orang jumlah Blogger. Dah lah seorang pun tiada kepakaran bergaya. Stok - stok model tidak ada pula kali ini. Jadi, melayan jelah kami yang kayu - kayu dalam ber pose ini.

Korang boleh juga mendapatkan perkhidmatan ODS STUDIO DI Alamat :-  

E-2-2A BLOK E, JALAN PJU 1A/20G, DATARAN ARA DAMANSARA, ARA DAMANSARA, 47301 PETALING JAYA SELANGOR.
the.oneizhar@gmail.com
Website :https://odsstudio.com
Facebook :- Wan Izhar Abu Bakar
Instagram :- @wanizhar 

MUZIUM UPM TEMPAT PHOTOSHOOT RAYA KBBA9

Tempat photoshoot kali ini adalah bertempat di UPM Serdang. Tempat yang luas dan menempatkan scenery yang amat indah dan luas. Macam balik ke kampung pula. Pemandangan dan tema yang dipilih disini adalah suasana kampung yang menempatkan beberapa buah rumah papan ala kampung yang amat mengembalikan nostalgia.

PHOTOSHOOT KBBA


Bella pasti, mesti ramai yang masih tidak tahu dan tidak pernah mengetahui ada tempat yang sebegini indah yang hanya terletak di UPM Serdang. Memang banyak majlis telah dijalankan disini. Kami #KBBA9 juga tidak melepaskan peluang untuk mengambadikan kenangan kami disini.

SANTAPAN KAMPUNG PHOTOSHOOT RAYA KBBA9
 




Penat berposing perut pun berkeroncong. Rezeki KBBA kerana dapat merasa makanan yang amat enak dari Muzium UPM ini juga. Cafe yang terletak disebelah saja. Bella tidak sempat mahu merasa sarapan yang disediakan. Tetapi semua memuji enak dan segar. Bella paling - paling teringat sampai sekarang daging salai masak lemak cili api dia. Perggghhhh!!! meleleh. Rasa hendak pergi ulang makan dekat sana. 

PENCUCI MULUT PHOTOSHOOT RAYA KBBA9

Lebih beruntung kerana Kelab Blogger Ben Ashaari telah dihidangkan dengan Brownies Abang Korie yang memang puas makan dan amat enak.






Korang boleh terus menempah dengan Abang Korie di:-

FaceBook :- Khoiri Kamis (Abam Korie)
Instagram :- abamkorie
Tel :- 017 3495797



Bella rasa amat bertuah kerana berpeluang mengikuti aktiviti photoshhot bersama Kelab Blogger Ben Ashaari yang diadakan tiap tiap tahun. Semoga persahabatan dan kekeluargaan Kelab kita berkekalan hingga akhirnya.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. tak sabar tgk hasil dari bidikan Wan Izhar nanti..akak pun sama ak sempat nak merasa masakan ala kampung tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.