De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang

Bella sempat bermalam di dan sekaligus DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG bersempena dengan  hari Keluarga 2017  Kelab Blogger Ben Ash...

family day, de rhu beach resort

Bella sempat bermalam di dan sekaligus DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG bersempena dengan hari Keluarga 2017 Kelab Blogger Ben Ashaari. Tentatif Program sangat ringkas kerana kami disini hanya selama 2 hari 1 malam sahaja. Perjalanan Bella dari Rawang ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 3jam lebih. Alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan dan kami sampai tepat seperti yang dirancangkan. 

Bila sampai sahaja, Keluarga KBBA dah siap menunggu di Lobi. Terutama Kak long kawasan Saidila. Masa mula - mula mengenali dia, rasa macam kak dila kelakar. Cepat merajuk. Cepat marah. Tapi, bila makin kerap bersama. Makin sayang pula. Cuba korang check it out blog dia www.saidila.com Alamak. Sepatutnya Bella cerita pasal resort kat korang kan. Selingan sikit lah yer. Masa Bella datang, Bella terus diberi bilik no 73. Bila namanya resort, korang tidak boleh nak "expect" ia akan segah dan semewah hotel. Tapi tidak lah seburuk yang korang sangka. Kecuali korang ambil Suite. 

resort di pahang

Sampai - sampai memang lapar sangat sebab terus pecut ke Hotel. Nasib baiklah Lembaga Zakat Malaysia sediakan Pizza. Sedap betul pizzanya. Bukan biasa - biasa. Boleh tahan 3 hari dan rotinya amatlah lembut.Kebetulan kami KBBA ada sesi bersama dengan Lembaga Zakat Malaysia sebelah malamnya. Sesi soal jawab. Ini kerana banyak viral yang negatif yang lebih korang percaya daripada yang positif. Selepas ini, Apa saja viral yang negatif yang melibatkan Lembaga Zakat Malaysia, Korang boleh terus ke website mereka.

lembaga zakat malaysia

Lembaga Zakat Malaysia memang sudah ada syarat - syarat sebelum korang hendak minta bantuan. Jadi, kalau dapat bantuan bermakna korang memenuhi syarat mereka. Jika tidak dapat, bermakna ada syarat yang korang tidak penuhi. Ini terpaksa, kerana mereka bukan memberi sedekah. Lembaga zakat Malaysia membantu kita menguruskan duit Zakat kita. Kena faham itu. Eh, termembebel pula.

Selepas melepaskan lelah seketika, Bella di bawa mengelilingi De Rhu Beach Resort ini. Dengan keluasan keseluruhan lebih 14ekar. De Rhu Beach Resort ini dapat menempatkan berbagai jenis kemudahan dan boleh dikatakan amat lengkap untuk dijadikan tempat untuk apa saja aktiviti berkumpulan ataupun solo. 

KEMUDAHAN DI DE RHU BEACH RESORT


De Rhu Beach Resort bukan hanya sekadar Resort yang menyediakan tempat tidur. Tetapi ia juga mempunyai berbagai Dewan untuk memudahkan korang mengadakan sebarang aktiviti mengikut kehendak korang. Dewan diatas ini, memang cantik kerana ia amat berdekatan dengan laut dan kolam renang. Korang hendak buat majlis atau parti boleh menempah dan menggunakan bilik ini. Luas. Boleh menempatkan minimum 200orang dan menjanjikan pemandangan yang cantik.

De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang

Bilik mesyuarat pun ada tau. Jangan tidak tahu, bilik ini pernah di sewa dan digunakan oleh Anzalna dan suami untuk membincangkan majlis dorang tau. Kerusi mana satu diorang duduk Bella tidak pastilah.Hahhaha.

bercuti di kuantan pahang

Bilik ini telah ditempah khas oleh Kelab Blogger Ben Ashaari untuk majlis makan malam kami dan sesi soal jawab bersama Lembaga Zakat Malaysia. Memang terbaik. Selesa. Sejuk. Makanan sedap. Setiap kali Bella menjamu selera disini, memang tidak pernah mengecewakan. 2 hari disini, semua makanan yang terhidang dan dihidangkan, sedap - sedap belaka.

de rhu beach resort kuantan pahang

Korang teringin hendak majlis perkahwinan tepi pantai? Tidak payah pergi Bali. Korang datang saja sini. De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang. Mereka menyediakan dewan yang besar dan betul - betul tepi pantai. Walaaa!! Terbaik. Mesti majlis korang glamour habis. Ditiupi dengan angin alam semulajadi. Photoshot korang mesti cantik abis punya.

kuantan pahang

Bagi korang yang mengadakan sebarang majlis disini, korang jangan risau. Parking khas akan disediakan untuk korang.


Bila korang mahu adakan Hari Keluarga, Masukkan sahaja aktiviti sukanneka. Ini kerana, Pihak De Rhu Beach Resort telah menyediakan segala peralatan untuk korang. Tidak perlulah korang bawa segala peralatan dari rumah. Mudah kan?? Aktiviti sukaneka mesti ada dalam aturcara hari keluarga korang sebab aktiviti inilah yang akan membuatkan ikatan ukhwah kita makin rapat.

KECANTIKKAN KOLAM RENANG DE RHU BEACH RESORT

kolam renang cantik


review de rhu beach resort

Bella suka betul dengan kolam renang yang terdapat di De Rhu Beach Resort ini. Terdapat dalam berbagai kedalaman dan besar. Luas sangat kolamnya. Memang puas hati. 

de rhu beach resort

Ini kolam renang paling dalam dan tiada orang yang mandi disini. 9ft lebih kurang. Hb saja yang cuba berenang dan menyelam dalam kolam renang ini. Bagi yang kurang dan tidak tahu berenang, lebih baik jangan cuba - cuba berenang dekat sini. Hb kata, tidak boleh buka mata. Pedih.

kolam renang budak - budak

Kolam renang ini akan menjadi sangat seronok dan menarik sudah semestinya untuk kanak - kanak. Jadi memang kolam renang buat kanak - kanak banyak jenis dan berbagai kedalaman. 1ft pun ada. Mandi dekat tangga. Seronok juga. Risiko nak lemas memang kurang. Bella mandi di 5ft bukan sebab Bella tahu berenang pun. Semata - mata hendak ambil gambar yang awesome saja tau.

AKTIVITI ATV DI DE RHU BEACH RESORT

AKTIVITI BEST DI DE RHU BEACH RESORT

DE RHU BEACH RESORT

de rhu beach resort

De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang sebelah Laut. Jadi memang banyak aktiviti laut yang korang boleh buat. Ombak laut disini sangat kuat sehingga ramai yang surfing. Korang follow saja Facebook dan Ig De Rhu Beach Resort untuk mengetahui setiap aktiviti yang mereka adakan. 

Harganya pula :

Normal Track bawa round dan ronda - randa pantau rm12 /5 lap
Jungle + Beach + Village Rm70 seorang. Bawa korang round kamoung tau.
Beach Track sahaja = Rm35/ 30minit + Penumpang tambah Rm15
Jungle Track sahaja = Rm35/ Trip + penumpang dewasa Rm15


LAUT DEKAT DE RHU BEACH RESORT 


de rhu beach resort

Laut ini hanya berada di belakang De Rhu Beach Resort sahaja. Boleh mandi tau. Jadi, korang bukan saja berseronok mandi kolam renang. Korang juga boleh berseronok mandi laut. Cuma bagi Bella nampak kotor sikit Sebab airnya berwarna coklat. Kan? Tetapi, bila dah mula mandi disini, korang boleh lupa air laut ini berwarna coklat. Terlalu seronok. Keseronokkan mandi laut sama saja.


bercuti di kuantan pahang


Bagi korang yang berminat untuk berkunjung ke De Rhu Beach Resort Kuantan,Pahang..maklumat lanjut anda boleh rujuk ke : 

Facebook Page  : De Rhu Beach Resort Kuantan
Instagram : De Rhu Beach Resort
Website: derhu.com.my
e-Mail: drbr@derhu.com.my

Alamat : 
LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.

You Might Also Like

3 ulasan

  1. PCL terkilan gak hari tu nak bergather dgn team kbba9 tapi kami baru balik Kelantan..penat x hilang lagi.. menarik tertariknya hotel sana..lengkap dgn kemudahan terbaik De Rhu Resort

    ReplyDelete
  2. Memang best De Rhu, nanti nak datang lagi!

    ReplyDelete
  3. waaaaa best la...jelesnya :"(
    anyway im your 511 followers :D
    http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/02/apa-itu-gas-vxsejarah-penemuan-gas-vx.html

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.