AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Sunday

korang!!! masih tercari - cari tempat berehat yang unik dan lengkap? Bella cadangkan korang ke Tempat Unik The Kabin Kuala Selangor. The Kabin. ini baru dibuka dan sedang diperbesarkan. Tapi, kalau korang pergi sekarang pun, keadaan The Kabin ini amat memuaskan dengan keunikkan biliknya yang dibuat daripada Kontena.Bila korang masuk kedalam biliknya korang tidak akan rasa kita berada didalam kontena. Cantik!!! 

percutiaan menarik didalam malaysia

Sinilah The Kabin. Dekat. Dalam Malaysia sahaja. Apa yang paling penting bagi Bella, terjaga. Cantik, bersih dan pelbagai aktiviti dapat korang lakukan. Bella duduk sini rasa macam tidak mahu balik.Tidak puas. Menenangkan dan nyaman. Bila korang dari perjalanan ke sini, sepanjang perjalanan adalah kelapa sawit dan perkampungan melayu. Banyak juga gerai - gerai makanan enak yang korang akan jumpa.

tempat menarik di selangor

Korang juga akan menyukai tempat ini kerana disini ada kemudahan WIFI. Semua senyum bila baca kan. Wifi sedikit perlahan bila korang didalam bilik dan kepantasan yang amat memuaskan bila korang lepak di cafe ini. Bila korang masuk sahaja The Kabin. Korang akan jumpa Cafe ini. Cafe pun simple dan kemas. Seronok apa, lepak sini, tepi kolam, main wifi sambil minum kopi. Asyikkk...

tempat bercuti menarik

Disitu sudut didalam cafe ini terdapat ruangan membaca yang bagi Bella amat comel. Tapi, bila korang dah pegang HP, Bella tidak rasa ada yang akan capai buku sebelah tu, sebab Bella pun tidak tahu buku jenis apa yang disusun.Ahaks. Jadi, korang kena datang tengok sendirilah ya.

Bercuti di selangor

Apa erti percutiaan tanpa kolam renang. Baik tidur dekat rumah saja kan?. Bella puji sungguh - sungguh dengan kolam renang The Kabin ini. Bersih dan langsung tidak pedihkan mata. Klorinnya kurang. Pandai The Kabin uruskan kolam renang disini. Kolam renang ini terletak di tengah - tengah bilik penginapan yang disediakan. Bilik Bella, buka pintu terus nampak kolam renang. Memang seronok. HB pagi terjun, petang terjun, nasib saja malam kolam renang ini tutup.

percutiaan unik

bercuti di the kabin

pengalaman bercuti di the kabin

Inilah bilik - bilik penginapan disini. Setiap daripadanya diberi nama yang pekerjanya senang hendak ingat. Bilik Bella namanya SANTOS. Sesuai buat yang ada anak, kongsi dengan kawan - kawan ataupun pasangan. Selesa.


Selain daripada terdapat tempat duduk di setiap untuk kita lepak - lepak, Banyak juga buaian yang digantungkan untuk kita bersantai. Memang amat membantu. Bella tengah hari pun lepak dekat sini. Lepak bilik walaupun sejuk, tiada kelainan. Baik lepak rumah. Hayati dan rasailah alam sepuasnya disini.








Thursday

Bella berpeluang menghadiri Majlis Memperkenalkan Duta baru untuk produk Q'MANDA yang telah lebih Setahun berada di Pasaran memeriahkan pasaran kecantikkan Malaysia. Bagi memantapkan lagi dan memperluaskan lagi promosi dalam memperkenalkan Q'Manda dipasaran kecantikkan, Q'Manda telah memperkenalkan Duta dalam mempromosikan produk kecantikkan ini.Bukan itu sahaja, Duta ini juga adalah pengguna setia Q'MANDA. Siapakah Duta itu??? Nur Risteen orangnya. Pelakon yang sedang meningkat naik. Kakak Ruhanis. Muka pun nak lebih kurang. Q'Manda Rahsia Kecantikkan Pelakon Nur Risteen.


Apa yang menarik, Nur Risteen bukan sahaja Duta Q'manda, dia juga mengamalkan dan menjadi pengguna setia Q'Manda. Q'Manda adalah set penjagaan muka "MAGIC". Terdiri daripada set lengkap dan mudah. Hanya dengan Facial Treatment, Vitamin E serum dan Day Cream.






Nur Risteen juga berkongsi pengalaman beliau sendiri, dan menceritakan bagaimana Q'Manda telah mencantikkan wajahnya. Katanya,

"Bila saya ke Umrah baru - baru ini, kulit muka saya mengalami kekeringan wajah yang teruk. Pada waktu itu, Risteen merasa agak was - was untuk mencuba Q'manda dan hanya mencuba serum vitamin E sahaja dulu. "Magic" nya kerana bila bangun keesokkan harinya, muka saya kelihatan lembab dan  lebih berseri.
 Macam menarik kan?  Macam tertarik Bella pun untuk mencuba. 



Hanya dengan set lengkap ini kita boleh dapat wajah yang mulus dan cantik. Ia sesuai untuk yang tiada masa SPA muka, Q'Manda Magic Skincare Beauty boleh merawat, membaik pulih wajah yang kusam,kasar, kedut, berminyak seawal 7 hari. Korang boleh membuat pembeliaan dengan ejen atau secara online. 

Facebook: @qmandaofficial
Instagram: @qmanda_beauty
WhatsApp : +6018 - 7772747



Duta Q'manda beauty

Apa yang paling penting lagi, Q'Manda Beauty ini juga telah mendapat kelulusan KKM .100% adalah buatan Malaysia. Tanpa paraben. Tanpa merkuri.

Selamat mencuba.



Wednesday

Bella adalah pembeli online tegar. Bella kalau tiada barang yang posmen sampai dalam sebulan itu, memang akan rasa lain. Bella selalunya akan shopping di website yang Bella percaya sahaja. Setakat ini Lazada.com.my memang tidak pernah mendatangkan masalah kepada Bella. Lambat sampai itu, sepatutnya masa korang beli tu, korang kena periksa berapa hari yang diambil untuk barang sampai, sebab bukan semua barang datangnya dari Malaysia. Ada juga yang di Import. Bagi Bella, LAZADA WEBSITE MURAH DAN AMAT BERBALOI.

barang murah lazada

Selama ini, Bella memang beli kesemua barang yang Bella idamkan dekat Lazada. Tapi, Sempena SAMBUTAN ULANG TAHUN LAZADA YANG KE 5, Bella pula yang dapat Surprise Box. Memang mengujakan. Kotak yang penuh kejutan dan hadiah. Ramai yang tertanya - tanya. Bella dapat apa? Boleh baca dekat sini. 


Hari ini Bella tunjukkan satu per satu. Korang juga boleh mengambil peluang ini untuk membeli sakan di Lazada sempena Lazada 5th Birthday sale yang bermula dari 22 March sehingga 24 March. Tiga hari sahaja!

APA DALAM BOX SURPRISE SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE YANG BERMULA DARI 22 MARCH SEHINGGA 24 MARCH 2016?

kasut carlo rino

Paling Bella tidak sangka. Bella dapat kasut CarloRino.Ramai yang dapat bag. Tapi Bella dapat kasut. Alhamdullilah. LAZADA WEBSITE MURAH DAN AMAT BERBALOI  ini macam tahu - tahu jer apa yang Bella suka dan idamkan. Korang juga boleh dapatkan di Lazada klik saja link ini CarloRino. Bella dah siap - siap carikan untuk korang.

Bonia murah, bonia original

Comelnya bag syiling Bonia ini. Bella dapat hitam putih. Sayang pula nak guna. Brand Bonia lagi. Terasa kualiti nya dan ke originality Bonia ini. Macam - macam kad ada dalamnya. Seronoknya. Terasa hendak tengok apa lagi yang menarik Brand Bonia? Korang klik saja sini Bonia Tercantik. Korang akan rambang mata. Potongan harga hebat pula tu.


Siapa yang pakai rangkaiaan produk Eversoft, tidak perlu lagi beratur masa hendak membayar. menyelit masa hendak pilih produk. Korag klik sahaja Eversoft SALE

CANTIK LOREAL

Cantik dengan Loreal. Kualiti produk Loreal memang tidak dapat disangkalkan lagi. Bella bertuah sebab diberi mencuba brow artist genius kit ini. Mesti kalau Bella guna, cantik macam artis. Selain pakaging yang sangat menarik, sizenya yang kecil juga amat mudah untuk dibawa kemana sahaja. Tidak sabar Bella hendak tenyeh kat mata. Boleh buat tema SMOKEY EYES.. gitew... Hendak grab satu? Klik je sini Loreal Paris


Bella pernah beli A4 botol ini online juga. HB dah ambil bawa pergi opis. Korang tahu, design botol A4 yang nipis ini amat berguna kerana bentuknya yang nipis membolehkan korang bawa ke mana saja. Bella bawa pergi camping. Sangat membantu. Bila Lazada bagi botol ini, Seronoknya Bella. Jadi sekarang, Botol rekabentuk macam ini dah ada dua. Tidak payah lah berebut dengan HB. Korang nak cari botol juga? Tidak nak yang design macam ini? Senang sangat. korang klik dekat Botol Berbagai Rekabentuk sini. Sila kelabu biji mata lah yer. Semua menawan.

losyen pemutih

5th Birthday Surprise Box Bella, memang bau wangi sangat. Rupanya bau itu datang dari Enchanteur Paris Belle Amour. Ia adalah perfume losyen. Memutihkan dengan vitamin b3, sakura dan liquorice. Lepas ini tidak ada lagi "muka je putih, tangan hitam!". Bella paling suka bau nya. Perrgh. Harum. Korang boleh tengok di Rangkaiaan Produk Kecantikkan Enchanteur beli satu set lagi gempak kan.




Dapat Levis kit ini juga. Comel habis. Tapi memang ambil masa hendak menjahit bagai. Ini kalau budak kelas menjahit dapat, menjerit ini. Korang yang minat seni jahitan ataupun nak tengok design Levis yang cantik tapi dah diskaun gila - gila boleh tengok sini Levis official Store Menggila tengok.

cantik dengan maybelline, mekap,

Lama dah beli teringin hendak cuba bedak jenis macam ini. Bila korang ada bedak yang jenis macam ini, tidak perlu lagilah beli penutup cela. Lelaki mesti tidak faham. Kurang satu langkah bermekap. 
Tidak tipu, korang kena klik link ini Maybelline SALE 90% potongan harga sehingga jadi rm4.95 pun ada. Rm12.00 puna ada. Penggila Brand Maybelline macam Bella ini, memang buntang biji mata bila nampak SALE macam itu. Habis cerita kat korang ini, Bella terus sambung shopping.. Syok nya!


NYX Cosmetic. Bella selalu nampak Brand ini dijual merata - rata dekat pasar. Bella ingatkan ini Brand local. Rupanya diciplak yer. Korang mesti dan pastikan Bella yang original. Korang sanggup ke muka rosak kesan daripada bahan mekap yang diperbuat daripada lemak binatang yang terbuang. Pastikan original klik sini NYX Cosmetics Original  Original dan penuh dengan kejutan diskaun. 


nichi


Kemuncaknya!! Korang!! Bella dapat handbag brand Nichii. Masa Bella tengok itu, barang pertama Bella tengok adalah handbag ini. Menjerit Bella dalam kereta. Tulah dalam video nampak tidak teruja sangat. Sebab dah tahu. Padahal sebelum tu, marah HB Bella jerit kuat sangat. Macam mimpi dapat hadiah Handbag. Warnanya, Design, Rekabentuk semua memang citarasa Bella. Terbaik Lazada. Mungkin korang rasa ini bukan citarasa korang. Tidak apa. Korang pilih saja di Nichii Official Store

Korang layanlah sekejap Bella buka hadiah yer.. Jangan lepas tengok kemurungan plak.Enjoy..


Macam mana? Terbaik kan Surprise Box Bella sempena Lazada 5th Birthday. Maklumat lanjut :-

Website : www.lazada.com.my 
Tengok dekat dapur ada beberapa pisang yang dah masak. Hendak digoreng takut masuk minyak. Hendak dibuat cekodok mesti tidak cukup. Cekodok pisang sedap kot. Teringat plak pernah nampak resepi yang menitiskan air liur haritu. Resepi strawbery Nutella. Apa rasa kalau Bella tukar saja Strawberry kepada pisang. Jom Bella kongsikan dengan korang Resepi Mudah - Roti Berinti Pisang Nutella.

roti gardenia

Haruslah ada Nutella dan Roti. Roti gardenia saja. Brand ini jelah yang Bella paling suka. Kebetulan memang ada dekat dapur Bella.

resepi roti nutella

Roti tu plak, korang tekan - tekan menggunakan apa saja yang korang rasa selesa. Janji roti itu menipis. Kalau tebal tidak cantik bentuknya nanti. Bella malas nak membasuh. Jadi Bella guna saja pisau tu. Tumbuk pakai tangan pun boleh. Lagipun roti ini lembut saja.

nutella coklat

Selepas korang puas hati dengan ketebalan roti yang korang dah penyekkan itu, apa lagi. Sapukan saja nutella. Suka lebih rasa coklat. Sapukan lebih. Hendak kurang manis, sapukan ala kadar sahaja. Tapi, nutella ini. Makin banyak disapu makin sedap.

resepi pisang nutella

Sinilah kelainan Resepi Mudah Roti Berinti Pisang Nutella yang Bella buat ini. Korang perlukan pisang masak ranum. Lenyekkan. Pisang yang makan begitu saja pun sedap.


Ambil secukupnya pisang lenyek tu, dan letak memanjang diatas roti yang telah di sapu Nutella. Jangan terlalu banyak. Nanti terkeluar plak pisangnya. Sebab Bella hendak gulungkan roti ini.

resepi minum petang mudah

Dah siap!! Woi!! Senangnya. Korang gulung cantik - cantik. Hendak hidangkan terus dan makan pun boleh.

resepi, resepi mudah, resepi nutella

Bella sejukkan dulu. HB pun tidak bangun lagi. Jangan letak bahagian beku pula. Sejukkan pun ala kadar saja. Bagi Nutella keras sikit. Kalau lama sangat, takut roti jadi kering dan keras. Itu jadi tidak sedap. Rosaklah resepi ini.



Sedapnya! Rasa macam makan kek coklat pisang secret plak. Melampau. Tapi memang sedap. Sejuk. Rasa nutella dan pisang bergabung. Paling seronok, roti dan pisang tidak terbuang begitu saja. 

Selamat Mencuba.


Tuesday

Wow!! Awesome!! Terkejut!! terkesima!! termanggu!! Semua ter.. Bella rasa bulan ini. Terkejut bila HB buat kejutan hari jadi untuk Bella. Itupun dah terkejut ayam. Terima pula hadiah dari 88Premier melompat bintang Bella bila tengok bling - bling dalam kotak. Makin mengejutkan bila LAZADA bagi kejutan! Terkejut macam terkena elektrik. Alhamdullilah syukur... selain daripada doa - doa kalian untuk hari jadi Bella kali ini, banyak juga kejutan yang Bella dapat. Alhamdullilah.


lazada Sale


Pelik juga kan? Kenapa Lazada ini berbaik hati sangat - sangat hendak bagi Bella hadiah hari jadi? Rupanya hari jadi Lazada sama bulan dengan Bella. Waaahh bolehlah kita tiup lilin dan potong kek sama sama!! Bella baru saja balik bercuti. Jadi memang banyak kerja yang tertangguh sampai kotak kejutan dari Lazada ini Bella tidak buka langsung! Percaya tidak?? Nampak sangat menipu kan? ada ke orang yang tidak teruja bila dapat hadiah? Bella dah tengok dah sebenarnya. Lepas ini Bella cerita satu persatu. Haruslah cerita detail bagi korang rasa keterujaan Bella ini kan.

barang terbaik di lazada

Apa korang hendak juga??? Jangan risau, korang juga boleh dapatkan kotak Kejutan yang sama macam Bella ini. Lebih - lebih lagi bila kotak Lazada ini di cipta khas untuk sambutan hari kelahiran Bella! Eh hari ulang tahun Lazada. Maknanya kotak ini hanya ada pada bulan ini saja. Apa yang paling penting dan akan buat korang lompat bintang, Supprise Box Lazada ini akan diberi harga diskaun yang tidak masuk akal hanya untuk Hari Ulang tahun Lazada yang ke lima ini bermula 22 - 24 Mac 2017. Waaahhh!! buka sekarang website Lazada dan sedia pilih barang apa yang korang hendak beli esok. Sengaja Bella cerita tepat - tepat pada tarikh Sale ini. Bagi korang pun terkejut sama. 

lazada murah

Kejutan istimewa kali ini adalah sempena Lazada 5th Birthday Surprise Sale pada 22-24 march 2017 memang akan buat korang terkejut dan tertunggu - tunggu kerana, nilai diskaun itu korang hanya akan perolehi setelah sampai ke bahagian pembayaran. Macam mana?? 


Korang nampak kan gambar yang Bella letakkan diatas ini. Ia menunjukkan sekali 3 step mudah untuk korang mendapatkan diskaun hebat semasa membeli belah di Lazada! Nampak kan yang bahagia bawah sekali tu. Bagi korang mudah lagi, bella ceritakan sekali lagi lah ya. Langkah mudah itu :-

  1. Korang pergi terus ke www.lazada.com.my 
  2. Silalah cari apa yang korang hajati dan cari. Bella yakin 100% hampir kesemua yang korang impikan ada di website ini.
  3. Klik saja pada barang yang korang suka itu, dan masukkan dalam cart (add item to your cart)
  4. Kalau korang hendak pilih barang lagi, biarkan saja dan buat langkah saja langkah ke 3 sehingga korang selesai membeli belah.
  5. Teruskan kepada bahagian pembayaran jika korang sudah puas hati. 
  6. Bila korang klik saja, terus akan nampak harga kejutan untuk korang.
  7. Tunggu barang sampai. 
Mudah sangat - sangat kan? Jimat masa, tenaga dan wang. Tidak payah bayar tol, parking semua2x la.


Bella dah dapatkan Surprise Box Bella sempena Lazada 5th Birthday Surprise Sale pada 22-24 march 2017 korang bila lagi?


Maklumat lanjut korang boleh check it out  di :-

Website : www.lazada.com.my 

Sunday

Siapa hobi dia pergi berkhemah?? Bella kali terakhir berkhemah adalah masa sertai Pengakap muda masa Sem 1 dulu. Agak lama. Lebih kurang 10tahun lepas. Faktor tiada kawan yang hendak bersama - sama berkhemah dan juga alatan lengkap langsung tiada. Selalunya bila sertai perkhemahan ini, pihak penganjur akan sediakan segala - galanya. Jadi,buat apa Bella susah - susah hendak siapkan semua alatan. Kena bajet plak tu kan. Tapi,pada tahun ini setelah 10 tahun HB teringin hendak pergi Sungai Berkelah yang lebih seronok jika kita berkhemah. Kebetulan KBBA juga mengajak Bella berkhemah ke Taman Negara. Jadi, sekaligus kita buat persediaan untuk kedua - dua aktiviti ini. Bella terasa hendak berkongsi dengan korang PERSEDIAAN BARANG UNTUK BERKHEMAH sebab Bella rasa ia penting dan korang perlu tahu.

KHEMAH

persediaan berkhemah

Hendak pergi berkhemah mestilah kena ada khemah kan? Pelik tu kalau pergi buat aktiviti berkhemah tapi tidak ada khemah. Khemah ini sebenarnya banyak saiz. Saiz dan kualiti mestilah mengikut harga. Khemah ini penting masa hujan dan untuk perempuan salin baju la. Mekap? Apa ke giler berkhemah sambil mekap bagai? Penting juga untuk mengelakkan dari gigitan serangga. Bagi Bella penting sangat - sangat buat perempuan. Lelaki tidak apa lagi, tidak banyak sangat aurat hendak dijaga.

PELAPIK / TOUR MAT

aktiviti berkhemah

Pelapik ini juga perlu supaya badan kita tidak sakit bila baring didalam khemah. Walaupun kita berada didalam khemah tetapi bahagian bawah khemah agak nipis. Kalau korang dirikan khemah diatas kawasan yang salah, iaitu yang berakar atau berbatu, memang azablah korang tidur. Habis bangun keesokkan harinya badan korang sakit - sakit. Disinilah kegunaan Tour Mat ini. Selain bagi haba masa korang tidur, ia juga membuat tidur korang nyeyak. Baru seronok berkhemah. Terasa macam tidur atas karpet. Giteww..

Bag Tidur / Sleeping Bag

bekas tidur

Pengalas tempat tidur dah ada kan, Sleeping bag perlu juga ke? Pengalaman Bella, kalau dah ada sleeping bag, tidak beli tour mat / pelapik tempat tidur pun tidak mengapa, tapi kawan Bella dia takut Bella tidak selesa semua benda dia suruh Bella beli. Tapi sangat berguna sebab pelapik itu kitaorang jadikan pelapik untuk solat. Kebetulan HB Bella tidak mahu beli semua benda tu, dia kata nanti dia lapik dengan kain pelikat saja. Bila malam menjelma, Haaa kesejukkan sampai ke tulang. Baru tahu. Nasib Bella beli.

ALATAN MEMASAK DALAM API

persedian berkhemah

Ini adalah alatan tambahan:-
  • Puncho / baju hujan. 
  • Lilin memasak sebagai permulaan hidupkan api untuk membakar kayu.
  • Periuk memasak. Senanglah korang hendak masak maggi.
  • Ubatan. Lebih - lebih lagi minyak gamat. Serangga banyak dalam hutan.
  • Kain batik juga penting. Hendak membuang nanti, haaa xda kain batik satu alam nampak.
  • Barangan penjagaan diri.
  • Botol air.
BAG 

Bag yang sesuai juga amat penting. Bag untuk membawa barang-barang supaya tidak putis atau berat sebelah. Berkhemah tidak kan lah pergi sebelah rumah sajakan. Sebelum berkhemah mestilah trekking atau hiking dulu. Kecuali korang sekadar hendak berkhemah di tepi pantai. Selalunya orang berkhemah untuk mencapai ada menuju kejayaan. Eh, tidak adalah untuk menikmati pemandangan indah atau mencari tempat mandi yang jarang - jarang ditemui. Memang mencabar. Nanti Bella cerita Bella pergi mana ok. 


Tapi alatan yang beli senaraikan ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Macam Bella pergi hari itu. Kami ada ketua dan beberapa orang kaki hiking yang cukup peralatan. Korang yang tidak biasa hiking atau baru hendak mulakan aktiviti berkhemah ini, jangan memandai - mandai. Buruk padahnya. 


Owh, jangan dipandang remeh dengan pakain yang dibawa dan kasut yang dipakai. Itu juga amat penting. Jangan nanti koyak dan tapak tercabut pula.

Harap Bermanfaat