Memilih Lipstik Terbaik dan Tahan Lama - SkinKare

Perempuan ini memang banyak benda yang hendak kena "maintain", bagi sentiasa nampak menarik, menawan dan meletup gitewww. Salah s...

Perempuan ini memang banyak benda yang hendak kena "maintain", bagi sentiasa nampak menarik, menawan dan meletup gitewww. Salah satunya adalah GINCU ataupun LIPSTIK. Ada juga orang yang panggil pemerah bibir. Masa dulu - dulu, Bella rasa ungkapan ataupun istilah pemerah bibir ini memang boleh dipakai dan sangat releven. Tapi zaman sekarang, ungkapan pemerah bibir tidak sesuai lagi. Ramai yang suka berfesyen dan mengenakan warna purple, kuning,oren, hitam, biru dll.

LIPSTIK JENIS CECAIR

Bella teringat plak, masa Bella mula bekerja dan gaji pertama Bella. Masa itu umur Bella baru 20 tahun. Memang tidak bermekap dan buta mengenai fesyen. Bella boleh plak terbeli dan hadiahkan pada mak Bella lipstik yang berwarna oren. Mengamuk bapa Bella. Hahahhaa. Masa itu memang kelihatan amat ganjil dan pelik jika perempuan atau wanita memakai lipstik yang warnanya selain merah. Bella dah jumpa satu jenama lipstik yang amat memukau dan terbaik. Ini Bella hendak kongsikan dengan korang. Bella telah berjumpa dan Memilih Lipstik Terbaik dan Tahan Lama - SkinKare

Bella jarang pakai lipstik dulu, sebelum terjumpa dengan lipstik SkinKare ini. Bibir Bella akan cepat kering dan mulalah mengelupas dan berdarah - darah. Walaupun hanya luka kecil, tapi amat menyakitkan. Nampak buruk lagi. Sejak Bella terkena dengan satu jenama lipstik yang menyebabkan bibir Bella luka - luka, Bella memang hanya pakai pelembab bibir untuk menyerikan wajah Bella. Bagi Bella, bila pakai lipstik terus muka korang akan nampak bernyawa dan berseri. Kalau tidak mesti nampak pucat dan sakit. Hendak dapatkan MC dari doktor bolehlah. Jangan terkejut kerana lipstik yang Menyebabkan bibir Bella luka dan mengelupas teruk adalah berjenama, mahal dan terkenal. Kalau sebut nama brand ini mesti korang kenal punyalah. Jadi jangan ingat jenama terkenal dan mahal bagus.


SKINKARE LIPSTIK

Bella membeli dua warna HOT daripada Skinkare ini. Satu warna neutral dan satu lagi warna merah hendak ke purple sikit. Bella berat hati sebenarnya hendak beli pada mulanya. Bella tidak berapa gemar dengan lipstik yang cair macam ini. Senang nak hilang dan melekat dimana - mana bahagian yang terkena dengan bibir. Bila Syafiq yang menjual SkinKare ini, (pada mulanya Bella hanya mahu beli Set Saffron penjagaan muka) tapi bila Syafiq offer sekali dengan lipstik. Bella macam hendak ke tak nak ya. Bila tengok ia berbentuk cecair. Dalam hati Bella, malaslah beli. Nanti cepat comot

LIPSTIK CECAIR SKINKARE YANG RINGAN

Syafiq cakap jangan macam itu, Bella kena cuba dulu. Ok lah. Bella cuba. Bila buka penutup lipstik ini. Wangi. Bau sedap. Bella macam terus berkhayal bila tercium bau dari lipstik SkinKare ini. Bella keluarkan berus untuk menyapu lipstik ke bibir Bella dan ia likat dan pekat. Terasa lembab tapi bukan yang merimaskan. Bila Bella bercakap, tidak tercalit pada gigi. Ringan. Hush. Best juga pakai lipstik jenis cecair ini. Persepsi Bella terus berubah mengenai lipstik jenis cecair ini. Tersenyum - senyum masa Bella pakai. Yela. Kita akan rasa macam tidak pakai lipstik. Tapi, bibir kita akan sebenarnya telah dicalit oleh pelembab bibir yang akan membuatkan kita sentiasa cantik. Seronoknya.

KEBAIKAN BAHAN - BAHAN LIPSTIK SKINKARE


Diantara kebaikan bahan - bahan Lipstik SkinKare ini adalah :-
  • No paraben iaitu ia tiada bahan mengandungi bahan - bahan chemical yg berbahaya dan merosakkan kulit
  • Vegan - Kandungan bahan - bahan lipstik ini terdiri daripada adunan bahan - bahan yang natural.
  • Cruelty free - Tiada ujian yang dibuat keatas haiwan. Jadi,tiada penindasan dan kekejaman dijalankan keatas haiwan.
  • No paraben- Tiada bahan preventive terlarang yg kite gune untuk menghasilkan produk skinkare. Paraben ini adalah bahan yang dimana bila kita selalu gunakan ia akan menyebabkan kanser. 
Ia juga amat sesuai dan boleh digunakan bagi mereka yang vegeterian. Tiada unsur haiwan digunakan secara langsung ataupun tidak.



KELEBIHAN LIPSTIK SKINKARE
Lipstik Skinkare ini juga mempunyai banyak kelebihan diantaranya :-

  • Mempunyai testur yang unik 
  • Sangat tahan lama dan sepanjang hari
  • Sangat berpigmen untuk menutupi keseluruhan bibir.
  • Melembabkan bibir dan menghalang bibir daripada terhydrat.
  • Mengandungi kollagen untuk melembutkan bibir.
  • Menampakkan bibir lebih tebal dan seksi
  • Mengandungi SPF melindungi bibir daripada sinaran matahari yang merosakkan kulit.
Bella mekap senang dan simple sangat. Korang mesti teruja hendak tahu bagaimana cara hendak beli kan?

ALAMAT 
HEZS Global Marketing,
No.11B, Jln SG3/4,
Pusat Bandar Sri Gombak,
68100 Batu Caves, 
Selangor Darul Ehsan

Facebook
Skinkarebyhezs

Instagram
Skinkarebyhezs

Website 

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.